Isnin, 30 September 2013

SEDIKiT NASiHAt DR USTAZ AZHAR IDRUS

Jangan hanya melihat KEBURUKAN ORANG, kerana SEBURUK-BURUKNYA dia, ada 1001 KEBAIKAN yang kamu tidak pernah lihat :) Masih bernyawa adalah nikmat yang luar biasa. Sayangnya, jarang-jarang manusia mensyukurinya. Bila terasa diri itu terlebih baik dalam segala hal maka sebenarnya dia berada di atas jalan syaitan. Jangan terlalu sombong kecuali jenazah kita boleh bergolek masuk sendiri ke dalam lubang kubur. Kita janganlah taksub sangat dengan artis. Haram jadinya kalau kita terlampau taksub dan memuja mereka. 3.Suami isteri/Rumahtangga Satu suap rezeki yang halal masuk ke dalam mulut isteri kita sama macam kita bagi satu sedekah kepada fakir miskin. Kena ingat bila menjadi suami atau isteri, kedua-duanya ada tanggungjawab yang akan ditanya oleh ALLAH pada hari akhirat nanti. Sayangi isteri mung/kamu walau seburuk mana pun perangai mereka. Mereka anugerah yang tak ternilai bagi insan yang bernama suami. Isteri bila pergi shopping kalau boleh dengan tauke kedai pun dia nak beli. Sebab tu suami kena selalu pimpin tangan isteri. Bimbinglah isterimu dengan penuh kasih sayang, didiklah mereka menjadi wanita solehah kerana mereka bakal menjadi kekasih syurgamu. Suami yang terbaik adalah suami yang memaafkan segala dosa isterinya setiap hari sebelum tidur.

Saya juga insan yg lemah dan penuh silap...Harap kita manfaatkan segala ilmu yg dikongsi...

Tiada ulasan: