Isnin, 7 Oktober 2013

JENIS-JENIS NERAKA


Alam neraka mempunyai pelbagai nama dan pelbagai tahap kesukarannya. Terdapat 7 jenis neraka iaitu:

-Neraka Jahannam-

**- Ia adalah neraka di tingkat paling atas. Firman Allah SWT : "Katakanlah kepada orang kafir itu, kamu pasti akan dikalahkan dan dihimpunkan ke dalam neraka Jahannam, dan itulah tempat yang seburuk-buruknya." (Ali-Imran: 12)

-Neraka Lazha -

**-Lazha bermaksud api yang membesar dan menyala-nyala. Allah SWT berfirman : "Sebab itu Kami berikan khabar menakutkan kamu dengan neraka Lazha (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya selain orang yang celaka iaitu orang yang mendustakan agama dan berpaling daripadanya." (Al-Lail: 14-16)

-Neraka Huthamah -

**-Golongan yang akan ditempatkan di dalam neraka ini ialah golongan yang lali daripada mengerjakan perintah Allah SWT dan yang terpengaruh dengan harta dunia.

-Neraka Sair-

**-Antara golongan yang akan dimasukkan ke dalam neraka ini ialah golongan yang memakan harta anak yatim.

-Neraka Saqru atau Saqar -

**-Golongan yang akan ditempatkan di dalam neraka ini ialah golongan yang tidak mengerjakan solat, yang bakhil terhadap orang yang miskin dan yang memerlukan serta orang orang yang tidak percaya
berlakunya hari akhirat.

- Neraka Jahim -

**-Antara golongan yang akan dimasukkan ke dalam neraka ini adalah orang yang mendustakan agama, mereka yang melakukan sesuatu yang dilarang Allah SWT seperti minum ark, berzina dan lain-lain kesalahan. Firman Allah : " Peganglah dia kemudian seretlah dia ke tengah-tengah neraka Jahim, kemudian tuangkanlah di atas kepalanya seksaan dari air yang amat panas...." (Ad-Dukhan: 47-48)

- Neraka Haawiyah -

**-Ia dianggap sebagai neraka yang paling bawah. Allah SWT berfirman : " Dan sesiapa yang ringan timbangan amalannya, maka dia akan dilemparkan ke dalam nerakan Haawiyah. Tahukan apa itu neraka Haawiyah? Iaitu api yang sangat panas..." (Al-Qariah: 8-11)

****neraka yg paling bwh pun dah cukup pns..apalgi neraka yg paling atas..pk2 kan lah..

posted by perindu syahid
ADMIN amirazuwa.blogspot.com

Tiada ulasan: