Sabtu, 27 September 2014

TANGISAN KERANA ALLAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda,

"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata,

"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,

"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan,

"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang Nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata,

"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,

"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S.

"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S.

"Wahai Jibril, Apakah air itu?"

Maka Jibril berkata,

"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu."

Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W,

" Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

KISAH ANAK DAN BAPA DI NEGERI AKHIRAT

Ini ada sedikit kisah yang akan berlaku di Negeri Akhirat.

Mula-mula bapa akan bertanya kepada anaknya,

'Bagaimanakah perlakuanku terhadapmu didunia dulu?'

Maka si anak itu akan banyak memuji perlakuan bapanya. Selepas itu bapa akan berkata,

'Hari ini aku hanya meminta daripadamu satu pahala sahaja. Mungkin dengannya masalahku akan selesai.'

Anak akan berkata,

'Ayah telah meminta sesuatu yang ringkas sahaja, tetapi saya dalam keadaan yang sangat terdesak. Saya sendiri dalam ketakutan dan kebimbangan seperti ayah.'

Kemudian soalan dan jawapan yang serupa akan berlaku dengan isterinya, sepertimana terdapat firman Allah ta'ala dalam al Quran;

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمۡ وَٱخۡشَوۡاْ يَوۡمً۬ا لَّا يَجۡزِى وَالِدٌ عَن وَلَدِهِۦ وَلَا مَوۡلُودٌ هُوَ جَازٍ عَن وَالِدِهِۦ شَيۡـًٔا‌ۚ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقٌّ۬‌ۖ فَلَا تَغُرَّنَّڪُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا وَلَا يَغُرَّنَّڪُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ
Ertinya;

Wahai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah itu benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan janganlah pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah."

Surah Luqman ayat 33.

PERANG DI SYAM ( SYRIA )

Syam adalah negeri iman dan Islam saat terjadi huru-hara dan peperangan dahsyat.

“ Aku bermimpi melihat tiang kitab (Islam) ditarik dari bawah bantalku, aku ikuti pandanganku, ternyata ia adalah cahaya sangat terang hingga aku mengira akan mencabut penglihatanku, lalu diarahkan tiang cahaya itu ke Syam, dan aku lihat bahwa bila fitnah (konflik) terjadi maka iman terletak di negeri Syam.”

“Salamah bin Nufail berkata:
aku datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata:
aku bosan merawat kuda perang, aku meletakkan senjataku dan perang telah ditinggalkan para pengusungnya, tak ada lagi perang.
Nabi s.a.w. menjawab:
Sekarang telah tiba saat berperang, akan selalu ada satu kelompok di tengah umatku yang unggul melawan musuh-musuhnya, Allah sesatkan hati-hati banyak kalangan untuk kemudian kelompok tersebut memerangi mereka, dan Allah akan memberi rezeki dari mereka (berupa ghanimah) hingga datang keputusan Allah (Kiamat) dan mereka akan selalu demikian adanya. Ketahuilah, pusat negeri Islam adalah Syam. Kuda perang terpasang tali kekang di kepalanya (siap perang), dan itu membawa kebaikan hingga datangnya Kiamat.” (HR. Imam Ahmad)

Syam merupakan benteng umat Islam saat terjadinya malhamah kubro (perang dahsyat akhir zaman)

“Auf bin Malik al-Asyja’iy berkata: Aku menemui Nabi s.a.w. lalu aku ucapkan salam. Rasulullah: Auf ?
Aku: Ya, benar.
Rasulullah: Masuklah.
Aku: Semua atau aku sendiri?
Rasulullah: Masuklah semua.
Rasulullah: Wahai Auf, hitung ada enam tanda Kiamat. Pertama, kematianku.
Aku: Kalimat Rasulullah s.a.w. ini membuatku menangis sehingga Rasulullah s.a.w. membujukku untuk diam. Aku lalu menghitung: satu.
Rasulullah: Penaklukan Baitul Maqdis.
Aku: Dua.
Rasulullah: Kematian yang akan meranggut umatku dengan cepat seperti wabak kematian kambing.
Aku: Tiga.
Rasulullah: Konflik dahsyat yang menimpa umatku.
Aku: Empat.
Rasulullah: Harta membumbung tinggi nilainya hingga seseorang diberi 100 dinar masih belum puas.
Aku: Lima.
Rasulullah: Terjadi gencatan senjata antara kalian dengan Bani Ashfar (bangsa pirang), lalu mereka mendukung kalian dengan 80 tujuan.
Aku: Apa maksud tujuan?
Rasulullah: Maksudnya panji. Pada tiap panji terdisi dari 12.000 prajurit. Benteng umat Islam saat itu di wilayah yang disebut Ghouthoh, daerah sekitar kota Damaskus.” (HR. Imam Ahmad)

Catatan: Daerah bernama Ghauthah masih ada hingga kini, tak berubah namanya, dan letaknya memang dekat Damaskus.

Pasukan terbaik akhir zaman ada di Syam dan Allah menjamin kemenangan mereka.

“Pada akhirnya umat Islam akan menjadi pasukan perang: satu pasukan di Syam, satu pasukan di Yaman, dan satu pasukan lagi di Iraq. Ibnu Hawalah bertanya: Wahai Rasulullah, pilihkan untukku jika aku mengalaminya. Nabi s.a.w. bersabda: Hendaklah kalian memilih Syam, karena ia adalah negeri pilihan Allah, yang Allah kumpulkan di sana hamba-hamba pilihan-Nya, jika tak bisa hendaklah kalian memilih Yaman dan berilah minum (haiwan kalian) dari kolam-kolam (di lembahnya), karena Allah menjamin untukku negeri Syam dan penduduknya.” (HR. Imam Ahmad)

Sabtu, 20 September 2014

INILAH REALITI SEORANG PENAGIH DADAH

Ini adalah siri gambar hari-hari terkahir Wu Guillin seorang penagih dadah tegar dari Guangdong China. Gambar hari-hari terakhir beliau diambil oleh seorang jurugambar dari 18 April sehingga 6 Mei yang lalu.

Beliau akhirnya mati akibat komplikasi dadah melampau pada 10 haribulan Mei. Semasa gambar diambil anda boleh melihat bagaimana sadisnya kehidupan seorang penagih tegar.

KATA HIKMAT

Aku ingin melihat Allah SWT tetapi , keupayaan aku tidak mampu, namun aku mampu melihat keagungan Ciptaan dan Kejadian Allah SWT.

Aku rindu mendengar kata-kata Allah SWT tetapi aku dapat mendengar kata-kataNya dalam Al-Quran Al-Karim.
Aku ingin bersahabat dengan Allah SWT, maka aku hanya mampu bersahabat dengan Rasulullah SAW dan juga Hadis-Hadis yang Baginda wariskan pada ulamak-ulamak.

KISAH AYAM BAKAR YANG MENGINSAFKAN

Seorang soleh berjalan melintasi pembakar ayam lalu menangis:

Pembakar ayam: Kenapa menangis, kamu inginkan ayam ini ?

Orang Soleh: Tidak…aku menangis kerana mengenangkan  anak adam.

Haiwan dibakar dalam keadaan sudah mati tetapi anak-anak Adam dibakar dalam          keadaan masih hidup ( bernyawa).

Ya Allah… jasad kami tidak mampu menahan kebakaran Neraka… maka haramanlah jasad kami dari api Neraka

AWAN BERBENTUK TSUNAMI

Penduduk Virginia tiba-tiba panik dengan keadaan awan yang luarbiasa.

Awan yang membentuk seperti Ombak Tsunami seolah-olah ingin menenggelamkan negara mereka seperti yang terjadi di Aceh dan Jepun. Dari kejauhan kelihatan ombak setingi langit seolauh-olah hendak menghempap Bandar Virgina.

Inilah kebesaran Allah, awan yang didatangkan dalam berbagai bentuk supaya manusia beriman kepada-Nya.

Atau mungkinkah awan berbentuk ombak raksaksa ini seolah-olah memberi amaran buat manusia bahawa pada bila-bila masa bumi ini boleh dihancurkan dalam sekelip mata. Allahu Akbar!

AYAT-AYAT ALQURAN TENTANG AWAN:

(Ar-Ruum 30:48)

Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan danAllah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan ke luar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira.

(Al-Ahqaaf 46:24)

Maka tatkala mereka melihat adzab itu berupa awan yang menuuju ke lembah-lembah mereka, berkatalah mereka: "Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami". (Bukan)! bahkan itulah adzab yang kamu minta supaya datang dengan segera (iaitu) angin yang mengandung adzab yang pedih.