Sabtu, 15 Ogos 2015

TALI GANTUNG DAN BANDUAN AKHIR

Dipetik dari BlogMisteri

TALI GANTUNG DAN BANDUAN AKHIR

Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.
Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.

Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo
selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi.

Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara-cara yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang.

Ada empat jenis tali dan tali tersebut dipilih mengikut berat banduan.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.

            APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam . Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya
lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum
keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.

              HARI PENGGANTUNGAN

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia.

Ada beberapa orang sahaja yang menjadi
agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati.

Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah
tak tahan lagi menunggu,’ katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’.
Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.
‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya,banduan itu kata dengan
jenaka,’ cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari
hukuman akan dilaksanakan.

  BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi
isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan
akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-
bos saya dulu,’ kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus
melakukan jenayah.

‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan
bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

40 SEBAB LELAKI TAK LAYAK MENJADI SUAMI

Dipetik dari Nizarazu

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak
bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu.
Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan
dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan
diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana
soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya
nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai
3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang
bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan
berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh
baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk
serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu
macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit
saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri “benih” sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil.
Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu
anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja
juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun
sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami
memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana
kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap ‘mahu’ walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak
dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak
beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan “maknyah”.

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya… Rupa2nya dahulu dia “maknyah” dan berkahwin
dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi
kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat
gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk “contoh” lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia
bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah… walaupun saya sedang
sarat mengandung..

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain
baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan
merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar
hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata ‘takde duit’. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana ‘lemaknya’.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi ‘bersangkak’ .

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas
saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal
arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami ‘hilang’ itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena ‘serkup’ waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa?
Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik
negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya
kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan
hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya.
Malam jadi “jaga”.. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang
bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat “gigitan cinta” perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar
hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga.
Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda… sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah
saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam… mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau
datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri
hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu
sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata…

40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu ‘isteri’ sekarang ‘pengurus anak-anak’. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap perkara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang ‘terhegeh-hegeh’ . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki
perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

# manusia ni bermacam2 ragam..lain org lain ujian dan dugaan rumahtangga.....moga kita dijauhkan dr rumahtangga yg terseksa...moga kita bahgia selalu dialam rumahtangga...moga kita dapat suami yang baik,btanggungjawab dan soleh..serta moga kita sbg perempuan menjadi isteri yg solehah.....aamiin

Jumaat, 14 Ogos 2015

KEISTIMEWAAN IBU


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
                                                                                MUHASABAH HARI INI... KEISTIMEWAAN MANUSIA BERNAMA
IBU

1.    Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu2 jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menmpakkn segalanya

           ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..

» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.

3   Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami / Isteri

1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.

2. Barang siapa yang tidak men-doakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.

3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.

4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam.

5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

6.    Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

7. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada perntukan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.

9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya.  Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.1

10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

   

                          ANAK2 BERMASALAH

LARI DARI RUMAH

1. Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

2. Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepdanya.

DEGIL

1. Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK

» Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibubapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.

Dengan niat yg baik ikhlas kerna Allah same2 la kita rakan pembaca berdoa..

"Yaa Allah, Ya Rahman, Ya Rahim....

Orang Yg M'baca Ini Adalah Org Yg Baik & Setia, Kuat‥
Sabar‥
Sayangilah Dia Serta Kasihilah Dia‥
Tolong Bantu Tingkatkan Kehidupannya‥
Mudahkan Rezekinya‥
Sihatkan Tubuh Badannya‥
Jika Dia Melangkah‥
Selamatkanlah Dia‥
Mudahkan Langkahnya‥
Aamiin..

Ust. Sihabuddin Muhaemin.

KISAH MOTIVASI LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...

Tulisan : Dato Roslan Abd Hamid

Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..

Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..

Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..

Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...

Saya catat & mahu kongsikan..
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil,  perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapkan bahan utk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..

9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..

10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2.. .

# ayuh kita istiqamah dlam amalan kebaikan...yang baik jadikan qudwah yang buruk jadikan dakwah...bersama amar maaruf nahi mungkar

ORANG YANG MENDAPAT HIDAYAH DARI ALLAH SWT

Disebutkan di dalam kitab Hikam Al Imam Ibnu Athoillah As Sakandari RahimahuLlah:

Antara tanda orang yang mendapat "TAUFIK" dari Allah ada tiga...

