Selasa, 21 Januari 2014

SANTAU OH SANTAU

APA DIA SANTAU ?

Apakah yang dikatakan dengan nama Santau?

>>  Santau adalah merupakan racun yang digunakan untuk medatangkan kemudharatan kepada musuh secara senyap dengan menggunakan bantuan jin. Ianya mengunakan kaedah sihir.

>>  Ianya adalah satu kaedah syirik kepada Allah, dan hukum kepada pengamal santau ini adalah haram. (Semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk kembali ke jalan yang benar).

>>  Hukum bunuh adalah diwajibkan kepada pengamal sihir mengikut Kanun Hukum Jenayah Quran.

** BAHAN-BAHAN MEMBUAT SANTAU

>> Biasanya bahan-bahan untuk membuat santau adalah terdiri dari benda-benda berbisa dan beracun, seperti kaca, rambut dan sebagainya.

>>  Rawatannya adalah dengan ayat Quran mengeluarkan racun santau dari badan, dan juga menawarkan racun ini dengan menggunakan ramuan pokok dan akar kayu.

>>   Diceritakan racun-racun santau yang berada di dalam badan hendaklah dikeluarkan, kerana sekiranya ianya kekal di dalam badan maka penyakit biologi akan terhasil seperti, sakit dada, kanser paru-paru , kanser buah dada dan bermacam-macam lagi.

>>  Sesungguhnya santau adalah sihir dipaktiskan oleh manusia dengan bantuan jin, maka sudah pasti ada kelemahan pada mereka ini.

>>  Setelah meneliti kes santau semenjak 1991 didapati mereka jin yang menghantar santau ini mempunyai kelemahan-kelemahan yang ketara.

>>  Manusia yang menjadi mangsa santau sebenarnya dapat melawan penyakit ini dengan menggunakan hembusan nafas dan zikir pada Allah.

>>  Setiap serangan yang dirasai, pesakit hendaklah menarik nafas dan menahan nafas buat seketika. Pada masa tahan nafas, di hati sebutlah nama Allah, ingat padaNya, Dialah penyembuh yang Maha Bijaksana lagi Perkasa. Fikiran mesti fokus kepada Allah.

>>  Pada kaedah psikologi, fikirkan penyakit ini adalah nikmat pemberian Allah. Kerana Allah mendatangkan sakit kepada kita, syukur dan syukur tanpa merasai sakit kita tidak dapat mengenali Allah dengan lebih erat.

>> Bila sakit datang, kita akan mengingati Allah. Itu adalah satu nikmat yang sukar diperolehi oleh sesiapa jua.

Berikut adalah gambar benar tentang kaca santau ini. Ada yang saya jumpai berbentuk segi tiga piramid. Segi tiga piramid dipercayai adalah kaca khas yang dibuat untuk tujuan sihir santau ini. Kacanya dalah tersusun berbentuk segitiga piramid(triangle). Sudah tentu kaca sebegini dibelah atau dihiris menggunakan batu berlian. Cuma kaca sebegini adalah ringan.

Saya telah melakukan ujian di mana ianya dapat terbang mudah seperti habuk ditiup oleh angin. Sekiranya sihir kaca ini mati, ianya akan menjadi lutsinar (telus dapat lihat), tetapi sekiranya masih mempunyai sihir ianya adalah bercahaya. Sekiranya dipegang terasa panas pada jari jemari. Sekiranya anda adalah pesakit santau, usah khuatir dan bimbang. Yakinlah pada Allah yang Maha Penyembuh dan Maha Bijaksana. Inysa- Allah. Spiritual kita hendaklah kuat untuk melawan penyakit ini. Ianya adalah makhluk Allah. Allah yang Maha berkuasa di atas setiap sesuatu.

Mereka yang mengidap penyakit santau hendaklah mendekati diri kepada Allah. Sesungguhnya, sakit adalah tanda kasih Allah pada hamba-Nya. Syukur, mudah-mudahan Allah akan mengampuni dosa kita yang lampau dan menaikan makam diri kita kepada orang-orang yang bertaqwa, sabar dan beriman. Insya-Allah.

AMALAN-AMALAN MELAWAN SANTAU

Beberapa amalan yang perlu diamalkan oleh pesakit santau, amalan-amalan ini telah saya praktiskan sehinggalah saya mendapat kesembuhan dan masih lagi menjadi amalan saya:-

1. Mendapat rawatan tepuk. Kaedah ini boleh diperolehi di sekitar Kajang Utama dan Bangi. Perawat akan menepuk badan pesakit, kaca-kaca sihir santau akan jatuh keluar dari badan pesakit ke kertas tadahan. Saya telah berulang-ulang kali mendapat rawatan ini, bagi membuang kesemua racun santau di dalam badan saya. Kaedah tepuk ini tidak terdapat di hospital. Ianya hanya terdapat di rawatan klinik rawatan Islam sahaja. (Boleh rujuk kepada Ust.Mokhtar Bin Kassan, Pakar Pengubatan Santau Darussyifa')

2. Selalu membaca Al-Quran. Pesakit hendaklah boleh membaca quran dengan betul dan tepat. Sekiranya tidak mempunyai ilmu anda hendaklah disyorkan belajar quran. Sebelum membaca al-quran hendaklah diniatkan semoga quran dapat dijadikan pendiding diri dari unsur-unsur sihir dan minta kesembuhan Allah yang mengubati penyakit santau ini. Quran hendaklah dibaca pada setiap hari, walaupun sedikit. Saya telah amalkan Yassin pada setiap pagi selepas sembahyang subuh.Ada juga kalanya tercicir, namun pada keesokkan hari saya terus membacanya semula. Insya Allah anda boleh lakukan juga.

