Jumaat, 2 Oktober 2015

APA ITU SYIAH? ( PART 1 )

Syiah ( ﺷﻴﻌﺔ Syi'aṯ) ialah salah satu
aliran atau mazhab dalam Islam selain
daripada Sunni .

Secara umum, Syiah menolak kepemimpinan daripada tiga Khulafa Ar-Rasyidin.

Sunni juga menolak
kepimpinan Imam Syiah dalam aliran
Syiah.  Ajaran Syiah berbeza
dengan apa yang diajarkan oleh Nabi
Muhammad dan Ahlul Bait kerana
menolak hadis yang bercanggahan dengan
kepercayaan (Syiah) mereka.

                              ETIMOLOGI

Bentuk tunggal dari Syi'ah adalah Shī`ī
(Bahasa Arab: ﺷﻴﻌﻲ.) menunjuk kepada
pengikut dari Ahlul Bait dan Imam Ali.

                          SEJARAH SYIAH

Terdapat dua pendapat jelas tentang
terhasilnya aliran Syiah..
Pendapat pertama mengatakan ketika berlakunya
Perang Siffin di antara Ali RA dan
Muawiyah RA.

Pandangan ini secara tidak langsung mengatakan bahawa pengikut Ali RA beraliran Syiah manakala
pengikut Muawiyah pula Sunnah wal
Jamaah.

Namun demikian ia bukanlah begitu. Ijtihad yang dinyatakan oleh Muawiyah didapati tidak benar dan
pendapat Ahli Sunnah jelas lebih
cenderung kepada Ali RA.

Pendapat kedua pula mengatakan
kemunculan Syiah setelah kematian
Husain bin Ali RA. Ketika beliau keluar daripada pemerintahan Yazid bin Muawiyah atas panggilan penduduk Iraq yang akan menyokongnya di sana nanti.

Namun, mereka mengkhianati beliau dan
menyebabkan beliau terbunuh di Karbala . Akibat daripada pembunuhan itu, muncul sekelompok muslim menuntut agar pembunuhan tersebut dituntut bela.


Ada pula sekolompok yang lain menghukum
kelompok ini kafir kerana sudah terkeluar dari pemerintahan Bani Umayyah. Lalu berlakulah pergaduhan dan menyebabkan beberapa orang daripada
kalangan penyokong Husain terbunuh dan mereka digelar sebagai Syiah.

Ini secara tidak langsung menjelaskan hubungan kuat antara Syiah dan Husain RA berbanding Ali RA sendiri. Ini jelas apabila para pengikut Syiah menyambut
10 Muharram sebagai mengingati hari kematian Husain disambut dan tidak pula hari kematian Ali.

Akibat dari peristiwa itu, wujud golongan
yang menentang pemerintahan Umayyah dari segi politik sahaja, sedangkan akidah, dan mazhab fiqh mereka masih tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah.
Mereka adalah pemimpin awal Syiah yang
masih bermazhab Sunni.

                              
                                 ALIRAN

Aliran Syiah berpecah kepada cabang-
cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar.

Yang paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah

                                ( ﺍﺛﻨﺎ ﻋﺸﺮﻳﺔ iṯnāʿašariyya) yang
merangkumi 90% penduduk di Iran dan
sebahagian besar penduduk Iraq . Golongan
Syiah yang kecil lain termasuklah al-
Kaisaniyyah , al-Zaidiyah , Imamiyyah , al-
Ghulat , Ismailiyah , dan Syiah Imam
Bertujuh .

Alawiyyah dan Duruzi juga menganggap diri mereka Syiah meskipun mereka tidak sentiasa diiktiraf oleh
Syiah lain. Tarikat-tarikat Sufi
beraliran Syiah termasuklah Tarikat
Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimiyyah.

Dua puluh peratus dari penduduk Turki mengikut Tarikat Alevi sementara Lubnan dan Syria pula mempunyai bilangan besar golongan Duruzi dan Alawi.
Aliran Syiah mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan Keturunannya menjadi pemimpin umat Islam dan hendaklah bersatu di bawah Imam.

Pergerakkan Hizbullah di Lubnan adalah
dari golongan Syiah Imam Dua Belas. Di Malaysia, aliran ini tidak dibenarkan melakukan ritual harian dan ditolak fahaman mereka oleh Majlis Fatwa
Malaysia.

Golongan Syiah telah melakukan beberapa dialog dengan pihak Ahlul Sunnah di seluruh dunia termasuk
Malaysia namun tiada sebarang pindaan undang-undang yang dilakukan bagi menghalalkan pergerakkan atau
penyebaran fahaman mereka.

SAMBUNGAN PART 2 ( akan dtg)

Tiada ulasan: