Sambungan dari episod PENGALAMAN MENGANDUNG
Maaflah sebab terpaksa buat sambungan.Bimbang kan korg penat pulak nak baca panjang-panjang..(*_)
Dari artikel lepas,diselitkan pasal perut saya selalu sakit-sakit..
Dalam wad ni memang tersangat ramai sangat baby..Sarat dan bunyi tangis tu Ya Allah,sayu rasa.Masa melawat dia tak sama macam wad NICU..Disini lebih terhad.Ibu dibenarkan 24jam ( guna ic ibu shj ) dan bapa pula hanya dapat tengok baby masa melawat 12ptg-2ptg dan 5ptg-7ptg..Hanya 10minit setiap kali.
Sampai satu malam,hari Rabu jam 11malam..perut saya makin kuat memulas,teringat lagi masa tu kat rmh mertua,masing-masing dengan seleranya makan meehun sup.Tapi aku sorang je yang tak terjamah.
Suami ajak balik rmh..Masa tu suami dah ajak pergi hospital,tapi saya tak nak,dalam keadaan sakit,saya hanya keluarkan kan barang-barang nak bersalin je.( barang-barang mmg dah siap pack awal) dari kandungan 6bulan sebab semua beli awal.
Malam itu saya suruh suami tidur dahulu..Tapi dia duk gosok-gosok belakang sy..Kira-kira jam 1pagi baru suami terlena..
Sy sengaja suruh suami tidur dulu sbb dia kerja pagi,jadi kesian dia dari balik kerja petang tu,dia belum rehat lagi..Nanti kalau sy bersalin,dia pun kena bersengkang mata jugak..Selepas suami tidur,sy masih tak lena tidur,sy hanya mampu baring dan lelap 5-6minit sahaja.Okla dr sy pergi hospital awal-awal lagi rumit.
Jam 5pagi,sakit makin kerap.Dengan perlahan sy ke tandas.Masa ni dah keluar lendir likat dan berdarah..
Saya kejutkan suami,dengan sepantas kilat dia bangun mandi😅dan ambil barang-barang bawak masuk ke dalam kereta.Subuh hari ke hospital PRIBA.Saya dimasukkan ke bilik Penilaian..Doktor cek jln dah 4cm! Terus staff booking labour room.Labour room pulak penuh,terpaksa tunggu lagi 10minit..Selepas 10minit,saya dinaikkan ke tingkat 6..jam 7 pagi..Suami dibenarkan masuk ke dlm labour room untuk temankan saya..
Sakit nya Ya Allah..Memulas-mulas dengan teruk sampai kaki tangan saya rasa bergetar-getar.Masa itu jugak dapat dengar orang dari bilik sebelah yang mejerit memekik mekik..Allah..Makin seriau..Suami pun hairan..kenapa menjerit sedemikian sedangkan saya hanya mengacip bibir..
Masa itu sakitnya byk kali saya cuba meneran.Staff nurse yang sorg tu garang..Allah..dia marahkan saya bila saya ckp saya dah xtahan..Dia biarkan saya dengan suami dalam bilik bersalin tu hanya berdua.Sebab xtahan..saya cuba teran dengan sendiri..Last doktor masuk,tengok saya cuba meneran,dia mula gelojoh,ckp dh nampak rambut.Masa tu baru la semua gelojoh masuk kat saya.
Tapi sayang..
Saya dah xlarat..sbb kesakitan yg boleh diperkirakan 90%..Memang saya dah xlarat sgt..Nak push pun xkeluar.Jantung baby pulak makin lemah..Akhirnya doktor suruh suami keluar dan diorg vacuum baby saya..
~Bila boleh digunakan? Doktor akan menggunakan jika ibu hamil alami:
Iklan
= Jantung bayi semakin lemah kerana ibu sukar untuk menolaknya keluar.
= Posisi bayi yang tidak betul ketika di pintu rahim.
= Keadaan ibu yang lemah dan tidak bertenaga.
Masa tu mmg doktor dah cakap,vacuum ni ada kesannya pada baby dan ibu..
~ Antara risiko menggunakan alat bantuan kelahiran
= Vagina ibu akan digunting dan perlu dijahit.
= Koyakan akan lebih besar bagi memudahkan bayi keluar menggunakan vakum tarik atau forceps.
= Risiko pendarahan mudah berlaku.
= Chignon- (Terdapat kesan atau tanda di kepala bayi dan ia akan berlaku dalam masa 48 jam. Kemudian kepada bayi akan kembali normal atau ke bentuk asal. )
Dan vacuum tu saya kene push jugak..sbb vacuum hanya alat untuk MENOLONG bkn untuk mengeluarkan baby dgn sendiri.
Selepas dgn usaha sama saya dan doktor,akhirnya jam 12.34ptg 12/7/2018 hari khamis...Anak saya dilahirkan..Allah...Biru..Mulut dia ternganga dan tali pusat terlilit..Dia langsung tak menangis,masa tu doktor hanya tunjuk jantina je lepas tu doktor terus letak dalam cot dan berlari-lari bawa anak saya ke Unit Rawatan Rapi...
Anakku,PEREMPUAN..Allah..yang telah lama kami nantikan..
Selepas itu luka bersalin dijahit..doktor kata Alhamdulillah sbb luka saya hanya first degree..(tak teruk dan hanya sedikit)
Selepas itu luka bersalin dijahit..doktor kata Alhamdulillah sbb luka saya hanya first degree..(tak teruk dan hanya sedikit)
Walaupun saya dah selamat,tapi saya masih menanti nasib anak saya..
Selang 10minit staff nurse datang mintak pampers,( mmg bwk masuk pampers dan baju untuk baby pakai lepas lahir)
Staff nurse ckp,kita ambil pampers je sbb anak xboleh pakai baju,anak kena duduk kat unit rawatan rapi..Dan staff cakap suami dah pergi tengok anak kat sana..
Masa tu rasa berdebar sgt..Allah..Mana tak nya..tak tahu apa nasib kami..
Gambar pintu NICU ni je suami sempat ambil sebab kat dalam Nicu xleh ambil gambar. Lepas sejam suami datang kat saya yg tengah berehat dalam labour room,dia menangis,dia ckp kepala baby bengkak,,kat baby ada byk wayar..kat mulut pun ada wayar..Saya dengar mcm tu,saya menangis..Sama-sama menangis..(Airmata suami ni liat nk tumpah,tapi haritu bocor pulak)hehehe..
Gambar pintu NICU ni je suami sempat ambil sebab kat dalam Nicu xleh ambil gambar. Lepas sejam suami datang kat saya yg tengah berehat dalam labour room,dia menangis,dia ckp kepala baby bengkak,,kat baby ada byk wayar..kat mulut pun ada wayar..Saya dengar mcm tu,saya menangis..Sama-sama menangis..(Airmata suami ni liat nk tumpah,tapi haritu bocor pulak)hehehe..
Lagi sedih bila suami cakap dia xleh dukung anak,hanya azan kan anak kat tepi bucu cot je..Masa ni mmg sedih sangat-sangat,saya memang tak sabar tunggu naik atas wad,saya nak pergi tengok anak.Puas saya tunggu..kat setengah hari saya duduk dalam labour room.
Dari pukul 7pagi..pukul 5 baru boleh saya naik ke atas wad.
Masa tu saya nampak mak saya yang setia menunggu dari tengahari bwk roti sambil tersenyum manis tergedek-gedek ikut stencer yang nurse sorong sampai ke ruang katil saya..
Masa ni suami balik dulu nak mandi nak makan apa semua.Lepas naik wad,tak sabar tunggu suami datang nak bawak pergi tengok anak.Suami datang je terus suruh suami ambilkan wheelchair.
Naik la saya ke wad NICU..Kat NICU hanya perlu serahkan ic ibu..dan ibu dan abah boleh sama-sama masuk.
Masa masuk mula-mula,suami bawak pergi kat cot anak..Suami tunjuk anak,Ya Allah..comel sgt..Ibu pun bunyikan suara..tegur dia..Terus bangun dan menangis..( Abah dia kate nak mengadu kat ibu la tu) heehehe..awal-awal dia dh kene sakat ngan abah dia..Saya gosok-gosok pipi dia,dia terus diam..dia buka mata tengok saya dan suami..
Masa tu saya mintak dengan nurse nak susukan baby,tapi nurse cakap tak boleh,baby kena puasa.Dan wayar ada kat mulut dia.Diorg cuma bagi ubat melalui drip.
Sayu jugak la bila anak baru lahir tak boleh minum susu ibu lagi.Saya gosok-gosok pipi anak saya tu sampai dia lena tertido.Suka betul dia kena gosok pipi agaknya.
Lepas dia tidur,terus suami bawa saya balik ke wad.Kat sana sempat lagi la suami sapukan minyak panas kat tapak kaki,pakaikan stokin.Lepas tu suami balik sebab nak bawak uri balik.
Keesokan harinya saya dah boleh balik.Tapi anak masih di wad NICU.Jadi saya balik la dengan tangan kosong..Sedih...
3hari anak duduk wad NICU,hari-hari kitaorg pergi sana.
Hari ke3,anak saya dah dapat dipindahkan ke Wad SCN..wayar dimulut dan dibadannya sudah dipisahkan,cuma tinggal drip sahaja ditangan dan paling gembira dia dah xpayah puasa...dia sudah boleh disusukan.
Memang bagus.Tapi dia kuat sangat tido,bila saya nak bagi susu,dia tetap tidur,mungkin kesan dari ubat..? Ntahlah..Tapi dia memang ada kuning jugak..Tapi kuning rendah je.
PENGALAMAN WAD SCN
Wad scn ni diorg tempatkan baby yang ada SEDIKIT masalah bila bersalin..Ataupun sinonim Wad Kuning..
Dalam wad ni memang tersangat ramai sangat baby..Sarat dan bunyi tangis tu Ya Allah,sayu rasa.Masa melawat dia tak sama macam wad NICU..Disini lebih terhad.Ibu dibenarkan 24jam ( guna ic ibu shj ) dan bapa pula hanya dapat tengok baby masa melawat 12ptg-2ptg dan 5ptg-7ptg..Hanya 10minit setiap kali.
Masa ibu nak masuk kedalam wad SCN ni,ada pengawal keselamatan depan pintu,masa ni kene tulis nama no ic bagai la..lps tu masuk kena serah ic kat kaunter staff.
Ibu kene tunggu nama dipanggil.Setelah nama dipanggil,saya ditunjukkan tempat anak saya duduk.Masa tu saya lihat ada lampu biru kiri dan kanan.Staff nurse ckp anak saya ade demam kuning,hari ni tak boleh balik lagi..Kalau nk menyusu pun kena menyusu dekat situ je.Tak boleh alih anak dekat bilik penyusuan.Saya pun angkat anak nak bg susu,dia tutup kgk mulut..masih mengantuk ke dia ni..lps dr wad NICU hr tu,mata tutup..diam je terus..Nangis pun tak.,Ah..sudah..mari sayu balik hati ni bila tengok anak macam tu.
Oleh sebab dia xnak menyusu,saya letakkan lah balik dia dlm cot..Lepas tu keluar,tanya staff nurse,diorg ckp kalau boleh balik diorg akan call.Jadi saya terpaksa la balik dulu.
Esokkan nya suami kerja syif pagi..Balik ptg..Ya Allah..xsabar nya nak pergi dekat anak..dah la dalam pantang baru 4hari,,dapat jumpa sekejap je ngan anak..Dahla anak satu kali pun xjamah lagi susu ibu..Rasa gelisah rindu tersangat kat anak.
Ptg tu suami balik kerja,terus siap-siap nak pergi hospital.Baru je nk turun,hospital call.Cakap anak dah boleh balik.Apalagi..menitik laju airmata gembira tu..Cepat-cepat pergi hospital.Dah selesai urusan pembayaran apa semua,kitaorg dah boleh bawa balik anak ke rumah. Kali pertama..Jejak kaki ke rumah kita..
Surat Discharge Bersalin Saya |
Alhamdulillah..Allah Maha Penyayang..Allah telah selamatkan saya.Allah telah selamatkan nyawa anak saya ketika mana dia sudah lemah..Allah..Allah..
semoga NUR AMIRA INSYIRAH BINTI AMIR IKHWAN
akan menjadi anak yang solehah,moga akan menjadi anak yang berbakti pada agama,negara dan ibubapa..semoga Amira Sihat selalu,murah rezeki dan berjaya dunia akhirat. Aamiin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan