Rabu, 29 Oktober 2014

MEDAN SOSIAL DAN FITNAHNYA

Zaman yg serba canggih..Macam² gadjet dicipta..Macam² aplikasi direka..

Ketika inilah bermacam2 fitnah mengaitkan islam yg keluar.....

Melalui hujung jari sahaja,macam2 yg kita mampu lihat.

EJEK AGAMA SENDIRI

-  Ini adalah perkara yang byk menjAdi isu...ejek agama sendiri melalui medan sosial..kata-kata kesat terhadap agama,Nabi Saw,mereka post di wall fb,post dkt instagram dll..
- Cina Kafir menghina agama kita,kita semua marah..tetapi bagaimana pula dengan anak2 gadis,anak2 lelaki kita..yang lahirnya dari agama islam..?

Bygkan lah..mereka lahir dari rahim yg beragama islam..tetapi mereka sanggup menghina dan mempersendakan agama mereka sendiri..
Apa perlu kita buat? Pernahkah kita terpikir dimana silap kita?

SELFIE

- Selfie juga salah satu yg mendatangkan fitnah..tidak salah jika ber'Selfie'..tetapi cara dan gaya itu yg memdatangkan fitnah..

- Anak2 gadis kita seolah2 bangga..
bila mana mereka berselfie sambil memuncungkan mulut,menjelirkan lidah dgn rambut yg berbogel tanpa tudung...dada yg nampak lurah...dipost gambar..dilihat oleh bermacam-macam org...ibu bapa,tidak malukah anda..?

- Itu satu jenis selfie...bagi yg seterusnya pula,ada yg bertudung,malah ada mereka yg berniqab yg beselfie dlm keadaan berjubah dan tertonggek serta mendepankan dada demi selfie yg terbaik supaya dapat banyak * like✓*
..Ya Allah... Jika itu yg kita tunjukkan pd masyarakat...apakah golongan bukan islam akan cakap mengenai kita .dan apa kah golongan bukan islam akan fikir mengenai agama kita ini?

MESEJ BERANGKAI

- Fitnah yg seterusnya..mengenai mesej berangkai..ianya adalah satu kandungan mesej yg mempunyai ciri+ciri fitnah...

Contoh:-

#  Sebarkan kpd 9 orang,jika tidak musibah melanda pada kamu dan keluarga kamu

#klau islam copy....?...
saya Copy Sebab Saya Orang
Islam

--  perhatikan dulu apa yg disebarkan sebelum copy..bagaimana jika ayat yg ingin di 'copy' itu mpunyai kata-kata yg boleh memyesatkan..?

Bagaimana pula jika bukan islam yg copy merubah ayat dan kebenaran tersebut.
satu lagi paling mengukuhkan,
ISLAM itu bukan sekadar melalui COPY MESEJ..tapi ia mari melalui diri kita,amal dan perbuatan kita..

mengenai musibah pula,ianya adalah kuasa Allah swt,jika Ia berkehendak,apapun boleh terjadi...

Dan mengenai ilmu,ilmu itu luas,sampai kita mati,ilmu itu tidak akan habis,jadi sebarkan ilmu itu sebanyak mungkin,bkn mengikut jumlah...

AllahuAlam..jika ada silap salah saya didalam artikel ini..Harap beritahu semoga kita sama-sama perbaiki..

Yang Lemah datang dari diri saya sendiri.
Yang Baik itu datang dari Allah SWT.

KISAH SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI DIGODA SYAITAN

"Pada suatu ketika, sheikh Abdul Qadir Al Jailani ternampak suatu cahaya terang benderang yang memenuhi seluruh langit.

Kemudian suatu bentuk manusia kelihatan di dalamnya dan ia berkata:

“Wahai Abdul Qadir, akulah Allah, Tuhanmu. Aku telah menghalalkan segala perkara yang haram bagimu.”

Sheikh Abdul Qadir menjawab:
“Berambuslah wahai syaitan.”

“Sebaik sahaja sheikh Abdul Qadir mengucapkan kata tersebut, cahaya di langit tadi bertukar menjadi gelap dan bentuk manusia itu mendesir menjadi asap.

Kemudian sheikh Abdul Qadir terdengar orang berkata:

“Wahai Abdul Qadir, aku telah menyesatkan tujuh puluh Ahli al-Sufi dengan cara ini, tetapi Allah telah menyelamatkan kamu disebabkan ilmu dan takwamu”.

“ Mendengar kata itu, sheikh Abdul Qadir pun membalas:
'Tidak. Itu cuma rahmat Allah s.w.t.'

" Sesudah Sheikh Abdul Qadir menceritakan peristiwa tersebut , maka salah seorang pendengar bertanya:

"Bagaimana kamu tahu bahawa itu adalah syaitan?'

"Ketika dia berkata bahawa dia telah menghalalkan bagi saya perkara haram." Jawab Sheikh Abdul Qadir.

Beliau selalu memberitahu muridnya bahawa apa-apa amalan yang bercanggah dengan suruhan Allah, maka sudah tentu itu adalah amalan daripada syaitan.

Oleh itu hendaklah seseorang itu kembali kepada ajaran syariat, mengukuhkan iman dan melawan kecenderungan nafsu dengan bersungguh-sungguh kerana apa jua yang tidak dibenarkan oleh syarak sudah tentu ianya menyesatkan.

Oleh itu, sesiapa yang mendakwa bahawa dirinya telah mendengar suara Allah pada hari ini, maka berhati-hatilah dengan orang itu kerana ternyata dia telah mendengar bisikan syaitan.

Mungkin syaitan mudah mendampingi dan membantu golongan yang mahu menjadikan syaitan sebagai kawan mereka berbanding dengan manusia seagama dan sebangsa dengan mereka walaupun Allah swt telah berkali-kali menegaskan kepada kita dalam al-Quran bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kita.

NILAI DUIT

-Duit tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati.

-Duit tak boleh beli kasih sayang tapi kasih sayang boleh hilang bila tak ada  duit.

-Duit  tak boleh beli tidur tapi tak ada duit  tidur pun tak lena.

-Duit tak boleh beli kesihatan  tapi utk sihat perlukan  duit.

-Duit  tak boleh  beli  kebijaksanaan tapi utk dapatkan ilmu perlukan  duit.

-Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit.

-Duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan  duit.

ULAMA WARISAN MENERIMA TALQIN

"Apabila Kisah Ulamak@Guru Kitab yang Angkuh diaibkan akan Kisah Kamar Tidornya melalui Si Tukang Susun Kasut"

..Maka berlututlah beliau Menerima Talqin.."

Kisah ini sering diceritakan Turun Temurun oleh Guru guru Agama dan Alim Ulamak di Pondok,Madrasah mahupun di Kuliah Masjid sekalipun..

Surah Yunus 62
"Ingatlah Wali Wali Allah tidak merasa Takut pada Mereka dan Mereka tidak berasa Sedih Hati.

Diceritakan pada masa dahulu ada seorang Ulama Mujtahid di MasjidilHaram yang bernama Syekh Abd Wahab Syarqani..Beliau adalah Tokoh Agama Tokoh Ulamak juga Guru Kitab yang tak asing lagi di MasjidilHaram..Majlis Pengajiannya sering dihadiri ramai Ribuan Murid..

Diceritakan pada suatu hari beliau terdengar perbualan Anak Muridnya..akan Kisah Kehebatan Seorang Tukang Susun Kasut yang kerjanya menyusun Kasut dan memulangkan semula Kasut pada Si Tuannya tanpa melihat muka Pemilik Kasut tersebut...

Tukang Susun Kasut itu dipanggil dengan Gelaran Tok Wali di sekitar MasjidilHaram..Kejadian ini dianggap Ajaib..kerana Majlis Pengajian tersebut dihadiri Ribuan pengunjung namun Si Tukang Susun Kasut berjaya melaksanakan tugasnya dengan tepat sekali...Si Tukang Susun Kasut itu bernama Syekh Ali Khawas..

Pada suatu hari Syekh Abdul Wahab Syarqani telah berjalan di hadapan Syekh Ali Khawas dan berkata

لاجعل الله ولي جاهلا

Bermaksud

"Allah Tidak Akan Menjadikan Orang Bodoh Sebagai Kekasihnya.."

Syekh Ali Khawas membalas dan berkata

جعل الله له علما

Bermaksud

"Jika berkehendak Allah melantik seseorang yang menjadi Kekasihnya maka diajarkannya mereka itu Ilmu.."

Dari detik itu hampir setiap hari berlakulah perdebatan antara mereka berdua hingga selang Hari Jumaat seterusnya.Syekh Abdul Wahab Syarqani seperti biasa telah pulang ke Rumah setelah selesai Majlis Pengajiannya selepas Solat Isyak.

Ketika beliau pulang ke Rumah terlihatlah Wajah Keayuan isterinya maka bernafsu Syahwatlah beliau ketika itu..Setelah beliau memujuk Isterinya untuk bersama melayani Nafsunya yang memuncak tinggi ..

Maka isterinya memberi syarat agar Syekh Abdul Wahab menjadi Keldainya dimana si isterinya menunggang si Suaminya dan Suaminya perlu berjalan mengelilingi bilik tidur sebanyak 7 pusingan..

Apabila terlalu letih Syekh Abdul Wahab pun tertidur..
Namun beliau terlelap hingga melepasi Waktu Subuh dan tidak sempat mekakukan Sujud Sejadah seperti biasa dilakukannya pada pagi Jumaat...

Lalu beliau bangun dari Katil dan bersiap sedia untuk mengajar Kuliah selepas Subuhya dalam keadaan tergesa gesa kerana kesuntukkan masa..

Namun seperti biasa apabila beliau melalui di hadapan Syekh Ali Khawas maka berkatalah ia kepadanya..

"Allah Tidak Lantik Orang Bodoh Menjadi Kekasihnya"

Lalu dibalas Syekh Ali Khawas dan berkata

"Orang Alim Tak Tahu Malu..Sanggup ikut Nafsu Syahwat dan Sanggup jadi Keldai untuk Isterinya..Dah la Datang Mengajar Tak Mandi Hadas"

Maka terkejutlah Syekh Abdul Wahab Syarqani kerana Si Tukang Susun Kasut yang dianggap jumud dan bodoh selama ini telah diberi kelebihan oleh Allah swt melalui Ilmu Basyiroh termasuk perkara tersembunyi..

Maka berlututlah beliau dihadapan Syekh Ali Khawas dan bertaubat serta mengaku menjadi Murid pada Syekh Ali Khawas..

Maka diterimalah beliau menjadi anak murid selama 40 hari dan dilarang selama 14 hari dari bersolat melainkan tidak melanggar berkaitan yang halal dan haram..dan segala Kitab Syekh Abd Wahab dijual dan hasilnya dijual kepada Fuqara..

Kemudian Syekh Abd Wahab dibenarkan meneruskan Pengajiannya namun dilarang menggunakan sebarang Kitab Agama..Sehingga pada suatu hari dikatakan Rasulullah Saw turut hadir untuk membimbingnya pada Alam Rohani...

Kedua dua mereka akhirnya menjadi Masyhur selepas itu dan kemudian Wafat serta dimakamkan bersama sama di Mesir...

Kesimpulan kisah ini ialah Orang yang bergelar Ulamak atau Guru Kitabpun sekalipun tak terlepas dari sikap kesombongan dan keangkuhan melainkan setelah mereka berlutut dan menerima Ilmu dan Amal Rabitah Wasilah melalui Rasulullah Saw..

KRISTIAN DAN ISLAM

Tahukah kita MENGAPAKAH DI MALAYSIA agama Kristian berkembang dan agama Islam tidak?

Kerana:

     * Orang Islam menjual/memperdagangkan agamanya.

- Air jampi dijual, jus Tok Guru kononnya telah dijampi.

- Minyak ubat urut Anugerah kononnya dibacakan ayat suci 30 juzuk dijual dengan harga mahal.

- Agama Kristian tak jual malahan produknya diberi percuma.

-Ustaz-ustaz mengajar agama “demand”/meminta bayaran tinggi.

- Mubaligh Kristian berdakwah secara percuma. Sehingga jauh ke pendalaman. Malahan menanggung sendiri makan minum dan tempat tinggalnya.

-  Jabatan Agama Islam sibuk nak tangkap khalwat, orang pergi karaoke dan bernikah di Siam.

- Agama Kristian sibuk membantu orang dalam kesusahan (janda, miskin, mangsa tanah runtuh, banjir).

- Gereja boleh dimasuki bila-bila masa tetapi masjid dikunci. (Tak bagi orang masuk, tidur kononnya).

- Imam solat kerana waktu kerjanya (dibayar gaji), paderi sukarela.

- Air zam zam dijual mahal tetapi Kristian memberi holy water secara percuma.

- Kristian sibuk berdakwah.

- Ustaz-ustaz sibuk menjual tanah suci. membawa orang ke Mekah, Umrah. Harganya mahal. Bermotifkan keuntungan melampau.

- Paderi sibuk menaja orang orang susah membaiki rumah dan bantuan barang barang dapur.

- Pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam, Jabatan Zakat sibuk promosi nak naik gred bergaji besar. Bajet “pengurusan” lebih besar dibandingkan kepada golongan asnaf.

- Paderi sibuk membuat kebajikan.

- Ustaz-ustaz sibuk menjadi tok bomoh, boleh mengubati seribu macam penyakit.

- Paderi sibuk membina hospital.

- Orang Islam sibuk dengan milikan rumah besar, kereta besar, motor besar untuk kepuasan diri.

- Tetapi orang Kristian sibuk berdakwah mencuba menarik hati orang Islam yang tidak punya harta.

Renungkanlah.

INGATAN UTK DIRI SENDIRI DAN KAWAN2 LAIN:
�� JANGAN BANGGA
�� JANGAN BERLAGAK
-----------------------------

01. Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita - TANAH LIAT

02. Jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita - KUBUR

03. Jangan bangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita - KAIN KAPAN

04. Jangan bangga dengan kereta dan motor besar kerana kenderaan kita yang terakhir - KERANDA

05. Jangan bangga dengan minyak wangi berjenama kerana wangian terakhir kita - KAPUR BARUS

7 SUNNAH HEBAT

By Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT.

Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat.

Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.

Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

PERUTUSAN SEMPENA HIJRAHTULRASUL

PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA HIJRATURRASUL 1436

"Sesungguhnya telah datang kepada. kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman." (at-Taubah: 128)

1. Hijraturrasul dari Makkah ke Yathrib antara usaha memilih kehidupan bersama masyarakat pelbagai kaum secara aman harmoni serta menegakkan keadilan dalam negara, sekaligus menghindari pertempuran, kezaliman, penindasan dan perampasan hak.

2. Inilah sikap Islam disepanjang zaman yang berkolaborasi dengan semua pihak dan memimpin gagasan keamanan sejagat berpaksikan syariat Allah SWT.

3. Rasulullah bukan sahaja menjadi pembawa rahmat kepada dunia, tetapi juga menunjukkan model kehidupan manusiawi seorang pemimpin dalam menyantuni realiti rakyat di negara yang dibangunkan atas nama Madinah al-Munawarah.

4. Pun begitu, usaha Baginda tidak sunyi dari dihadapkan dengan pergerakan musuh Islam baik berupa propaganda dan konfrontasi perang secara terbuka dari kalangan kafir musyrikin, mahupun komplot dan pengkhianatan tersembunyi dari munafik dan penduduk kaum Yahudi.

5. Kini dunia menyaksikan disepanjang tempoh 1436 tahun ini bahawa sejarah tersebut sentiasa berulang atas umat manusia di atas muka bumi ini.

6. Umat Islam di seluruh dunia menjadi mustad'afin yang diperangi dengan kekuatan persenjataan dan ketenteraan serta ditindas oleh kuasa asing atau regim pemerintah di negara mereka dan dibunuh sewenang-wenangnya tanpa alasan munasabah melainkan hanya kerana mereka itu beriman kepada Allah. Firman Allah SWT:

"Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah"...." (al-Hajj: 40)

7. Negara-negara umat Islam juga digoncang keamanan dan keharmoniannya dengan jarum adu domba dan perebutan kuasa hingga membangkitkan pertempuran sesama muslim serta kemusnahan khazanah dan kekayaan negara.

8. Maruah dan hak umat Islam juga dicabar dengan pelbagai label ekstrem, penghinaan ke atas Rasulullah SAW dan al-Quran serta ajaran Islam, selain mewujudkan pelbagai rupa bentuk ajaran baru yang mengeliru dan menyesatkan atas nama juzuk-juzuk Islam.

9. Natijahnya, apabila Islam yang pernah memayungi kesejahteraan di dua pertiga dunia ini dimusuhi dan disingkirkan dari teraju umat, bukan kaum muslim sahaja sengsara, tetapi seluruh penghuni dunia menerima bahana dari perbuatan manusia berkepentingan.

10. Antaranya kapitalisma yang meraja hingga menghambakan rakyat menerusi pelbagai sistem ciptaan serta merakusi hak umum dan memilikperibadikan hasil mahsul negara.

11. Mereka yang di atas memperalat kerajaan dan undang-undang serta memanipulasi material untuk mengikat dan menyekat rakyat hingga menodakan kehidupan dalam dosa dan ketidaktenteraman.

12. Malangnya, perkara sama turut berleluasa di dalam negara kita biarpun gah dicanang telah merdeka bebas dari penjajah melepasi 57 tahun.

13. Oleh itu PAS adalah wadah Islam di negara ini yang komited membangunkan nilai-nilai kehidupan Islam menerusi pemerintahan dan penegakan syariat.

14. Maka bersempena Hijraturrasul 1436 ini marilah kita melakukan tajdid dan hijrah kepada kehidupan bernuansa wahyu Allah dan panduan Rasulullah SAW secara istiqamah. Moga-moga tertegak kembali 'rahmat untuk sekalian alam'. Rasulullah SAW bersabda:

“Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ialah jihad atau berjuang dan niat untuk jihad (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjuang (dan sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.” (Riwayat Aisyah RA)

DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
1 Muharram 1436 / 25 Oktober 2014

Sabtu, 11 Oktober 2014

(SERAM) MISTERI AIR TERJUN LATA KIJANG

Hutan Lipur Lata Kinjang (HLLK) yang dikunjungi ramai saban minggu, sebenarnya menyimpan cerita misteri yang sangat unik dan penuh lagenda yang hanya diketahui oleh segelintir masyarakat setempat sahaja.

Menurut sejarahnya, tempat itu dinamakan sebagai Lata Kinjang kerana di kawasan itu terdapat banyak Kijang.

Orang lnggeris yang pernah sampai ke tempat itu pada zaman silam kerana memburu Kijang telah tersalah sebut nama Kijang lalu berubah kepada nama "Kinjang" hingga kekal namanya sampai sekarang.

Ketua Kampung Lata Kinjang, Tok Batin Taha Husin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Encik Haslam Abdullah ketika ditemui turut mengesahkan Lata Kinjang banyak menyimpan kisah misteri yang sangat unik. "

Bila waktu lapang saya bercerita kepada anak cucu untuk mendengar kisah Lata Kinjang " kata Tok Batin Husin yang menyebut lata tersebut telah diteroka oleh empat keturunan bermula daripada datuknya, Allahyarham Mat Yakin.

Setakat ini belum ada usaha-usaha untuk membukukan cerita-cerita misteri dan sejarah Lata Kinjang.

Ini bermakna, apabila kalangan orang tua-tua meninggal dunia, sekaligus akan lenyaplah cerita lagenda Lata Kinjang untuk diketahui oleh generasi muda.

Tok Batin Husin berkata, di sekitar lata itu terdapat beberapa kesan yang ada kaitannya dengan sejarah kemunculan Lata Kinjang sejak ditemui oleh manusia beratus tahun lalu.

Dia sendiri mengetahui sejarah lata itu daripada cerita mulut yang didengar daripada datuknya Allahyarham Mat Yakin dan bapanya Allahyarham Taha.

Beliau berharap, ada di kalangan sembilan orang anak dan dua belas orang cucunya akan menjadi penyambung cerita mengenai sejarah Lata Kinjang kepada sesiapa yang ingin mendengar kisahnya.

Encik Haslam pula menyebut, ditingkat tiga lata terdapat bekas kesan tapak kaki Kijang yang melarikan diri atas kawasan lata setelah dikejar oleh Harimau Akar yang telah disumpah oleh kelembai menjadi batu.

Kesan tapak kaki Kijang dan batu besar dari lembaga Harimau Akar masih boleh dilihat tersergam ditingkat tiga lata tersebut.

Di kawasan lata itu juga terdapat kesan kubur anak kelembai yang terbaring memanjang dalam lubang kubur yang sudah menjadi batu, bekas tapak kaki kelembai termasuk lesong menumbuk padi yang telah disumpah menjadi batu.

Beliau turut menceritakan kisah misteri seorang wanita cantik yang dipercayai sebagai " Puteri Bunian " yang pernah menjelma di kawasan lata itu pada masa silam sehingga menarik perhatian seorang hartawan lnggeris yang bercita-cita ingin mengahwini puteri itu.

Menurut ceritanya, hartawan lnggeris itu yang secara kebetulan berkunjung ke Lata Kinjang dalam tahun 1900, telah diberitahu oleh masyarakat Orang Asli di situ mengenai penjelmaan seorang wanita cantik di kawasan lata terutama pada musim bulan mengambang.

Kerana terlalu ingin hendak melihat wajah puteri bunian itu, hartawan lnggeris itu telah membina sebuah banglo ditingkat satu lata dan membina tangga batu dari bawah hingga kepuncak lata itu.

Beliau membina banglo itu sebagai tempat penginapannya untuk melihat secara dekat wajah puteri bunian yang dikatakan sering menampakkan dirinya bila menjelang senja.

Tetapi, setelah menunggu berbulan-bulan di situ, hajat hartawan Inggeris itu tidak kesampaian, lalu dia merasa kecewa dan terus pulang ke negara asalnya di Eropah dan telah meninggal dunia beberapa bulan kemudiannnya.

Banglo yang dibina dengan kos yang mahal telah musnah dan rosak sedikit demi sedikit dan sekarang hanya tinggal rangkanya sahaja.

Encik Haslam memberitahu, " Puteri Bunian " muncul ditengah-tengah lata untuk mandi bersama pakaian yang dipakainya dan berdiri tegak di atas batu lata dengan rambutnya yang panjang mengurai melepasi punggung.

Puteri bunian itu yang disifatkan sebagai penunggu lata hanya menunjukkan dirinya beberapa minit sahaja kerana dia tidak mahu identitinya dikenali oleh manusia biasa.

Kini, lagenda Puteri Bunian itu hanya tinggal dalam lipatan sejarah sahaja kerana dia tidak muncul lagi di kawasan lata tersebut.

Mungkin disebabkan lata tersebut telah menjadi tumpuan ramai dan dia enggan menjelmakan dirinya. Di kawasan lata itu juga terdapat serumpun pokok buluh perindu yang hanya boleh diambil oleh orang-orang tertentu sahaja.

Allahyarham Seniman Agung P.Ramlee dikatakan memiliki Buluh Perindu yang diambil daripada Lata Kinjang untuk dijadikan ubat untuk memerdukan suaranya.

Encik Haslam memberitahu, di kawasan lata itu juga terdapat banyak kambing gurun tetapi sukar diperangkap kerana ianya sangat lincah dan pandai menghilangkan diri.

Beliau berkata, semua cerita misteri yang berlaku di kawasan lata itu menjadi cerita lisan yang bersambung dari mulut ke mulut sahaja. Beliau sendiri mengetahui cerita misteri lata daripada datuknya, Allahyarham Mat Yakin.

"Saya bersetuju jika ada usaha untuk membukukan sejarah lagenda Lata Kinjang dijalankan oleh mana-mana pihak sama ada menerusi cerpen, novel, puisi atau pembikinan drama filem " tegasnya.

Beliau yakin, misteri lagenda Lata Kinjang akan menarik perhatian khalayak jika dapat dijadikan drama atau filem.

Allahualam..

Jumaat, 10 Oktober 2014

GELAGAT LELAKI TUNGGU WANITA BELI-BELAH (GAMBAR)

Wahai lelaki semua, pernahkah anda semua temankan isteri, adik ataupun mak untuk membeli-belah??

Apakah perasaan anda semua?? Hehehe.. Disini kongsikan beberapa keping gambar yang telah di muat naikkan di Instagram oleh @ Miserable_men.

Yang mana instagram ini adalah sebuah parodi pada akaun Instagram yang berkongsi gambar kandid tentang bagaimana rupa para lelaki ketika mengantarkan pasangannya membeli belah di pusat membeli-belah atau butik.

Anda boleh melihat pelbagai aktiviti dan ekspresi lucu dari lelaki-lelaki yang sedang menunggu pasangannya berbelanja. Dalam sekejap akaun ini pun memiliki followers lebih dari 60 ribu dan 500 lebih posting gambar.

Mulai dari tertidur di kerusi bahkan di lantai atau sedang memegang barangan pasangannya, akaun Instagram ini dijamin akan membuat anda tertawa. Anda juga boleh mengambil bahagian dengan menghantar gambar kandid melalui miserablemenpics

Sabar jela yer....haha..

GAMBAR BANDAR MATI YANG PALING MENAKUTKAN DIDUNIA

1) UKRAINE : PRIPYAT

Kota Pripyat adalah sebuah banda berhantu yang berhampiran dengan lokasi penjana elektrik Chernobyl. Bandar ini terkenal sebagai masalah nuklear terburuk dalam sejarah. Kota ini telah membeku pada era 1980-an akibat masalah nuklear yang terjadi pada April 1986.

Daerah ini masih tidak sesuai untuk di diami manusia. Beberapa perusahaan telah berjalan di Ukraina, tambahan pula ada yang menawarkan untuk menubuhkan tempat pelangongan di sini. Tetapi masih tidak didiami olrh manusia Bukan susah untuk mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk mengunjungi bandar mati ini, namun bandar ini tetap dijaga ketat untuk tujuan keselamatan.

2)  TAIWAN: SANZHI

Sanzhi adalah sebuah resort percutian yang dirancang untuk tentera angkatan bersenjata AS di bahagian utara Taiwan. Bentuk bangunan yang unik dan pelik seperti UFO, tetapi Sanzhi mempunyai banyak masalah ketika mula bangunan dibangunkan. Selain itu, banyak kematian pekerja akibat kecelakaan pembikinan dan kecelakaan kenderaan. Sebab itu tempat ini ditinggalkan kerana ramai yang menyatakan resort ini mengerikan dan menyeramkan.

3) PERANCIS : ORADOUR-SUR-GLANE

Oradour-sur-Glane di Limousin, Perancis, telah ditinggalkan sejak 1944. Nazi menghancurkan bandar ini ketika Perang Dunia II yang telah membunuh 642 penduduk. Bukti kekejaman perang terbukti pada bangunan dan kereta terbakar yang masih ada. Peperangan yang berlaku di pandangan Perancis di anggap sebagai salah satu jenayah yang paling kejam dalam sejarah umat manusia. Bila anda melawat bandar mati ini, anda akan diminta untuk tetap tenang selama berada di sini yang penuh dengan memori oleh para martir atau lebih dikenali orang yang mati syahid.

4) ARZERBAIZAN : AGDAM

Bandar besar Agdam di Azerbaijan adalah salah satu bandar besar yang populasi penduduknya mencapai 150,000 orang. Namun, penduduknya telah hilang pada tahun 1993 ketika perang Nagorno Karabakh. Walaupun bandar ini tidak secara langsung menjadi asas peperangan, namun kota ini tetap mendapat kesan dari perang tersebut dan menjadi korban dari sikap para Armenians yang telah merosakkan bandar tersebut. Bangunan-bangunan dirosakkan dan akhirnya ditinggalkan penghuninya, hanya meninggalkan masjid-masjid yang masih gah berdiri. Penduduk Agdam sendiri sudah berpindah ke kawasan lain, seperti ke Iran.

VIDEO SAHABAT NABI SAW

VIDEO SAHABAT NABI SAW

Video ini adalah video sahabat Nabi Saw,Hujr Bin Adi yang mana makam nya dibuka bagi memberi laluan kpd pembinaan..

Mereka telah mengali makam itu untuk mengalihkannya ke tempat lain..tetapi mereka terkejut kerana jenazah Beliau masih segar,masih mengalir darahnya seperti baru meninggal dunia...sdgkan Beliau telah meninggal sejak 1400 tahun yang lalu...Allahurabbi..besar kuasaMu ya Allah..

KISAH BENAR - BAPA MEMINTA ORANG AWAM MENGEDIT GAMBAR ANAK NYA YG TELAH MENINGGAL DUNIA

Ini adalah gambar semasa anaknya ini memakai tiub

Seorang bapa, Nathan Steffel kepada seorang bayi, Sophia telah meminta kepada orang ramai untuk mengedit gambar anak perempuannya itu supaya dapat melihat wajah anak perempuannya tanpa medical tubing.

Anak perempuan kepada Nathan Steffel ini sudah meninggal dunia dan sejak lahir lagi Sophia hanya berada di hospital ditemani dengan tiub tiub pernafasan. Seorang bapa meminta gambar arwah anaknya diedit.

Seorang bapa meminta gambar arwah anaknya diedit.. Oleh sebab Nathan teringin sangat tengok arwah anaknya itu tidak memakai tiub, dia meminta kepada orang ramai yang reti bab mengedit gambar untuk edit gambar arwah anaknya.

Dibawah ni gambar Sophia yang diedit oleh beberapa orang yang sangat baik hati. Ada juga beberapa gambar yang dilukis oleh para pelukis diluar sana.

Jom tengok.


Inilah gambar Sophia yang telah di edit. Walaupun, bapanya, Nathan Steffel tak dapat melihat anaknya membesar dengan sihat, tetapi dia bersyukur sebab dapat melihat gambar gambar anaknya tanpa tiub penafasan

JENIS GAYA RAMBUT YANG PELIK

Dalam banyak-banyak fesyen rambut, terdapat juga fesyen rambut yang sangat pelik dan tidak menarik perhatian serta membuatkan si pemilik rambut kelihatan aneh. Jom layan antara 10 fesyen rambut yang pelik di bawah.

Beast

Potongan rambut lelaki ini membuatkannya mirip dengan watak Beast dalam filem Beauty and The Beast. Dengan sengaja rambutnya dipotong botak sebahagian. Gaya ini diserikan lagi oleh lehernya yang besar membuatkan lelaki ini semakin menyerupai Beast.

Rambut Berdiri

Gaya rambut ini membuatkan orang tertanya-tanya apa maksud sebenarnya. Model berdiri untuk rambut wanita ini kelihatan sangat pelik. Apalagi dengan gaya potongan yang buruk dan sedikit cat merah di hujung rambut.

Angry Bird

Cat angry bird di rambut sudah cukup pelik. Apalagi dilakukan pada gaya rambut mohawk. Namun, entah apa maksud lelaki ini menampilkan corak angry bird yang begitu ‘menjolok’ mata ini. Lebih-lebih lagi gaya potongannya yang buruk.

Poodle Pemberontak

Lelaki ini memiliki wajah yang ganas seperti seorang banduan di dalam penjara. Namun, bahagian atas rambutnya yang berwarna putih mirip bulu seekor anjing poodle. Potongan ini menjadikannya kelihatan lebih ganas.


Chuck Norris

Nama Chuck Norris biasanya berkisar tentang kehandalan aktor tersebut dalam aksi pertarungan. Budak lelaki ini dengan sengaja telah ‘melukis’ wajah Chuck Norris di belakang kepalanya dan terhasillah gaya potongan rambut pelik yang sangat buruk.

Jendela di Telinga

Potongan rambut ini sebenarnya cukup rapi. Gaya pemotongannya benar-benar lurus. Namun ada sesuatu yang kelihatan pelik. Tidak semua yang lurus itu baik. Apalagi wanita ini seolah-olah memiliki jendela di telinganya. Selain itu bahagian atas telinga kirinya sengaja dibotakkan.

Topi Botak

Gaya potongan rambut ini terlalu buruk sehinggakan anda tidak mampu berkata-kata. Potongan ini mirip gaya rambut lelaki yang memasak beruang hidup-hidup di abad ke 17.

Mohawk Melintang

Gaya potongan rambut Mohawk biasanya membuatkan lelaki semakin tampan. Akan tetapi apa sebaliknya akan berlaku jika gaya mohawk tersebut direka secara melintang. Sesuatu yang luar dari biasa belum tentunya kelihatan menarik. Lelaki ini bukannya kelihatan tampan sebaliknya kelihatan seperti seorang gadis.

Penjara Elvis Presley

Potongan rambut ala Elvis Presley memang unik jika digayakan. Namun lelaki ini membawakannya dengan lebih ekstrem. Dia membentuk rambutnya seperti jeriji penjara di wajahnya. Mungkin anda patut mencubanya sendiri.

Gaya Emo

Paduan potongan rambut ini sukar diungkapkan. Biasanya gaya rambut disesuaikan dengan kontur wajah supaya kelihatan lebih menarik. Namun lelaki ini memadukan gaya emo dengan potongan nipis yang membuatkan wajahnya semakin bulat. Bahagian atas rambut yang dibiarkan berdiri dan bahagian pipi yang nipis membuatkan gaya rambutnya kelihatan sangat

HADIS SAHIH MENGENAI SEDEKAH

Renungilah Firman Allah SWT dan Kata-kata Rasulullah SAW dibawah ini:

Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah… bertambah… bertambah (HR.At-tirmidzi)

Siapa yang memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan balasannya dan baginya pahala yg mulia
(QS. Al-hadiid 57:58)

Janganlah kamu takut kepada kemiskinan krn membelanjakan harta di jalan Allah
(QS.Al-Baqarah 2:245)

Kamu tidak akan memperoleh kebajikan (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap diri sendiri. Dan Allah lah yang Maha Kaya sedangkan kamu orang-orang yang memerlukan Nya
(QS.Muhammad :38)

Dan Allah senantiasa memberi pertolongan kepada hambanya selama ia menolong saudaranya
(HR.Muslim)

Semoga Firman Allah SWT dan Kata-kata Rasulullah SAW di atas dapat memberi semangat kepada Para Dermawan dan Ahli Kebajikan untuK membuat pelabuhan dan sedekah jariah di Jalan Allah SWT.

Salam Kebahagian di Akhirat dan Salam Keberkatan di alam dunia, sesungguhnya inilah Janji dan anugerah Allah SWT buat insan yang berhati mulia.

# kredit kpd blog peribadirasulullah..

PUNCA RUMAHTANGGA RETAK

Jika suami TIDAK mendirikan solat fardhu, itu adalah virus utama pencetus masalah rumahtangga & agama.

Inilah suami ‘keladak’ yang tidak membawa kepada isteri dan keluarga KECUALI kemudaratan dan masalah bermula di dunia hinggalah ke akhirat.

Dua jalan perlu dipertimbang, usaha agar dia TAUBAT segera atau tuntut FASAKH (hanya fokus ini sudut hukum agama, sudut sukarnya urusan mahkamah itu hal administrasi).

Nabi sebut dalam hadis sahih

( إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلَاةِ)

Ertinya : Sempadan diantara seorang lelaki/wanita dengan KEKUFURAN adalah MENINGGALKAN SOLAT) – Hadis riwayat Muslim`

Allah menyebut dalam Al-Quran orang yang tidak solat, tidak mendapat sebarang Syafaat di akhirat. Ia tanda tidak solat beerti seperti sudah terkeluar dari Islam sehingga tiada layak dapat syafaat sama sekali.

قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ..
فَمَا تَنْفَعُهُمْ شَفَاعَةُ الشَّافِعِينَ
(Surah al-Mudatthir ayat 43 dan 48)

KISAH NABI ISA DIKEBUMIKAN OLEH MALAIKAT DAN PARA BIDADARI SYURGA

Nabi Isa adalah nabi yang dilahirkan tanpa ayah dengan izin Allah dan Maryam adalah ibu yang telah melahirkan, menjaga dan mendidik Nabi Isa dengan penuh kasih sayang.

Suatu hari Nabi Isa telah bekata kepada ibunya,

“Sesungguhnya dunia ini adalah kampung yang akan musnah dan sesungguhnya akhirat itu adalah kampung yang kekal, oleh itu, marilah ibu besama saya”.

Setelah berkata demikian, maka berangkatlah mereka menuju ke gunung Lebnon. Apabila sampai di gunung tersebut, maka Nabi Isa dan ibunya berpuasa di siang hari dan mendirikan solat di malam hari.

Makanan mereka terdiri daripada pohon kayu dan meminum air hujan sahaja.

Setelah sekian lama Nabi Isa dan ibunya tinggal di gunung tersebut, maka suatu hari Nabi Isa turun dari gunung tersebut untuk mencari daun kayu untuk mereka berdua berbuka puasa.

Setelah Nabi Isa turun ke bawah, datanglah malaikat menghampiri Maryam dan berkata,

“Assalamualaiki ya Maryam, orang yang sangat patuh mengerjakan puasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari”.

Sebaik saja Maryam melihat orang yang memberi salam itu, maka Maryam berkata,

“Siapakah kamu ini? Badan dan seluruh anggotaku menggeletar dan berasa takut mendengar suaramu”.

Malaikat tersebut menjawab, “Aku adalah malaikat yang tidak mempunyai belas kasihan kepada sesiapa pun baik anak kecil, orang tua atau sebagainya sebab aku adalah malaikat pencabut nyawa (Izrail)”.

Mendengar penjelasan malaikat maut, maka Maryam bertanya,

“Wahai malaikat maut, apakah tujuan kamu ke sini? Adakah kamu mahu menziarahi aku atau pun mencabut nyawaku?”

Izrail menjawab,
“Wahai Maryam, kedatanganku adalah untuk mencabut rohmu”.

Maryam yang mengetahui ajalnya sudah hampir berkata lagi,
“Wahai malaikat maut, apakah kamu tidak mahu memberikan peluang sehingga anakku yang menjadi penawar mengubati kerisauan hatiku?”

Malaikat maut memperjelaskan perintah Allah yang memerintahkannya untuk menjemput roh Maryam dan beliau tak dapat mengsia-siakan walau satu saat.

Mendengar penjelasan Izrail, dengan hati yang ikhlas, Maryam berkata,

“Wahai malaikat maut, kamu telah menerima perintah Allah, oleh itu laksanakanlah perintah itu dengan segera.”
Izrail segera mendekati Maryam dan mencabut rohnya.

Selesai waktu Isyak yang akhir, Nabi Isa pulang dengan mendaki gunung tersebut dan membawa bekalan berbuka puasa.

Beliau melihat ibunya sedang berada di tempat solat dan menyangka bahawa ibunya sedang sembahyang. Beliau meletakkan bekalan makanan untuk berbuka puasa dekat dengan ibunya lalu beliau berdiri menghadap kiblat.

Setelah sekian lama, beliau memanggil ibunya untuk berbuka puasa dan mengerjakan ibadah tanda syukur kepada Allah, namun beliau melihat tak sedikit pun makanan terusik oleh ibunya walau dua pertiga malam telah berlalu.

Nabi Isa memanggil lagi ibunya, “Assalamualaiki ya Ummaahu”. Oleh kerana fajar telah menjelma dan ibunya tidak lagi bangun, maka beliau menghampiri ibunya dan meletakkan pipinya pada pipi ibunya lalu menciumnya sambil menangis dan berkata,

“Assalamualaiki ya Ummaahu. Malam telah berlalu dan fajar telah menjelma, ini adalah masa untuk menunaikan fardhu yang telah diwajibkan oleh Allah”.

Setelah Nabi Isa berkata demikian, maka menangislah para malaikat dan para jin yang berada di sekitarnya dan bergoncanglah gunung di bawahnya. Kemudian Allah mewahyukan kepada para malaikat,

“Apakah yang menyebabkan kamu semua menangis?” Para malaikat berkata, “

Tuhan kami, Engkau Maha Mengetahui”. Setelah itu tiba-tiba kedengaran satu suara berbunyi,

“Wahai Isa, angkatlah kepalamu itu, sesungguhnya ibumu telah meninggal dunia dan Allah telah melipatgandakan pahalamu”.

Sebaik sahaja Nabi Isa mendengar suara tersebut, maka beliau sambil menangis berkata,

“Siapakah yang akan menjadi temanku tatkala aku sunyi dan di kala aku menangis? Siapakah yang dapat aku ajak berkata-kata dan siapakah yang dapat membantu aku dalam ibadahku?”

Kemudian Allah mewahyukan kepada gunung yang bermaksud,

“Wahai gunung, nasihatilah Ruh-Ku (Isa A.S.)”.

Berkata-katalah gunung tersebut dengan izin Allah,

“Wahai Roh Allah, apakah erti kesusahanmu itu, ataukah kamu mahu Allah sebagai pendampingmu yang menggembirakan?”

Setelah mendengar nasihat gunung, lalu Nabi Isa turun ke sebuah desa tempat tinggal Bani Israil dan meminta pertolongan mereka untuk menguruskan jenazah ibunya.

Namun mereka tak mahu menolong Nabi Isa kerana takut pada ular-ular besar yang ada di gunung tersebut.

Nabi Isa dengan perasaan hampa naik kembali ke gunung dan beliau melihat dua orang pemuda yang sangat kacak rupa parasnya lalu beliau memberi salam dan meminta pertolongan mereka untuk memakamkan jenazah ibunya.

Lalu berkata salah seorang dari pemuda itu,

“Aku ini sebenarnya adalah malaikat Mikail dan sahabatku ini adalah malaikat Jibril. Aku ada membawa ubat tubuh dan kain kafan dari Tuhanmu dan para bidadari jelita sekarang sedang turun dari syurga untuk memandikan dan mengkafankan ibumu”.

Setelah itu, malaikat Jibril pun menggali kubur di atas gunung. Selesai sahaja kerja memandi dan mengkafankan dilakukan oleh para bidadari syurga, mereka menyembahyangkan jenazah Maryam dan mengebumikannya.

Lalu Nabi Isa berdoa kepada Allah,

“Ya
Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui tempatku dan Engkau mendengar kata-kataku dan tidak sedikit pun urusanku yang tersembunyi dariMu.

Ibuku telah meninggal dunia sedang aku tidak menyaksikannya sewaktu dia wafat. Oleh itu izinkanlah dia berkata sesuatu kepadaku”.

Kemudian Allah mewahyukan kepada Nabi Isa,

“Sesungguhnya aku telah memberi izin kepadanya”. Nabi Isa lalu pergi ke kubur ibunya dan berkata,

“Assalamualaiki ya ibu, bagaimanakah dengan tempat pembaringanmu dan tempat kembalimu dan bagaimanakah pula kedatangan Tuhanmu?”

Dengan izin Allah Maryam berkata,

“Tempat pembaringanku dan tempat kembaliku adalah sebaik-baik tempat, sedang aku mengadap kepada Tuhanku, aku tahu bahawa Dia telah menerimaku dengan rela”.

Berkata Nabi Isa lagi,

“Wahai ibu, bagaimanakah rasa sakitnya mati?” Ibunya menjawab,

“Demi Allah yang telah mengutuskanmu sebagai nabi dengan sebenar-benarnya, belum hilang lagi rasa pedihnya mati, demikian juga dengan rupa malaikat maut yang belum hilang dari pandangan mataku. Alaikas salam wahai kasih sayangku sampai hari kiamat“.

# allahurabbi..sungguh kasih nya Nabi Isa terhadap ibunya...dan sungguh Teguhnya iman mereka...semoga kita semua mati dlm keadaan husnul khotimah..amin

Khamis, 9 Oktober 2014

25 JANJI ALLAH SWT KEPADA ORG YG SENTIASA BERISTIGFAR

Berikut adalah huraian kelebihan dan manfaat dari berIstighfar.

Menggembirakan Allah

Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Dicintai Allah
Allah berfirman,
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS.al-Baqarah: 222).

Rasulullah bersabda,
“Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas dosanya, bagaikan orang yang tidak berdosa.” (HR.Ibnu Majah)

Dosa-dosanya Diampuni

Rasulullah bersabda,
“Allah telah berfirman, "Wahai hamba-hamba-Ku, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepada-Ku, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahwa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).” (HR.Ibnu Majah, Tirmidzi)

Imam Qatadah berkata,
Al-Qur’an telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian. Adapun penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.” (Kitab Ihya’Ulumiddin: 1/410).

Selamat Dari Api Neraka

Hudzaifah pernah berkata,
“Saya adalah orang yang tajam lidah terhadap keluargaku, Wahai Rasulullah, aku takut kalau lidahku itu menyebabkan aku masuk neraka’. Rasulullah s.a.w bersabda,’ Dimana posisimu terhadap istighfar? Sesungguhnya, aku senantiasa beristighfar kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari semalam’.” (HR. Nasa’i, Ibnu Majah, al-Hakim dan dishahihkannya).

Mendapat Ganjaran Syurga

“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.”(QS. Ali’Imran: 135-136).

Mengecewakan Syaitan. 

Sesungguhnya syaitan telah berkata,
”Demi kemuliaan-Mu ya Allah, aku terus-menerus akan menggoda hamba-hamba-Mu selagi roh mereka ada dalam badan mereka (masih hidup). Maka Allah menimpalinya,”Dan demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku senantiasa mengampuni mereka selama mereka memohon ampunan (beristighfar) kepada-Ku.”(HR.Ahmad dan al-Hakim).

Menyebabkan Syaitan Putus-asa

Ali bin Abi Thalib r.a pernah didatangi oleh seseorang,
"Saya telah melakukan dosa’. 'Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’, kata Ali. Orang itu menjawab,’Saya telah bertaubat, tapi setelah itu saya berdosa lagi’. Ali berkata, ‘Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’. Orang itu bertanya lagi,’Sampai bila?’ Ali menjawab,’ Sampai syaitan berputus asa dan merasa rugi.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 73).

Terhindar Dari Azab Api Neraka

Allah berfirman,
"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.”(QS.al-Anfal: 33).

Menghilangkan Kesedihan

Rasulullah bersabda,
"Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

Diberikan Kegembiraan

Rasulullah s.a.w bersabda,
"Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

Melancarkan Rezeki

Rasulullah s.a.w bersabda,
”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.” (HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).

Membersihkan Hati

Rasulullah s.a.w bersabda,
”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).

Mengangkat Darjat Di Syurga

Rasulullah bersabda,
”Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?’ Allah berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.”(HR.Ahmad dengan sanad hasan).

Mengikut Sunnah Nabi. 
Abu Hurairah berkata,
”Saya telah mendengar Rasulullah bersabda, 'Demi Allah, Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah (beristighfar) dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali’.”(HR.Bukhari).

Menjadi Sebaik-baik Orang Yang Bersalah.

 Rasulullah bersabda,
”Setiap anak Adam pernah bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang segera bertaubat.”(HR.Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim).

Bersifat Sebagai Hamba Allah Yang Sejati. 

Allah berfirman,
”Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Yaitu) orang-orang yang berdo’a:”Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,”(iaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap ta’at, yang menafkahkan hartanya (dijalan Allah), dan yang memohon ampun (beristighfar) di waktu sahur.”(QS.Ali’Imran: 15-17).

Terhindar Dari Menjadi Orang Yang Zalim.

 Allah berfirman,
”…Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”(QS. al-Hujurat: 11)

Mudah Mendapat Anak

Allah berfirman,
”Maka aku katakan kepada mereka:”Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS.Nuh: 10-12).

Sentiasa Diturunkan Air Hujan. 

Ibnu Shabih berkata,
”Hasan al-Bashri pernah didatangi seseorang dan mengadu bahwa lahannya tandus, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain yang mengadu bahwa kebunnya kering, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain lagi yang mengadu bahwa ia belum punya anak, ia berkata,’Perbanyaklah istighfar’. (Kitab Fathul Bari: 11/98)

Bertambah Kekuatannya. 
Allah berfirman,”Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (QS. Hud: 52)

Bertambah Kesejahteraannya. 
Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”(QS.Nuh: 10-12).

Menjadi Orang Yang Beruntung. 
Allah berfirman, "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS.an-Nur: 31).
Aisyah berkata,”Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”(HR.Bukhari).

Keburukannya Diganti Dengan Kebaikan. 
Allah berfirman, "Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. al-Furqan: 70).
“Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”(QS. Hud: 114).

Bercitra Sebagai Orang Mukmin. 
Rasulullah bersabda,”Tidak seorangpun dari umatku, yang apabila ia berbuat baik dan ia menyedari bahawa yang diperbuat adalah kebaikan, maka Allah akan membalasnya dengan kebaikan. Dan tidaklah ia melakukan suatu yang tercela, dan ia sadar sepenuhnya bahawa perbuatannya itu salah, lalu ia mohon ampun (beristighfar) kepada Allah, dan hatinya yakin bahawa tiada Tuhan yang boleh mengampuni kecuali Allah, maka dia adalah seorang Mukmin.”(HR.Ahmad).

Berkeperibadian Sebagai Orang Bijak. 
Seorang ulama berkata,”Tanda orang yang arif (bijak) itu ada enam. Apabila ia menyebut nama Allah, ia merasa bangga. Apabila menyebut dirinya, ia merasa hina. Apabila memperhatikan ayat-ayat Allah, ia ambil pelajarannya. Apabila muncul keinginan untuk bermaksiat, ia segera mencegahnya. Apabila disebutkan ampunan Allah, ia merasa gembira. Dan apabila mengingat dosanya, ia segera beristighfar.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 67).

NAMA-NAMA SYURGA DAN CALON PENGHUNINYA

Berikut ini nama-nama Syurga serta tingkatan dan calon-calon penghuninya.

1. Syurga Firdaus

Syurga Firdaus diciptakan oleh Allah SWT dari emas. Tentang calon penghuninya dijelaskan dalam surat Al Mu’minun ayat 1-11, yang ertinya sebagai berikut:

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (iaitu) orang-orang yang khusyu dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. (Yakni) yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.” (al-Mu’minun:1-11)
 

2. Syurga ‘Adn

Syurga ‘Adn diciptakan oleh Allah SWT dari intan putih. Calon penghuni Syurga ‘Adn antara lain:

- Orang yang bertakwa kepada Allah SWT.

“(iaitu) Syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam Syurga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa. (iaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): “Salaamun alaikum, masuklah kamu ke dalam Syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.” (An-Nahl:30-31)

- Orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.

“Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, lagi sungguh-sungguh telah beramal soleh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh tempat-tempat yang tinggi (mulia). (iaitu) Syurga Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan kemaksiatan).” (Thaha:75-76)

- Orang yang banyak berbuat baik.

“Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada (pula) yang lebih cepat berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar. (Bagi mereka) Syurga Adn, mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera.” (Fathir:32-33)

- Orang yang sabar, menginfakkan hartanya dan membalas kejahatan dengan kebaikan.

“Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan solat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik). (iaitu) Syurga Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dari bapa-bapanya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu.”
(Ar Ra’d:22-23)

3. Syurga Na’im

Syurga Na’im diciptakan oleh Allah SWT dari perak putih. Calon penghuninya adalah orang-orang yang benar-benar bertakwa dan beramal soleh. Sebagaimana firman Allah SWT:

“Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) Syurga-Syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya.” (Al-Qalam: 34)

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka Syurga-Syurga yang penuh kenikmatan” (Luqman :8)

Kekuasaan di hari itu ada pada Allah, Dia memberi keputusan di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh adalah di dalam Syurga yang penuh kenikmatan.” (Al-Hajj:56)

4. Syurga Ma’wa

Syurga Ma’wa diciptakan oleh Allah SWT dari zamrud hijau. Calon penghuninya adalah:

- Orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.

“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka bagi mereka Syurga-Syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (As-Sajdah:19)

- Orang-orang yang takut pada kebasaran Allah SWT dan menahan diri dari hawa nafsu buruk. 

“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal (nya).” (An-Nazi’at:40-41)

5. Syurga Darussalam

Syurga Darussalam diciptakan oleh Allah SWT dari yakut merah. Calon penghuninya adalah orang-orang yang kuat iman dan islamnya, mengamalkannya ayat-ayat Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari serta mengerjakan amal soleh lainnya kerana Allah SWT. Firman Allah SWT: 

“Bagi mereka (disediakan) darussalam (Syurga) pada sisi Tuhannya dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal-amal soleh yang selalu mereka kerjakan.” (Al-An’am:127)

6. Syurga Darul Muqamah

Syurga Darul Muqamah diciptakan oleh Allah SWT dari permata putih. Calon penghuninya adalah orang-orang yang melakukan banyak kebaikan. Firman Allah SWT: 

“Dan mereka berkata:
” Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun. Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (Syurga) dari kurnia-Nya; di dalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu “. (Fathir :34-35)

7. Syurga Al Maqaamul

Syurga Al Maqaamul adalah Syurga yang diciptakan oleh Allah SWT dari emas. Calon penghuninya adalah orang-orang yang sangat beriman (muttaqien), iaitu yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT. Firman Allah SWT: 

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam tempat yang aman.” (Ad-Dukhan:51)

8. Syurga Khuldi

Syurga Khudli adalah Syurga yang diciptakan oleh Allah SWT dari marjan merah dan kuning. Calon penghuninya adalah orang-orang yang taat menjalankan perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Firman Allah SWT: 

“Katakanlah:” Apa (azab) yang demikian itukah yang baik, atau Syurga yang kekal yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa? Dia menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka.” (Al-Furqan:15)

Wallahualam

KISAH SYAIDINA ALI BIN ABI THALIB DGN 3 PENDETA YAHUDI

Dikala Umar bin Khattab memangku jawatan sebagai Amirul Mukminin, pernah datang kepadanya beberapa orang pendeta Yahudi.

Mereka berkata kepada Khalifah,

"Hai Khalifah Umar, Anda adalah pemegang kekuasaan sesudah Muhammad dan sahabatnya, Abu Bakar. Kami hendak menanyakan beberapa masalah penting kepada Anda. Jika Anda dapat memberi jawapan kepada kami, barulah kami mahu mengerti bahwa Islam merupakan agama yang benar dan Muhammad benar-benar seorang Nabi. Sebaliknya, jika anda tidak dapat memberi jawapan , bererti bahwa agama Islam itu batil dan Muhammad bukan seorang Nabi."

"Silakan bertanya tentang apa saja yang kalian inginkan," sahut Khalifah Umar.

Jelaskan kepada kami tentang induk kunci langit, apakah itu?"
Tanya pendeta-pendeta itu, memulai pertanyaan-pertanyaannya. 

"Terangkan kepada kami tentang adanya sebuah kuburan yang berjalan bersama penghuninya, apakah itu? Tunjukkan kepada kami tentang suatu makhluk yang dapat memberi peringatan kepada bangsanya, tetapi ia bukan manusia dan bukan jin! Terangkan kepada kami tentang lima jenis makhluk yang dapat berjalan di permukaan bumi, tetapi makhluk-makhluk itu tidak dilahirkan dari kandungan ibu.

Khalifah Umar berfikir sejenak, kemudian berkata,"
Bagi Umar, jika ia menjawab 'tidak tahu' atas pertanyaan-pertanyaan yang memang tidak diketahui jawapannya, itu bukan suatu hal yang memalukan!"

Mendengar jawapan Khalifah Umar seperti itu, pendeta-pendeta Yahudi yang bertanya berdiri melonjak-lonjak kegirangan, sambil berkata,
"Sekarang kami bersaksi bahwa Muhammad memang bukan seorang Nabi, dan agama Islam itu adalah batil!"

Salman Al-Farisi yang saat itu hadir, segera bangkit dan berkata kepada pendeta-pendeta Yahudi itu:
"Kalian tunggu sebentar!"

Ia cepat-cepat pergi ke rumah Ali bin Abi Thalib. Setelah bertemu, Salman berkata: "Ya Abal Hassan, selamatkanlah agama Islam!"

Ali bingung, lalu bertanya: "Mengapa?"

Salman kemudian menceritakan apa yang sedang dihadapi oleh Khalifah Umar bin Khattab. Sayidina Ali segera saja berangkat menuju ke rumah Khalifah Umar, berjalan lenggang memakai burdah peninggalan Rasulullah SAW.

Ketika Umar melihat Ali bin Abi Thalib datang, ia bangun dari tempat duduk lalu buru-buru memeluknya, sambil berkata: "Ya Abal Hassan, tiap ada kesulitan besar, engkau selalu ku panggil!"

Setelah berhadap-hadapan dengan para pendeta yang sedang menunggu-nunggu jawapan itu, Ali bin Abi Thalib berkata,

"Silakan kalian bertanya tentang apa saja yang kalian inginkan. Rasulullah SAW sudah mengajarku seribu macam ilmu, dan tiap jenis dari ilmu-ilmu itu mempunyai seribu macam cabang ilmu!"

Pendeta-pendeta Yahudi itu lalu mengulangi pertanyaan-pertanyaan mereka.

Sebelum menjawab, Ali bin Abi Thalib berkata,

"Aku ingin mengajukan suatu syarat kepada kalian, iaitu jika ternyata aku nanti sudah menjawab pertanyaan-pertanyaan kalian sesuai dengan yang ada di dalam Taurat, kalian supaya bersedia memeluk agama kami dan beriman!"

"Ya baik!" jawab mereka.

"Sekarang tanyakanlah satu demi satu," kata Ali.

Mereka mulai bertanya,
"Apakah induk kunci pintu-pintu langit?"

"Induk kunci itu," jawab Ali bin Abi Thalib, "ialah syirik kepada Allah.

Sebab semua hamba Allah, baik laki-laki ataupun wanita, jika ia bersyirik kepada Allah, amalnya tidak akan dapat naik sampai kehadirat Allah!"

Para pendeta Yahudi bertanya lagi, "Anak kunci apakah yang dapat membuka pintu-pintu langit?"

Ali menjawab,

"Anak kunci itu ialah kesaksian (syahadat) bahwa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah!"

Para pendeta Yahudi itu saling pandang di antara mereka, sambil berkata,

"Orang itu benar juga!" Mereka bertanya lebih lanjut, "
Terangkanlah kepada kami tentang adanya sebuah kuburan yang dapat berjalan bersama penghuninya!"

"Kuburan itu ialah ikan hiu (hut) yang menelan Nabi Yunus putera Matta," jawab Ali. "Nabi Yunus AS dibawa keliling ketujuh samudera!"

Pendeta-pendeta itu meneruskan pertanyaannya lagi, "Jelaskan kepada kami tentang makhluk yang dapat memberi peringatan kepada bangsanya, tetapi makhluk itu bukan manusia dan bukan jin!"

Ali lalu menjawab,

"Makhluk itu ialah semut Nabi Sulaiman AS putera Nabi Dawud AS, Semut itu berkata kepada kaumnya, 'Hai para semut, masuklah ke dalam tempat kediaman kalian, agar tidak diinjak-injak oleh Sulaiman dan pasukan-nya dalam keadaan mereka tidak sedar!"

Para pendeta Yahudi itu meneruskan pertanyaannya,

"Beritahukan kepada kami tentang lima jenis makhluk yang berjalan diatas permukaan bumi, tetapi tidak satu pun diantara makhluk-makhluk itu yang dilahirkan dari kandungan ibunya atau induknya!"

Ali menjawab,

"Lima makhluk itu ialah, pertama, Adam. Kedua, Hawa. Ketiga, Unta Nabi Shaleh. Keempat, Domba Nabi Ibrahim. Kelima, Tongkat Nabi Musa (yang menjelma menjadi seekor ular)."

Setelah mendengar jawaban-jawaban serta penjelasan yang diberikan oleh Ali ra, dua di antara tiga orang pendeta Yahudi itu lalu mengatakan,

"Kami bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah!"

KEISTIMEWAAN MANUSIA YANG BERNAMA IBU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم MUHASABAH HARI INI... KEISTIMEWAAN MANUSIA BERNAMA IBU

1. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu2 jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..

» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.

3 Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami / Isteri

1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.

2. Barang siapa yang tidak men-doakan ibu/bapa selepas solat buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.

3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.

4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celaka lah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam.

5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan/zakat.

6. Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

7. Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.

9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa sehingga mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya. Jagalah mereka dengan baik. In sya Allah, syurga balasannya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mem-bersihkan kita sebelum dia meng-ambil kita.

ANAK2 BERMASALAH

LARI DARI RUMAH

1. Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

2. Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, in sya Allah akan sampai panggilan kita kepadanya.

DEGIL

1. Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK

» Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibubapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.

KISAH RASULULLAH SAW DISIHIR OLEH PENYIHIR YAHUDI

Peristiwa Yahudi menyihir Rasulullah SAW dan turunnya kedua surah serentak (Surah Al-Falaq dan An-Nas) tatkala Rasulullah SAW balik dari Hudaibiah dalam bulan Zulhijjah tahun tujuh hijriah.

Setelah selesai perang Khaibar maka datanglah ketua-ketua Yahudi bertemu seorang tukang sihir Yahudi yang bernama Labid bin Aksam dari Bani Zuraiq, bertujuan untuk melakukan sihir ke atas Rasulullah SAW.

Dengan kerjasama daripada seorang budak Yahudi yang juga khadam nabi, mereka telah mencuri sikat rambut Nabi beserta rambut yang terdapat pada gigi sikatnya.

Bersama bahan-bahan tersebut dibuat patung berupa Rasulullah SAW daripada lilin, lalu ditikam dengan sebelas bilah jarum dan disimpul dengan sebelas ikatan.

Maka di takdirkan, Rasulullah SAW pun terkena sihir selama 40 hari. Pada suatu hari ketika Nabi SAW tidur maka datanglah dua malaikat, seorang di kepala dan seorang di kaki.

Disebut dalam banyak hadis sahih, seperti riwayat daripada Ibnu Abbas, Ibnu Abbas r.a., Ibnu Majjah, Muslim, An-Nasai r.a. dll.

Daripada Syaidatina Aisyah r.ha. menceritakan, bahawa Rasulullah SAW mengalami sakit tenat, sehingga Baginda berasa tidak keruan dan mengigau kerananya.

Perkara yang telah dilakukan, Nabi SAW merasa ragu-ragu samada sudah dilakukan atau tidak dan Baginda merasakan telah melakukan sesuatu yang sesungguhnya tidak dilakukannya.

Kerana itu pada suatu hari atau suatu malam Rasulullah berdoa, kemudian berdoa dan berdoa lagi. Lalu datang dua malaikat berupa dua orang lelaki menemui Nabi SAW ketika Baginda sedang tidur.

Salah seorangnya duduk di sebelah kepala manakala yang seorang lagi di sebelah kaki Rasulullah SAW.

Malaikat yang berada di sebelah kaki bertanya kepada malaikat yang berada di sebelah kepala Baginda SAW:

“Apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini?”

Malaikat yang di kepala: “Thabb.”

Malaikat yang di kaki: “Apakah Thabb itu?”

Malaikat yang di kepala: “Sihir.”

Malaikat yang di kaki: “Siapakah yang menyihirnya?”

Malaikat yang di kepala: “Lubaid Al A’sham, orang Yahudi.”

Malaikat yang di kaki: “Dengan apa disihirnya?”

Malaikat yang di kepala: “Sikat dan rambut yang gugur beserta mayang kurma kering.”

Malaikat yang di kaki: “Di manakah sihir itu diletakkan?”

Malaikat yang di kepala:
“Dalam bungkusan daun tamar di bawah batu besar dalam telaga keluarga Zarwan.”

Malaikat yang di kaki: “Dengan apakah kita akan merawat dan memulihkan Muhammad ini?”

Maka yang seorang lagi membacakan beberapa ayat dari al-Quran, iaitu Surah ‘Mu’awwidataini’(Surah Al-Falaq & Surah An-Nas).

Nabi Muhammad SAW kemudiannya terjaga dari tidur, lalu mengutus Saidina Ali, Saidina Zubir dan Ammar ibnu Yasir pergi ke telaga tersebut.

Sesampainya di sana, mereka melihat air telaga itu seperti rendaman daun inai, kemerah-merahan darah warnanya, manakala pokok kurmanya kelihatan bagaikan kepala-kepala syaitan.

Mereka menimba airnya dan mengangkat seketul batu besar, kemudian menemui ‘bungkusan berikat’ tersebut lalu mereka mengambil dan mengeluarkannya dari telaga itu, seterusnya bungkusan berikat itu disampaikan pada Rasulullah SAW.

Pada bungkusan tersebut terdapat sebelas simpulan bersama sikat rambut, gigi sikatnya dan sebelas jarum.

Kemudian Rasulullah membaca ‘Surah Mu’awwidataini’ iaitu dua surah yang diturunkan kepada Baginda dalam mimpi semalam.

Setiap kali dibaca satu ayat dari kedua-dua surah tersebut (Surah Al-Falaq & Surah An-Nas), terurailah satu ikatan, sehinggalah terurai kesemua simpulannya.

Maka dengan takdir-Nya, Rasulullah SAWdapat berdiri dan seakan-akan baru terungkai dan terlepas dari belenggu ikatan.

Apabila dicabut pula satu persatu jarum tersebut, terasa sakit dalam tubuh Baginda yang kemudiannya beransur hilang.

Anas ibnu Malik ra menceritakan, “Bahawa ada seorang Yahudi berbuat sesuatu terhadap Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Maka kerana hal tersebut, Rasulullah SAW mengalami sakit tenat, ketika para sahabat datang menjenguknya, mereka menyangka, bahawa hal itu hanyalah disebabkan sakit biasa. Kemudian datanglah malaikat Jibril dengan membawa turun kedua-dua surah ini; malaikat Jibril akan mengubatinya dengan membacakan kedua surah itu. Lalu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. keluar menemui para sahabatnya dalam keadaan sihat dan segar-bugar.”

Aisyah bertanya:

Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak membakarnya?” Baginda menjawab: “Tidak. Adapun aku, maka Allah sudah menyembuhkan aku, dan aku tidak suka kalau aku membuat keburukan kepada manusia.” Lalu Baginda memerintahkan agar dipendam barangan sihir itu.” (Hadis Riwaat Ibnu Majjah r.a.)

Dalam hadis lain:
“Bahawasanya, Allah SWT telah menyembuhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ketika hal itu disampaikan kepada si Yahudi tersebut, maka dia tidak lagi berani sama sekali menunjukkan mukanya pada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

PENDETA YAHUDI PENGHUNI SYURGA

Husen bin Salam adalah Ketua Pendeta Yahudi di Madinah. Walaupun penduduk Madinah berlainan agama dengannya, namun mereka menghormati Husen.

Kerana di kalangan mereka, ia dikenal baik hati, istiqamah dan jujur.

Husen hidup tenang dan damai. Baginya waktu sangat berguna. Kerana itu, ia membahaginya dalam tiga bahagian.

Sepertiganya ia pergunakan untuk belajar dan beribadah. Sepertiga lainnya ia habiskan di kebun untuk merawat dan membersihkan tanaman. Sepertiga lagi untuk membaca Taurat dan mengajarkannya kepada orang lain.

Setiap kali menemukan ayat Taurat yang mengkhabarkan tentang kedatangan seorang nabi di Madinah, ia selalu membacanya berulang-ulang dan merenunginya.

Dipelajarinya lebih mendalam tentang sifat-sifat dan ciri-ciri nabi yang ditunggu-tunggunya itu. Ia sangat gembira ketika mengetahui orang yang ditunggunya itu telah muncul dan akan berhijrah ke Madinah.

Kerana itu, ia selalu berdoa agar Allah memanjangkan usianya supaya dapat bertemu dengan nabi yang ditunggu-tunggunya dan menyatakan imannya.

Allah memperkenankan doa dengan memanjangkan usianya dan mempertemukannya dengan penutup para nabi, Muhammad SAW.

Ketika pertama kali mendengar kedatangan Nabi SAW, Husen bin Salam memadankan sifat-sifatnya dengan yang ia ketahui dari Taurat.

Begitu banyak persamaan-persamaan tersebut, ia yakin benar bahawa orang yang ia tunggu telah datang. Namun hal itu ia rahsiakan terhadap kaum Yahudi.

Tatkala Rasulullah ke Madinah dan tiba di Quba', seorang juru panggil berseru menyatakan kedatangan beliau.

Saat itu Husen bin Salam sedang berada di atas pohon kurma. Makciknya, Khalidah binti Harits, menunggu di bawah pohon tersebut. Begitu mendengar kedatangan Rasulullah, ia berteriak, "Allahu Akbar, Allahu Akbar!"

Mendengar teriakan itu, makciknya berkata, "Kamu akan kecewa. Seandainya saja kamu mendengar kedatangan Musa bin Imran, kamu tidak dapat berbuat apa-apa."

"Wahai makcik, demi Allah, dia adalah saudara Musa bin Imran. Dia dibangkitkan membawa agamanya yang sama," kata Husen.

"Diakah Nabi yang kau ceritakan itu?" tanya makciknya.

"Benar!" jawabnya lalu bergegas menemui Rasulullah yang sedang dikerumuni orang banyak. Setelah berdesak-desakan, akhirnya Husen berhasil menemui beliau.

Sabda beliau pertama kali adalah, "Wahai manusia, sebar luaskan salam. Beri makan orang yang kelaparan. Solatlah di tengah malam, ketika orang banyak sedang tidur nyenyak. Pasti kamu masuk surga dengan bahagia."

Husen bin Salam memandangi Rasulullah dengan saksama. Ia yakin, wajah beliau tidak menunjukkan raut membohong. Perlahan Husen mendekat seraya mengucapkan dua kalimah syahadat.

Rasulullah bertanya padanya,
"Siapa namamu?"

"Husen bin Salam," jawabnya.

"Mestinya Abdullah bin Salam," kata Rasulullah mengganti namanya dengan yang lebih baik.

"Saya setuju," kata Husen.
"Demi Allah yang mengutus engkau dengan benar, mulai hari ini saya tidak ingin lagi memakai nama lain, selain Abdullah bin Salam."

Setelah itu Abdullah bin Salam pulang. Ia mengajak seluruh keluarganya termasuk makciknya, Khalidah, yang saat itu sudah lanjut usia untuk memeluk Islam.

Mereka menerima ajakannnya. Abdullah meminta keluarganya untuk merahsiakan keislaman mereka dari orang-orang Yahudi hingga waktu yang tepat.

Tak berapa lama kemudian, Abdullah bin Salam menemui Rasulullah dan berkata, "Wahai Rasulullah, orang-orang Yahudi suka berbohong dan sesat, saya meminta engkau memanggil ketua-ketua mereka, tapi jangan sampai mereka tahu kalau saya masuk Islam.

Serulah mereka kepada agama Allah, saya akan bersembunyi di bilikmu mendengar reaksi mereka."

Rasulullah menerima permintaan tersebut. Beliau memasukkan Abdullah ke dalam bilik dan mengumpulkan para pemuka Yahudi.

Rasulullah membacakan kepada mereka ayat-ayat Al-Qur'an dan mengajak mereka memeluk Islam. Namun orang-orang Yahudi itu menolak, bahkan membantah kata-kata beliau.

Setelah mengetahui bahawa mereka enggan menerima seruannya, Rasulullah bertanya, "Bagaimana kedudukan Husen menurut kalian?"

"Dia pemimpin kami, ketua pendeta kami dan pemuka kami," jawab mereka.

"Bagaimana pendapat kalian kalau dia masuk Islam? Mahukah kalian mengikutinya?" tanya Rasulullah.

"Tidak mungkin! Tidak mungkin dia masuk Islam," jawab mereka serentak.

Tiba-tiba Abdullah bin Salam keluar dari bilik Rasulullah dan menemui mereka seraya berkata,
"Wahai kaum Yahudi, bertakwalah kepada Allah. Terimalah agama yang dibawa Muhammad. Demi Allah, sesungguhnya kalian sudah mengetahui bahawa Muhammad benar-benar utusan Allah. Bukankah kalian telah membaca nama dan sifat-sifatnya dalam Taurat? Demi Allah, aku mengakui Muhammad adalah Rasulullah. Aku beriman kepadanya dan membenarkan segala ucapannya."

"Bohong!" jawab mereka.
"Kau jahat dan bodoh, tidak dapat membezakan mana yang benar dan salah!"

Mereka pun meninggalkan Abdullah bin Salam dan Rasulullah SAW.

"Kau lihat, wahai Rasulullah. Orang-orang Yahudi itu pendusta dan sesat. Mereka tidak mau mengakui kebenaran walaupun di depan mata," ujar Abdullah.

Abdullah bin Salam menerima Islam seperti orang yang kehausan dan merindukan jalan ke telaga. Lidahnya selalu basah oleh untaian ayat-ayat Al-Qur'an. Ia selalu mengikuti seruan Rasulullah sehingga beliau mengkhabarkannya berita gembira tentang sYurga.

* ALLAHURABBI...mampukah kita menjadi semulia dan seindah Abdullah bin Salam itu.....kita sekarang dilahirkan dr keluarga Islam..tetapi byk mengikuti budaya yahudi...dimanakah iman kita....?