3. Sembahyang Sunat Sejadah di malam hari atau pun di siang hari.Sembahyang Sunat sejadah ini hendaklah kerap dilakukan

4. Sujud Syukur selepas Isyak, hendaklah sujud syukur sebanyak sekali pada setipa malam. Semasa sujud ucaplah kesyukuran pada Allah dengan berdoa di dalam hati ketika sujud. Katakanla "Syukurku pada mu ya Allah. Syukur pada rezeki yang dikurniakan pada ku dan juga penyakit yang aku alami, aku redha"

5. Doa di sujud yang terakhir solat fardhu.Di sujud yang terakhir doalah "Mohon kesembuhan penyakit ini dari Mu, Ya Allah"

6. Amalkan Sunnah NabiSekurang-kurangnya mengamalkan sunnah nabi di dalam kehidupan harian.

7. Sekiranya santau yang kuatTarik nafas apabila serangan berlaku, jangan takut, berani kan diri, kerana santau adalah musuh Allah.Tahan nafas seketika, zikirkan nama Allah di dalam hati nurani. Lepaskan nafas perlahan-lahan. Jin yang menghantar santau mempunyai perasaan takut dan lemah. Ingat pada Allah penyembuh segala penyakit.

8. Jangan mengambil sebarang makanan dan minuman yang berlandaskan limau nipis, contohnya air teh limau suam. Kerana sekiranya spiritual anda lemah, santau boleh merebak dengan kesan muntah darah oleh pesakit akan terjadi.

"Saya doakan anda sihat dari sakit sihir santau, seperti-mana Allah telah sembuhkan diri saya sendiri. Insya Allah"

Kepada yang skeptical/was-was untuk mempercayai santau. Khas untuk mereka yang tidak mempercayai santau. Adakah anda mempercayai wujudnya jin ? Sekiranya jawapan anda mungkin ada dan mungkin tidak ada. Sila buka Quran , lihat dan baca Surah Jinn . Adakah Quran menceritakan sesuatu yang mungkin wujud dan tidak wujud seperti yang anda fikirkan ? Sessunguhnya tidak, quran adalah mukjizat diturunkan dari Allah kepada NAbi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibrail a.s sebagai penyampai wahyu. Quran juga telah merakamkan, perintah Allah terhadap manusia dan jin untuk menyembah Allah.

Sedarlah saudara/saudari, kepercayaan mungkin ada dan mungkin tidak itu adalah tanda syak wasangka tahap pemaham tauhid anda yang sedikit lemah. Di tahap kepercayaan sudah gusar belum lagi di tahap keyakinan. Belajarlah memahami, sekiranya suatu pekara yang tidak kita ketahui.

Kepada Pengamal Santau (Khas untuk pengamal santau), saya ingin war-warkan, bertaubatlah kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi dan segala makhluk. Anda tidak akan terlepas dari azab seksa kedatang maut, azab seksa kubur, fitnah di padang mahsyar dan balasan api neraka. Ingatlah, setiap hembusna santau yang dihantar akan dibalas dengan azab oleh Allah di hari akhirat.

Mempelajari santau adalah tidak sama dengan memeplajari ilmu pedang atau pun ilmu menembak menggunakan pistol. Santau adalah berdamping dengan jin.Bacaan mentera santau adalah syirik dan tidak pernah diajarkan oleh baginda Rasullulah s.a.w. Setiap panahan santau yang dihantar akan dibalas di dunia mahu pun di akhirat. Insya Allah. Bertaubatlah saudara ku sebelum ianya memakan diri sendiri.

Sekiranya anda pengamal santau mempunyai keyakinan setiap hembusan santau akan membawah padah kepada pesakit, maka yakinlah ALLAH tidak akan membebaskan kamu dari setiap perubatan ini, berdamping dengan jin bermakna meminta pertolongan dari selain dari Allah. Hukumnya adalah syirik kepada Allah. Ingatlah di hari akhirat, hari pembalasan adalah benar. Setiap amalan sebesar zarah akan menerima balasan dari Allah. Petikan dari web : www.santau.org

Isnin, 20 Januari 2014

ANAI-ANAI MAKAN QURAN tEtAPI..

Anai-anai makan Al Quran tetapi...

Di dalam rumah seorang muslim bernama En. Md. Farooq, penduduk Tappachabutra, Hyderabad, ANAI-ANAI telah memakan sebuah AL-QURAN yg berusia 100 tahun keseluruhan kulit naskah Al Quran dan kotak yang melindungi AL Quran tersebut telah ROSAK / HAMPIR MUSNAH kerana dimakan oleh ANAI-ANAI termasuklah TERJEMAHAN AL QURAN TERSEBUT KE DALAM BAHASA URDU. APA YANG MENAKJUBKAN ialah anai-anai tersebut

LANGSUNG TIDAK MENYENTUH HURUF-HURUF ASAL AL-QURAN YG BERTULIS DALAM BAHASA ARAB....SUBHANALLAAAH !!!!!!

MAYAt IStERI KAKI ZINA DIHURUNg lINtAH (KISAH BENAR)

Kisah ini menceritakan tentang seorang isteri yang suka melakukan zina di belakang suaminya.

Di pengakhiran hidupnya, dia telah jatuh sakit dan kemudiannya Allah SWT telah mendatangkan hukuman ke atas perbuatannya.

Semoga kisah ini dapat menjadi tauladan kepada semua orang. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka, tetapi hanya akan tertutup apabila nyawa tidak lagi dikandung badan.

Apabila timbulnya cerita pelik, sudah pasti kita agak sukar untuk mempercayainya.

Namun di dunia ini, tiada perkara yang mustahil untuk berlaku kerana Allah SWT telah menetapkan bahagian seseorang itu. Tetapi ingat, kita perlu sentiasa mengikut segala perintah Allah SWT dan meninggalkan perkara yang dilarangNya.

••  Kisah ini sebenarnya adalah artikel yang diambil dari sebuah majalah Mastika. Jom ikuti kisah tentang mayat seorang isteri yang suka melakukan zina.

Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin!

Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas.

••••   Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan.

Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.

“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak.

Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.

Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand.

Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.

Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan.

Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.

Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin.

Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.

Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja.

Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu.

Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.

Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.

Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia.

Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas. Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya.

Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.

Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan.

Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand.

Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.

Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat.

Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.

Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang.

Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk.

Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir.

Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.

Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan.

Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya.

Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang.

Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.

Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu,

“Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur”

Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.

Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah.

Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.

Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya.

Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah.

Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.

Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu.

Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.

Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar.

Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.

Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina.

Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.

Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah.

Ahad, 19 Januari 2014

KISAH RASULLULAH JADIKAN PENGAJARAN

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.

Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2)  Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur

. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

4)  Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.

Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')

Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5)  Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya.

Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

6)  Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7)  Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.

Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

8)  Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9)  Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.

Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10)  Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12)  Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Sabtu, 18 Januari 2014

PERUBAHAN MAYAT DIDALAM KUBUR

Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan menempuhi beberapa fasa perubahan, dan inilah fasa-fasa daripada malam pertama mayat masuk ke kubur hingga 25 tahun selepasnya.

Malam Pertama
××  Jasad mula membusuk pada bahagian perut dan kemaluan.
Setelah itu, jasad akan mula berubah warna menjadi hijau kehitaman.

Malam Kedua
××  Anggota-anggota bahagian tubuh yang lain akan mula membusuk seperti limpa, hati dan paru-paru.

Hari Ketiga
×× Anggota-anggota bahagian tubuh jasad mengeluarkan bau busuk yang kurang menyenangkan.

Selepas Seminggu
××  Wajah jasad mula membengkak iaitu kedua-dua matanya, bibir dan pipi.

Setelah 2 Minggu
××  Rambut pada jasad mulai gugur

Setelah 15 Hari
×× Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km, dan ulat-ulat pun memakan seluruh tubuhnya

Setelah 6 Bulan
×× Jasad hanya tinggal tulang sahaja.

Setelah 25 Tahun
××  Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, kita akan menemukan satu tulang yang sangat kecil disebut ‘ajbudz dzanab (tulang ekor).

Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah azza wa jalla pada hari kiamat. Inilah tubuh yang selama ini kita jaga.

Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada Allah dengannya. Oleh kerana itu, jangan sia-siakan hidup kita dan perbanyakkanlah amal ibadat dengan melakukan apa yang disuruh Oleh-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

•••  Banyaknya wang di bank tidak mampu memberi rasuah kepada Malaikat untuk undurkan waktu kematiannya…

inilah realiti kematian… sudah bersiapkah kita menghadapi malam pertamanya…

Bukankah Rasulullah SAW ada bersabda
√√ “ Orang yang bijak adalah yang sentiasa mengingati mati di antara kamu, dan ada bekalan setelah kematiannya..”

•• Marilah kita siapkan bekalan untuk menjadi penyinar di alam kubur nanti… demi Allah, tiada yang sanggup menerangkannya melainkan dengan iman dan amal yang soleh..

“Kematian adalah nasihat terbaik dan guru kehidupan, sedikit sahaja kita lengah dari memikirkan kematian, maka kita akan kehilangan guru terbaik dalam kehidupan

”Sesungguhnya manusia telah memilih bagaimana akhir hidupnya… dan pilihan itu ada pada bagaimana ia menjalani kehidupannya…

sebagaimana ia menjalani kehidupannya seperti itulah berakhirnya kematiannya… kerana sesungguhnya dengan menjalani kehidupan bererti kita sedang menuju kepada kematian kita…

Renung-renungkan dan selamat beramal.

by perindu syahid
amirazuwa.blogspot.com

KISAH SYAITAN BERNAMA KHANNAZ

Di awal Nabi Adam dan Hawa di turunkan ke Bumi.,

syaitan laknatullah yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu Adam, memikirkan bagaimana cara hendak menganggu kacau anak cucu Adam dari patuh dengan suruhan Allah.

Suatu hari ibu syaitan lakantullah duduk berfikir "macam mana aku(laknatullah) hendak kenakan anak cucu Adam"

....dan tiba-tiba dia(laknatullah) nampak anak dia(laknatullah) yang bernama khanaz(laknatullah). lalu di panggilnya "khanaz(laknatullah)....mari sini ikut mak(laknatullah)...".

Lalu dia(laknatullah) pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa. Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggalkan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah.

Dan tinggallah Hawa keseorangan di rumah, tiba-tiba, pintu rumah diketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.."

ibu syaitan laknatullah menjawab "Tolong jagakan anak saya(laknatullah)...nanti saya(laknatullah) akan datang untuk ambil dia(laknatullah) balik".

Hawa yang tidak mengetahui apa-apa muslihat ibu syaitan laknatullah, sedia memberi pertolongan.

Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa nie..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahulah..tadi ada seorang wanita(laknatullah) menyuruh kita menjaga anak(laknatullah) ini."

Adam berfikir dan " Ini mesti anak syaitan(laknatullah), yang mahu menganggu anak cucu kita...".

"Apa harus kita lakukan sekarang..?"tanya Hawa pada Adam.

Setelah lama berfikir "Kita potong-potong dagingnya(laknatullah) sehingga kecil dan gantungkan isi-isi dagingnya(laknatullah) di pokok luar rumah kita...

Nanti bila ibunya(laknatullah) datang biar dia(laknatullah) nampak dan tahu anaknya(laknatullah) sudah ttiada...".

Keesokkan pagi harinya ibu syaitan laknatullah itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja. "Mana anak aku(laknatullah)..."Tanya ibu syaitan(laknatullah) pada Hawa.

Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerangkan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan(laknatullah),

"anak kamu(laknatullah)........Semalam Adam pulang ke rumah, lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan laknatullah...

lalu sudah kami kerat-kerat anak kamu(laknatullah) dan kami gantungkan dagingnya(laknatullah) di atas pokok luar sana ..."terang Hawa.

"Oh...ia ke?..."jawab ibu syaitan laknatullah dengan nada yang tidak risau. Kemudian ibu syaitan laknatullah meneriak memanggil anaknya(laknatullah) "Khanazzzzz(laknatullah)....!!!"

Tiba-tiba daging-daging khanaz laknatullah yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi khanaz laknatullah kembali dan ibu syaitan laknatullah masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan khanaz lakantullah dan dia(laknatullah) berpesan akan kembali lagi esok hari nya.

Apabila Adam pulang dan terlihatlah anak syaitan laknatullah yang bernama khanaz laknatullah itu lagi dan bertanyakan pada Hawa kenapa anak syaitan laknatullah itu masih berada di rumah meraka.

Hawa menerang apa yang berlaku.

"Kita tak boleh biarkan usaha syaitan laknatullah untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam.

"Apa harus kita lakukan lagi.."tanya Hawa. "Begini..kita bakar anak syaitan laknatullah ini dan abunya(laknatullah) kita buangkan ke laut, biar abunya(laknatullah) di bawa arus laut dan ibunya(laknatullah) tidak akan dapat mendapatkan anaknya(laknatullah) ini lagi..." terang Adam.

Keesokan paginya datang lah lagi ibu syaitan laknatullah ini bertanyakan khanaz laknatullah.

ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak(laknatullah) aku(laknatullah)?" tanya ibu syaitan laknatullah.

"Anak(laknatullah) kamu sudah kami bakar dan abunya(laknatullah) kami buang ke laut!" jawab Hawa.

"Oh ia ke? Kata ibu sayitan laknatullah lalu meneriak mamanggil "khanaz laknatullah!!!"...kemudian bercantumlah kembali daging khanaz laknatullah dari abu dan menjadi Khanaz laknatullah kembali.

Kemudian di serahkankan kembali pada Hawa untuk menjaga khanaz laknatullah.

Apabila Adam pulang, mendapati anak syaitan laknatullah itu masih berada di rumahnya "Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biarkan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam.

"Apa harus kita lakukan ?" tanya Hawa. "Begini sajalah...kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam.

Keesokan pagi, datanglah lagi ibu syaitan laknatullah bertanyakan anaknya ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku(laknatullah)" tanya ibu syaitan laknatullah.

"anak(laknatullah) kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu(laknatullah).."jawab Hawa. "Kenapa..?"tanya ibu syaitan laknatullah.

"Anak kamu(laknatullah) telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin. "Ia ke...? Lalu ibu syaitan laknatullah memanggil anaknya ½ "khanaz(laknatullah)!!!" "ia mak(laknatullah)...." jawab khanaz laknatullah dari dalam badan Hawa..

Bagus anakku(laknatullah)..kamu(laknatullah ) duduk sana , jangan keluar-keluar. Arah ibu syaitan laknatullah pada khanaz laknatullah.

Itulah cerita dia(laknatullah) kawan-kawan...duduklah khanaz laknatullah dalam tubuh badan manusia sehinggá Hari Kiamat., syaitan khanaz(laknatullah) tugasnya:

••  Bila kita makan ia(laknatullah) pun makan, kita minum ia(laknatullah) pun minum.

••  Apa aktiviti kita buat dia(laknatullah)akan menyertai JIKA KITA TIDAK MEMBACA BISMILLAH.

•• Bila kita solat dia(laknatullah) akan berusaha supaya kita was-was, itulah mana yang sedang solat, tiba-tiba tidak ingat berapa rakaat sudah disolatkan.

•• Buat kerja kita keliru dan ingat-ingat lupa "Eh dah buat ke Belum yer.." ubatnya banyakkan dengan BERISTAGAFAR...

•• khanaz laknatullah akan belari /bermain dalam darah kita...ubatnya...banyakkan Zikir...

Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari khanaz laknatullah ini.

Sabda Rasulullah S.A.W., setiap apa yang hendak kita lakukan mulakanlah dengan membaca BISMILLAH dan Doa.,

sekurang-sekurangnya BISMILLAH dan khanaz laknatullah akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus apabila kita memulakan dengan membaca Bismillah sebelum makan.

Bagaimana syaitan laknatullah yang tidak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam..

Surah An Nas jua menceritakan hal syaitan laknatullah bernama khanaz laknatullah yang sentiasa membuat kita merasa was-was.

Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah S.W.T., BISMILLAH.

Walllahualam....

Jumaat, 17 Januari 2014

PERTAMA DALAM ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
• Nabi Sulaiman AS.

2.Orang yang pertama minum air zamzam :
• Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
• Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
• Nabi Ibrahim AS.

5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
• Nabi Adam AS.

6.Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
• Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
•  Nabi Muhammad SAW

8.Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
• Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
• Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
•  Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
• Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
• Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
• Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
• Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
• Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
• Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
•Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
• Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah :
• Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
•  Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
•  Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
•  Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
•  Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
•  Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
• Harun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
• Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW;
ALi bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
•  Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
• Mus’ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga :
•  Nabi Muhammad SAW

IBLIS MENANGIS DGR ORG BERI SALAM

Sabda Rasulullah saw:
“Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga”.

Sabda Rasulullah SAW.:
”Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh lihat diluar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia.”

Lalu bertanya pula sahabat:
“Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?”

Sabda Rasulullah saw:
“Ianya adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yang memberi makan, bagi orang yang selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.”

Bertanya para sahabat:
“Siapakah yang kuat mengerjakan semua itu ya Rasulullah?”

Sabda Rasulullah saw.:
”Akan aku terangkan kepada kamu semua:

1. >>  Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.

2. >> Barang siapa yang memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi makan.

3. >>  Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan syawal (selain 1 Syawal, diharam puasa) bererti dia sudah sentiasa berpuasa sepanjang tahun.

4. >>  Barangsiapa solat Isyak dan solat subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.

Sabda Rasulullah saw:
”Barang siapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab.”

Ibnu Abbas ra berkata:
“sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh:
“Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan diampuni dosanya”.

Salam Ukhuwah..

KISAH 4ORANG ISTERI

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri.

Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak.

Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya.Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga.

Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya.

Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian.

Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung.

Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui mas! a-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia.

Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami.

Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi.

Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati,

"Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya,

"Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?"
Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi.

Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab,
"Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya,
"Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu.
Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kil! at yang menyambar. Si pedagang kini berasa Putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara,

"Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu."
Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu.

Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan.

Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang.

Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain.

Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.

Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.

Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah.

Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak. Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari.

kredit : rakangroup

Salam Ukhuwah..~

KISAH PENGAJARAN

Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat.

Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama.

Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat,suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya.

Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya.

Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya. Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata,

"Mat, kau ni terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan pacakkan satu paku tiang di tengah halaman rumah kita.

Setiap kali kau berbuat satu kejahatan,maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini."

Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari.

Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang.

Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut tengkujuh berganti kemarau panjang.

Tahun demi tahun beredar.Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas.

Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas.

Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu.

Maka dia pun berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang. Besoknyas sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya.

Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi.

Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang.

Maka ayahnyapun memanggil anaknya dan berkata:
"Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku cabutkannya keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira?"

Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis teresak-esak.

"Kenapa anakku?" tanya ayahnya,

"aku menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada."
Dalam nada yang sayu Mat mengeluh,
"Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada,tapi aku bersedih parut - parut lubang dari paku itu tetap kekal ditiang, bersama dengan karatnya."

NOTE : pk2 & renung2 kan..

ZIKIR YG MEMURAHKAN REZEKI

Melazimi 7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki

1. Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan “La hawla Wala Quwwata Illa billah ( HR. At Tabrani )

2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka
bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa
takut dalam kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Melazimkan BerIstighfar
“Barangsiapa melazimkan beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari
segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga”
( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )

4. Membaca Surat Al-Ikhlas
“Barangsiapa mmbaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan
menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya ( HR. AtTabrani )

5. Membaca Surat Al-Waqiah
“Barangsiapa mmbaca surat AlWaqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa
kesempitan hidup" (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)

6. Memperbanyak Selawat Atas Nabi
“Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam,
Rasulullah Salallahu’alaihiwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai Manusia
Berdzikirlah mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan
(sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang
kematian dan segala kesulitan didalamnya”

7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
…dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala
sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Sumber : -Ihya Ulumiddin – Imam AL GHAZALI

FAKTA Yakjuk MakJuk

Ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu hingga kering

1· 》》 Memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan 1,000 zuriat.

2· 》》Tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah

3· 》》 Muncul selepas turunnya Nabi Isa AS dan dajal

4· 》》  Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain menjadi sebesar bulatan ibu jari dan jari telunjuk

● Disebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelosok dunia hari ini,

masih ada kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri.

● Hingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kemujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.

● Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu harti nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia.

● Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa apa.

● Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesis baru ketika ini kerana waktu munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat!

●  Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kemujudan dan lokasi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia.

● Bagaimanapun, kemujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat.

● Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesis lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS.

● Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa hinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar daripada lokasi mereka.

》》  “Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke 90 dari surah al-Khafi yang menyebutkan Zulkarnain sampai
‘ditempat terbit matahari’ iaitu timur dunia”

●  Dr. Fauzi Deraman, Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

》》  “Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke 92 hingga 98 manakala kebangkitan dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke96 dan 97,” katanya.

》》 Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu:

★“Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua dua gunung itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.

★ “Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’

★ “Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (Manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan potongan besi’.

★ “Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’.
Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti ) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) akan aku tuangkan ke atas besi panas itu.

★ “Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar.’”

●  Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula Allah berfirman:

★★  “ Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.

Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kiamat) maka tiba tiba terbelahlah mata orang kafir. (Mereka berkata): Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”

● Dr. Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi ada juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas.

★ “Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia tengah.

● Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.

●  Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembuk dibina Zulkarnain itu.

● Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampir hari kiamat.

★  “Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat,” katanya.

●  Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi.

●   Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada siapa yang mampu menewaskan kumpulan itu.

★  “Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj,
baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu daripada bumi,” katanya.

●  Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin mempertahankan akidah Islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah kerana mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiyaa’ di atas seperti firmanNya:

★★   “(Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”

LAWAK B.R.I.M

Perbualan di sebuah warung kopi di sebuah Felda.

Seorang pak cik leka membelek akhbar Utusan Meloya sambil hisap rokok daun di sebuah meja.

Datang seorang anak muda duduk di hadapannya sambil memesan segelas air dari tokeh warung. Dialog seterusnya...

Anak Muda:
> Assalamualaikum, Pak cik

Orang Tua:
> Waalaikum Salam...(sambil terus belek akhbar utusan dan geleng2 kepala)

Anak Muda:
> Nape pak cik geleng2 kepala tu? Ada berita buruk ke pak cik akhbar hari ni?

Orang Tua:
> (letak akhbar, hirup kopi dan memasang rokok daunnya) Ermm..aku pelik dengan Pembangkang ni...
Semua yg Najib buat semua salah...Naik harga gula utk kebaikan rakyat pun mereka bantah...pelik betul!! Gula tu memang penyebab kencing manis...memang patut dinaikkan pun..

Anak Muda:
> Ohh...pasal tu. Abis tu, pak cik setuju ke gula dinaikkan 35 sen?

Orang Tua:
> Memang setuju asalkan rakyat kita terjaga kesihatannya.
Najib bagus..ambik berat hal rakyat.

Anak Muda:
> Pak cik sekarang ni ada alami sebarang penyakit tak? (Sambil hirup teh yang baru sampai)

Orang Tua:
> Pak cik sejak dulu memang kurang minum manis2 ni. Sbb tu pak cik takde kencing manis. Jadi langkah najib tu tepat lah..

Anak Muda:
> Penyakit apa yang Pak Cik ada sekarang ni?

Orang Tua:
> Cuma darah tinggi je lah...kencing manis memang takde...

Anak Muda:
> Cehh..tak adil Najib ni. Sian orang macam Pak cik ni...

Orang Tua:
> ehhh...nape pulak?

Anak Muda:
> Kenapa dia hanya jaga orang kencing manis je...abis tu darah tinggi macam mana pulak?

Patutnya Najib naikkan harga garam juga....baru adil..Dalam masakan yg paling banyak orang guna adalah garam bukan gula...

Orang Tua:
> Aaahhh...ko memang sengaja nak cari salah Najib...Aku dah kata pembangkang macam tu...cari salah je pandai...semua nak komplen...kasi BR1M sapu gak!! (sambil jeling tajam kat Anak Muda)

Anak Muda:
> Ehhh...BR1M? Saya boleh kasi Pak Cik BR1M bukan setahun sekali...setiap bulan saya boleh kasi pak cik? Sebut saja pakcik nak berapa? Setiap bulan saya boleh kasi pakcik...betul ni, bukan main2..

Orang Tua:
> Eleehhh...ko nak kasi aku BR1M? hahaha...rokok pun beli batang...hahaha (sambil ketuk2 meja..)

Anak Muda:
> Serius ni pakcik...Pakcik sebut je berapa BR1M pakcik nak...saya boleh kasi tiap2 bulan!! Bukan setahun sekali macam Najib tu.

Ni hah...(sambil tunjuk pada tokeh kedai yang mendengar perbualan) Pak Ali tokeh kedai ni boleh jadi saksi...cakap lah, berapa BR1M pak cik nak dari saya tiap2 bulan?

Orang Tua:
> Ok..ok..(sambil berdiri nak marah). Aku tak mahu banyak dari kau. Kau kasi aku tiap2 bulan hanya RM 100 je. Boleh? Hahahaha...baru nak hidup dah nak tunjuk pandai ngan aku...

Anak Muda:
> Alaaa...nape sikit sangat Pak Cik mintak? Up la sikit....

Orang Tua:
> Tak payahhhhh....ko kasi aku seratus ringgit je sebulan cukup lahh...jangan berlagakkk!!

Anak Muda:
> Ok, baiklah. Saya akan kasi pakcik tiap2 bulan seratus ringgit....tapi dengan satu syarat...

Orang Tua:
> Laaa...syarat apa pulak? Mana boleh syarat2 plak...nak kasi..kasi je lahhh...Jangan nak belit2...

Anak Muda:
> Memang la ada syarat. Najib pun camtu...sebelum dia umum nak kasi BR1M, sebelum pilihanraya dia kata...undi BN..kita kasi BR1M...kita naikkan jumlah BR1M...itu kira macam syarat la tu...

Orang Tua:
> Ok lahhh...apa syaratnya?

Anak Muda:
> Syaratnya, setiap hari pakcik kasi saya lima puluh ringgit...cukup sebulan saya kasi pakcik BR1M seratus ringgit, amacam? Setuju?

Orang Tua:
> Woiii...ko ingat aku bodoh ke? Ko ambik duit dari aku tiap2 hari lima puluh rtinggit, sebulan ko kasi aku seratus?

Ko ingat aku ni bodoh sangat? Ko guna duit aku, bayar pulak kat aku hanya seratus? Ko untung pulak lagi....jangan nak bodohkan aku...aku tak la bodoh sangat ok..

Anak Muda:
> Haaaa...kalau tak bodoh baguslah!! Macam tu lah Najib punya cara kasi BR1M, tau tak? Hahahaha... (sambil bangun dari kerusi menuju ke tokeh kedai untuk bayar minuman)

Orang Tua:
> (terkebil2 sambil pandang Tokeh Kedai yang ketawa besar) Kurang ajar budak nihhhh....!!!

THE END!!!

Pikir2 la yer genx...!!!  Sekadar renungan...

Khamis, 16 Januari 2014

KETAHUI 15 KEAJAIBAN KAABAH

Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya.
Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah.
Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak.
Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta.
semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam.
Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga.
Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya.
Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah.
Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram.
Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama...

(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)

BUMI BERALIH ARAH...PAKSI BERUBAH

KEADAAN cuaca tidak menentu dan bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dipercayai mempunyai kaitan dengan perubahan kecondongan paksi bumi.

Selain itu, pemanasan global juga dikatakan turut mengubah lokasi geografi kutub bumi menurut kajian Geophysical Research Letters.

Laporan penyelidik Universiti Texas, Austin mendedahkan, pencairan bongkah ais semakin meningkat di Greenland menyebabkan kedudukan Kutub Utara berubah beberapa sentimeter pada setiap tahun sejak 2005.

Difahamkan, bermula 1982 hingga 2005, kutub tersebut berubah secara perlahan dari tenggara ke bahagian utara Labrador, Kanada pada jarak kira-kira 2 milliarcsecond atau 6 sentimeter setahun.

Sejak 2005, kutub mula bertukar haluan dan bergerak ke arah timur Greenland pada jarak lebih 7 miliarsecond setahun.

Kumpulan saintis telah sekian lama mengetahui bahawa lokasi kutub bumi tidak tetap dan ia juga menjadi penyebab musim menjadi tidak menentu seperti yang berlaku pada ketika ini.

Selain itu, pencairan ais juga menjadi punca utama paras air meningkat kepada lebih 90 peratus akibat daripada anjakan kutub pada 2005.

Medan magnet bumi berganjak

Pada 2011, medan magnet bumi dilaporkan berganjak pada jarak 64 kilometer setahun, dan saintis menyifatkan ia sebagai fenomena normal yang berlaku sekali pada setiap 100,000 tahun.

Keadaan itu menyebabkan arah kompas berubah dan berkemungkinan tidak lagi menghala ke arah Kutub Utara berikutan kutub kini telah berganjak dari utara Kanada menghampiri ke Rusia.

Susulan daripada perubahan itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa di pantai barat Florida terpaksa melakukan pengubahsuaian terhadap tanda arah di tiga landasan berdasarkan anjakan medan Kutub Utara.

Saintis menganggarkan pada setiap lima hingga 10 tahun, arah kompas akan berubah akibat anjakan kutub bumi.

Bagaimanapun, pendedahan pada pertengahan tahun lalu yang turut dimuat naik ke dalam Youtube menunjukkan Kutub Utara berganjak 260 kilometer dalam tempoh enam bulan.

Perubahan itu menyebabkan medan magnet bumi beralih dari Kanada ke Siberia dalam tempoh kurang daripada 24 bulan.

Apabila peralihan tersebut berlaku, kutub akan berada pada kedudukan 40 darjah merentasi hemisfera utara.

Menurut Conall Mac Niocaill, seorang saintis di Universiti Oxford, medan magnet bumi semakin lemah dan ia telah berganjak lebih 1,500 km sejak berabad lalu.

“Kekuatan medan magnet Kutub Utara berkurangan 10 peratus sejak 150 tahun lalu.

"Setiap 250,000 tahun sekali, medan magnet ini akan berubah arah ke selatan dan fenomena tersebut dipercayai kali terakhir berlaku kira-kira 800,000 tahun lalu iaitu sebelum kewujudan manusia,” katanya lagi.

Sehingga kini, saintis gagal menemui jawapan bagaimana fenomena penyongsangan medan magnet itu terjadi.

Waktu lebih singkat..

Ahli geofizik Nasa, Richard Gross mendedahkan, kadar putaran bumi menjadi lebih cepat kira-kira 1.8 mikrosaat akibat gempa berkekuatan 9.0 skala Richter yang melanda Jepun pada 2011.

“Gempa kelima terkuat di dunia sejak 1900 itu juga menyebabkan waktu sehari yang sepatutnya bersamaan 24 jam menjadi lebih singkat tanpa disedari masyarakat,” katanya.

Difahamkan, gegaran dahsyat tersebut mengakibatkan kepulauan Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di bawah dasar laut sepanjang ratusan kilometer selain paksi bumi berubah pada jarak hampir 10 sm.

Ahli Geofizik Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), Kenneth Hudnut memaklumkan, peta dari Lembaga Maklumat Geospatial (GSI) menunjukkan terdapat corak peralihan melibatkan kawasan yang besar selepas gempa berlaku.

BUKAN ISLAM MENYANJUNG NABI MUHAMMAD SAW..BAGAIMANA PULA DGN KITA ? ?

1.♥  Gandhi mengatakan:
Muhammad adalah yang terbaik dan kisahnya tidak dipertikai langsung bagi jutaan manusia ,
dan Muhammad membawa Islam dengan Kezuhudan dan berkasih sayang sesama sahabat sahabatnya ,keberaniannya dan kepercayaan yang Tulus dan Ikhlasnya kepada ALLAH dan kata akhirnya tidak ada yang lebih dari ini melainkan Kehidupan Muhammad S.A.W .

2. ♥ Sir George mengatakan:
☆☆ aku selalu memandang tinggi agama Muhammad S.A.W disebabkan ianya satu tenaga(semangat) yang terbaik .
dan ia membawa satu agama yang boleh memukau seluruh alam dan dapat di terima pada mana mana zaman pun ,dan sekiranya mengikut pandangan aku yang berfahaman Anti -Christ(yang menunggu al masih dajjal) Muhammad S.A.W adalah Penyelamat
(al masih dajjal) kami .

3. ♥ Thomas mengatakan:
☆☆  Penipuan yang sebenar benarnya yang telah tertimbun pada Muhammad S.A.W (disebabkan tuduhan tuduhan jahat mereka) hanya memalukan kita sahaja .

4. ♥  W.M.Watt mengatakan :
☆☆   Muhammad S.A.W adalah seorang yang berakhlak mulia dan ramai yang mengikutinya dan meletakkannya sebagai Ketua di sebabkan akhlaknya yang mulia .

♥♥ Jom kita Selawat :

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِا مُحَمَّدٍ

BAHAYA SYIAH

★★   Ajaran Syiah bukan sahaja bahaya kepada aqidah dan syariat Islam, tetapi ia juga membawa ancaman kepada negara.

★★  Dan ini telah dibuktikan dengan fakta sejarah. Kemenangan Monggol di bawah pimpinan Hulagu Khan ke atas Baghdad pada tahun 656H yang menyaksikan pembunuhan umat Islam yang sungguh mengerikan.

★★ Peristiwa yang mengerikan ini terjadi kerana dengan pertolongan dan perancangan jahat Syiah.

★★   Khalifah Al-Muktasim leka dan tidak menerima nasihat apabila melantik seorang menteri Syiah yang bernama Ibn Al-Qamiy.

★★  Beliau (Ibn Al-Qamiy) memanfaatkan dan mengambil kesempatan bila memegang jawatan.

★★  Beliau mengurangkan bilangan tentera Islam, membocorkan rahsia ketenteraan dan kelemahan kerajaan serta merancang tipuhelah bagi memerangkap Khalifah.

★★  Dengan pengkhianatan itu, tentera Monggol telah berjaya menakluki Iraq dan membunuh orang-orang Islam dengan begitu kejam. Baghdad bermandi darah.

★★  Inilah tragedi besar yang menimpa umat Islam dan ianya adalah angkara tipu muslihat Syiah.

★★  Pada tahun 1981, setelah golongan Syiah dapat mendirikan negara di Iran, setelah tercetusnya revolusi yang menumbangkan Shah Iran, mereka mula melancarkan perang terhadap Iraq.

★★ Ketika itu Saddam Hussein adalah pemerintah Iraq. Mereka berperang dengan Iraq kerana banyak tempat-tempat suci Syiah berada disana seperti kubur Sayidina Ali, kubur Sayidina Husin dan tempat ghaibnya imam Mahdi mengikut kepercayaan mereka.

★★  Walaupun mereka tidak dapat menguasai Iraq pada ketika itu, tetapi kini mereka berkongsi tanah Iraq bersama Amerika.

★★   sesungguhnya syiah itu kejam...zalim...sama spt kejamnya israel...

RINTIHAN RAKYAT SYRIA

 Ummah.. Pelarian wanita Palestin di Kem Pelarian Yarmuk sedang memanggil kita, siapa mahu menyahut panggilannya?

[Masih ingatkah saudara kami pernah siarkan gambar wanita ini yang dipukul di bahagian belakang kepalanya sehingga buta? Ini terjemahan penuh tentang kejadian yang berlaku keatas Beliau]

■■   Terjemahan Bahasa Arab kedalam Bahasa Melayu:

★  WANITA 1:

Saudara seagamaku, kami disini sangat memerlukan bantuan kamu.

Ya Allah, ku mohon, bantu kami. Ya Allah, kurniakanlah rahmat keatas mereka yang telah meninggal dunia akibat kelaparan yang teramat.

Jika saya mampu berjalan, pasti saya sudah berjalan untuk membantu mereka, tetapi saya sudah tidak boleh berjalan.

Ya Allah, kembalikanlah hati orang-orang Arab kepada Islam yang sebenarnya dengan nilai takwa yang tinggi.

Ya Allah satukanlah hati-hati kami dan hapuskanlah para pengkhianat agama. Ya Allah, bantulah hambaMu.

■■  WANITA 2:

Mereka mengatakan bahawa jalan raya tidak ada sebarang sekatan, tetapi sudah tiga hari saya tidak makan apa-apa.

Saya cuba keluar dari Kem untuk mencari sedikit makanan, tetapi kami tidak punya sebarang wang untuk membeli makanan.

Jika saya mempunyai wang, sudah pasti saya membeli sedikit makanan. Mereka yang lain telah meninggal dunia kerana kebuluran.

Saya terpaksa keluar dari kem kerana bayi saya hanya berusia 14 hari dan saya tidak mampu menyusunya kerana saya sendiri kelaparan yang teramat.

Sewaktu saya tiba di pusat pemeriksaan dengan mereka yang lain, mereka yang mengawal di pusat pemeriksaan itu mengarah kami untuk beratur, jadi kami beratur menurut arahan diberi.

Apabila mereka berkata ok, kamu boleh terus berjalan, jadi kami mempercayai mereka dan berjalan terus.

Tetapi, tiba-tiba mereka mengasingkan kami, mereka mengarah lelaki dewasa untuk pergi ke belakang dinding dan kemudian kami dengar das demi das letupan dilepaskan.

Mereka menembak mati kesemua lelaki dewasa di belakang dinding itu. Saya sangat ketakutan.

Kemudian, mereka datang kepada para wanita dan memukul kami sambil melepaskan kata-kata cacian dan hinaan dan turut menghina Allah SWT.

Kami membalas dengan mengatakan kami sanggup mati kelaparan daripada mati ditangan Syiah laknatullah.

Mereka masih tidak melepaskan kami. Salah seorang daripada mereka datang kepada kami dan mahu membakar bayi saya yang berusia 14 hari.

Saya merayu padanya untuk membunuh saya dan tidak mengapa-apakan anak saya.

Kemudian, tanpa berfikir, dia terus memukul saya menggunakan besi di belakang kepala saya yang menyebabkan saya kehilangan dua pasang mata saya. Kemudiannya, mereka memukul wajah saya.

★ LELAKI 1 :

Saya kehilangan segalanya.

Duit, kereta, keluarga, rumah dalam hanya satu serangan berani mati yang menghancurkan rumah tiga tingkat saya berserta mereka di dalamnya.

Tetapi, saya tidak begitu terkesan kehilangan semua itu tetapi apa salah bayi berusia 14 hari itu terhadap Syiah, dia hanya bayi yang tidak berdosa dan dia tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu.

Jika kamu syiah mahu menyerang kami, seranglah kami, bukan bayi kecil yang lemah.

★  WANITA 1:

Kami memerlukan makanan, ubat-ubatan, susu bayi, pakaian tetapi apa yang lakukan hanya menonton penderitaan kami.

Berhenti menjadi penonton dan lihat pada diri kamu sendiri. (Mak cik, jangan menangis) Biar saya menangisi keadaan saya dan kehidupan saya.

Saya merupakan pelarian dari Palestin yang terpaksa keluar dari Palestin untuk terus hidup pada usia 58 tahun dan saya tidak menyangka begini pengakhirannya.

Saya berharap askar Yahudi sudah membunuh saya puluhan tahun lalu. (Mak cik, jangan menangis).

Biarkan saya terus menangis. Kami tidak mempunyai elektrik, kami kelaparan, kami tidak mempunyai kasut, kami wanita hanya mahukan roti dan mereka memukul kami, apa yang saya mampu lakukan?

Apa yang saya mampu lakukan? Saya lapar, kasihanilah kami. Saya seperti anjing yang kelaparan yang menunggu makanan.

Ya Allah, hilangkanlah rasa lapar ini, Ya Allah, sungguh saya begitu lapar, berhenti menjadi penonton penderitaan kami dan lakukan sesuatu.

■■■■   [Inilah situasi benar yang berlaku di dalam Kem Yarmuk di Damaskus dan situasi ini bertambah buruk selepas mafia-mafia Syiah bertindak membunuh 50 Mujahidin yang sedang menghantar bantuan makanan yang sebahagian daripadanya adalah daripada sumbangan NGO Syria Care dan juga NGO-NGO lain.


■■   Situasi di Kem Yarmuk kini semakin parah dan ramai pelarian di Kem berada dalam keadaan lapar yang teramat]

Ya Allah ..lindungilah mereka semua Ya Allah...

BUMI BERGEGAR KETIKA ARIEL SHARON DIKEBUMIKAN...

Isnin lalu, ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel Sharon hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran 3.5 skala Richter.

Di saat para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa sedang memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara Yahudi itu, penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa gegaran itu mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari. Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut Geofizik Israel.

Masya’Allah… apakah itu petanda bumi tidak menerima Ariel Sharon dan bayangkan azab yang menanti pemimpin Yahudi lakhnatullah berkenaan.

■■ ” SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…”
■■ Itulah antara baris ayat Ariel Sharon.

Namun di hari pengebumiannya, bumi bergegar … tahulah nasib kau sekarang kan.

Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai ‘Penyembelih Beirut’ itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.

Sharon yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006 terkenal kerana kekejamannya yang dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.

Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.

Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin.

Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut.

Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986>