Rabu, 18 Mac 2015

TIDAK LAKSANAKAN WALAUPUN KITA TAHU


Berkata Imam Ibnul Qayyim rhm, "Seorang remaja perempuan telah meninggal dunia disebabkan taun. Maka pada suatu hari bapanya telah bermimpi berjumpa dengannya lalu bapanya bertanya, wahai anakku, khabarkanlah kepadaku keadaan hari akhirat.

Aku telah pergi ke satu dunia, hal yg berlaku di dalamnya adalah sangat hebat penyesalannya. Sesungguhnya kita semua tahu akan tetapi kita mahu lakukan. Demi Allah ! Sesungguhnya pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat solat, jika ianya tertulis di atas sehelai lembaran kitab amalanku, lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya."

�� Sesungguhnya remaja perempuan itu telah berkata mengenai satu perkara yg sangat berat untuk dihadapi (kita semua pasti akan menghadapinya) KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA TIDAK BUAT. Ramai di kalangan kita yang tidak faham maksudnya (kerana kita belum memasukinya)

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan "subhanallahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali, dosa kita akan diampun oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapnya.

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah (yg diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak melakukannya

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah, akan menyebabkan Allah SWT menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan dia diikuti oleh 70,000 malaikat yg akan memohon ampun kpd Allah SWT baginya. Akan tetapi seminggu berlalu, kita tidak menziarahi pun orang sakit

�� Sesungguhnya kita tahu, barangsiapa yg menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur, menunggunya hingga jenazah selesai ditanam akan mendapat dua qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari berlalu tiada suatu jenazah pun yg kita iringi (satu qirat adalah sebesar bukit uhud)

�� Sesungguhnya kita tahu
bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan membuatkan Allah SWT membinakan untuknya rumah di syurga. Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya) seperti orang berjihad di jalan Allah atau seperti puasa yg tidak berbuka atau seperti yg berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yg menjadi tanggungan bulanan kita.

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca alquran itu, satu huruf akan diganjari 10 kebaikan, kita tidak juga membaca alquran.

�� Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah berdirinya dia bertahajjud di hadapan tuhannya dlm keadaan manusia tidur. Adalah Nabi SAW dan para sahabat RA tidak meninggalkan qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita pula memandang ringan akan qiamullaill.

�� Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati itu bila bila masa akan tetapi kita sering menangguhkan taubat dan bersungguh membuat pahala

�� Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, setiap nafas yg kita hembuskan, semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahala berjumpa Allah SWT.

�� Adakah pahala kita sudah cukup untuk memberatkan timbangan kita?

�� Adakah pahala kita sudah cukup untuk menghadapi hisab yang boleh memufliskan?

�� Berbahagialah kepada yg membacanya, faham akannya dan bersegera mengamalkannya. Semoga Allah SWT membalas dgn sebaik balasan kpd yg menyebarkannya...
WallahHu'Alam

KELEMAHAN JIN

Kelemahan jin..seperti kita ketahui..jin mempunyai kemampuan-
kemampuan yang tidak
dimiliki oleh manusia,
akan tetapi al-Quran
dengan tegas mengatakan
bahawa hakikatnya syaitan
dan tipu dayanya itu
adalah lemah.

Berikut adalah beberapa contoh
kelemahan jin, di
antaranya :

1. Tidak boleh mengalahkan orang-orang soleh. Bukti
bahawa syaitan atau jin tidak akan dapat mengalahkan
orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika
berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr ayat 39 -
Iblis berkata:

” Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah
memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan
ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba
Engkau yang mukhlis di antara mereka “. (Surah Al-
Hijr 15: 39-40).

Dari ayat ini dapat difahami bahawa
yang menyebabkan syaitan itu dapat menguasai seseorang adalah kerana perbuatan dosanya.

Ketika seseorang itu dekat dengan Allah, maka syaitan akan
lari dan tidak akan berani mendekatinya apatah lagi
menguasainya.

2. Syaitan takut dan lari oleh sebahagian hamba Allah
Apabila seseorang betul-betul memegang ajaran agamanya dengan betul serta mengukuhkan keimanannya dengan teguh, maka syaitan akan takut
dan lari.Hal ini terdapat pada diri Umar bin Khatab.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Turmu-dzi Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda kepada Umar:

“Sesungguhnya syaitan sangat takut olehmu, wahai
Umar” (HR. Turmudzi). Bukan hanya kepada Umar, akan tetapi syaitan (jin kafir) juga akan takut oleh
orang-orang beriman yang betul-betul dengan keimanannya. Dalam al-Bidayah wan Nihayah, Ibnu
Katsir pernah mengutip sebuah hadis berikut ini:

“Sesungguhnya orang mukmin akan dapat mengawal
(mengalahkan) syaitannya sebagaimana salah seorang dari kalian yang dapat mengawal untanya ketika
perjalanan” (HR. Ahmad).

Bahkan, apabila seseorang betul-betul, dan soleh, dia boleh membawa qarinnya (penyertanya, kerana setiap
manusia itu pasti disertai oleh syaitan (jin kafir) di
sebelah kirinya dan malaikat di sebelah kanan atau sering disebut dengan qarin) masuk Islam. Hal ini
sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis riwayat
Imam Muslim ini juga:

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa
Sallam bersabda:

” Tidak ada seorang pun kecuali ia
disertai oleh seorang qarin (penyerta) dari jin dan
seorang qarin (penyerta) dari malaikat “.

Para
sahabat bertanya:
“Apakah termasuk anda juga wahai
Rasulullah?”
Rasulullah menjawab:
“Ya termasuk saya,
hanya saja Allah menolong saya sehingga jin itu masuk
Islam. Ia (jin tadi) tidak pernah menyuruh saya
kecuali untuk kebaikan “(HR. Muslim).

3. Jin takluk dan taat kepada Nabi Sulaiman. Di antara mukjizat Nabi Sulaiman adalah dapat
menaklukan jin dan syaitan sehingga semuanya boleh bekerja atas perintahnya. Hal ini sebagaimana
ditegaskan dalam ayat al-Qur’an berikut ini dalam
surat Shad ayat 36-38:

“Kemudian Kami tundukkan
kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya, dan (Kami
tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain
yang terikat dalam belenggu” (QS. Shad ayat 36-38 ).

Mukjizat ini diberikan kepada Nabi Sulaiman sebagai
pengabulan atas doanya yang mengatakan:

“Dan berikanlah kepadaku kerajaan yang tidak diberikan
kepada seseorang setalahku” (QS Shad 38:35).

Doa Nabi Sulaiman inilah yang menyebabkan Rasulullah tidak
jadi untuk mengikat jin yang datang dengan melemparkan anak panah ke muka beliau. Dalam sebuah
hadis Muslim dikatakan: “Dari Abu Darda berkata:

”Suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam
bangun, tiba-tiba kami mendengar Rasulullah
mengatakan:
“Aku berlindung kepada Allah darimu”,
kemudian Rasulullah Shallallahu’ Alaihi wa Sallam juga
berkata:
“Allah telah melaknatmu” sebanyak tiga kali.Rasulullah lalu menghamparkan tangannya seolah-olah
beliau sedang menerima sesuatu. Ketika Rasulullah
selesai solat, kami bertanya:
“Wahai Rasulullah, kami
mendengar anda mengatakan sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelum ini. Kami juga melihat
anda membukakan kedua tangan anda “. Rasulullah menjawab:
“Baru Iblis, musuh Allah datang membawa anak panah api untuk dipasang di muka saya, lalu aku
berkata:
” Aku berlindung kepada Allah darimu “sebanyak
tiga kali, kemudian saya juga berkata:” Allah telah
melaknatmu dengan laknat yang sempurna “sebanyak
tiga kali. Kemudian saya bermaksud untuk
mengambilnya.

Seandainya saya tidak ingat doa
saudara kami, Sulaiman, tentu saya akan mengikatnya sehingga menjadi mainan anak-anak penduduk Madinah
“(HR. Muslim).

4. Jin atau syaitan tidak dapat menyerupai Rasulullah
Syaitan dan jin tidak dapat menyerupai bentuk dan muka Rasulullah saw.
Oleh kerana itu, apabila
seseorang bermimpi melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi
wa Sallam, maka ia sungguh telah melihatnya. Dalam
hadis sahih dikatakan:

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa
Sallam bersabda:” Sesiapa yang bermimpi melihatku, maka dia sungguh telah melihatku, kerana syaitan
tidak dapat menyerupaiku “(HR. Muslim).

5. Jin dan syaitan tidak boleh melewati batas-batas
tertentu di langit Sekalipun jin dan syaitan mempunyai kelebihan dapat bergerak dengan cepat,
akan tetapi mereka tidak akan dapat melepasi batas- batas yang telah ditetapkan yang tidak dapat dilalui
selain oleh para malaikat. Kerana apabila mereka berani melaluinya, maka mereka akan binasa dan
hancur.

Kerana itu pula, jin tidak dapat mengetahui
dan mencuri maklumat dari langit sehingga apa yang
dibisikkannya ke tukang-tukang ramal dan dukun adalah kebohongan semata. Untuk lebih jelasnya akan
hal ini, dapat dilihat dalam surah al-Rahman ayat
33-35).

6. Jin tidak dapat membuka pintu yang sudah ditutup
dengan menyebut nama Allah Dalam sebuah hadis
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
”Tutuplah pintu-pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika
menutupnya), kerana syaitan tidak akan membuka
pintu yang sudah dikunci dengan menyebut nama
Allah.
Tutup jugalah tempat air minum (qirab dalam bahasa
Arab adalah tempat menyimpan air minum yang
diperbuat dari kuit binatang) dan bekas-bekas kamu
(untuk masa sekarang seperti almari, bupet, peti
sejuk dan lain) sambil menyebut nama Allah, meskipun
kamu hanya menyimpan sesuatu di dalamnya dan
(ketika hendak tidur), matikanlah lampu-lampu kalian
“(HR. Muslim).

PUNCA REZEKI SEMPIT

Kenapa rezeki kita sempit? Pernah kah anda bertanya pada diri anda..?

Ok..hari ini kita akan kupas sedikit mengenai rezeki sempit ni..Apa yg harus kita phm disini..Rezeki itu bukan bermaksud duit semata-mata.Kita & Anak2 kita sihat,itu juga adalah rezeki..Dapat taat pada perintah Allah Swt juga adalah rezeki..Nama yang baik,ilmu yg bermanfaat,ingatan yg baik juga adalah rezeki.Walaupun kita tdk mempunyai byk duit,tidak lah bermakna rezeki kita sempit.Kerana sesungguhnya rezeki itu dtg dlm byk cara dan jenis.

KENALI PUNCA REZEKI SEMPIT

1- Tidak peduli tentabg zakat dan sedekah

2- Terlalu sibuk sehingga jauh dari Allah Swt

3- Melakukan bisnes dan pekerjaan2 haram

4- Berbuat dosa kerana Jahil atau degil

5- Hanya percaya bahawa usahanya semata2 shj yg mendatangkan rezeki pdnya

#Semak lah senarai diatas..dan mulakan lah perubahan dlm hidup,rezeki,amalan dan Perbuatan..
walaupun tiada duit melimpah ruah,In shaa Allah rezeki yg ada menjadi berkat dan hati juga menjadi tenang

Rabu, 11 Mac 2015

CIRI-CIRI LELAKI DAYUS

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tiga golongan yang ALLAH tidak akan lihat (bermakna tiada bantuan daripada dikenakan azab) mereka pada hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus.” (Riwayat Ahmad dan Al-Nasaie)

Dayus disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadis yang lain iaitu daripada Ammar bin Yasir berkata, dia mendengar daripada Rasulullah SAW berkata:

“Tiga golongan yang tidak akan memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak.”

Lalu sahabat berkata:

“Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus?”

Berkata Nabi:

“Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya).” (Riwayat Al-Tabrani)

Daripada hadis di atas, maksud lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dengan siapa isteri dan anaknya bersama dan bertemu.

Malah, ada yang membiarkan sahaja isteri dan anak perempuannya dipegang lelaki lain. Soalan yang sama daripada sahabat mengenai siapakah dayus? Lalu jawab Nabi SAW, maksudnya:
Apakah dayus itu wahai Rasulullah?”

Jawab Nabi:

“Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, membuka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya).” (Riwayat Al-Tabrani dan Al-Baihaqi).

Tafsiran golongan ulama berkenaan istilah dayus adalah

“Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya).” “Cemburu lawannya dayus.”

Berkata pula Al-Nuhas,

“Cemburu (iaitu lawan kepada dayus) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya daripada ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram.”

“Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) apabila dia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya dia tidak mengubahnya.”

“Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga), dan barang siapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga jauh daripada kejahatan dan perkara keji. Tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.” (Faidhul Qadir, Al-Munawi, 3/430)

         Dayus adalah DOSA BESAR

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar, maksudnya:

“ALLAH telah melaknat lelaki dayus (laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu daripada isterinya dan diharamkan bergaul dengannya).”

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang dipakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki.

Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrif golongan ulama mengenai erti dayus dan istilah yang hampir dengannya, maksudnya:

“Al-Qawwad (istilah yang disamakan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah ’orang tengah’ kepada zina.”

“Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan dia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat.”

      
       Cemburu dituntut Islam

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu. Sebenarnya, kita perlu fahami bahawa ia adalah tuntutan Islam dan menunjukkan suami yang bertanggungjawab.

Bergembiralah si suami yang memperoleh isteri solehah. Ini kerana, tanpa sebarang campur tangan dan nasihat daripada sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Daripada tanda kebahagiaan anak Adam adalah memperoleh wanita solehah (isteri dan anak).”
(Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168)

Jika seorang bapa mengetahui perbuatan ‘ringan-ringan’ anak perempuan atau lelaki mereka dan membiarkannya, maka dia adalah dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah ‘ringan-ringan’ atau terlanjur sebelum kahwin dan tanpa taubat yang sebenar-benarnya, sudah pastilah rumah tangga mereka akan goyah.

Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan perbuatan ‘ringan-ringan’ dengan orang lain.
Hanya dengan bertaubat nasuha dapat menghalang aktiviti mungkar itu daripada melepasi alam rumah tangga mereka.

Jika hal ini dibiarkan, ia akan merebak pula kepada anak mereka, seterusnya kepada zuriat mereka.

Awas! Dalam hal ini, semua suami dan bapa perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka daripada dianggap sebagai dayus. Jagalah zuriat anda. Suami juga patut sekali sekala menyemak telefon bimbit dan beg isteri untuk memastikan tiada yang diragui.

Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka, demi menjaga maruah dan kehormatan isteri serta anaknya. Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa pada zaman Nabi Muhammad SAW, maksudnya:

“Berkata Ubadah bin Somit RA: Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteri ku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedang ku,"

maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu Nabi memberi jawapan:

“Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad? Demi ALLAH, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah ALLAH lebih cemburu daripada ku, kerana kecemburuan ALLAH itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Lihat betapa ALLAH SWT dan rasul-NYA menginginkan golongan suami dan ayah mempunyai sifat pelindung kepada ahli keluarga daripada melakukan sebarang perkara keji dan mungkar.

**** Lelaki menjadi dayus apabila:****

1. Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain selama mereka bekerja atau di luar rumah.

2. Membiarkan isterinya pulang lewat, serta tidak diketahui bersama siapa, serta apa yang dibuatnya ketika dia bekerja.

3. Membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasanya terdedah (terselak kain) ketika menaiki apa jua kenderaan.

4. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya

5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangan yang bukan mahramnya di rumah. Kononnya, ibu bapa mereka sporting dan memahami.

6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang menjolok mata di luar rumah.

7. Membiarkan anak perempuan menyertai akademi hiburan yang boleh mempamerkan kecantikan mereka kepada jutaan manusia bukan mahram.

8. Membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dan membiarkan mereka berpelukan dengan lelaki lain. Kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon, nafsu seorang lelaki itu akan hilang? Tidak sekali-sekali!

9. Membiarkan isteri bekerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna. RAsulullah SAW bersabda

“Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahan kan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid.” (Riwayat Ahmad)

KREDIT KPD SUMBER:
http://albakriah.wordpress.com/category/isu-hangat/

CARA MUDAH KESAN KEDAI YG GUNA PELARIS

Assalamualaikum.....apa khabar semua kwn2 semua...lama dah saya tak buat artikel baru tuk blog saya ni....dah naik bersarang dh....cume labah2 je tak de...hihi

Hari ni saya nak buat satu artikel mengenai PELARIS KEDAI...tetiba saja nak buat artikel ni....

kat Kuala Terengganu ni byk kedai makan....kat area kg saya,area Gong Kapas-Panji Alam nie byk lah kedai makan....tapi byk tauke kedai tuh made in Siam....

Pernah la makan kat kedai satu nie( xnak la nyatakan nama kedai nya..kan t jatuh mengaibkan pulak..)....

makanan xla sesedap mana pun,tapi selalu rasa nak pergi je kedai dia....dah tau makanan dia pedas,sedikit,&mahal...tapi still pergi jugak...sampai lah satu hari tu....dapat cerita tentang kedai dia tu...

rupanya ada guna benda kotor...mula2 xpercaya la...tapi yang cerita tu ustaz2 jugak...

diorg de pergi makan kat sana lepas tu sementara menunggu makanan yg diorder sampai..si Ustaz tu ade lah baca surah ayat KUrsi....tetibalah ustaz tu ternampak satu makhluk dibahagian dapur
( dapur kedai tu emg direct dgn tempat makan) Ustaz tu nampak ade satu makhluk berbulu,besar yg sdang menjilat makanan diatas meja dapur tersebut...

Akibat terkejut,terus dibatalkan pesanan nya dan balik...Selepas cerita itu diceritakan....Cerita itu mula tersebar meluas.... tapi tetap jgk org mkn kat situ ( majoriti ramai org luar dr kg ni la..org kg ni kureng)

Sebenarnya dikawasan saya ni ada byk kedai makan yg dibuka oleh org Siam....

Bukanlah bermaksud sy bersikap prejudis terhadap org siam,,tetapi kesal dgn segelintir peniaga yg mengunakan taktik kotor dlm jual beli..Yg satu lagi pulak kedai menjual Satay,mak aihh...rumah toke kdai tuh dekat ngn rmh saya je..buat kije bukan memain pengotor....dulu ada jugak family saya yg suka beli satay kedai dia..tapi dah xmkn terus dh sekarang...Kes nya dlm kuah satay nya ada Tahi TIKus kot....!

yg baru jatuh agaknya..psl x hancur lagi najis nya.......ish..tu yg nampak...yg kita xnampak? pikir2kan lah yer....

Tapi lepas ni jangan pulak korg nak menghukum semua peniaga dan org siam yg berniaga..pasal segelintir saja buat perangai sedemikian.... jadi disini saya nak kongsikan

CARA UNTUK MENGENAL PASTI KEDAI\PREMIS YG MENGUNAKKAN SIHIR & PELARIS CARA MENGESAN KEDAI YG GUNA PELARIS

'' Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu ( Syaitan) terhadap hamba-hambaKU,kecuali ke atas mereka yang mengikuti kamu ,iaitu org2 yang sesat." -
(Al- Hijr :42)

" Sesiapa yg mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib ),kemudian mempercayai ramalan tukang/dukun tadi tadi,maka ia ( yg pergi berjumpa itu ) telah pun kufur dgn agama Nabi MUhammad SAW " -
( Riwayat Al-Bazar & Abu ya`la ALBAni : sohih Ghayatul Maram,no 285)

Maka dapat lah kita ketahui adalah Haram dan BErdosa Besar bagi si pelakunya...

Untuk kita pula,,caranya amat mudah untuk mengetahui mengenai pengunaan pelaris ini..Yang mana ini adalah satu petua yg telah diajarkan oleh Para Ustaz dan pengamal perubatan islam..

Cara mudahnya,baca Ayat Kursi 3kali di luar kedai..sebaiknya didalam kereta..kemudian buka tingkap dan tiup sbanyak 7 kali ke arah kedai ... tak perlu tiup pooh pooh mcm bomoh...Tiupkan je dgn perlahan sampai habis nafas ( spt ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris dikedai tersebut,maka khadam tu akan * marah* dan kita akan dpt rasa seolah2 seperti angin menerpa ke muka kita ..Kalau dah macam tu,seeloknya jgnlah makan di kedai itu lagi....

sumber cara kenali kedai guna pelaris ini diambil dari AnakMuaallaf.blogspot.com