Ahad, 16 November 2014

DOA PAGI ISNIN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Doa Pagi Isnin
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Yaa Allah Ya Rahman Ya Rahiim Ya Dzal Jalali Wal Ikram...
Yaa ALLAH berikanlah kami kekuatan, berilah kami kemampuan, kuatkan-lah iman kami. Yaa ALLAH, kuatkan-lah agama kami dan Iman kami..

Yaa ALLAH, sekiranya kami keluar dari landasan`MU, berikanlah kami petunjuk`MU yang lurus dan yang haq.

Yaa ALLAH, semoga kami akan menjadi diri yang mukmin, yang soleh dan dekatkan
lah hati kami pada`MU.

Yaa ALLAH Ya Tuhan kami berikanlah Nurr cahaya disetiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya disetiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya dipenglihatan kami dan juga pendengaran kami.

Yaa ALLAH, tabahkan-lah, sabarkanlah sifat kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam mengharungi bahtera kehidupan ini.
Yaa ALLAH sesungguhnya hanya kepada`MU-lah kami berserah diri.

Yaa ALLAH, seandainya saatnya tiba, ENGKAU memanggil kami tuk kembali ke sisi`MU, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada`MU.

Yaa ALLAH segala amal ibadah kami semua hanya tertuju kepada`MU. Terimalah amalan kami hari ini dengan keridhaan`MU hanya ENGKAU-lah yang menilai semua perbuatan kami .
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

BAHASA ISYARAT KUCING MELALUI EKOR

kor yang melengkung ke bawah dan kemudiannya melengkung di hujung ekor seperti huruf 'S' terbalik
Maksudnya: Berada dalam keadaan rileks dan selesa

Ekor yang melengkung lembut ke bawah tetapi sedikit terangkat.
Maksudnya : Mula menunjukkan minat terhadap sesuatu

Ekor melengkung ringan hala ke atas dan hujung nya bengkok sedikit ke hadapan ataupun ke belakang
Maksudnya : amat berminat dan menjadi peramah (friendly)

Ekor dan hujung ekor lurus ke atas
Maksudnya : dalam keadaan ceria dan menyapa mesra (cheerful greeting)

Ekor lurus ke atas tetapi dihujung ekor ada sedikit pergerakan menggigil
Maksudnya : menunjukkan kemesraan dan kasih sayang

Ekor tidak bergerak tetapi hujung ekor berkotak katik (twitching)
Maksudnya : sedikit menjengkelkan / bengang (slightly irritated)

Ekor tidak bergerak tetapi hujung ekor berkotak katik dengan laju
Maksudnya : lazimnya kucing sedang rasa amat jengkel/bengang tetapi adajuga kucing yang menunjukkan reaksi ini bermaksud amat gembira

Kesemua bahagian ekor baik di pangkal mahupun di hujung bergerak ke kiri dan kanan dengan laju
Maksudnya : Marah

Ekor lurus ke atas dan berbulu kembang
Maksudnya : Agresif

Ekor bengkok ke atas dan mengembang
Maksudnya : bersedia untuk menyerang jika di ganggu  atau usik (provoked)

Ekor diturunkan ke bawah dan bulu agak menguncup
Maksudnya : takut

Ekor ke atas dan agak kembang (big tail)
Maksudnya : mungkin ingin bermain dan berlari/mengejar

Ekor dan belakang badan turun ke bawah hingga ekor kadang kala berada
di celah dua belah kaki belakang
Maksudnya : tewas atau sedang sakit

Rabu, 12 November 2014

KENANGAN LUAHAN HATI AS-SYAHID USTAZ LOTFI ARIFFIN

KONFLIK di Syria bukan sahaja mendapat perhatian dunia, malah rakyat negara ini yang prihatin terhadap penindasan umat Islam.

Namun pelbagai pandangan dilemparkan apabila rakyat negara ini memilih untuk berjuang bersama penduduk tempatan memerangi kezaliman.

Ada yang melabel mereka sebagai orang berjihad, dan syuhada, sementara setengah pihak menganggap mereka pemberontak serta terpengaruh dengan perjuangan militan.

Pihak Sinar Harian menghubungi Mohd Lotfi Ariffin, yang juga dipanggil Ustaz, yang kini berada di Syria bagi berkongsi pengalaman dan mendapatkan gambaran sebenar apa yang dicari sekumpulan rakyat Malaysia yang kini menghuni bumi Syam itu.

Beliau antara yang mengambil keputusan menyaksikan sendiri pergolakan yang berlaku, dan sehingga kini berdiri teguh sebagai benteng di negara bergolak itu.

SINAR HARIAN:
Nama Ustaz antara disebut sebelum ini terlibat dalam aktiviti militan, gara-gara penahanan beberapa individu dipercayai ada kaitan dengan kumpulan itu dalam beberapa serbuan berasingan di Kedah oleh polis Bukit Aman. Apa reaksi Ustaz?

MOHD LOTFI:
Ternyata dakwaan itu tidak benar kerana sehingga saat ini, saya masih berada di Syria. Ketika itu, saya baru pulang dari Ribat, tiba tiba dikhabarkan rakan konon media Malaysia menuduh saya militan.

Bagi saya, mereka yang buat tuduhan itu tidak tahu bezakan siang atau malam, kemarau dikatanya hujan, pagi dikatanya petang. Saya serah kepada saudara untuk menentukan.


SINAR HARIAN:
Apa tujuan sebenar dan perancangan Ustaz ke Syria?

MOHD LOTFI:
Saya mahu berjihad ke jalan ALLAH SWT. Ada kepelbagaian jihad; antaranya,

(1) membantu menyediakan ratusan ribu khemah untuk pelarian Syria yang berada di penempatan selamat di sempadan Turki, Jordan dan lain lain.

(2) Mengagihkan pakaian musim sejuk, selimut, bantal, tilam untuk mereka.

(3) Juga sediakan peralatan memasak di perkhemahan pelarian dan agih bantuan makanan dan minuman, termasuk barangan asas seperti tepung, minyak, gula dan sebagainya.

(4) Ada pihak mengagihkan ubat-ubatan bantu para doktor dan pembantu perubatan dengan menyediakan hospital untuk ribuan rakyat Syria yang parah akibat bom tentera Assad.

Kesemuanya adalah Jihad Fisabilillah membantu mereka yang ditindas.

Persoalannya, adakah orang yang datang untuk menghalang tentera Assad dari terus meratah, menyeksa dan membunuh kalangan warga tua, wanita dan kanak kanak dikatakan militan dan pemberontak?

Kenapa hanya empat jihad yang disebut itu disepakati sebagai Jihad Fisabilillah, tetapi yang terakhir itu bukan jihad?

SINAR HARIAN:
Apakah takrif Ustaz terhadap aktiviti jihad?

MOHD LOTFI:
Jihad sebenarnya merujuk kepada mengorbankan harta atau nyawa agar orang lain beroleh kesenangan atau tenang dalam kehidupan.

Maka ALLAH kurniakan kepada orang yang mati kerana jihad sebagai syuhada, dengan darjat tinggi itu mendapat syafaat 73 orang keluarga terdekat untuk dibawa ke syurga dan kepada sesiapa yang tidak dapat berjihad dengan nyawanya, maka bahagiakan orang-orang susah dengan kebajikan.

Sebenarnya hidup pejuang untuk kebahagiaan manusia sejagat.

SINAR HARIAN:
Apa reaksi Ustaz mengenai pandangan yang mengatakan individu yang pergi ke Syria dan Mesir untuk berjihad dikatakan mereka salah anggap bahawa itu jihad, sebenarnya ia ditakrif sebagai pemberontakan.

Bermakna jika menyertai pemberontakan, salah di sisi agama walaupun menentang pemimpin fasik.

MOHD LOTFI:
Sebenarnya kita perlu fahami bahawa, pemimpin yang wajib ikut ulama, bukan ulama ikut pemimpin.

Berapa banyak ulama terdahulu dipenjara, dizalimi dan dibuang daerah manakala ulama hari ini mendapat kedudukan di sisi kerajaan.

Ada yang mengatakan mereka yang berjihad ke negara-negara bergolak tidak boleh diisytihar sebagai jihad, sebaliknya dikatakan terpengaruh dengan perjuangan pemberontak yang mahu guling kerajaan? 

Saya andaikan kebanyakan ulama negara ini terlalu mengikut telunjuk pemimpin. Jika pemimpin itu kata wajib laksana hudud, maka para ulama akan hurai bab hudud. Begitulah seterusnya.

SINAR HARIAN:
Anggaran berapa ramai rakyat Malaysia kini berada di Syria?

MOHD LOTFI:
Saya difahamkan terdapat puluhan rakyat Malaysia di merata tempat di bumi Syria.

SINAR HARIAN:
Ustaz meninggalkan keluarga dan tanah air tercinta demi jihad?

MOHD LOTFI:
Ya, saya tinggalkan isteri dan enam anak demi mempertahankan golongan ditindas, selain mahu membantu masyarakat di sana menyekat kemaraan tentera Assad dari terus menyeksa dan membunuh manusia yang tidak berdosa.

SINAR HARIAN:
Adakah Ustaz tidak ingin kembali ke pangkuan keluarga di Malaysia setelah membuat keputusan ini?

MOHD LOTFI:
Mengenai kepulangan saya ke Malaysia… belum pasti kerana kerajaan anggap orang seperti kami sebagai musuh mereka.

Di Syria, kami tidak dipenjara, tetapi jika kembali ke Malaysia, belum pasti dapat bebas dan bertemu anak isteri.
Mungkin nasib kami berakhir di penjara.

SINAR HARIAN:
Apa yang Ustaz harapkan daripada perjuangan ini?

MOHD LOTFI:
Dalam perjuangan ini jangan harapkan pujian, sambutan atau taburan bunga rampai, sebaliknya tunggulah saat diberi hukuman. Akan ada dalam kalangan saudara-saudara dipilih ALLAH SWT untuk berjihad fisabilillah di bumi Syam.

Ya! Orang seperti kami sanggup siapkan dada sebagai benteng kepada mereka yang lemah dan ditindas.

SINAR HARIAN: Pengorbanan yang Ustaz lakukan ini untuk siapa sebenarnya?

MOHD LOTFI:
Kami berperang untuk pertahankan insan-insan yang kini menjadi pelarian di bumi sendiri. Rakyat Syria tidak ada tempat tinggal lagi selepas dimusnahkan, sebahagian besar masih di tempat persinggahan.

Bak kata pepatah Arab, ‘Ahli Makkah lebih memahami lorong-lorongnya’, bermaksud orang Syria dan ulama lebih mengetahui apa yang berlaku di sini. Saya tidak mahu berbalah tentang
ini.

SINAR HARIAN:
Boleh Ustaz kongsi gambaran sebenar yang berlaku di sana?

MOHD LOTFI:
Kami berjuang menentang tentera Assad dari terus menzalimi umat Islam di Syria. Jika konflik di Mesir kita tunjuk perasaan, di Syria kenapa senyap?

Air mata kanak-kanak ini menjadi air mata kami semua. Hati dan perasaankami seakan berhubung, yang ada anak kecil, pasti terasa hibanya jika ia berlaku kepada anak sendiri. Semoga mereka kuat menempuh ujian ini dan jadi pejuang di jalan ALLAH SWT.

Bedilan jet pejuang Assad ke arah Mujahidin yang sedang mengepung benteng pertahanan adalah lumrah, juga sangat hampir dengan kediaman kami.

Saya sudah lali melihat bom barmil jatuh berhampiran dengan kami sehingga rakan-rakan gugur syahid atau parah.

SINAR HARIAN:
Ustaz sanggup hilang nyawa demi pertahan bumi Syria dan adakah ini yang dikatakan jihad?

MOHD LOTFI:
Kami akan hadapi tentera Assad, biar berkecai tubuh kami, biar nyawamelayang demi agama Islam. Islam tidak sunyi daripada pejuang dan penegak keadilan sehingga hari kiamat. Biar mereka menyusun agenda namun ingatlah kepada jaminan Nabi Muhammad SAW, sehingga di akhir zaman, ‘Yahudi terpaksa bersembunyi di sebalik pokok-pokok dan batu-batu’. Itu janji nabi kita, seperti tersebut dalam al-Quran dan hadis.

SINAR HARIAN:
Difahamkan semakin ramai ingin berjihad ke Syria dan mengikutjejak seperti yang Ustaz lakukan? Adakah berlaku proses merekrut ahli dari Malaysia?

MOHD LOTFI:
Kami hanya menegakkan dan memartabatkan Islam, sebagaimanayang disebut dalam al-Quran dan hadis.
Saya juga ingin menegaskan tidak bertanggungjawab terhadap manamanapihak yang menyalahguna nama saya bagi mengutip dana untuk ke sini. Mereka datang secara sukarela, tiada paksaan atau janjijanji manis.

Semua memburu jihad dan syahid, itu sahaja. Sebenarnya jemaah jihad ada di setiap penjuru bumi Syam. Ada pelbagai kumpulan bergabung menentang tentera Assad.

Kami difitnah…

SINAR HARIAN:
Nasihat Ustaz terhadap pihak yang memandang serong terhadap perjuangan yang didokong pejuang di Syria?

MOHD LOTFI:
Kita jangan salahkan mana-mana pihak (jemaah) yang berusaha menegakkan Islam dengan apa jua cara yang difikirkan sesuai di tempat masing-masing.

Bagi saya kalau mereka tidak sempurna kitalah orang yang berusaha menyempurnakan.

Bukankah Nabi Muhammad melihat nabi-nabi terdahulu, bagaikan bangunan hebat cuma masih tertinggal seketul bata, maka Nabi Muhammad bersabda: akulah bata itu.

******************************************

KOMEN DARI USTAZ ASRI ZAINAL

[ "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.” (Surah an-Nisa ayat 58). ]

Saya mendoakan perjuangan sahabat saya Ustaz Mohd Lotfi Arifin di Syria diterima Allah sebagai amalan soleh dan beliau dikurniakan kemenangan atau syahid dalam perjuangan.

Sesungguhnya Syahid Ma'arakah (medan perang), sangat tinggi darjatnya di sisi Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW :

سيد الشهدأ همزة ابن عبد المطلب، ورجل قام إلى إمام جائر فأمره ونهاه فقتله.
[رواه الحاكم - المستدرك]

-Syeikh Muhd Zainul Asri-

♥♥kenangan PETIKAN DARI TEMURAMAH wartawan sinar harian dgn As-Syahid Ustaz Lotfi Ariffin ( mujahidin malaysia yg meninggal akibat dibom di sYria)

semoga urusan jihadnya dan Semoga segala amal ibadatnya diterima Allah Swt..aamiin..

Selasa, 11 November 2014

JANGAN MENCELA ORG YG BUAT DOSA

KeTIKA menjadi Panglima Islam di Syam, Abu Ubaidah bin al-Jarrah mengirim surat ke Madinah. melaporkan kepada Khalifah Umar perihal Dirar dan Abu Jandal yang telah meminum arak.

Abu Ubaidah menjelaskan bahawa penyebab perilaku ini ialah pentafsiran berbeza berkenaan ayat Al-Quran.

Abu Ubaidah menulis: “
Apabila kami tanyakan, mereka menjawab: Allah menawarkan pilihan, maka kami pilih. Sebab Allah berfirman yang bermaksud: Adakah kamu akan berhenti? (al-Maidah: 91), Allah tidak menyuruh kita berhenti."

Khalifah Umar segera mengumpulkan para sahabat Nabi SAW untuk membincangkan perkara ini. Mereka bersepakat bahawa tafsiran sebegini salah.

Ayat tersebut bukan sebuah tawaran akan tetapi larangan. “Adakah kamu akan berhenti?" Bermakna: “Berhentilah!"

Semua ahli mesyuarat turut bersepakat bahawa peminum arak mesti disebat 80 kali. Jika mereka berdegil mempertahankan tafsiran sesat ini, mereka patut dibunuh.

Umar lalu menulis surat kepada Abu Ubaidah: “

Hadirkan orang-orang itu lalu tanyakan hukum arak kepada mereka. Jika mereka menjawab halal, bunuhlah mereka. Jika mereka menjawab haram, maka sebatlah mereka."

Sejurus menerima surat tersebut, Abu Ubaidah segera melaksanakan perintah Umar. Orang-orang tersebut akhirnya mengaku salah dan bersedia menerima hukuman sebat.

Setelah peristiwa itu, para pelaku maksiat ini menyesali keterlanjuran mereka. Abu Jandal ialah orang yang paling teruk penyesalannya.

Beliau menyangka Allah SWT tidak menerima taubatnya, bahkan berasa malu untuk berjumpa orang ramai.

Menulis surat

Abu Ubaidah kembali menulis surat kepada Umar. Kali ini beliau meminta Umar menasihati Abu Jandal agar tidak berlarutan dalam perasaan bersalah.

Umar menulis: “Daripada Umar kepada Abu Jandal. Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengampuni seseorang yang menyekutukan-Nya, namun mengampuni dosa selainnya bagi orang yang dikehendaki.

Bertaubatlah, lalu angkat kepalamu, bergaullah dengan manusia dan jangan putus asa.

Sesungguhnya Allah telah berfirman: Katakanlah: wahai hamba-hamba-Ku yang telah terlanjur (melakukan dosa), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang."

Selain itu, Umar turut menulis satu surat yang ditujukan kepada masyarakat Islam di Syam: “Jagalah dirimu sendiri. Siapa yang melakukan perubahan (melakukan maksiat), maka ubahlah sikapmu kepadanya. Janganlah kalian mencela seseorang agar bala tidak menimpamu."

# Kisah ini diriwayatkan oleh al-Hafiz Ibnu Kathir dalam kitab al-Bidayah wa al-Nihayah.

Kisah ini mengandungi banyak pengajaran. Pada kesempatan yang terhad ini, saya hanya ingin menarik perhatian kepada kandungan surat Umar kepada penduduk Syam.

Beliau mengingatkan mereka untuk tidak mencela, apatah lagi menghina pelaku maksiat yang telah bertaubat.

Kita sememangnya membenci maksiat. Namun itu tidak bermakna kita mesti membenci pelakunya.

Apa lagi jika ia telah bertaubat dan menyesali dosa-dosanya. Mencela orang sebegini atas kesalahan silam yang pernah dilakukannya merupakan sikap yang tidak selari dengan agama Islam.

Masyarakat Islam ialah masyarakat yang saling membantu dalam kebaikan. Anggota masyarakat yang melakukan penyimpangan akan diberikan tindakan tegas, namun tidak menghina atau dipulaukan.

Sebaliknya, ia diberikan kesempatan untuk memperbaiki diri dan membuka lembaran hidup baharu yang putih bersih.

Inilah masyarakat Islam yang dikehendaki oleh Umar bin al-Khattab. Beliau turut mengingatkan bahawa sikap membuka aib lama hanya akan menyuburkan penyimpangan, sekali gus mengundang bala kepada seluruh masyarakat..

# RENUNGAN
*** ALLAH SWT menerima taubat hambaNya dgn kasih syg...maka siapalah kita untuk mencela dan menghina org lain? Dan sedarlah diri..kita manusia yang pernah buat silap...jadi apa hak kia utk mencela kesilapan org lain?
Allahualam...

LARANGAN MENGHINA SESAMA MANUSIA

Islam adalah suatu agama atau cara hidup yang melengkapi dalam urusan dunia atau di akhirat.

Ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah berpandu kepada Al-Quran dan sunat Rasulullah. Islam agama yang diredhai Allah  untuk selama-lamanya. Firman Allah ta"ala dalam surah Al-Imran ayat 85

Maksudnya :

" Dan siapa yang mencari agama selain daripada Islam maka Allah tidak akan menerimanya, dan pada hari akhirat kelak ia tergolong dikalangan orang-orang yang rugi "

Islam mengharapkan supaya umatnya hidup bersatu padu dalam keadaan aman damai, bantu membantu, tolong-menolong, hormat menghormati antara satu sama lain dan Islam melarang umatnya daripada berpecah belah, bermusuh-musuhan, tuduh-menuduh, mencaci antara satu sama lain.

Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2
Maksudnya :

" Hendaklah kamu bantu membantu kepada kebaikan dan ketakwaan dan jangan kamu sekali-kali bantu membantu ke arah melakukan dosa dan permusuhan antara satu sama lain""

Semenjak akhir-akhir ini masyarakat Islam sedang dilanda satu perkara yang tidak sihat dikalangan masyarakat iaitu sifat suka menghina, memaki hamun sesama manusia umumnya dan Islam khasnya tanpa usul periksa, menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk dan sebagainya.

Sebenarnya budaya seperti ini adalah budaya jahiliah yang ditegah oleh Islam dan diharamkan oleh Allah.

Di dalam Al-Quran ada menjelaskan beberapa perkara untuk panduan orang-orang mukmin, antaranya firman Allah :
Maksudnya :

" Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim "

Daripada ayat yang dibaca tadi terdapat tiga perkara pokok yang Allah ta"ala menjelaskan kepada orang mukmin.

Pertama :
Allah subhanahua ta"ala memerintahkan supaya orang mukmin tidak menghina atau mencapai antara satu dengan yang lain sesama Islam, lelaki atau perempuan.

Larangan Allah ini adalah disebabkan boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada orang yang menghina. Islam mengharamkan seseorang itu menghina orang lain yang seagama dengannya disebabkan oleh kefakiran atau kerana dosa yang dilakukan dimasa lampau atau sebagainya.

# Satu kisah dizaman Rasulullah s.a.w., pada suatu hari semasa Umar Al-Khattab sedang merejam seorang perempuan yang berzina dengan batu, tiba-tiba darah perempuan tersebut terkena baju Saidina Umar Ibnu Al-Khattab lalu Umar pun mencaci dan menghina perempuan tersebut, lalu Rasulullah s.a.w. menegur Saidina Umar dengan bersabda," Wahai Umar, jangan kamu menghina dan mencacinya, sesungguhnya dia adalah dikalangan ahli syurga kerana taubatnya"       

Kedua :
Allah melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin.

Firman Allah ta"ala yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman :
Maksudnya :

" Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji "

Larangan ini kerana umat Islam antara satu sama lain adalah seperti satu jasad apabila sakit satu anggota maka seluruh anggota akan terasa sakit seperti dalam sebuah hadis yang bermaksud :

" Orang mukmin itu seperti satu jasad apabila salah satu anggota terasa sakit maka seluruh anggota akan terasa sakit dengan demam atau berjaga malam "

Oleh kerana itu sifat suka mencaci dan menghina antara sesama manusia amnya dan Islam khasnya adalah dilarang dan ditegah oleh Islam.

Oleh itu hendaklah kita menjauhinya kerana takut dan takwa kepada Allah.

Ketiga :
Allah ta"ala melarang umat Islam daripada memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk seperti dizaman jahiliah.

Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud :

" Dan jangan kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama seIslamnya, seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya ".

Firman Allah lagi yang bermaksud :

" Amat buruk panggilan nama fasiq kepada seseorang setelah dia beriman kepada Allah "

Allah ta"ala melarang umat Islam daripada melakukan semua perkara yang dijelaskan tadi kerana ia adalah antara dosa-dosa besar.

Oleh yang demikian umat Islam harus menjauhi sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia umumnya dan Islam khasnya, serta memanggil dengan panggilan yang buruk.

Jika kita masih meneruskannya nescaya mereka tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka jahannam seperti mana maksud Al-Quran disurah Al-Hujrat

"Dan sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara tersebut mereka itulah tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri mereka sendiri " iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka jahannam kerana dosa yang mereka telah lakukan."

Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 10 - Maksudnya :

" Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik-baik antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat daripada Allah "

# semoga kita ambil iktibar dari semua Firman2 Allah yg telah diturunkan..
dan semoga kita semua jauh dari sifat sedemikian..aamiin...

KIBIR IALAH SOMBONG & TANDANYA?

Sifat kibir atau sombong atau angkuh atau ego bermakna membesarkan diri kerana hati merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan.

Ia merupakan sifat batin (mazmumah) yang paling keji. Bahkan ia adalah sifat batin yang sangat jahat.

Dosa dan kesalahan pertama yang dilakukan oleh makhluk Allah terhadap Allah ialah sifat sombong.

Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam a.s. sewaktu Allah memerintahkannya. Dia membesarkan diri lantaran merasakan dirinya lebih utama dan lebih mulia daripada Nabi Adam a.s. Kejadiannya daripada api sedangkan Nabi Adam a.s. daripada tanah.

Itu saja penyebab yang dia rasa dirinya lebih hebat dan istimewa.

Peristiwa kesombongan iblis ini Allah ceritakan dalam Al Quran, firman-Nya:

“Dan (ingatlah) ketika Kami memerintahkan kepada malaikat: ‘Sujudlah kepada Ada.’ Dia (Iblis) enggan dan membesarkan dirinya. Maka sesungguhnya dia adalah dari golongan musyrik.” (Al Baqarah: 34)

Di sini Allah menceritakan bagaimana keengganan iblis untuk tunduk dan taat dengan arahan Allah. Bahkan ia membesarkan diri kerana merasa dirinya lebih hebat dan mulia daripada Nabi Adam a.s.

Maka dia menjadi kafir dan menerima kutukan Allah dunia Akhirat. Allah keluarkan dia dari Syurga yang penuh nikmat dan menukar wajahnya menjadi seburuk-buruk rupa.

Di sinilah bermula dendamnya kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucu cicitnya yang tidak pernah padam sesaat pun. Jelas, daripada penyakit sombong ini akan lahirlah penyakitpenyakit batin yang lain seperti pemarah, pendendam dan hasad dengki.

Dari sini lahirlah buahnya di dalam tindakan lahir seperti kasar, keras, mengangkat-angkat diri, mengumpat dan menghina orang, menganiaya, penindasan, diskriminasi, penzaliman dan pembunuhan.

Sebab itu sombong sangat dimurkai Allah SWT. Kesan daripada sifat sombong ini tercetus kerosakan dalam kehidupan masyarakat seperti hilang kasih sayang, pecah per-paduan, saling berdendam, hina-menghina, kata-mengata dan jatuh-menjatuhkan serta berbunuh-bunuhan. Itulah kemuncaknya. Sebab itu sifat sombong ini mesti dikikisbuangkan.

Sifat sombong ini hanya layak bagi Allah. Ia pakaian Tuhan maka makhluk tidak berhak memakainya.

Allah SWT berfirman dalam Hadis Qudsi:

“Sombong itu selendang-Ku dan keagungan adalah sarung-Ku. Barangsiapa merampas salah satu darinya, Aku lemparkan dia ke Neraka Jahannam.” (Riwayat Abu Daud

Di antara ayat Quran yang sangat melarang kita memakai sifat kibir ini ialah:

Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri daripada menyembah-Ku, akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al Mukmin: 60)

“Janganlah kamu berjalan dengan menyombongkan diri kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan ketinggianmu tidak akan melepasi gunung.” (Al Israk: 37)

“Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong.” (An Nahl: 23)

Sedangkan sifat-sifat dan nama-nama-Nya yang lain yang sebanyak 99 (Asmaul Husna) itu tidak salah untuk hamba-hamba-Nya memilikinya.

Misalnya sifat Rahman, Rahim, Kaya, Kasih Sayang, Pemurah, Pemaaf, Alim dan lain-lain lagi. Ini dibenarkan bahkan diperintahkan supaya kita memilikinya.

Oleh kerana sifat sombong ini menjadi punca tercetusnya penyakit-penyakit batin (mazmumah) yang lain sehingga melahirkan kejahatan-kejahatan lahiriah yang banyak di tengah kehidupan masyarakat, maka sombong ini sangat dikeji dan dimurkai Allah.

Rasulullah SAW juga ada mengingatkan dalam Hadis baginda tentang bahayanya sifat sombong.

“Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan.” (Riwayat Muslim)

Tidak akan masuk Syurga, ertinya ke Nerakalah jawabnya. Dengan membawa sikap sombong, di dunia lagi orang tidak suka dan tidak ada kedamaian jiwa.

Di Akhirat terjun ke Neraka. Sebab itu sombong ini mesti dicabut sampai ke akar umbinya hingga tidak ada walaupun sebesar zarah, barulah kita selamat.

Walhal mengikut kata Imam Al Ghazali, sifat sombong ini hampir-hampir mustahil dapat dibuang. Oleh itu kita mesti mengenal pasti lebih dahulu tanda-tanda penyakit ini dan sebab atau punca-punca penyakit supaya mudah mengubati atau mengikisnya.

       TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG

Apakah tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong? Di antaranya:

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.

2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.

3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi.

Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya.

4. Memandang hina pada golongan bawahan.

5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.

7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.

8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya.

Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.

9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpat-umpat.

10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.

11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.

12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.

13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.

16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.

17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.

19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan.

Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.

20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri).

Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.

21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.

23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah.

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.

26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.

Senarai tanda-tanda, riak-riak atau sikap-sikap di atas sudah cukup jelas untuk kita dapat mengenali sifat sombong ini. Bila sudah dikenal pasti ertinya memudahkan kita mengatasi atau mencabut sifat keji ini.

 
            SEBAB-SEBAB SOMBONG

Sebelum mencabut sifat sombong yang keji ini perlu kita tahu kenapa sifat ini boleh berlaku. Ini juga merupakan faktor pem-bantu untuk memudahkan kita mengikis sifat ini.

Macamlah jerawat yang ada di pipi. Kalau kita kenal tanda jerawat, kemudian tahu kenapa boleh timbul jerawat, barulah mudah untuk kita mengubat jerawat itu.

Faktor-faktor penyebab yang menjadikan seseorang itu memiliki sifat-sifat sombong, di antaranya ialah:

1. Memiliki kuasa, sama ada dia memiliki kuasa besar atau kecil. Kuasa besar itu seperti jadi raja, presiden, perdana menteri, gabenor dan lain-lain lagi.

Kuasa kecil seperti jadi pegawai, D.O., penghulu, guru besar, guru-guru dan lain-lain lagi. Kuasa yang ada itu mendorongnya menjadi sombong.

2. Mempunyai ilmu pengetahuan sama ada pengetahuan tentang dunia atau pengetahuan tentang Akhirat. Sama ada pengetahuan di banyak bidang atau di satu bidang. Ini jadi pendorong seseorang itu menjadi sombong kerana dia rasa lebih pandai daripada orang lain.

3. Mempunyai harta kekayaan. Harta juga mendorong seseorang itu menjadi sombong.

4. Mempunyai kegagahan iaitu orang yang mempunyai kekuatan fizikal atau mempunyai kepandaian dalam mempertahankan diri seperti tinju, gusti, tae kwan do, silat dan lain-lain lagi. Ini juga mendorongnya menjadi sombong.

5. Keturunan. Ada orang jadi sombong kerana berketurunan bangsawan, berketurunan ulama dan lain-lain lagi, lantas merasa diri mulia serta memandang orang lain hina berbanding dengan dirinya.

6. Sebab-sebab yang lain seperti berwajah tampan dan cantik, disayangi oleh orang besar, disayangi suami, disayangi oleh ibu ayah dan lain-lain lagi. Ini juga pendorong menjadi sombong.

7. Bukan sebab-sebab yang di atas tadi, tapi mungkin dia orang miskin atau orang jahil atau orang hodoh atau orang cacat atau orang lemah sedangkan dia tetap sombong.

Ini dikatakan bodoh sombong. Orang ini walaupun tidak ada sebab khusus untuk dia berlaku sombong tetapi oleh kerana benih sifat sombong yang semula jadi ada dalam diri itu tidak terdidik dan tidak cuba untuk dikikisbuangkan atau tidak dicabut, bahkan disuburkan, maka tetaplah dia dengan sikap sombongnya.

Golongan yang sombong di taraf ini bilamana tidak sedar atau tidak kenal dirinya yang sebenar, inilah yang jadi pendorong dia bersifat sombong.

Kalau begitu ada golongan manusia yang sombongnya bersebab dan ada pula golongan manusia yang sombongnya tidak bersebab. Tetapi kebanyakan manusia itu sombongnya bersebab, seperti yang disebutkan di atas tadi.

Bersebab atau tidak, sifat sombong tetap mesti dicabut dan dibuang. Jika tidak, ia akan memberi kesan yang buruk di tengah kehidupan masyarakat.

        
             KESAN SIFAT SOMBONG

Di antara kesan sifat sombong ialah:

1. Orang benci kepadanya. Fitrah semula jadi manusia tidak suka kepada orang yang bersifat sombong ini. Hati yang benci-membenci tentulah tidak ada kasih sayang, akhirnya tidak wujud perpaduan. Ini bererti umat Islam tidak ada kekuatan.

Risikonya, Islam menjadi lemah, lumpuh dan runtuh kerana tidak ada pautan hati antara satu sama lain. Ini sangat merugikan umat Islam dan Islam sendiri.
Maknanya, apabila sifat sombong dimiliki bersama, semuanya bersalah dan berdosa sehingga menyebabkan tamadun roh dan tamadun material tidak dapat dibangunkan.

2. Mudah marah, di mana kebiasaannya kemarahan akan berakhir dengan perbalahan dan pergaduhan.

3. Bilamana wujud sifat sombong, lahirlah penyakit yang berikutnya iaitu mudah berdendam, hasad dengki dengan manusia, mudah hendak bertindak balas di atas kesilapan orang lain.

Kadang-kadang belum tentu silapnya, dia telah gopoh-gapah bertindak. Mudah pula sakit hati terhadap kejayaan dan kebolehan orang lain sehingga berusaha se-daya upaya untuk merosakkan atau menjatuhkan orang itu.

Akhirnya tentulah timbul permusuhan sesama manusia. Lebih besar dari itu, akan berakhir dengan peperangan dan pembunuhan bilamana berlaku tindak balas daripada orang lain atau golongan lain pula.

Kesombongan sangat membahayakan masyarakat manusia dan dunia seluruhnya. Lantaran ini Allah sangat murka dan Allah tempatkan mereka ini di Neraka bersama Firaun, Namrud, Hamman dan lain-lain orang yang zalim dan angkuh itu.

Memandangkan betapa merbahayanya penyakit ini maka usaha-usaha lahir mesti dibuat untuk membendungnya.

Beberapa panduan dan kaedah diberi untuk mengikisbuang dan mengubatinya secepat mungkin secara serius supaya kita tidak terus mengidap penyakit yang mengerikan ini.

# Allahualam

Isnin, 10 November 2014

LUAHAN HATI IBNURIJAL MENGENAI TRANSGENDER

Pengiktirafan transgender :

selamat datang Kehancuran..!

Lewat akhir ini kita dikejutkan oleh institusi kehakiman yang membuat ‘kerja gila’ dengan meluluskan hak golongan lelaki yang ingin berpenampilan wanita. Bukan baru hari ini kita dikejutkan dengan ketidakadilan institusi kehakiman di Malaysia, sejak bertahun lalu kita disajikan dengan hukuman penjara bertahun-tahun untuk pencuri RM2, dan hukuman RM300 untuk penari tiang, serta hukuman penjara setahun bagi pessonel kerajaan atas kes rasuah berskala besar.  Biarlah maha hakim yang menghukum hakim-hakim ini jika mereka bersalah.

Saya menulis atas kapasiti bukan berlatar undang-undang, maka saya tidak competence untuk mempersoalkan hukuman yang dijatuhkan mereka dari sudut undang-undang. Namun, dari sudut kemanusiaan, saya ingin menulis.

Disaat JPJ menjadi gila menyaman tidak tentu hala sehinggakan plat kenderaan pun dijadikan punca kematian, hakim membenarkan lelaki ingin jadi perempuan.

Saya bukan menentang golongan lembut ini, kerana kita memahami mereka ini lembut. Dan tidak patut dihina. Cukup setakat itu! Janganlah sampai kita rehda mereka ingin menjadi wanita.

Analoginya mudah, saya seorang yang kidal dan hampir tidak mampu memakan menggunakan sudu dengan tangan kanan. Paling tidak iktiraflah kekidalan saya ini.

Tapi jangan redha seandai saya memakan nasi dengan tangan, menggunakan tangan kiri. Seperti golongan lembut tidak minta dilahirkan lembut, golongan kidal pun tidak minta dilahirkan kidal.

Golongan hitam tak minta dilahirkan hitam, golongan pendek tidak minta dilahirkan pendek, dan golongan sengau tidak minta dilahirkan sengau. Tiap individu ada masalah tersendiri, bukan ‘anda’ sahaja nyah. 

Namun saya akui, golongan ini tidak harus disisihkan dan dihina.
Seterusnya, pernahkah tuan hakim terfikir mengenai kesan dari penglulusan ini?

Pertama sekali, bila lelaki dibenarkan memakai pakaian wanita. Berapa ramai lelaki yang bebas memasuk tandas wanita hanya dengan modal berpakaian wanita? Perlukah selepas ini ada mesin scanner kemaluan di setiap pintu tandas?

Kedua, bagi golongan nyah beriman, mereka mungkin mengenakan telekung wanita dan bersolat di masjid. Siapa berani halang mereka? Mereka DAPAT KELULUSAN UNDANG-UNDANG!

Ketiga, apa akan terjadi di sekolah? Bayangkan anda seorang guru, dan suatu hari, atas nama hak asasi, murid lelaki anda mengenakan baju kurung dan tudung ke sekolah. Dan anda tiada kuasa berbuat apa-apa, kerana itu hak asasi mereka. Ini gila!

Seterusnya, anda dijalan raya dan melihat sebuah kereta yang dipandu lelaki berpakaian wanita ditahan JPJ. Dan JPJ itu terus menyaman wanita (LELAKI) itu.

Ironinya, dia disaman kerana mengubah suai kenderaan, tapi tidak bersalah kerana mengubah suai jantina.! Tidakkah itu gila?? (saya tidak bermaksud menyuruh JPJ buat kerja jabatan agama. Ini sekadar perbandingan.)

Seterusnya, kita jangan lupa, selain wujud golongan lelaki lembut, wujud juga golongan pengkid. Perempuan yang memakai dan berpewatakkan lelaki.

Percaya cakap saya, seandainya kes ini tidak dirayu semula di mahkamah, dan kelulusan ini kekal, PASTI selepas ini golongan pengkid pula akan menuntut hak mereka untuk berpakaian lelaki dan diiktiraf hak mereka itu. Maka kesudahannya apa akan terjadi? KEHANCURAN UMMAH.

Yang Arif, saya tak perlu belajar undang-undang hingga peringkat tertinggi untuk memikirkan kesan ini.

Apa kebaikan yang dilihat oleh yang Arif dengan meluluskan permohonan golongan ini? Bisnes tudung akan laris? Mengapa mahu menambah bodoh kepada institusi kehakiman yang sedia tidak cerdik.

Saya mungkin mengerti jika undang-undang ini diluluskan oleh negara barat.
Tapi ini terjadi di Malaysia, sebuah negara Islam. Tidak cukupkah kita mengundang bala ALLAH?

Yang Arif, akhir sekali, ingatlah, jika bala ALLAH datang, bukan yang arif seorang yang tanggung azabnya..

yang benar,
IbnuRijal

# dari sumber WhatAps

AIR TERJUN SEKAYU & KEMATIAN??

Assalamualaikum wbt....

Salam sejahtera untuk semua...
Dah lame blog saya ni tidak menerima catatan peribadi dari saya sendiri...

Alahai....Saya ni nama je blogger..tapi kurang nk buat artikel² peribadi,kisah diri ni...

Namun,Kali ni saya nak cerita tentang kisah saya ke Hutan Lipur Sekayu pada hari Sabtu 8/11/2014..

Sebenarnya dah berminggu² kita org para pekerja  di Hospital Sultanah Nur Zahirah ni plan nak pergi berkelah kat situ...
Dah masing² sibuk kerja...nak jugak luang masa untuk diri...Berhibur dan lepaskan tekanan kerja...

Baik punya plan....tut tut..xjadi nk pergi sekayu.....pasal Tragedi Adik Rafikin yg hilang dan Meninggal kat situ tu..

Arwah hilang pada 2/11/2014 dan telah ditemui pada 5/11/2014...Dan dengar kabar disana hujan lebat ..Oleh sebab itu rancangan ditukar...kami plan pulak nk ke Air Terjun Belukar Bukit...Aku ni punyer la moody..pasal aku suker giler pergi Sekayu tuh...tetiba geng² ni tukar plan nk pergi tempat lain,aku pun moody la...

Sampai la ke tarikh 8//11/2014 tu..Allahuakbar...cuaca sungguh baik...tiada hujan atau angin kuat....lepas balik kerja,(abis syif balik kul 7pagi) masing² berkumpul dirumah aku..rumah aku yang sunyi...jd riuh la sekejap..

Tunggu sorg demi sorg sampai...hingga pukul 9baru la turun lepas semua dah ada....

Mkn masa nak sampai ke Sekayu tu....sebabnya..kita org sempat lagi singgah shopping di EcoMart Bukit Payung....lps tu  kitaorg ke Wakaf Tapai pulak,berkumpul di rumah kwn...

Psl Dia dgn family pun nk join juga...kira bertingkat² jugak la nak sampai ke Sekayu ni...

Dlm pukul 11stgh baru lah kita org selamat sampai ke Sekayu tu...tapi kitaorg mmg terkejut la...

Pasal masa kami sampai tu,sunyi sangat...tiada org pun yg kesana...hanya kami....jadi hati aku terbit rasa kurang senang...satu rasa yg berdebar²...

Tapi mujurlah kita orang pergi ramai² ( 3buah Kereta dan 1buah van)
Rasa sunyi dan sepi Hutan Lipur tersebut di pecahkan dgb keriuhan kami segerombolan pekerja HSNZ yg kepala agak gila-gila ni...

Namun,jumlah kami yg lebih dr 15org ini masih tidak mampu menawan keheningan dan kesunyian hutan tersebut....

Kami semua mendaki tangga naik ke tingkat atas sekali...Masa kami mendaki naik tangga Hutan tu..
Dapat kami lihat dari air terjun tingkat pertama..tiada org..dan sunyi sekali..

Kemudian kami melintasi air terjun diperingkat tengah dikawasan jambatan lama dimana Arwah Adik Rafikin ditemui..

Mari terbayang gambar ketika arwah ditemui terselit dicelah batu tersebut..
Allahurabbi..bygkan saja sudah cukup buat kami rasa takut dan sedih..

Sehingga lah sampai ke air terjun teratas,kami mula meletakkan brg2 kami dan terus menghidupkan api untuk bakar ayam..

Sementara dua tiga org kawan kami bakar ayam,kita org turun mandi...dan hujan pula turun...terpaksa lah kami naik semula ke darat...

Kami masih lagi berhati-hati bimbang jika kepala air...walaupun disitu ada amaran siren,tapi kami sudah berada di tingkat teratas..jika siren berbunyi,pasti air sudah turun di bahagian tersebut,maka kami ambil alternatif naik ke darat sebelum apa-apa terjadi..Sementara itu,kami makan-makan...Hujan pun dah berhenti..

Kami terus sambung mandi..Stelah berjam-jam kami mandi manda dab melepak disitu...akhirnya kami ambil keputusan untuk balik...kerana jam masa sudah masuk dekat pukul 3setengah..cuaca pulak yg mendung buatkan hutan lipur itu seperti sudah pukul 6petang..separa gelap..

Kami semua tukar dan salin baju..tapi aku last yang salin baju..dengan sifat aku yg tidak berapa selesa nak salin baju di bilik persalinan tepi pokok tu,terpaksa la aku ke tandas..ditemani oleh cik suami...masa tu hanya aku ditemani cik suami di peringkat tengah air terjun itu...yang lain semua dah turun kebawah...hujan pula turun dgn lebat..Allahurabbi..takut la plk..tu la padahnya aku yang terlalu banyak hal..

Seketika,kawan cik suami dgn isteri nya datang dan menemani kita orang..Allahurabbi..rasa sedikit lega..iya la..kawan2 dah turun..tinggal kami berdua dlm hutan sunyi dgn keadaan yg separa gelap,hujan pulak tu,mana kami tak takutnya...

Lepas balik,aku cerita la kat kawan2 dgn family tentang perkelahan beramai2 ini..kemudian semua org mcm terkejut..dan tak kurang ada jugak yg marah...Aku hairan..kenapa ?

Diorang ckp bahaya pergi kat situ musim hujan macam ni...oh..tu..aku boleh terima alasan tu...

Tapi satu lagi kisah..diorang cakap bekas adik rafikin meninggal  baru lagi..tak elok pergi kat situ..talut jadi apa2 yang boleh bawa maut...salah seorang sahabat cakap 'penduduk di situ' nak tuntut 4nyawa..mangsa pertama adalah arwah adik rafikin..dan masih ada 3lagi nyawa perlu dituntut..

Aku hairan dan bertanya lebih lanjut..
Aku tanya lagi..

Aku:  kenapa nak perlu tuntut nyawa?
* tuk pengetahuan semua, anak makcik ni adalah pekerja di jabatan belia dan sukan..yg turut menyertai acara marathon tersebut
Makcik H:  anak makcik turut terlibat dlm operasi mencari mangsa..masa dalam misi pencarian tu,para ustaz buat perantaraan dan bercakap dgn 'penduduk disitu'  ,katany ahli ' penduduk' itu ingin menuntut 4nyawa..nyawa itu adalah bagi menuntut bela atas kematian 'penduduk' mereka yg telah mati kerana cantasan pisau ahli pembuat trek marathon tersebut..

Aku  :  oh? Betul ke

Makcik H  :  ustaz2  tu pun buat sembahyang hajat,minta dilepaskan Arwah...masih ditidak dilepaskan..akhirnya para ustaz buat air penawar sekitar tempat yg disyaki..mereka berzikir dan beselawat dab melaungkan azan dikawasan air terjun yang disyaki itu..seketika itu mereka dapat lihat seolah-olah tangan manusia dan itu adalah mangsa..
Masa tu kemungkinan pintu alam ghaib telah dibuka..kerana kalau dilihat dari sudut biasa,ia sangat mudah untuk nampak jika ada orang yg berada disitu..kerana ia adalah tempat biasa orang mandi manda..dan tempatnya pula tidak dalam..

Aku  ::  makcik,mengenai selawat,zikir dan azan tu boleh percaya..tapi pintu alam ghaib dibuka itu..betul ke wujud?

Makcik H:  itu semua kuasa Allah..kita takkan tahu

# lepas dari kisah itu..aku balik dan mari teringat2..mujur tiada apa-apa yang terjadi pada kitaorg masa tu...tapi patut ke kami percaya bulat2 mengenai TUNTUTAN NYAWA spt mana yang diceritakan makcik itu? Dan patut ke kami percaya bahawa jika tempat yang baru ada mangsa yang meninggal akan memakan mangsa baru?

# Aku terfikir-fikir kata makcik itu..kerana setahu aku,kuasa Allah yg menghidupkan dan mematikan..dan sepatutnya kita tidak patut terlalu taksub dgn bnd yang karut marut..aku juga percaya jika wujudnya bnda ghaib,kerana mereka adalah mkhluk Allah juga..tapi jika memakan mangsa dan mematikan mangsa..aku rasa itu adalah atas kuasa Allah..kerana Hanya Allah yh menghidupkan dan mematikan..hanya beza tempat dan sebab musabab dimana sampainya ajal kita..jadi jika ajalnya Arwah sudah sampai hari itu,maka disitu la tempat nya meninggal..jangan la pula Arwah disabitkan dgn bermacam-macam spekulasi..bagi saya..amat kesian pada Arwah..selepas kematiannya,bermacam cerita yang keluar..orang akan terus bercakap kerana kehilangan, kematian dan keadaan dia ditemui itu misteri...betul tu..menjadi misteri...tapi tahu kah kita...? kita takkan dapaf cerita yang sebetulnya kerana kebenaran dan cerita sebenar sebalik hanya Arwah dan Allah Swt yg tahu...

Allahualam..jadi kpd makcik2 pakcik2 jangan la buat cerita yang bermacam2..lebih baik kita sama2 kita sedekah kan Al-Fatihah untuk arwah Adik Rafikin..

Ahad, 9 November 2014

KITA TAHU..TETAPI TIDAK LAKSANAKAN

Berkata Imam Ibnul Qayyim rhm,

"Seorang remaja perempuan telah meninggal dunia disebabkan taun. Maka pada suatu hari bapanya telah bermimpi berjumpa dengannya lalu bapanya bertanya, wahai anakku, khabarkanlah kepadaku keadaan hari akhirat.

Aku telah pergi ke satu dunia, hal yg berlaku di dalamnya adalah sangat hebat penyesalannya. Sesungguhnya kita semua tahu akan tetapi kita mahu lakukan. Demi Allah ! Sesungguhnya pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat solat, jika ianya tertulis di atas sehelai lembaran kitab amalanku, lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya."

�� Sesungguhnya remaja perempuan itu telah berkata mengenai satu perkara yg sangat berat untuk dihadapi (kita semua pasti akan menghadapinya) KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA TIDAK BUAT. Ramai di kalangan kita yang tidak faham maksudnya (kerana kita belum memasukinya)

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan "subhanallahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali, dosa kita akan diampun oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapnya.

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah (yg diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak melakukannya

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah, akan menyebabkan Allah SWT menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan dia diikuti oleh 70,000 malaikat yg akan memohon ampun kpd Allah SWT baginya. Akan tetapi seminggu berlalu, kita tidak menziarahi pun orang sakit

�� Sesungguhnya kita tahu, barangsiapa yg menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur, menunggunya hingga jenazah selesai ditanam akan mendapat dua qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari berlalu tiada suatu jenazah pun yg kita iringi (satu qirat adalah sebesar bukit uhud)

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan membuatkan Allah SWT membinakan untuknya rumah di syurga. Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya) seperti orang berjihad di jalan Allah atau seperti puasa yg tidak berbuka atau seperti yg berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yg menjadi tanggungan bulanan kita.

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca alquran itu, satu huruf akan diganjari 10 kebaikan, kita tidak juga membaca alquran.

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah berdirinya dia bertahajjud di hadapan tuhannya dlm keadaan manusia tidur. Adalah Nabi SAW dan para sahabat RA tidak meninggalkan qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita pula memandang ringan akan qiamullaill.

�� Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati itu bila bila masa akan tetapi kita sedang menangguhkan taubat dan bersungguh membuat pahala

�� Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, setiap nafas yg kita hembuskan, semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahala berjumpa Allah SWT.

�� Adakah pahala kita sudah cukup untuk memberatkan timbangan kita?

�� Adakah pahala kita sudah cukup untuk menghadapi hisab yang boleh memufliskan?

 Berbahagialah kepada yg membacanya, fahaminya dan bersegera mengamalkannya. Semoga Allah SWT membalas dgn sebaik balasan kpd yg menyebarkannya........

PENERANGAN SEBALIK GST

Assalamualaikum... Selamat pg semua... Gst....1 April 2015

Beberapa hari lepas, PRs ( Pakatan Rakyat Supporters) telah pergi kursus GST di kastam kelana jaya, tiada tujuan lain melainkan ingin mengetahui sejauh mana terkesannya rakyat jika ia di laksanakan pada 1 april 2015 nanti, di sini saya akan ceritakan bagaimana GST berlaku, rupanya ianya amat menguntungkan bagi kerajaan, pembekal, pengilang, pemborong, peruncit tetapi tidak kepada pengguna.

Cara kiranya begini setelah saya tamat berkursus dengan penuh bangga! jika harga satu barang itu.. Contoh..

Sebiji aircond yang di buat oleh pengilang, segala bahan materialnya akan di kenakan cukai GST sebanyak 6%, maka kosnya juga akan meningkat 6%, dari harga asalnya, sebelum sampai segala material kepada pengilang, pembekal juga akan di kenakan cukai GST 6% untuk setiap material barang, ini menjadikan jika sebiji aircond 1.0 hp jika dulunya berharga RM 700.00, ianya akan bertambah menjadi 12% dari harga asalnya iaitu RM 784.00

Kemudian pengilang akan menjual kepada pemborong dengan tambahan 6% GST lagi menjadikan harga aircond 1.0 hp itu tadi menjadi RM 831.00.

Sesudah itu pemborong pula akan menjualnya pada peruncit dengan cukai 6% GST di tambah dengan mengambil keuntungan RM 50 ianya menjadikan aircond 1.0 hp itu tadi kepada RM 831.00 + RM 50.00 + 6% GST = RM 933.90

Kemudian peruncit akan menjualnya pada pemasang dengan menambah keuntungan RM 50.00 + RM 933.90 + 6% GST = RM 1042.40

Seterusnya pemasang pula akan mengenakan bayaran sebanyak RM 250 + RM 1042.40 + 6% GST
= RM 1369.60

Harga sebenar sebelum adanya GST bagi sebiji aircond 1.0 hp sehingga terpasang di rumah anda adalah RM 1369.60 / 100 x 70 = RM 958.70 saja! ini bermakna anda wajib menambah RM 411.00 lagi setelah GST di laksanakan pada 1 april 2015 bagi di kongsi-kongsikan oleh kerajaan, pembekal, pengilang, pemborong, peruncit dan pemasang!

Kesemua mereka boleh claim balik pada kerajaan dan hanya pengguna saja tidak boleh claim kepada kerajaan, bunyinya seperti indah bukan? Tetapi sebenarnya, pengguna terpaksa
membayar 30% cukai kepada kerajaan, kerajaan berkongsi keuntungan itu kepada peniaga yg memang telah kaya raya atas dasar penindasan dan kezaliman yang melampau ini.

Rakyatlah akan tanggung semuanya!

Berdasarkan merit dan populasi pekerjaan, di anggarkan seramai 14 juta pekerja dan berjuta masih belajar dan tidak bekerja dan hanya 2 juta saja peniaga di malaysia, maka secara realitinya, 3/4 rakyat malaysia akan di tekan 30% cukai sama rata dari pendapatan mereka oleh kerajaan
bermula 1 april ini..

Maka akan berlakulah inflasi, iaitu majoriti rakyat akan berkira-kira untuk membeli walau suatu barangan sekalipun, ini akan menyebabkan kecairan wang dalam negara tidak berlaku, ekonomi akan lembab, pemintaan kurang dan pengeluaran akan berlebihan kemudian kerajaan pun akan tumbang!

Begitupun, jika pemasang aircond 1.0 hp itu tadi tidak berdaftar dengan kastam untuk GST, secara rasionalnya mereka tidak akan dapat berdaya saing dengan yang berdaftar, kerana mereka terpaksa meletakkan harga yang lebih tinggi kerana barang yang mereka beli tidak sama harganya dengan yang berdaftar GST, kerana yang berdaftar, ia boleh merendahkan sedikit harga pemasangannya kerana ia boleh claim semula 6% GST tadi, ini menyebabkan majoriti sumber pendapatan yang tidak berdaftar akan gulung tikar.

Rumusan PRs adalah, inilah dia gaya kapitalis terbaru dalam menjerut leher rakyat marhain di malaysia, cukai ini di paksa sebanyak 30% ke atas rakyat yang majoritinya berpendapatan rendah dan cukup-cukup makan. kerajaan yang suka menindas begini pasti tidak akan kekal lama dan pasti rakyat akan menumbangkan atau menggulingkan mereka.

Huraian PRs, di manakah pakar-pakar ekonomi kita yang kononnya hebat hingga perkara sebegini jelas penindasannya boleh berlaku?

# Renung² kan

TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH

TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN :

A. Ahli Syurga Dari Awal
B. Ahli Neraka Dari Awal
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A) :

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN :
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.

Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA :
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR :
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON :
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini :

Sabda Rasulullah S.A.W : 'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.'

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya?

Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam.

                 SEDEKAH & KEDEKUT

Bila dah terima gaji, bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit?

Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:

1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!

3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!

4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!

5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.


6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sblm bsdkah atau nk bntu Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! Kerana sabit dlm hadis Rasul saw


7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2 & saudara-mara...

*Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW, nabi yg kita rindui...

..اللهم صل على محمد و على ال محمد .. ...

              
                 Jenaka Ustaz Azhar

Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.

Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezki yang
Allah beri pada kita.

Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing.

Kadang-kadang kucing bawa lari
seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja.

Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit.

Muhasabahlah diri kita.Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki,panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.
( Ustaz Azhar Idrus)
Rasulullah SAW
bersabda :

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah
tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."(HR. Al- Bukhari)
ㅤ  ㅤ  ㅤ     
Subhanallah  
Alhamdulillah    
Lailahaillallah   
Allahuakbar   
ㅤ ㅤ   ㅤ       

SOLAT TAHAJUD

15 Muharram 1436H
08 November 2014

السلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’).

Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam.

Pesanan Dari Imam Nawawi:

“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung”.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُم مِّن بَعْدِ ذَٰلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً ۚ وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْأَنْهَارُ ۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاءُ ۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Kemudian sesudah itu, HATI kamu juga menjadi KERAS seperti BATU, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir AIR SUNGAI daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar MATA AIR daripadanya; dan ada juga di antaranya yang JATUH ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan".

(Al-Baqarah :74)

صدق الله العظيم

Daripada Ibn Mas'ud apa yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ia telah berkata:-

إن المؤمن يرى ذنوبه كأنه قاعد تحت جبل يخاف أن يقع عليه, وإن الفاجر يرى ذنوبه كذباب مر على أنفه فقال به هكذا فذبه عنه.

Dosa dilihat oleh seorang beriman bagaikan bukit yang besar yang dibimbangi akan menghempap dirinya, namun bagi seorang fajir (pendosa) dosa hanya bagaikan lalat kecil yang kecil yang hinggap di batang hidungnya lalu ia menepis-nepis.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

4 JENIS MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

SILA BACA.. PASTI MENGEJUTKAN!!

                      Mee Segera

Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok.

Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.

   
                             Sardin

Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah  ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign  yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.

                     Minuman 3 in 1

Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 %  kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.

                            Panadol

Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun.Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat.

Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.

##   Seboleh bolehnya elakkan la 4jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti, biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera.

Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan.

Rabu, 29 Oktober 2014

MEDAN SOSIAL DAN FITNAHNYA

Zaman yg serba canggih..Macam² gadjet dicipta..Macam² aplikasi direka..

Ketika inilah bermacam2 fitnah mengaitkan islam yg keluar.....

Melalui hujung jari sahaja,macam2 yg kita mampu lihat.

EJEK AGAMA SENDIRI

-  Ini adalah perkara yang byk menjAdi isu...ejek agama sendiri melalui medan sosial..kata-kata kesat terhadap agama,Nabi Saw,mereka post di wall fb,post dkt instagram dll..
- Cina Kafir menghina agama kita,kita semua marah..tetapi bagaimana pula dengan anak2 gadis,anak2 lelaki kita..yang lahirnya dari agama islam..?

Bygkan lah..mereka lahir dari rahim yg beragama islam..tetapi mereka sanggup menghina dan mempersendakan agama mereka sendiri..
Apa perlu kita buat? Pernahkah kita terpikir dimana silap kita?

SELFIE

- Selfie juga salah satu yg mendatangkan fitnah..tidak salah jika ber'Selfie'..tetapi cara dan gaya itu yg memdatangkan fitnah..

- Anak2 gadis kita seolah2 bangga..
bila mana mereka berselfie sambil memuncungkan mulut,menjelirkan lidah dgn rambut yg berbogel tanpa tudung...dada yg nampak lurah...dipost gambar..dilihat oleh bermacam-macam org...ibu bapa,tidak malukah anda..?

- Itu satu jenis selfie...bagi yg seterusnya pula,ada yg bertudung,malah ada mereka yg berniqab yg beselfie dlm keadaan berjubah dan tertonggek serta mendepankan dada demi selfie yg terbaik supaya dapat banyak * like✓*
..Ya Allah... Jika itu yg kita tunjukkan pd masyarakat...apakah golongan bukan islam akan cakap mengenai kita .dan apa kah golongan bukan islam akan fikir mengenai agama kita ini?

MESEJ BERANGKAI

- Fitnah yg seterusnya..mengenai mesej berangkai..ianya adalah satu kandungan mesej yg mempunyai ciri+ciri fitnah...

Contoh:-

#  Sebarkan kpd 9 orang,jika tidak musibah melanda pada kamu dan keluarga kamu

#klau islam copy....?...
saya Copy Sebab Saya Orang
Islam

--  perhatikan dulu apa yg disebarkan sebelum copy..bagaimana jika ayat yg ingin di 'copy' itu mpunyai kata-kata yg boleh memyesatkan..?

Bagaimana pula jika bukan islam yg copy merubah ayat dan kebenaran tersebut.
satu lagi paling mengukuhkan,
ISLAM itu bukan sekadar melalui COPY MESEJ..tapi ia mari melalui diri kita,amal dan perbuatan kita..

mengenai musibah pula,ianya adalah kuasa Allah swt,jika Ia berkehendak,apapun boleh terjadi...

Dan mengenai ilmu,ilmu itu luas,sampai kita mati,ilmu itu tidak akan habis,jadi sebarkan ilmu itu sebanyak mungkin,bkn mengikut jumlah...

AllahuAlam..jika ada silap salah saya didalam artikel ini..Harap beritahu semoga kita sama-sama perbaiki..

Yang Lemah datang dari diri saya sendiri.
Yang Baik itu datang dari Allah SWT.

KISAH SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI DIGODA SYAITAN

"Pada suatu ketika, sheikh Abdul Qadir Al Jailani ternampak suatu cahaya terang benderang yang memenuhi seluruh langit.

Kemudian suatu bentuk manusia kelihatan di dalamnya dan ia berkata:

“Wahai Abdul Qadir, akulah Allah, Tuhanmu. Aku telah menghalalkan segala perkara yang haram bagimu.”

Sheikh Abdul Qadir menjawab:
“Berambuslah wahai syaitan.”

“Sebaik sahaja sheikh Abdul Qadir mengucapkan kata tersebut, cahaya di langit tadi bertukar menjadi gelap dan bentuk manusia itu mendesir menjadi asap.

Kemudian sheikh Abdul Qadir terdengar orang berkata:

“Wahai Abdul Qadir, aku telah menyesatkan tujuh puluh Ahli al-Sufi dengan cara ini, tetapi Allah telah menyelamatkan kamu disebabkan ilmu dan takwamu”.

“ Mendengar kata itu, sheikh Abdul Qadir pun membalas:
'Tidak. Itu cuma rahmat Allah s.w.t.'

" Sesudah Sheikh Abdul Qadir menceritakan peristiwa tersebut , maka salah seorang pendengar bertanya:

"Bagaimana kamu tahu bahawa itu adalah syaitan?'

"Ketika dia berkata bahawa dia telah menghalalkan bagi saya perkara haram." Jawab Sheikh Abdul Qadir.

Beliau selalu memberitahu muridnya bahawa apa-apa amalan yang bercanggah dengan suruhan Allah, maka sudah tentu itu adalah amalan daripada syaitan.

Oleh itu hendaklah seseorang itu kembali kepada ajaran syariat, mengukuhkan iman dan melawan kecenderungan nafsu dengan bersungguh-sungguh kerana apa jua yang tidak dibenarkan oleh syarak sudah tentu ianya menyesatkan.

Oleh itu, sesiapa yang mendakwa bahawa dirinya telah mendengar suara Allah pada hari ini, maka berhati-hatilah dengan orang itu kerana ternyata dia telah mendengar bisikan syaitan.

Mungkin syaitan mudah mendampingi dan membantu golongan yang mahu menjadikan syaitan sebagai kawan mereka berbanding dengan manusia seagama dan sebangsa dengan mereka walaupun Allah swt telah berkali-kali menegaskan kepada kita dalam al-Quran bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kita.

NILAI DUIT

-Duit tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati.

-Duit tak boleh beli kasih sayang tapi kasih sayang boleh hilang bila tak ada  duit.

-Duit  tak boleh beli tidur tapi tak ada duit  tidur pun tak lena.

-Duit tak boleh beli kesihatan  tapi utk sihat perlukan  duit.

-Duit  tak boleh  beli  kebijaksanaan tapi utk dapatkan ilmu perlukan  duit.

-Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit.

-Duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan  duit.

ULAMA WARISAN MENERIMA TALQIN

"Apabila Kisah Ulamak@Guru Kitab yang Angkuh diaibkan akan Kisah Kamar Tidornya melalui Si Tukang Susun Kasut"

..Maka berlututlah beliau Menerima Talqin.."

Kisah ini sering diceritakan Turun Temurun oleh Guru guru Agama dan Alim Ulamak di Pondok,Madrasah mahupun di Kuliah Masjid sekalipun..

Surah Yunus 62
"Ingatlah Wali Wali Allah tidak merasa Takut pada Mereka dan Mereka tidak berasa Sedih Hati.

Diceritakan pada masa dahulu ada seorang Ulama Mujtahid di MasjidilHaram yang bernama Syekh Abd Wahab Syarqani..Beliau adalah Tokoh Agama Tokoh Ulamak juga Guru Kitab yang tak asing lagi di MasjidilHaram..Majlis Pengajiannya sering dihadiri ramai Ribuan Murid..

Diceritakan pada suatu hari beliau terdengar perbualan Anak Muridnya..akan Kisah Kehebatan Seorang Tukang Susun Kasut yang kerjanya menyusun Kasut dan memulangkan semula Kasut pada Si Tuannya tanpa melihat muka Pemilik Kasut tersebut...

Tukang Susun Kasut itu dipanggil dengan Gelaran Tok Wali di sekitar MasjidilHaram..Kejadian ini dianggap Ajaib..kerana Majlis Pengajian tersebut dihadiri Ribuan pengunjung namun Si Tukang Susun Kasut berjaya melaksanakan tugasnya dengan tepat sekali...Si Tukang Susun Kasut itu bernama Syekh Ali Khawas..

Pada suatu hari Syekh Abdul Wahab Syarqani telah berjalan di hadapan Syekh Ali Khawas dan berkata

لاجعل الله ولي جاهلا

Bermaksud

"Allah Tidak Akan Menjadikan Orang Bodoh Sebagai Kekasihnya.."

Syekh Ali Khawas membalas dan berkata

جعل الله له علما

Bermaksud

"Jika berkehendak Allah melantik seseorang yang menjadi Kekasihnya maka diajarkannya mereka itu Ilmu.."

Dari detik itu hampir setiap hari berlakulah perdebatan antara mereka berdua hingga selang Hari Jumaat seterusnya.Syekh Abdul Wahab Syarqani seperti biasa telah pulang ke Rumah setelah selesai Majlis Pengajiannya selepas Solat Isyak.

Ketika beliau pulang ke Rumah terlihatlah Wajah Keayuan isterinya maka bernafsu Syahwatlah beliau ketika itu..Setelah beliau memujuk Isterinya untuk bersama melayani Nafsunya yang memuncak tinggi ..

Maka isterinya memberi syarat agar Syekh Abdul Wahab menjadi Keldainya dimana si isterinya menunggang si Suaminya dan Suaminya perlu berjalan mengelilingi bilik tidur sebanyak 7 pusingan..

Apabila terlalu letih Syekh Abdul Wahab pun tertidur..
Namun beliau terlelap hingga melepasi Waktu Subuh dan tidak sempat mekakukan Sujud Sejadah seperti biasa dilakukannya pada pagi Jumaat...

Lalu beliau bangun dari Katil dan bersiap sedia untuk mengajar Kuliah selepas Subuhya dalam keadaan tergesa gesa kerana kesuntukkan masa..

Namun seperti biasa apabila beliau melalui di hadapan Syekh Ali Khawas maka berkatalah ia kepadanya..

"Allah Tidak Lantik Orang Bodoh Menjadi Kekasihnya"

Lalu dibalas Syekh Ali Khawas dan berkata

"Orang Alim Tak Tahu Malu..Sanggup ikut Nafsu Syahwat dan Sanggup jadi Keldai untuk Isterinya..Dah la Datang Mengajar Tak Mandi Hadas"

Maka terkejutlah Syekh Abdul Wahab Syarqani kerana Si Tukang Susun Kasut yang dianggap jumud dan bodoh selama ini telah diberi kelebihan oleh Allah swt melalui Ilmu Basyiroh termasuk perkara tersembunyi..

Maka berlututlah beliau dihadapan Syekh Ali Khawas dan bertaubat serta mengaku menjadi Murid pada Syekh Ali Khawas..

Maka diterimalah beliau menjadi anak murid selama 40 hari dan dilarang selama 14 hari dari bersolat melainkan tidak melanggar berkaitan yang halal dan haram..dan segala Kitab Syekh Abd Wahab dijual dan hasilnya dijual kepada Fuqara..

Kemudian Syekh Abd Wahab dibenarkan meneruskan Pengajiannya namun dilarang menggunakan sebarang Kitab Agama..Sehingga pada suatu hari dikatakan Rasulullah Saw turut hadir untuk membimbingnya pada Alam Rohani...

Kedua dua mereka akhirnya menjadi Masyhur selepas itu dan kemudian Wafat serta dimakamkan bersama sama di Mesir...

Kesimpulan kisah ini ialah Orang yang bergelar Ulamak atau Guru Kitabpun sekalipun tak terlepas dari sikap kesombongan dan keangkuhan melainkan setelah mereka berlutut dan menerima Ilmu dan Amal Rabitah Wasilah melalui Rasulullah Saw..

KRISTIAN DAN ISLAM

Tahukah kita MENGAPAKAH DI MALAYSIA agama Kristian berkembang dan agama Islam tidak?

Kerana:

     * Orang Islam menjual/memperdagangkan agamanya.

- Air jampi dijual, jus Tok Guru kononnya telah dijampi.

- Minyak ubat urut Anugerah kononnya dibacakan ayat suci 30 juzuk dijual dengan harga mahal.

- Agama Kristian tak jual malahan produknya diberi percuma.

-Ustaz-ustaz mengajar agama “demand”/meminta bayaran tinggi.

- Mubaligh Kristian berdakwah secara percuma. Sehingga jauh ke pendalaman. Malahan menanggung sendiri makan minum dan tempat tinggalnya.

-  Jabatan Agama Islam sibuk nak tangkap khalwat, orang pergi karaoke dan bernikah di Siam.

- Agama Kristian sibuk membantu orang dalam kesusahan (janda, miskin, mangsa tanah runtuh, banjir).

- Gereja boleh dimasuki bila-bila masa tetapi masjid dikunci. (Tak bagi orang masuk, tidur kononnya).

- Imam solat kerana waktu kerjanya (dibayar gaji), paderi sukarela.

- Air zam zam dijual mahal tetapi Kristian memberi holy water secara percuma.

- Kristian sibuk berdakwah.

- Ustaz-ustaz sibuk menjual tanah suci. membawa orang ke Mekah, Umrah. Harganya mahal. Bermotifkan keuntungan melampau.

- Paderi sibuk menaja orang orang susah membaiki rumah dan bantuan barang barang dapur.

- Pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam, Jabatan Zakat sibuk promosi nak naik gred bergaji besar. Bajet “pengurusan” lebih besar dibandingkan kepada golongan asnaf.

- Paderi sibuk membuat kebajikan.

- Ustaz-ustaz sibuk menjadi tok bomoh, boleh mengubati seribu macam penyakit.

- Paderi sibuk membina hospital.

- Orang Islam sibuk dengan milikan rumah besar, kereta besar, motor besar untuk kepuasan diri.

- Tetapi orang Kristian sibuk berdakwah mencuba menarik hati orang Islam yang tidak punya harta.

Renungkanlah.

INGATAN UTK DIRI SENDIRI DAN KAWAN2 LAIN:
�� JANGAN BANGGA
�� JANGAN BERLAGAK
-----------------------------

01. Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita - TANAH LIAT

02. Jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita - KUBUR

03. Jangan bangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita - KAIN KAPAN

04. Jangan bangga dengan kereta dan motor besar kerana kenderaan kita yang terakhir - KERANDA

05. Jangan bangga dengan minyak wangi berjenama kerana wangian terakhir kita - KAPUR BARUS

7 SUNNAH HEBAT

By Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT.

Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat.

Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.

Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

PERUTUSAN SEMPENA HIJRAHTULRASUL

PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA HIJRATURRASUL 1436

"Sesungguhnya telah datang kepada. kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman." (at-Taubah: 128)

1. Hijraturrasul dari Makkah ke Yathrib antara usaha memilih kehidupan bersama masyarakat pelbagai kaum secara aman harmoni serta menegakkan keadilan dalam negara, sekaligus menghindari pertempuran, kezaliman, penindasan dan perampasan hak.

2. Inilah sikap Islam disepanjang zaman yang berkolaborasi dengan semua pihak dan memimpin gagasan keamanan sejagat berpaksikan syariat Allah SWT.

3. Rasulullah bukan sahaja menjadi pembawa rahmat kepada dunia, tetapi juga menunjukkan model kehidupan manusiawi seorang pemimpin dalam menyantuni realiti rakyat di negara yang dibangunkan atas nama Madinah al-Munawarah.

4. Pun begitu, usaha Baginda tidak sunyi dari dihadapkan dengan pergerakan musuh Islam baik berupa propaganda dan konfrontasi perang secara terbuka dari kalangan kafir musyrikin, mahupun komplot dan pengkhianatan tersembunyi dari munafik dan penduduk kaum Yahudi.

5. Kini dunia menyaksikan disepanjang tempoh 1436 tahun ini bahawa sejarah tersebut sentiasa berulang atas umat manusia di atas muka bumi ini.

6. Umat Islam di seluruh dunia menjadi mustad'afin yang diperangi dengan kekuatan persenjataan dan ketenteraan serta ditindas oleh kuasa asing atau regim pemerintah di negara mereka dan dibunuh sewenang-wenangnya tanpa alasan munasabah melainkan hanya kerana mereka itu beriman kepada Allah. Firman Allah SWT:

"Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah"...." (al-Hajj: 40)

7. Negara-negara umat Islam juga digoncang keamanan dan keharmoniannya dengan jarum adu domba dan perebutan kuasa hingga membangkitkan pertempuran sesama muslim serta kemusnahan khazanah dan kekayaan negara.

8. Maruah dan hak umat Islam juga dicabar dengan pelbagai label ekstrem, penghinaan ke atas Rasulullah SAW dan al-Quran serta ajaran Islam, selain mewujudkan pelbagai rupa bentuk ajaran baru yang mengeliru dan menyesatkan atas nama juzuk-juzuk Islam.

9. Natijahnya, apabila Islam yang pernah memayungi kesejahteraan di dua pertiga dunia ini dimusuhi dan disingkirkan dari teraju umat, bukan kaum muslim sahaja sengsara, tetapi seluruh penghuni dunia menerima bahana dari perbuatan manusia berkepentingan.

10. Antaranya kapitalisma yang meraja hingga menghambakan rakyat menerusi pelbagai sistem ciptaan serta merakusi hak umum dan memilikperibadikan hasil mahsul negara.

11. Mereka yang di atas memperalat kerajaan dan undang-undang serta memanipulasi material untuk mengikat dan menyekat rakyat hingga menodakan kehidupan dalam dosa dan ketidaktenteraman.

12. Malangnya, perkara sama turut berleluasa di dalam negara kita biarpun gah dicanang telah merdeka bebas dari penjajah melepasi 57 tahun.

13. Oleh itu PAS adalah wadah Islam di negara ini yang komited membangunkan nilai-nilai kehidupan Islam menerusi pemerintahan dan penegakan syariat.

14. Maka bersempena Hijraturrasul 1436 ini marilah kita melakukan tajdid dan hijrah kepada kehidupan bernuansa wahyu Allah dan panduan Rasulullah SAW secara istiqamah. Moga-moga tertegak kembali 'rahmat untuk sekalian alam'. Rasulullah SAW bersabda:

“Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ialah jihad atau berjuang dan niat untuk jihad (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjuang (dan sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.” (Riwayat Aisyah RA)

DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
1 Muharram 1436 / 25 Oktober 2014