Orang yang ada tiga tanda ini, maka inilah orang yang mendapat "TAUFIK" daripada Allah:

1. Tanda pertama adalah orang ini "DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH"
untuk dia buat ibadah walaupun dia tiada niat untuk membuat benda baik.

Dia jadi mudah nak buat kebaikan,jadi mudah untuk sembahyang malam,jadi mudah untuk membaca Quran,jadi mudah untuk ke masjid, jadi mudah untuk taat pada ibu bapa.Walaupun dia tak ada niat.
Ini tanda pertama orang yang mendapat "TAUFIK" dari Allah..

Disebutkan oleh Imam Ghazali RahimahuLlah:
"Sesungguhnya orang yang BANYAK DOSA kepada Allah itu menyebabkan dia menjadi PAYAH/SUKAR untuk beribadah kepada Allah ."

Kita ini bila dosa banyak payah bangun sembahyang malam, kita ini bila banyak dosa payah nak baca Quran,kita ini bila banyak dosa payah nak buat kebaikan,kita ini bila banyak dosa payah nak datang ke masjid,kita ini bila banyak dosa payah nak taat pada ibu bapa.

2. Tanda kedua adalah Allah "MENJAUHKAN" dia dari melakukan "MAKSIAT".

Walaupun dia berusaha ada niat nak buat jahat dan maksiat tapi Allah jauhkan diri dia dari melakukan maksiat itu. Dia usaha nak buat jahat, dia usaha tak nak datang masjid dan majlis ilmu tapi Allah ringankan dia duduk di dalam masjid dan mendengar majlis ilmu walaupun asalnya dia ada berniat tak nak datang pun.

Itu tanda kedua orang yang mendapat "TAUFIK" dari Allah..

Disebutkan di dalam hadis Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

"Antara tanda orang yang Allah sayang kepada seseorang hamba itu adalah Allah menjemput dia datang ke Rumah Allah walaupun rumahnya jauh dari Masjid."

Rumah dia jauh dari masjid tapi dia datang ke masjid.Itu tanda orang yang mendapat "TAUFIK" dan "HIDAYAH" oleh Allah.
Orang ini adalah orang yang "ALLAH SAYANG".

Sebaliknya,orang yang "ALLAH BENCI" adalah walaupun rumahnya di tepi masjid saja.Itu belum tentu lagi dia akan datang di Rumah Allah untuk solat secara berjemaah kerana Allah tidak memilihnya walaupun rumahnya dekat dengan Masjid.

3. Akhir sekali tanda orang yang mendapat "TAUFIK" adalah orang yang Allah berikan kepada dirinya untuk "MELIHAT/NAMPAK KEAIBAN DIRINYA".

Dia nampak "KELEMAHAN DIRINYA" lalu dia "BERDOA" kepada Allah.

Dia nampak diri dia "LEMAH", dia nampak diri dia "BANYAK DOSA", dia nampak diri dia ada "SALAH" maka dia tak nampak "KEAIBAN ORANG LAIN" melainkan hanya nampak aib dirinya sendiri bukannya aib orang lain.

Dia lebih "SIBUK MENGHUKUM HATINYA" daripada sibuk menghukum hati org lain(sangka buruk).

Nota : Kalau kita selalu berniat untuk buat baik, itu yg lebih baik, kerana telah dicatatkan 1 pahala walaupun belum buat kebaikan lagi.

PERKARA BAIK DAN BURUK DALAM AMALAN HARIAN

Lapan jenis makanan yang paling baik mencegah penyakit :
الرمان
delima
الروب
yogurt
الثوم
bawang putih
البصل
bawang besar
الشاي الأخضر
teh hijau
الشوفان
oat
القرع
labu
البروكلي
brokoli
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

ثلاثة أشياء تمرض الجسم :

Tiga perkara membawa penyakit :
1) الكلام الكثير .
banyak bercakap
2) النوم الكثير .
banyak tidur
3) الأكل الكثير .
banyak makan
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

وأربعة أشياء تهدم البدن :

Empat perkara merosakkan badan
1) الهم .
dukacita
2) الحزن .
sedih
3) الجوع .
kebulur
4) السهر .
tak tidur mlm
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

وأربعة تزيد في ماء الوجه وبهجته :

empat perkara menambah seri wajah
1) التقوى .
taqwa
2) الوفاء .
jujur
3) الكرم .
pemurah
4) المروءة .
jaga kehormatan
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

وأربعة تجلب الرزق :

Empat perkara menarik rezeki
1) قيام الليل .
qiamulail
2) كثرة الاستغفار بالأسحار.
byk istighfar waktu 2/3mlm
3) تعاهد الصدقة
biasa bersedeqah
4) الذكر أول النهار وآخر
berzikr waktu awal pagi dan petang
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

وأربعة تمنع الرزق

empat perkara menjauhkan rezeki :
1) tidur waktu pagi
2) Sedikit bersolat
3) Malas

** Kalau anda kagum dengan kalimah kalimah ini , jangan kedekut untuk sebarkan kepada kawan kawan mu dan orang yang anda kasihi..
SHARING IS CARING

AMALAN PELEPAS DARI SEKSA DAN AZAB KUBUR


1. Memelihara Solat 5 Waktu

Berdasarkan Hadith oleh Ibu Hajar Al-Haitami dlm kitabnya "Az-Zawaajir" bahawa orang yg memelihara Solat Lima Waktu ituakan dihindarkan dari seksaan Kubur; sebaliknya orang yang mengabaikannya maka diwaktu dia mati, mayatnya dihimpitkan Kubur sehingga berselisih tulang rusuknya.

2. Selalu Membaca Surah Al-Ikhlas terutamanya dalam kesakitan yang membawa kematian

Al-Imam At-Tabaraani mengemukakan Hadith menerusi 'Abdulah
b.Asy-Syakhiir bahawa Rasullullah s.a.w bersabda

"Siapa membaca Qul huwallaahuahad dalam kesakitan yang membawa matinya, tiadalah ia menderitai himpitan Kubur; dan dihari Kiamat kelak, ia dibawa oleh Malaikat dengan telapak tangannya hingga terlepas dari Titian Siratul Muntaha dan sampai keSyurga." (bagi mereka yg beriman).
** Akan tetapi mengikut Hadith yg sama dikemukakan oleh AbuNu'aim adalah didapati sanadnya Maudhuu.

3. Sentiasa membaca Surah Al-Mulk (Tabaarak)pada setiap malam sekurang-kurangnya malam Jumaat.

Rasullulah s.a.w menamakan Surah ini dengan
"Al-Maani'ah"(Pencegah, penahan dari seksaan) dimana beliau bersabda;
"Dialah surah Pencegah yang mencegah pembacanya dari seksaanKubur" Riwayat An-Nasaa'i. Hadis Riwayat At-Turmudzi menerusi Ibnu 'Abbaas adalah bertaraf Hasan.

"Siapa yang pada setiap malam membaca Tabaarak.., adalah dia akan dicegahkan oleh Allah 'Azza Wa Jalla dari seksaan Kubur"

Hadis Riwayat An-Nasaa'i menerusi Ibnu Mas'uud.Abu Hurairah dan Jaabir b.Abdullah pernah menerangkan bahwa Rasullullah s.a.w tidaklah beliau tidur malam sehingga beliau membaca Surah alif Laam Miin Al Kitaab (Surah As-Sajdah) danTabaarak

4. Mati Syahid

Hadith yang diriwayatkan oleh At-Turmudzi dan Ibnu Maajahbahawa antara kelebihan mati syahid kerana menegakkan kalimahAllah ialah seseorang itu akan dijauhkan daripada seksaan kubur.

Salmaa Al-Faarisi menyebutkan bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda :
"Mengawal negeri sehari dalam peperangan Sabilillah itu adalah lebih utama".

Terkadang berliau bersabda:
Lebih baik dari berpuasa (sunat) sebulan dan beribadat (pada malamnya); dan siapa mati di dalam mengawal (termasuk orang yang mati sedanghatinya masih terikat dengan perjuangan menegakkan kalimah Allah) nescaya terpeliharalah dia daripada fitnah kubur;
sedangkan amalannya subur(terus bertambah, dipahalai sebagai hari-hari hidupnya) sampai hari Kiamat."Riwayat At-Turmudzi; Hasan

5. Mati di malam atau siang hari Jumaat

Rasullulah s.a.w bersabda :
"Tiadalah seseorang Islam yang meninggal dunia di hari atau malam Jumaat, melainkan Allah memeliharanya dari fitnah kubur"Riwayat At-Turmudzi:Marfuu'

6. Mati sebab sakit dalam perut

Abu Daud mengeluarkan Hadis secara Marfuu':
"Siapa mati disebabkan penyakit dalam perutnya tidaklah dia diseksakan dalam kuburnya" - Juga Riwayat Ibu Maajah AlBaihaqi dan At-Turmudzi dimana dia menganggap ia Hasan.

7. Tidak ditangisi mayat diwaktu kematian seperti perlakuan Jahiliah(menangis dgn melampau2)

Umar Al-Khattab menyebutkan bahwa Rasullullah saw bersabda:
"Seseorang yang mati itu akan diseksakan dalam kuburnya disebabkan dia ditangisi (sewaktu kematiannya sebab itu wasiatlah diwaktu hampir kematian agar tiada keluarga yangmenangisi dengan cara menampar-nampar pipi dan mengoyak-ngoyakkan baju sebagai menunjukkan sikap simpati danterharu dengan kematian; akan tetapi tidaklah mengapa dengan menangis sahaja"
- Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

8. Selalu diri sendiri memberi sedekah atau derma kebajikan:

Uqbah B.Aamir menyebutkan bahawa Rasullulah saw bersabda
:"Sungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan (seksaan) Kubur daripada yang selalu memberi sedekah; dan hanya sungguhnya seseorang Mu'min itu akan dapat bernaung
-Riwayat At-Tabaraani

9. Menyempurnakan basuhan wudhuk dan menolong orang sedang dianiayai:

Menurut Ibnu Mas'uud bahawa Rasullullah saw pernah memberitakan :
"Ada seorang hamba Allah yang diperintah supaya dipukul 100kali dalam kuburnya. Akan tetapi oleh sebab orang itu selalu berdoa supaya dilindungi daripada seksaan Kubur semasa hidupnya maka dia dipukul hanya sekali pukulan.Akan tetapi dengan sekali pukulan itu menyebabkan kuburnya dipenuhi api.

Sesudah api hilang(padam)dan dia sembuh dari pukulan itu maka orang itu bertanya pada Malaikat: Sebab apakah saya dipukul (tadi?). Malaikat menjawab :
"(Ialah disebabkan)
engkau bersembahyang tanpa wudhuk (dengan wudhuk yang tidak dilakukan dengan sempurna basuhannya) dan engkau pernah melalui orang yang sedang dianayai tetatpi engkau tidak memberikan pertolongan" Riwayat At-Tahaawi

10. Selalu memohon pada Allah swt agar dilindungi daripada seksaan Kubur

Menurut Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, An-Nasaa'i, Ahmad b.Hanbal,Abu Awanah dan Ibnu Al-Jaaruud bahawa Rasullullah saw membacakan doa memohon daripada Allah agar dilindungiNya dari empat perkara, yang mana dibacakan lepas Tasyahhud Akhirnya sebagai satu sunnah bgainda saw (yg perlu diikuti segera) iaitu dibacakan debelum doa terakhir sebelum salam, doanya berbunyi :

"Wahai Allah, sungguhnya saya memohon perlindungan Engkau daripada seksaan Neraka Jahanam, daripada seksaan Kubur, daripada fitnah (perdayaan) hidup dan mati dan daripada/fitnah (gunakan salah satu kata ini) Al-Masiih Ad-Dajaal"

11. Seseorang hamba Allah itu hendaknya selalu membaca dan mengkhatami Al-Quran serta berdoa diwaktu khatamnya dengan salah satu doa yang pernah diajarkan Rasullullah saw berbunyi:

"Perjinakkan keliaranku dari ketakutan dalam kuburku" Riwayat Abi Umaamah

Firman Allah swt,

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam
kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang
ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati
dengan kesabaran."
Surah Al-Ashr

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Rabu, 5 Ogos 2015

APABILA SANGKAKALA DITIUP..

Apabila Sangkakala Ditiup..

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman marhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. 

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin. 

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.  

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. 

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 

# diambil dari sumber BLOG