Assalamualaikum wbt....
Salam sejahtera untuk semua...
Dah lame blog saya ni tidak menerima catatan peribadi dari saya sendiri...
Alahai....Saya ni nama je blogger..tapi kurang nk buat artikel² peribadi,kisah diri ni...
Namun,Kali ni saya nak cerita tentang kisah saya ke Hutan Lipur Sekayu pada hari Sabtu 8/11/2014..
Sebenarnya dah berminggu² kita org para pekerja di Hospital Sultanah Nur Zahirah ni plan nak pergi berkelah kat situ...
Dah masing² sibuk kerja...nak jugak luang masa untuk diri...Berhibur dan lepaskan tekanan kerja...
Baik punya plan....tut tut..xjadi nk pergi sekayu.....pasal Tragedi Adik Rafikin yg hilang dan Meninggal kat situ tu..
Arwah hilang pada 2/11/2014 dan telah ditemui pada 5/11/2014...Dan dengar kabar disana hujan lebat ..Oleh sebab itu rancangan ditukar...kami plan pulak nk ke Air Terjun Belukar Bukit...Aku ni punyer la moody..pasal aku suker giler pergi Sekayu tuh...tetiba geng² ni tukar plan nk pergi tempat lain,aku pun moody la...
Sampai la ke tarikh 8//11/2014 tu..Allahuakbar...cuaca sungguh baik...tiada hujan atau angin kuat....lepas balik kerja,(abis syif balik kul 7pagi) masing² berkumpul dirumah aku..rumah aku yang sunyi...jd riuh la sekejap..
Tunggu sorg demi sorg sampai...hingga pukul 9baru la turun lepas semua dah ada....
Mkn masa nak sampai ke Sekayu tu....sebabnya..kita org sempat lagi singgah shopping di EcoMart Bukit Payung....lps tu kitaorg ke Wakaf Tapai pulak,berkumpul di rumah kwn...
Psl Dia dgn family pun nk join juga...kira bertingkat² jugak la nak sampai ke Sekayu ni...
Dlm pukul 11stgh baru lah kita org selamat sampai ke Sekayu tu...tapi kitaorg mmg terkejut la...
Pasal masa kami sampai tu,sunyi sangat...tiada org pun yg kesana...hanya kami....jadi hati aku terbit rasa kurang senang...satu rasa yg berdebar²...
Tapi mujurlah kita orang pergi ramai² ( 3buah Kereta dan 1buah van)
Rasa sunyi dan sepi Hutan Lipur tersebut di pecahkan dgb keriuhan kami segerombolan pekerja HSNZ yg kepala agak gila-gila ni...
Namun,jumlah kami yg lebih dr 15org ini masih tidak mampu menawan keheningan dan kesunyian hutan tersebut....
Kami semua mendaki tangga naik ke tingkat atas sekali...Masa kami mendaki naik tangga Hutan tu..
Dapat kami lihat dari air terjun tingkat pertama..tiada org..dan sunyi sekali..
Kemudian kami melintasi air terjun diperingkat tengah dikawasan jambatan lama dimana Arwah Adik Rafikin ditemui..
Mari terbayang gambar ketika arwah ditemui terselit dicelah batu tersebut..
Allahurabbi..bygkan saja sudah cukup buat kami rasa takut dan sedih..
Sehingga lah sampai ke air terjun teratas,kami mula meletakkan brg2 kami dan terus menghidupkan api untuk bakar ayam..
Sementara dua tiga org kawan kami bakar ayam,kita org turun mandi...dan hujan pula turun...terpaksa lah kami naik semula ke darat...
Kami masih lagi berhati-hati bimbang jika kepala air...walaupun disitu ada amaran siren,tapi kami sudah berada di tingkat teratas..jika siren berbunyi,pasti air sudah turun di bahagian tersebut,maka kami ambil alternatif naik ke darat sebelum apa-apa terjadi..Sementara itu,kami makan-makan...Hujan pun dah berhenti..
Kami terus sambung mandi..Stelah berjam-jam kami mandi manda dab melepak disitu...akhirnya kami ambil keputusan untuk balik...kerana jam masa sudah masuk dekat pukul 3setengah..cuaca pulak yg mendung buatkan hutan lipur itu seperti sudah pukul 6petang..separa gelap..
Kami semua tukar dan salin baju..tapi aku last yang salin baju..dengan sifat aku yg tidak berapa selesa nak salin baju di bilik persalinan tepi pokok tu,terpaksa la aku ke tandas..ditemani oleh cik suami...masa tu hanya aku ditemani cik suami di peringkat tengah air terjun itu...yang lain semua dah turun kebawah...hujan pula turun dgn lebat..Allahurabbi..takut la plk..tu la padahnya aku yang terlalu banyak hal..
Seketika,kawan cik suami dgn isteri nya datang dan menemani kita orang..Allahurabbi..rasa sedikit lega..iya la..kawan2 dah turun..tinggal kami berdua dlm hutan sunyi dgn keadaan yg separa gelap,hujan pulak tu,mana kami tak takutnya...
Lepas balik,aku cerita la kat kawan2 dgn family tentang perkelahan beramai2 ini..kemudian semua org mcm terkejut..dan tak kurang ada jugak yg marah...Aku hairan..kenapa ?
Diorang ckp bahaya pergi kat situ musim hujan macam ni...oh..tu..aku boleh terima alasan tu...
Tapi satu lagi kisah..diorang cakap bekas adik rafikin meninggal baru lagi..tak elok pergi kat situ..talut jadi apa2 yang boleh bawa maut...salah seorang sahabat cakap 'penduduk di situ' nak tuntut 4nyawa..mangsa pertama adalah arwah adik rafikin..dan masih ada 3lagi nyawa perlu dituntut..
Aku hairan dan bertanya lebih lanjut..
Aku tanya lagi..
Aku: kenapa nak perlu tuntut nyawa?
* tuk pengetahuan semua, anak makcik ni adalah pekerja di jabatan belia dan sukan..yg turut menyertai acara marathon tersebut
Makcik H: anak makcik turut terlibat dlm operasi mencari mangsa..masa dalam misi pencarian tu,para ustaz buat perantaraan dan bercakap dgn 'penduduk disitu' ,katany ahli ' penduduk' itu ingin menuntut 4nyawa..nyawa itu adalah bagi menuntut bela atas kematian 'penduduk' mereka yg telah mati kerana cantasan pisau ahli pembuat trek marathon tersebut..
Aku : oh? Betul ke
Makcik H : ustaz2 tu pun buat sembahyang hajat,minta dilepaskan Arwah...masih ditidak dilepaskan..akhirnya para ustaz buat air penawar sekitar tempat yg disyaki..mereka berzikir dan beselawat dab melaungkan azan dikawasan air terjun yang disyaki itu..seketika itu mereka dapat lihat seolah-olah tangan manusia dan itu adalah mangsa..
Masa tu kemungkinan pintu alam ghaib telah dibuka..kerana kalau dilihat dari sudut biasa,ia sangat mudah untuk nampak jika ada orang yg berada disitu..kerana ia adalah tempat biasa orang mandi manda..dan tempatnya pula tidak dalam..
Aku :: makcik,mengenai selawat,zikir dan azan tu boleh percaya..tapi pintu alam ghaib dibuka itu..betul ke wujud?
Makcik H: itu semua kuasa Allah..kita takkan tahu
# lepas dari kisah itu..aku balik dan mari teringat2..mujur tiada apa-apa yang terjadi pada kitaorg masa tu...tapi patut ke kami percaya bulat2 mengenai TUNTUTAN NYAWA spt mana yang diceritakan makcik itu? Dan patut ke kami percaya bahawa jika tempat yang baru ada mangsa yang meninggal akan memakan mangsa baru?
# Aku terfikir-fikir kata makcik itu..kerana setahu aku,kuasa Allah yg menghidupkan dan mematikan..dan sepatutnya kita tidak patut terlalu taksub dgn bnd yang karut marut..aku juga percaya jika wujudnya bnda ghaib,kerana mereka adalah mkhluk Allah juga..tapi jika memakan mangsa dan mematikan mangsa..aku rasa itu adalah atas kuasa Allah..kerana Hanya Allah yh menghidupkan dan mematikan..hanya beza tempat dan sebab musabab dimana sampainya ajal kita..jadi jika ajalnya Arwah sudah sampai hari itu,maka disitu la tempat nya meninggal..jangan la pula Arwah disabitkan dgn bermacam-macam spekulasi..bagi saya..amat kesian pada Arwah..selepas kematiannya,bermacam cerita yang keluar..orang akan terus bercakap kerana kehilangan, kematian dan keadaan dia ditemui itu misteri...betul tu..menjadi misteri...tapi tahu kah kita...? kita takkan dapaf cerita yang sebetulnya kerana kebenaran dan cerita sebenar sebalik hanya Arwah dan Allah Swt yg tahu...
Allahualam..jadi kpd makcik2 pakcik2 jangan la buat cerita yang bermacam2..lebih baik kita sama2 kita sedekah kan Al-Fatihah untuk arwah Adik Rafikin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan