Khamis, 16 Julai 2015

UCAPAN SEBENAR UNTUK HARI RAYA

Taqobbalallahu minna wa minkum
“Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu”.

Ibnu Qudamah juga menyebutkan dalam Al-Mughni 2/259 bahawasanya Muhammad bin Ziyad mengatakan :

“Saya pernah bersama Abu Umamah Al-Bahili dan para sahabat Nabi lainnya, maka apabila mereka kembali dari ied, sebahagian mereka berucap pada lainnya :

Taqobbalallahu minna wa minkum
“Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu” (Imam) Ahmad berkata :
“Sanad hadits Abu Umamah jayyid (bagus)”.

Imam Suyuthi juga berkata dalam Al-Hawi (1/81): “Sanadnya hasan”. Adapun ucapan:

Minal Aidin Wal Faidzin, mohon maaf lahir dan batin”, “halal bi halal” atau “kosong-kosong” serta ungkapan-ungkapan lainnya, maka sebaiknya dihilangkan dan kita gantikan serta membiasakan diri dengan lafaz syar’i iaitu (Taqobballahu Minna Wa Minka) sehingga kita tidak terjatuh dalam ayat :

“Apa kamu mahu mengambil yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik ?” (QS Al-Baqarah: 61)

Sumber:
[Dikutip dari majalah Al Furqon Edisi 2 Th. II hal 37 "Hari Raya Bersama Nabi Shollallahu 'Alaihi Wasallam"]

# Ucapan *Taqobbalallahu Minna Waminkum* adalah ucapan yang sebaik nya untuk Hari Raya berbanding Ucapan maaf zahir dan batin.

# Cara menjawab ucapan ini;

"Taqobbalallahu minna waminkum",
“Taqabbal ya karim”dan ada juga orang menjawab dengan ucapan
"Minna wa minkum taqabbalallah".

Tiada ulasan: