Isnin, 30 September 2013

KISAH SEDIH UTk TAULADAN

Duk belek2 blog kekawan,jupe  1kisah ni.Nak sharelah dgn korg..
Kisah benar utk dijadikan tauladan. Setiap yg Allah swt kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah, amanah yg tak terhingga nilainya. Isteri dan anak utk disayang sampai bila2, bukan utk dibuang bila dah "tak berguna".. Ini cerita pasal rakan baik saya.

Wife dia kena barah buah dada....dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah dada...kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bln 12 tahun lepas kawan saya kawin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun....

Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1 dan yg paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bed room..untuk kasi laluan kat wife no.2...kejam kejam saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yg halau wife no.1 keluar bilik, walaupun tindakan dia kawin tu..saya tak kisah sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.

masa thaipusam tu, saya sempat lah cakap dgn dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah- we all sama2 beli rumah masa bujang. saya cakap sampai hati dia buat camtu kat wife no.1, kawan saya marah saya balik, hal rumahtangga dia, saya jgn campur..dah kena camtu....saya malas lah nak bertekak... saya ada gak suruh dia asingkan dua dua isteri...dia tak nak...dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah... ..biar tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.

kawan saya tu sebaya gan saya umur 35 tahun, wife no.1 kawan saya tu umur 39 tahun. Tua dari kawan saya tu. Masa kawan saya belajar dulu...memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagai operator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu...lepas tu dah jodoh dia orang kawin.. mungkin sebab perbezaan umur yg perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yg buat saya bengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah ni supaya jadi cam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.

saya memula tak tahu gak yg kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal sama ngan wife no. 1 masa thaipusam..tapi bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah...saya jengoklah... saya nampak kawan saya tengah campak baju2 wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu... kat bawah...saya tengok...anak2 dia yg 4 org tu dgn maid...menangis2 pungut baju mak dia...kawan saya menjerit2 dari atas balconi..cakap. .. "kau org cakap gan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jgn lawan cakap papa..." tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak2 dia bila dengar papa dia cakap camtu...anak anak no.1&2 perempuan, 3 & 4 lelaki.

saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronokla h dia berendam & mandi sama2 gan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama2 pi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing2 dulu... maaf lama saya nak sambung cerita kawan saya nie.

Ini kerana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri aruah wife no.1 kawan saya tu. aruah baru je meninggal dunia pada hari sabtu 25/1/03...sedangkan suaminya - rakan baik saya tiada di malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 ke France

. Rakan saya sudah berlepas pada malam 24/1/03 lagi. apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport changi, Maid aruah call mengatakan yg aruah mengalami sesak nafas...saya kelam kabut ke rumah sebelah..utk bawa aruah ke hospital...sebelum aruah pergi kehospital.. .dgn kepayahan aruah mencium dua anak kembarnya (no.3,4) yg berusia 3 tahun yg sedang tidur. aruah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yg berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya.

Mungkin aruah dah tahu yg dia akan pergi Hanya saya dan maid aruah sahaja yg menghantar aruah ke hospital. wife saya menunggu di rumah rakan saya. beberapa kali masa dalam perjalanan aruah berpesan kat saya supaya tolong tengok2 kan anaknya... Saya masa tu hanya menginggalkan pesanan sms kat rakan saya yg isteri sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abg aruah yg berada di Kluang supaya datang segera .aruah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak& ayah aruah sudah tiada.

masa kat hospital, aruah sempat berpesan dengan doktor, jgn lakukan rawatan yg teruk2 kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas saya menangis dua/3 hari ni. masa abg aruah sampai dari kluang ke hospital...aruah masih dalam bilik rawatan....abg aruah terlampau geram bila tahu, adik iparnya pergi melancong.

masa tu aruah dah koma dan tak lama lepas tu, aruah pergi dengan tenang. dan abg aruah yg membuat keputusan agar jenazah aruah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya. saya dengan abg aruah yg sibuk menguruskan urusan utk mengeluarkan jenazah.

Banyak perkara saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital utk pengeluaran jenazah dan juga urusan2 lain.

Alhamdulilah utk urusan pengembumian jenazah,jawatankuas a masjid telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. satu malam saya dan abg aruah tidak tidur. dalam pukul 10 lebih 25/1/03 pagi barulah jenazah aruah dapat di bawa kerumahnya dan selepas zuhur jenazah aruah selamat di kebumikan.

Suami aruah hanya menelefon semasa jenazah aruah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian, dalam kepala saya masa tu tak de fikir utk marahkan rakan saya tu, hanya yg terlintas utk selesaikan urusan pengebumian sahaja.

masa jenazah dirumah anak2 aruah yg no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yg kembar tu..sibuk tanya kenapa mama tidur kena tutup..sedih sgt saya. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi airmata saya meleleh juga.saya kenal aruah masa saya form 4 di mrsm, masa tu saya saya dan rakansaya sama2 belajar di mrsm.

masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan aruah yg selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA . setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari aruah kak zai tidak kurang dari $100 USD.

masa pengebumian saya antara yg menyambut jenazah dari dalam lubang kubur utk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa aruah sedang menenung saya, sedih masa tu.

Masa urusan pengebumian tu, anak2 aruah yg kembar hanya memandang sahaja.Tetapi bila tanah di kambus, barulah yg kembar tu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya. suami aruah akan kembali pada hari rabu 29/1/03. dan sehingga hari ni, setiap malam ke empat2 anak aruah tidur bersama sama saya...

mereka rindukan aruah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan budak2 tu selalu je mengigau bila tidur panggil mama...mama. ..mama... dan saya terpaksa memujuk dgn mengatakan.. .senyap2 sayang...papa ada...dan saya berharap agar allah..berikan hidayah kat rakan saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan ALFATIHAH lah kiriman kita semua yg masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai

Wanita yg baik adalah wanita yg tak kan sanggup melihat wanita lain dihina macam ni

KEDASYATAN SiKSAAN KUBUR

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraa' bin Aazib r.a. berkata: "Kami bersama Nabi Muhammad s.a.w keluar menghantar jenazah seorang sahabat Anshar, maka ketika sampai kekubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad s.a.w duduk dan kami duduk disekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung diatas kepala kami, sedang Nabi Muhammad s.a.w mengorek-ngorek dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda: "Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksaan kubur.". Nabi Muhammad s.a.w mengulangi sebanyak 3 kali." Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk didekat kepalanya dan memanggil: "Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan ridhaNya." Nabi Muhammad s.a.w bersabda lagi: "Maka keluarlah rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi tempat air, maka langsung diterima dan langsung dimasukkan dalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum diatasbumi, lalu dibawa naik, maka tidak melalui rombongan malaikat melainkan ditanya: "Roh siapakah yang harum ini?" Dijawab: "Roh fulan bin fulan sehingga sampai kelangit, dan disana dibukakan pintu langit dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap-tiap langit dihantar oleh Malaikat Muqarrbun, dibawa naik kelangit yang atas hingga sampai kelangit ketujuh, maka Allah berfirman: "Catatlah suratnya di illiyyin. Kemudian dikembalikan ia kebumi, sebab daripadanya Kami jadikan, dan didalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada saatnya." Maka kembalilah roh kejasad dalam kubur, kemudian datang kepadanya dua Malaikat untuk bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Maka dijawab: Allah Tuhanku. Lalu ditanya: "Apakah agamamu?" Maka dijawab: "Agamaku Islam" Ditanya lagi: "Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?" Dijawab: "Dia utusan Allah". Lalu ditanya: "Bagaimanakah kamu mengetahui itu?" Maka dijawab: "Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya" Maka terdengar suara: "Benar hambaku, maka berikan padanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju kesyurga, supaya ia mendapat bau syurga dan hawa syurga, lalu luaskan kuburnya sepanjang pandangan mata." Kemudian datang kepadanya seorang yang bagus wajahnya dan harum baunya sambil berkata: "Terimalah khabar gembira, ini saat yang telah dijanjikan Allah kepadamu." Lalu bertanya: "Siapakah kau?" Jawabnya: "Saya amalmu yang baik." Lalu ia berkata: Ya Tuhan, segerakan hari kiamat supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan-kawanku." Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Adapun hamba yang kafir, jika akan meninggal dunia dan menghadapi akihirat, maka turun kepadanya Malaikat dari langit yang hitam mukanya dengan pakaian hitam, lalu duduk dimukanya sepanjang pandangan mata, kemudian datang Malaikulmaut dan duduk disamping kepalanya lalu berkata: "Hai roh yang jahat, keluarlah menuju murka Allah." Maka tersebar disemua anggota badannya, maka dicabut rohnya bagaikan mencabut besi dari bulu yang basah, maka terputus semua urat dan ototnya, lalu diterima akan dimasukkan dalam kain hitam, dan dibawa dengan bau yang sangat busuk bagaikan bangkai, dan dibawa naik, maka tidak melalui malaikat melainkan ditanya: "Roh siapakah yang jahat dan busuk itu?" Dijawab: "Roh fulan bin fulan." dengan sebutan yang amat jelek sehingga sampai dilangit dunia, maka minta dibuka, tetapi tidak dibuka untuknya. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w membaca ayat: "Laa tufattahu lahum abwabus samaa'i, wala yad khuluunal jannata hatta yalijal jamalu fisamil khiyaath." (Yang Bermaksud) "Tidak dibukakan bagi mereka itu pintu-pintu langit dan tidak dapat masuk syurga sehingga unta dapat masuk dalam lubang jarum." Kemudian diperintahkan: "Tulislah orang itu dalam sijjin." Kemudian dilemparkan rohnya itu bagitu sahaja sebagaimana ayat "Waman yusyrik billahi fakaan nama khorro minassama'i fatakh thofuhuth thairu au tahwi bihirrihu fimakaanin sahiiq." (Yang bermaksud) "Dan siapa mempersekutukan Allah, maka bagaikan jatuh dari langit lalu disambar helang atau dilemparkan oleh angin kedalam jurang yang curam." Kemudian dikembalikan roh itu kedalam jasad didlam kubur, lalu didatangi oleh dua Malaikat yang mendudukkannya lalu bertanya: ""Siapa Tuhanmu?" Maka dijawab: "Saya tidak tahu". Lalu ditanya: "Apakah agamamu?" Maka dijawab: "Saya tidak tahu" Ditanya lagi: "Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?" Dijawab: "Saya tidak tahu". Lalu ditanya: "Bagaimanakah kamu mengetahui itu?" Maka dijawab: "Saya tidak tahu" Maka terdengar suara seruan dari langit: "Dusta hambaku, hamparkan untuknya dari neraka dan bukakan baginya pintu neraka, maka terasa olehnya panas hawa neraka, dan disempitkan kuburnya sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang rusuknya, kemudian datang kepadanya seorang yang buruk wajahnya dan busuk baunya sambil berkata: "Sambutlah hari yang sangat jelek bagimu, inilah saat yang telah diperingatkan oleh Allah kepadamu." Lalu ia bertanya: "Siapakah kau?" Jawabnya: "Aku amalmu yang jelek." Lalu ia berkata: "Ya tuhan, jangan percepatkan kiamat, ya Tuhan jangan percepatkan kiamat." Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Seorang mukmin jika sakaratulmaut didatangi oleh Malaikat dengan membawa sutera yang berisi masik (kasturi) dan tangkai-tangkai bunga, lalu dicabut rohnya bagaikan mengambil rambut didalam adunan sambil dipanggil: "Ya ayyatuhannafsul muth ma'innatur ji'i ila robbiki rodhiyatan mardhiyah." (Yang bermaksud) "Hai roh yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan perasaan rela dan diridhoi. Kembalilah dengan rahmat dan keridhoan Allah." Maka jika telah keluar rohnya langsung ditaruh diatas misik dan bunga-bunga itu lalu dilipat dengan sutera dan dibawa keilliyyin. Adapun orang kafir jika sakaratulmaut didatangi oelh Malaikat yang membawa kain bulu yang didalamnya ada api, maka dicabut rohnya dengan kekerasan sambil dikatakan kepadanya: "Hai roh yang jahat keluarlah menuju murka Tuhammu ketempat yang rendah hina dan siksaNya, maka bila telah keluar rohnya itu, diletakkan diatas api dan bersuara seperti sesuatu yang mendidih kemudian dilipat dan dibawa kesijjin." Alfaqih Abu Ja'far meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata: "Seorang mukmin jika diletakkan dikubur maka diperluaskan kuburnya itu hingga 70 hasta dan ditaburkan padanya bunga-bunga dan dihamparkan sutera, dan bila ia hafal sedikit dari al-quran sukup untuk penerangannya jika tidak maka Allah s.w.t. memberikan kepadanya nur cahaya penerangan yang menyerupai penerangan matahari, dan didalam kubur bagaikan pengantin baru, jika tidur maka tidak ada yang berani membangunkan kecuali kekasihnya sendiri, maka ia bangun dari tidur itu bagaikan masih kurang masa tidurnya dan belum puas. Adapun orang kafir maka akan dipersempit kuburnya sehingga menghancurkan tulang rusuknya dan masuk kedalam perutnya lalu dikirimkan kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya sehingga habis dan sisa tulang semata-mata, lalu dikirim kepadanya Malaikat yang akan menyiksa iaitu yang buta tuli dan bisu dengan membawa puntung dari besi yang langsung dipukulkannya, sedang Malaikat itu tidak mendengar suara jeritannya dan tidak melihat keadaannya supaya tidak dikasihaninya, selain itu lalu dihidangkan siksa neraka itu tiap pagi dan petang." Abu-Laits berkata: "Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus menlazimi empat dan meninggalkan empat iaitu: Menjaga sembahyang lima waktu Banyak bersedekah Banyak membaca al-quran Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah) Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya. Adapun empat yang harus ditinggalkan Adu-adu Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.) Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Innallahha ta'ala kariha lakum arba'a: Al'abatsu fishsholaati, wallagh wu filqira'ati, warrafatsu fisshiyami, wadhdhahiku indal maqaabiri. (Yang bermaksud) Sesungguhnya Allah tidak suka padamu empat, main-main dalam sembahyang dan lahgu (tidak hirau), dalam bacaan quran dan berkata keji waktu puasa dan tertawa didalam kubur." Muhammad bin Assammaak ketika melihat kubur berkata: "Kamu jangan tertipu kerana tenangnya dan diamnya kubur-kubur ini, maka alangkah banyaknya orang yang sudah bingung didalamnya, dan jangan tertipu kerana ratanya kubur ini, maka alangkah jauh berbeza antara yang satu pada yang lain didalamnya. Maka seharusnya orang yang berakal memperbanyak ingat pada kubur sebelum masuk kedalamnya." Sufyan Atstsauri berkata: "Siapa yang sering (banyak) memperingati kubur, maka akan mendapatkannya kebun dari kebun-kebun syurga, dan siapa yang melupakannya maka akan mendapatkannya jurang dari jurang-jurang api neraka." Ali bin Abi Thalib r.a. berkata dalam khutbahnya: "Hai hamba Allah, berhati-hatilah kamu dari maut yang tidak dapat dihindari, jika kamu berada ditempat, ia datang mengambil kamu, dan bila kamu lari pasti akan terpegang juga, maut terikat selalu diubun-ubunmu, maka carilah jalan selamat, carilah jalan selamat dan segera-segera, sebab dibelakangmu ada yang mengejar kamu yaitu kubur, ingatlah bahawa kubur itu adakalanya kebun dari kebun-kebun syurga atau jurang dari jurang-jurang neraka dan kubur itu tiap-tiap hari berkata-kata: Akulah rumah yang gelap, akulah tempat sendirian, akulah rumah ulat-ulat." Ingatlah sesudah itu ada hari (saat) yang lebih ngeri, hari dimana anak kecil segera beruban dan orang tua bagaikan orang mabuk, bahkan ibu yang meneteki lupa terhadap bayinya dan wanita yang bunting menggugurkan kandungannya dan kau akan melihat orang-orang bagaikan orang mabuk tetapi tidak mabuk khamar, hanya siksa Allah s.w.t. yang sangat ngeri dan dahsyat. Ingatlah bahawa sesudah itu ada api neraka yang sangat panas dan suram dalam, perhiasannya besi dan sirnya darah bercampur nanah, tidak ada rahmat Allah s.w.t. disana. Maka kaum muslimin yang menangis. lalu ia berkata: "Dan disamping itu ada syurga yang luasnya selebar langit dan bumi, tersedia untuk orang-orang yang takwa. Semoga Allah s.w.t. melindungi kami dari siksa yang pedih dan menempatkan kami dalam darunna'iem (Syurga yang serba kenikmatan). Usaid bin Abdirrahman berkata: "Saya telah mendapat keterangan bahawa seorang mukmin jika mati dan diangkat, ia berkata: "Segerakan aku.", dan bila telah dimasukkan dalam lahad (kubur), bumi berkata kepadanya: "Aku kasih padamu ketika diatas punggungku, dan kini lebih sayang kepadamu." Dan bila orang kafir mati lalu diangkat mayatnya, ia berkata: "Kembalikan aku." dan bila diletakkan didalam lahadnya, bumi berkata: "Aku sangat benci kepadamu ketika kau diatas punggungku, dan kini aku lebih benci lagi kepadamu." Usman bin Affan r.a. ketika berhenti diatas kubur, ia menangis, maka ditegur: "Engkau jika menyebut syurga dan neraka tidak menangis, tetapi kau menangis kerana kubur?" Jawabnya: "Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Alqabru awwalu manazilil akhirah, fa in naja minhu fama ba'dahu aisaru minhu, wa in lam yanju minhu fama ba'dahu asyaddu minhu." (Yang bermaksud)"Kubur itu pertama tempat yang menuju akhirat, maka bila selamat dalam kubur, maka yang dibelakangnya lebih ringan, dan jika tidak selamat dalam kubur maka yang dibelakangnya lebih berat daripadanya." Abdul-Hamid bin Mahmud Almughuli berkata: "Ketika aku duduk bersama Ibn Abbas r.a., tiba-tiba datang kepadanya beberapa orang dan berkata: "Kami rombongan haji dan bersama kami ini ada seorang yang ketika sampai didaerah Dzatishshahifah, tiba-tiba ia mati, maka kami siapkan segala keperluannya, dan ketika menggali kubur untuknya, tiba-tiba ada ular sebesar lahad, maka kami tinggalkan dan menggali lain tempat juga ada ular, maka kami biarkan dan kami menggali lain tempat juga kami dapatkan ular, maka kami biarkan dan kini kami bertanya kepadamu, bagaimanakah harus kami perbuat tehadap mayat itu?" Jawab Ibn Abbas r.a.: "Itu dari amal perbuatannya sendiri, lebih baik kamu kubur sajan demi Allah andaikan kamu galikan bumi ini semua niscaya akan kamu dapat ular didalamnya." Maka mereka kembali dan menguburkan mayat itu didalam salah satu kubur yang sudah digali itu dan ketika mereka kembali kedaerahnya mereka pergi kekeluarganya untuk mengembalikan barang-barangnya sambil bertanya kepada isterinya apakah amal perbuatan yang dilakukan oelh suaminya? Jawab isterinya: "Dia biasa menjual gandum dalam karung, lalu dia mengambil sekadar untuk makanannya sehari, dan menaruh tangkai-tangkai gandum itu kedalam karung seberat apa yang diambilnya itu." Abul-Laits berkata: "Berita ini menunjukkan bahawa kianat itu salah satu sebab siksaan kubur dan apa yang mereka lihat itu sebagai peringatan jangan sampai kianat." Ada keterangan bahawa bumi ini tiap hari berseru sampai lima kali dengan berkata: Hai anak Adam, anda berjalan diatas punggungku dan kembalimu didalam perutku. Hai anak Adam, anda makan berbagai macam diatas punggungku dan anda akan dimakan ulat didalam perutku. Hai anak Adam, anda tertawa diatas punggungku, dan akan menangis didalam perutku. Hai anak Adam, anda bergembira diatas punggungku dan akan berduka didalam perutku. Hai anak Adam, anda berbuat dosa diatas punggungku, maka akan tersiksa didalam perutku. Amr bin Dinar berkata: "Ada seorang penduduk kota Madinah yang mempunyai saudara perempuan dihujung kota, maka sakitlah saudaranya itu kemudian mati, maka setelah diselesaikan persiapannya dibawa kekubur, kemudian setelah selesai menguburkan dan kembali pulang kerumah, ia teringat pada kantongan yang dibawa dan tertinggal dalam kubur, maka ia minta bantuan orang untuk menggali kubur itu kembali, dan sesudah digali kubur itu maka bertemulah dia akan kantongannya itu, ia berkata kepada orang yang membantunya itu: "Tolong aku ketepi sebentar sebab aku ingin mengetahui bagaimana keadaan saudaraku ini." Maka dibuka sedikit lahadnya, tiba-tiba dilihatnya kubur itu menyala api, maka segera ia meratakan kubur itu dan kembali kepada ibunya lalu bertanya: "Bagaimanakah kelakuan saudaraku dahulu itu?" Ibunya berkata: "Mengapa kau menanyakan kelakuan saudaramu, padahal ia telah mati?" Anaknya tetap meminta supaya diberitahu tentang amal perbuatan saudaranya itu, lalu diberitahu bahawa saudaranya itu biasanya mengakhirkan sembahyang dari waktunya, juga cuai dalam kesucian dan diwaktu malam sering mengintai rumah-rumah tetangga untuk mendengar perbualan mereka lalu disampaikan kepada orang lain sehingga mengadu domba antara mereka, dan itulah sebabnya siksa kubur. Kerana itu siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur haruslah menjauhkan diri dari sifat namimah (adu domba diantara tetangga dan orang lain) supaya selamat dari siksaan kubur dan mudah baginya menjawab pertanyaan Malaikat Munkar Nakier. Alabarra' bin Aazib r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Seorang mukmin jika ditanya dalam kubur, maka ia langsung membaca Asyhadu an laa ilaha illallah wa anna Muhammad abduhu warasuluhu, maka itulah yang tersebut dalam firman Allah: Yutsabbitullahul ladzina aamanu bil qaulits tsabiti filhayatiddun ya wafil akhirah (Allah menetapkan orang-orang yang beriman dengan khalimah yang teguh dimana hidup didunia dan diakhirat (yakni khalimah laa ilaha illallah, Muhammad Rasullullah). Dan ketetapan itu terjadi dalam tiga masa iaitu: Ketika melihat Malakulmaut Ketika menghadapi pertanyaan Mungkar Nakier Ketika menghadapi hisab dihari kiamat Dan ketetapan ketika melihat Malaikulmaut dalam tiga hal iaitu: Terpelihara dari kekafiran, dan mendapat taufiq dan istiqamah dalam tauhid sehingga keluar rohnya dalam Diberi selamat oleh Malaikat bahawa ia mendapat rahmat Melihat tempatnya disyurga sehingga kubur menjadi salah satu kebun syurga. Adapun ketetapan ketika hisab juga dalam tiga perkara iaitu: Allah s.wt. memberinya ilham sehingga dapat menjawab segala pertanyaan dengan benar Mudah dan ringan hisabnya Diampunkan segala dosanya Ada juga yang mengatakan bahawa ketetapan itu dalam empat masa iaitu: Ketika mati Didalam kubur sehingga dapat menjawab pertanyaan tanpa gentar atau takut Ketika hisab Ketika berjalan diatas sirat sehingga berjalan bagaikan kecepatan kilat Jika ditanya tentang soal kubur bagaimanakah bentuknya, maka ulama telah membicarakannya dalam berbagai pendapat. Sebahagiannya berkata pertanyaan itu hanya kepada roh tanpa jasad dan disaat itu roh masuk kedalam jasad hanya sampai didada. Ada pendapat berkata bahawa rohnyanya diantara jasad dan kafan dan sebaiknya seorang mempercayai adanya pertanyaan dalam kubur tanpa menanyakan dan sibuk dengan caranya. Dan kita sendiri akan mengetahui bila sampai disana, maka bila ada orang menolak adanya soal Mungkar Nakier dalam kubur, maka penolakannya dari dua jalan iaitu: Mereka berkata: "Ia tidak mungkin menurut perkiraan akal, sebab menyalahi kebiasaan tabiat alam." atau mereka berkata: "Tidak ada dalil yang menguatkan." Pendapat pertama bahawa ia tidak mungkin dalam akal kerana menyalahi kebiasaa tabiat alam. Pendapat ini bererti menidakkan kenabian dan mukjizat, sebab para Nabi itu semuanya dari manusia biasa dan tabiatnya mereka sama, tetapi mereka telah dapat bertemu dengan Malaikat dan menerima wahyu, bahkan laut telah terbelah untuk Nabi Musa a.s., demikian pula tongkatnya menjadi ular, semua kejadian itu menyalahi tabiat alam, maka orang yang menolak semua itu bererti keluar dari Islam. Jika ia berkata: "Tidak ada dalil.", maka hadis-hadis yang diterangkan sudah cukup untuk menjadi alasan bagi orang yang akan mahu terima. Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa man a'rodho an dzikri fa inna lahu ma'i syatan dhanka wanah syuruhu yaumal qiyaamati a'ma. (Yang bermaksud) "Dan siapa yang mengabaikan peringatanKu (ajaranKu) maka ia akan merasakan kehidupan yang sukar (kehidupan sukar ini ketika menghadapi pertanyaan dalam kubur)." Demikian pula ayat: "Yu tsabbitulladzina aamanu bil qoulaits tsabiti filhayatiddunia wafil akhirati. (Yang bermaksud) "Allah akan menetapkan hati orang-orang mukmin dengan khalimah yang teguh didunia dan diakhirat." Abu-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Saad bin Almusayyab dari Umar r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Jika seorang mukmin telah masuk kedalam kubur, maka didatangi oleh dua Malaikat yang menguji dalam kubur, lalu mendudukkannya dan menanyainya, sedang ia mendengar suara derap sandal sepatu mereka ketika kembali, lalu ditanya oleh kedua Malaikat itu: Siapa Tuhammu, dan apakah agamamu, dan siapa Nabimu, lalu dijawab: Allah tuhanku, dan agamaku Islam dan Nabiku Nabi Muhammad s.a.w. Lalu Malaikat itu berkata: Allah yang menetapkan kau dalam khalimah itu, tidurlah dengan tenang hati. Itulah ertinya Allah menetapkan mereka dalam khalimah hak. Adapun orang kafir zalim maka Allah menyesatkan mereka dengan tidak memberi petunjuk taufiq pada mereka, sehingga ketika ditanya oleh Malaikat: Siapa Tuhanmu, apa agamamu dan siapa Nabimu, maka jawab orang kafir atau munafiq: Tidak tahu. Maka oleh Malaikat dikatakan: Tidak tahu, maka langsung dipukul sehingga jeritan suaranya terdengar semua yang dialam kecuali manusia dan jin. (Dan andaikan didengar oleh manusia pasti Abu Hazim dari Ibn Umar r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Umar r.a : "Bagaimanakah kau hai Umar jika didatangi oleh kedua Malikat yang akan mengujimu didalam kubur iaitu Mungkar Nakier hitam keduanya kebiru-biruan siung keduanya mengguriskan bumi, sedang rambut keudanya sampai ketanah dan suara keduanya bagaikan petir yang dahsyat, dan matanya bagaikan kilat yang menyambar?" Umar bertanya: "Ya Rasullullah, apakah ketika itu aku cukup sedar sebagaimana keadaanku sekarang ini?" Nabi Muhammad s.a.w menjawab: "Ya." Umar berkata: "jika sedemikian maka saya selesaikan keduanya dengan izin Allah s.w.t.. Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "sesungguhnya Umar seorang yang mendapat taufiq." Abul-Laits berkata: "saya telah diberitahu oleh Abul-Qasim bin Abdurrahman bin Muhammad Asysyabadzi dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Tiada seorang yang mati melainkan ia mendengkur yang didengari oleh semua binatang kecuali manusia, dan andaikata ia mendengar pasti pingsan, dan bila dihantar kekubur, maka jika solih (baik) berkata: "Segerakanlah aku, andaikan kamu mengetahui apa yang didepanku daripada kebaikan, nescaya kamu akan menyegerakan aku. Dan bila ia tidak baik maka berkata: "Jangan keburu, andaikata kamu mengtahui apa yang didepan aku daripada bahaya, nescaya kamu tidak akan keburu. Kemudian jika telah ditanam dalam kubur, didatangi oleh dua Malaikat yang hitam kebiru-biruan datang dari arah kepalanya, maka ditolak oleh sembahyangnya: Tidak boleh datang dari arahku sebab adakalanya ia semalaman tidak tidur kerana takut dari saat yang seperti ini, lalu datang dari bawah kakinya, maka ditolak oleh baktinya pada kedua orang tuanya: Jangan datang dari arahku, kerana ia biasa berjalan tegak kerana ia takut dari saat seperti ini, lalu datang dari arah kanannya, maka ditolak oleh sedekahnya: Tidak boleh datang dari arahku, kerana ia pernah sedekah kerana ia takut dari saat seperti ini, lalu ia datang dari kirinya maka ditolak oleh puasanya: Jangan datang dari arahku, kerana ia biasa lapar dan haus kerana takut saat seperti ini, lalu ia dibangunkan bagaikan dibangunkan dari tidur, lalu ia bertanya: Bagaimana pendapatmu tentang orang yang membawa ajaran kepadamu itu? Ia tanya: Siapakah itu? Dijawab: Muhammad s.a.w? Maka dijawab: Saya bersaksikan bahawa ia utusan Allah. Lalu berkata kedua Malaikat: Engkau hidup sebagai seorang mukmin, dan mati juga mukmin. Lalu diluaskan kuburnya, dan dibukakan baginya segala kehormatan yang dikurniakan Allah kepadanya. Semoga Allah memberi kita taufiq dan dipelihara serta dihindarkan dari hawa nafsu yang menyesatkan, dan menyelamatkan kami dari siksa kubur kerana Nabi Muhammad s.a.w juga berlindung kepada Allah dari siksa kubur." A'isyah r.a. berkata: "Saya dahulunya tidak mengetahui adanya siksa kubur sehingga datang kepadaku seorang wanita Yyahudi, minta-minta dan sesudah saya beri ia berkata: "Semoga Allah melindungi kamu dari siksa kubur. Maka saya kira keterangannya itu termasuk tipuan kaum Yahudi, lalu saya ceritakan kepada Nabi Muhammad s.a.w maka Nabi Muhammad s.a.w memberitahu kepadaku bahawa siksa kubur itu hak benar, maka seharusnya seorang muslim berlindung kepada Allah s.w.t. dari siksa kubur, dan bersiap sedia untuk menghadapi kubur dengan amal yang soleh, sebab selama ia masih hidup maka Allah s.w.t. telah memudahkan baginya segala amal soleh. Sebaliknya bila ia telah masuk kedalam kubur, maka ia akan ingin kalau dapat diizinkan, sehingga ia sangat menyesal semata-mata, kerana itu seorang yang berakal harus berfikir dalam hal orang-orang yang telah mati, kerana orang-orang yang telah mati itu, mereka sangat ingin kalau dapat akan sembahyang dua rakaat, berzikir dengan tasbih, tahmid dan tahlil, sebagaimana ketika didunia, tetapi tidak diizinkan, lalu mereka hairan pada orang-orang yang masih hidup menghambur-hamburkan waktu dalam permainan dan kelalaian semata-mata. Saudaraku jagalah dan siap-siapkan harimu, sebab ia sebagai pokok kekayaanmu, maka mudah bagimu mendapatkan atau mencari untung laba, sebab kini dagangan akhirat agak sepi dan tidak laku, kerana itu rajin-rajinlah kau mengumpulkan sebanyak mungkin daripadanya, sebab akan tiba masa dagangan itu sangat berharga sebab pada saat itu ia berharga, maka kau tidak akan dapat mencari atau mencapainya. Kami mohon semoga Allah s.w.t. memberi taufiq untuk bersiap-siap menghadapi saat keperluan dan jangan sampai menjadikan kami dari golongan yang menyesal sehingga ingin kembali kedunia tetapi tidak diizinkan, juga semoga Allah s.w.t. memudahkan atas kami sakaratulmaut, dan kesukaran kubur, demikian pula pada semua kaum muslimin dan muslimat. Aamin ya Robbal aalamin. Engkau arhamurrahimin, wahasbunallahu wani'mal wakiel, walahaula wala quwwata illa billahil aliyil adhiem."

PENGUGURAN HARAM DAN KESANNya....

Update kali ni sy nak share psl mengugurkan kandungan..rujukan  diambil dari Hamil itu Bahagia

Perbuatan salah dari segi undang-undang, memudaratkan kesihatan termasuk kemungkinan mandul selain boleh membawa maut
ISU pembuangan bayi bukanlah perkara baru. Boleh dikatakan saban hari ada saja akhbar melaporkan mengenai kes sebegitu sehingga bagaikan lumrah dalam kehidupan masyarakat hari ini.
Lazimnya, wanita yang sanggup membuang bayinya membabitkan kes kehamilan di luar nikah akibat gejala sosial atau kecurangan bagi mengelakkan berita tersebar. Tetapi, ada juga yang mengambil jalan mudah dengan menggugurkan kandungan sebelum perut membesar bagi mengelakkan maruah tercalar.

Pendedahan akhbar mengenai klinik di sekitar ibu kota yang sanggup menjalankan khidmat berkenaan, tidak memeranjatkan kerana khabar angin mengenainya sudah lama tersebar. Malah, ada juga yang mengatakan khidmat menggugurkan kandungan turut dijalankan bidan kampung. Pakar Perunding Sakit Puan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, berkata pengguguran haram boleh memberi implikasi besar kepada kesihatan individu berkenaan kerana selalunya dilakukan tanpa prosedur perubatan yang ditetapkan atau dikendalikan oleh pihak yang tidak terlatih.

“Pengguguran tidak selamat dibuat tanpa membuat rujukan daripada pakar perubatan yang bertauliah. Ada juga yang melakukan pengguguran haram dengan menggunakan perkhidmatan mereka yang tidak bertauliah antaranya mengikut cara tradisional. Ini memberikan banyak kesan kepada mereka. “Wanita terbabit berisiko tinggi menghadapi kematian berikutan pendarahan dan jangkitan pada rahim. Mereka juga terdedah kepada kesakitan pada saluran pembiakan sekali gus boleh mengakibatkan kemandulan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Akhbar sebelum ini pernah melaporkan walaupun tiada statistik direkodkan di Malaysia, jumlah kematian akibat pengguguran tidak selamat juga dijangka terus meningkat hasil kehamilan yang tidak diinginkan, manakala kadar pengguguran pula dianggarkan meningkat sebanyak 30 peratus. Ini tidak mustahil berlaku kerana berdasarkan statistik ditunjukkan pada 10 tahun lalu, jumlah kematian terus meningkat dari 251 dalam setiap 100,000 pada 1995 kepada 266 kematian pada 1996.

Bagaimanapun, Dr Halina berkata, secara purata, pengguguran kandungan di seluruh dunia dianggarkan membabitkan 50 juta kes setiap tahun, dengan sebanyak 30 juta melakukannya secara sah, sementara 20 juta lagi dibuat dengan tidak selamat atau secara haram. Daripada jumlah pengguguran secara haram itu, 80,000 menghadapi kematian akibat kompilasi yang rumit.

Beliau berkata, seperti kebanyakan negara lain undang-undang negara ini turut mengharamkan pengguguran kerana ia adalah satu jenayah. Malah, mereka yang terbabit dalam kes pengguguran berkenaan boleh didakwa. Beliau yang juga Ketua Wanita Jemaah Islah Malaysia (JIM) berkata, ada banyak cara boleh dilakukan sama ada mengikut cara moden iaitu perubatan ataupun tradisional.

Ada yang melakukan pengguguran dengan cara pembedahan, menggunakan sedutan vakum dan mengorek. Bagi cara tradisional pula, katanya, pengamal perubatan berkenaan selalu menggunakan herba atau cecair beralkohol. Selain itu, ada yang hanya melakukan urutan.

Satu lagi cara yang merbahaya dan tidak bersih ialah dengan memasukkan benda asing ke dalam rahim. “Selain kehamilan luar nikah, ada pengguguran berlaku atas sebab tertentu yang mana wanita sudah berkahwin, tetapi belum bersedia menimang cahaya mata. Pelbagai alasan dikemukakan untuk melakukan proses itu antaranya sumber kewangan masih tidak mencukupi, mengalami tekanan emosi,” katanya. Beliau berkata, semua agama di dunia melarang pengguguran tetapi sekiranya ia memudaratkan ibu mengandung, kandungan itu perlu digugurkan. Sementara itu, Ketua Obstetrik dan Ginekologi di HUKM, Prof Dr Zainul Rashid Mohd Razi, berkata pengguguran memberi kesan besar pada seseorang yang melakukannya. Mereka yang melakukan secara tidak betul boleh menyebabkan jangkitan pada bahagian peranakan.

“Selain itu, ia berpotensi mengalami pendarahan dalam perut yang boleh menyebabkan wanita berkenaan pengsan atau lebih teruk maut. Rahim juga boleh mengalami kecederaan apabila melakukan pengguguran secara tradisional kerana mereka yang tidak bertauliah akan menggunakan benda tajam seperti kayu, lidi atau ranting kayu. “Pendarahan itu kadangkala tidak dapat dikesan dengan cepat, tetapi mengambil masa panjang. Ada antara mereka tidak sedar mengalami pendarahan berkenaan sehinggalah pengsan,” katanya. Dr Zainul berkata, pada jangka masa yang lama, sukar bagi wanita berkenaan untuk mengandung lagi kerana proses pengguguran itu juga boleh mengakibatkan usus dan rahim melekat selain saluran ovari tersumbat. “Sekiranya wanita itu hamil dia mungkin mengalami kehamilan di luar rahim.

Bagi yang pernah mengalami kecederaan sebelum ini, rahim boleh pecah secara spontan dan menyebabkan maut. “Sekiranya tidak, wanita yang pernah melakukan pengguguran boleh mengalami kemandulan. Itu kesan pada diri sendiri, tetapi ia boleh juga memberi kesan pada mental dan emosi selepas mendirikan rumah tangga,” katanya. Beliau berkata, wanita berkenaan juga boleh masalah psikologi khususnya kemurungan terutama apabila sudah berumur kerana sering terfikir mengenai kandungan yang pernah dibuang itu. Kesan lain termasuk mengalami senggugut dalam rahim yang mana keadaannya lebih sakit berbanding ketika mengalami proses haid.

FAKTA:
Kesan pengguguran haram Pada diri sendiri:
Jangkitan kuman pada bahagian peranakan.
Mengalami pendarahan dalam perut yang boleh mengakibatkan kematian.
Kecederaan pada rahim.
Sukar untuk mengandung lagi.
Jika mengandung, wanita berkenaan akan mengandung di luar rahim dan apabila beranak rahim boleh pecah secara spontan.
Mandul.
Senggugut dalam rahim.
Masalah psikologi – mental dan emosi.
Kemurungan berikutan teringat akan anak yang pernah dibuang.
Keluarga Malu
Masyarakat Mengikut langkah selepas mendapat tahu ada cara mudah yang boleh menggugurkan kandungan.
Kes pembuangan bayi semakin berleluasa.
Pandangan serong oleh orang sekeliling.

INFo PENJAGAaN UTK IBu MEnGANDUNg

Tidak kira berapa banyak yang telah anda baca atau bincangkan dengan ibu-ibu lain mengenai kehamilan anda, masih lagi sukar untuk anda mengetahui samada apa yang anda alami semasa hamil ini adalah normal ataupun tidak.
Berikut ialah simptom-simptom yang perlu anda risaukan. Jika anda sedang mengalami salah satu daripada masalah berikut, hubungilah doktor anda dengan segera.

SAKIt PD ABdOMEN
- Sakit yang teruk atau rasa mencucuk-cucuk pada bahagian abdomen atau atas perut, samada disertai dengan loya atau muntah ataupun tidak, boleh jadi merupakan petanda bagi beberapa perkara. Anda mungkin mengalami: ketakcernaan yang teruk; jangkitan virus dalam perut; keracunan makanan. Sekiranya anda kini dalam separuh masa kedua kehamilan, kesakitan ini mungkin juga menandakan praeklampsia, iaitu satu masalah serius yang memerlukan rawatan segera.

SaKIT PErUT
-Sakit yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi perut boleh jadi petanda beberapa perkara. Ligamen anda mungkin tertarik dengan kuat atau ia mungkin tanda: kehamilan ektopik; keguguran; kelahiran pramatang; fibroid menyusut dan berdarah.

DEMAN
- Jika anda demam dengan suhu melebihi 37.5 darjah C, tetapi tanpa simptom flu atau selesema, hubungi doktor anda pada hari yang sama. Jika suhu melebihi 39 darjah C, hubungi doktor anda dengan segera. Anda mungkin mempunyai jangkitan. Doktor anda akan memberikan anda antibiotik dan menasihatkan anda supaya berehat. Jika suhu anda melebihi 39 darjah C bagi jangka masa yang lama, ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda

PEnGLIHATAN KAbUR
-Hubungi doktor anda sekiranya, dalam separuh masa kedua kehamilan anda mengalami: penglihatan berganda; penglihatan kabur; penglihatan malap; ternampak tompok-tompok bersinar; ternampak cahaya terang yang berlangsung lebih daripada dua jam. Simptom-simptom tersebut boleh jadi tanda-tanda praeklampsia.

BEnGKaK kAKI DAN tGN
-Ramai ibu mengandung akan mengalami bengkak semasa kehamilan dan dalam kebanyakan kes, ini tidak perlu dirisaukan. Tetapi, jika simptom ini teruk atau berlaku tiba-tiba dan disertai dengan sakit kepala atau gangguan penglihatan, ia mungkin simptom praeklampsia. Jika anda mengalami sakit kepala yang lebih dari dua atau tiga jam, bersama dengan gangguan penglihatan dan bengkak yang berlaku tiba-tiba pada tangan, muka dan mata anda, anda mungkin mengalami praeklampsia.

PENDARAHAn FARAJ
- Pendarahan ringan (spotting) tanpa kesakitan mungkin tanda normal proses implantasi iaitu apabila embrio melekat pada uterus pada awal kehamilan, ataupun pendarahan penebusan (breakthrough bleeding). Namun anda masih perlu hubungi doktor anda jika anda mengalami pendarahan semasa kehamilan kerana ini boleh jadi menunjukkan komplikasi yang serius: Pendarahan yang berbeza daripada normal haid anda (lebih banyak atau sedikit dan berwarna gelap) disertai kesakitan teruk pada satu sisi abdomen boleh jadi tanda kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim). Pendarahan yang banyak, terutamanya apabila disertai sakit belakang atau abdomen, boleh dikaitkan dengan keguguran atau berpotensi untuk gugur. Dalam peringkat akhir kehamilan, pendarahan menunjukkan plasenta praevia, koyakan plasenta atau kelahiran pramatang (kelahiran yang bermula sebelum minggu ke-37). Keluarnya cecair daripada faraj sebelum minggu ke-37 bermakna membran anda telah pecah awal. Doktor anda pasti mahu anda dimasukkan ke hospital supaya anda boleh mendapatkan rawatan untuk mencegah jangkitan dan membuat persediaan untuk kelahiran pramatang. Selepas 37 minggu, anda mungkin akan mula proses pelahiran. Hubungi doktor anda untuk berbincang mengenai pilihan anda jika perlahiran tidak bermula dalam 24 jam.

SERiNG DaHAGA
-Jika anda tiba-tiba dahaga tetapi kurang membuang air kecil, ini mungkin tanda penyahhidratan atau kencing manis kehamilan (diabetes gestasi). Keduanya meningkatkan risiko komplikasi bagi anda dan bayi anda

SAKIT SeMaSA MEMBUANg aIR kECIL
-. Sakit semasa membuang air kecil disertai dengan suhu badan tinggi, menggigil dan sakit belakang mungkin tanda-tanda jangkitan saluran kencing. Jumpalah doktor. Anda akan dirawat dengan antibiotik.

MuNTAH2
-Muntah lebih daripada dua hingga tiga kali sehari akan menyahhidratkan dan melemahkan anda tanpa membahayakan bayi anda. Anda perlu hubungi dengan doktor anda jika anda mengalami muntah yang teruk dan berterusan (hiperemesis gravidarum) kerana mungkin anda perlu dimasukkan ke hospital. Muntah yang bermula di peringkat akhir kehamilan dan diikuti dengan sakit di bawah tulang rusuk adalah tanda praeklampsia. Jika anda muntah diikuti dengan kesakitan dan suhu yang tinggi ia mungkin disebabkan oleh jangkitan. Dalam kedua-dua kes tersebut, hubungi doktor anda. Ini mungkin tanda yang anda tidak cukup makan pada hari itu tetapi ia juga bermakna anda mungkin mempunyai tekanan darah rendah.

PENINg DAN pENGSAN
- Ramai wanita berasa pening-pening lalat semasa kehamilan. Jika pengsan, hubungi doktor anda selepas anda sedar semula untuk memastikan tiada masalah. Tiada pergerakan atau pergerakan bayi anda perlahan lebih daripada 24 jam selepas minggu ke-21 mungkin petanda yang bayi anda tertekan. Jika anda sedar bahawa bayi anda kurang bergerak daripada biasa, hubungi doktor anda. (Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda, termasuk bila perlu meminta bantuan). Simptom-simptom ini menunjukkan masalah berkaitan hati seperti obstetrik kolestasis. Jika anda mengalami obstetrik kolestasis, anda mungkin juga mengalami jaundis, dengan air kencing berwarna gelap dan najis yang pucat.

GaTAL2
-Kegatalan adalah normal kerana kulit anda meregang untuk menyesuaikan keadaan dengan bayi anda yang sedang membesar, tetapi lebih baik jika anda membuat pemeriksaan, terutamanya jika kegatalan itu teruk pada waktu malam dan melibatkan tapak kaki dan tangan anda.

JATuH tERHENTAK pERUT
- Jatuh atau hentakan tidak selalunya membawa bahaya, tetapi hubungi doktor anda pada hari yang sama dan jelaskan apa yang berlaku. Jika anda tergelincir di tangga dan tulang punggung anda tercedera, anda tidak perlu risau. Bayi anda selamat dilindungi oleh uterus dan cecair amnion. Walau bagaimanapun, komplikasi mungkin berlaku dalam sesetengah kes. Jika anda mengalami kontraksi, kebocoran atau sebarang pendarahan, hubungi doktor anda dengan segera atau pergi ke hospital terdekat. Jika anda tidak pasti mengenai satu simptom, tidak berasa seperti biasa atau berasa tidak selesa, percayalah dengan perasaan anda dan hubungi doktor anda. Jika terdapat masalah, anda akan dirawat dengan segera. Jika tiada masalah, anda akan berasa lega. Doktor anda bersedia mendapat panggilan-panggilan seperti ini, dan beliau pasti gembira memberikan nasihat.

PERuBAhAN bADAN
- Badan anda sedang berubah dengan pesat sehingga kadang kala sukar untuk dipastikan samada apa yang anda alami ini adalah normal ataupun tidak.

WAHAI ANAK...DENGARLAH PESaNAN INi...

ISTERI...DENGARLAH NASIHAT INi UTkMu...

SUaMi...DENGARLAH NASIHAT INi UtkMu...

10 AYAT PEDAs BAGI ALASAN 'KUBUR MASING2'

Statement 'kubur masing-masing' antara alasan tipikal yang kerap diguna pakai oleh mereka yang sangat-sangat ego dan bongkak untuk menerima teguran atas kejahilan yang mereka lakukan. Berikut adalah 10 contoh ayat makan dalam yang boleh dipraktikkan ke atas golongan macam ni. Memanglah Kubur Masing-Masing. TAPI...

1. Mati nanti, kau mandi sendiri, kafan sendiri, solat jenazah sendiri. Kubur pun kau gali sendiri, tanam sendiri.

2. Sebab kubur masing-masing la aku nak nasihat kau. Kalau kita sekubur, boleh jugak aku tolong jawab bila Malaikat soal. Kalau nak kena balun, boleh aku tolong cover kau.

3. Aku takut orang tak nak datang baca Yassin nanti sebab tak tahan bau busuk jenazah kau. Nak ziarah atau cium jenazah kau pun tak sanggup sebab berulat.

4. Aku tak nak dapat dosa sebab tak tegur kau. Tak naklah teman kau kat neraka tu. Takde air-cond.

5. Pastikan kau tulis wasiat supaya kubur kau ditanam di tanah perkuburan khas untuk kau sorang je. Sebab takut orang lain dalam kubur sebelah rasa terganggu sebab asyik dengar suara kau terpekik terlolong kena siksa.

6. Bukan setakat kubur. Rumah pun orang duduk asing-asing. Tapi kalau kau buat bising, rumah kau busuk, kotor, kau ingat jiran sebelah suka?

7. Kau ingat dalam kubur tu macam hotel ke boleh santai-santai walaupun buat dosa? Dengan sempitnya, ular, kala jengking dan macam-macam lagi azab siksa kubur.

8. Kesianlah kat orang yang nak usung jenazah kau tu. Patah tulang bahu diorang nanti sebab mayat kau berat sangat. Tak pasal-pasal nanti nak kena sewa kereta kebal pulak usung mayat kau.

9. Kau yakin ke mati nanti kau masuk kubur? Aku takut tanah tak nak terima jenazah kau je. Orang lain jugak susah nak kena ke laut semata-mata nak campak mayat kau tu.

10. Aku nak tolong kau kat dunia ni sebab bila dah masuk kubur tak boleh nak tolong dah. Sebab semua orang akan buat hal masing-masing. Hinggakan, walau kita semua bertelanjang bulat kat padang mahsyar nanti, takdenye ada orang nak peduli tengok kau punya.

p/s : Buat golongan yang suka bagi alasan kubur masing-masing tu, insaflah. Jangan dibuat main dengan siksa kubur. Apatah lagi azab neraka kelak. Jangan berlagak tak kena tempat bila ditegur. Memang kubur masing-masing. Tapi jangan menyusahkan orang lain yang nak menguruskan jenazah kau sebelum dibawa masuk ke kubur masing-masing kau tu. : mintak mf,dgr mcm kasar tp ia SEKadar utk mbls kata2 org yg angkuh dan sombong.

***Ramai yang lebih takut hantu kubur dari siksa kubur..

10 GOLoNGAN YG TIDAK DAPAT MASUk SYURGa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

ِ Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,Syurga adalah sebaik-baik tempat kembali untuk orang-orang mukmin yang dirahmati oleh Allah SWT. Sesiapa yang dipilih oleh Allah SWT untuk memasuki syurga-Nya adalah orang yang paling beruntung dan berbahagia. Amat malang untuk golongan yang di masukkan ke dalam neraka dan tidak dapat mencium bau syurga, sedangkan keharuman syurga boleh dihidu sehingga 500 tahun perjalanan. Terdapat sepuluh golongan manusia yang tidak akan mencium bau syurga kerana dosa-dosa besar yang dilakukan ketika di dunia. Golongan tersebut adalah seperti berikut

: Golongan Pertama : Wanita-wanita yang meminta talak tanpa alasan syar'ie. ﻪﺟﺮﺧا ﻮﺑا دوواد ةأﺮﻣا ٍ ﺖﻟﺄﺳ ﺎﻬﺟوز ﺎﻗﻼﻃ ً ﻲﻓ ﺮﻴﻏ ﺎﻣ سﺄﺑ ٍ ماﺮﺤﻓ ٌ ﺎﻬﻴﻠﻋ ﺔﺤﺋار ﺔﻨﺠﻟا ." ءﺎﻤﺳأ ، ﻦﻋ نﺎﺑﻮﺛ ، لﺎﻗ : لﺎﻗ لﻮﺳر ﻪّﻠﻟا ﻰﻠﺻ ﻪّﻠﻟا ﻪﻴﻠﻋ ﻢﻠﺳو " : ﺎﻤﻳأ ـ ﺎﻨﺛﺪﺣ نﺎﻤﻴﻠﺳ ﻦﺑ بﺮﺣ ، ﺎﻨﺛ دﺎﻤﺣ ، ﻦﻋ بﻮﻳأ ، ﻦﻋ ﻲﺑأ ﺔﺑﻼﻗ ، ﻦﻋ ﻲﺑأ Sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Mana-mana wanita yang meminta talak dari suaminya tanpa alasan syar'ie, maka haram syurga baginya." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Golongan Kedua : Orang-orang yang membunuh kafir zimmi. ﺎﻣﺎﻋ ﻞﻫأ ﺔﻣﺬﻟا ﻢﻟ حﺮﻳ ﺔﺤﺋار ﺔﻨﺠﻟا ، نإو ﺎﻬﺤﻳر ﺪﺟﻮﻴﻟ ﻦﻣ ةﺮﻴﺴﻣ ﻦﻴﻌﺑرأ وﺮﻤﻋ لﺎﻗ : لﺎﻗ لﻮﺳر ﷲ ﻰﻠﺻ ﷲ ﻪﻴﻠﻋ ﻢﻠﺳو " : ﻦﻣ ﻞﺘﻗ ﻼﻴﺘﻗ ﻦﻣ وﺮﻤﻋ ﻲﻤﻴﻘﻔﻟا ، ﻦﻋ ﺪﻫﺎﺠﻣ ، ﻦﻋ ةدﺎﻨﺟ ﻦﺑ ﻲﺑأ ﺔﻴﻣأ ، ﻦﻋ ﺪﺒﻋ ﷲ ﻦﺑ ﺐﻘﻌﻤﻟا - ﺎﻨﺛﺪﺣ ناوﺮﻣ ، ﻮﻫو ﻦﺑا ﺔﻳوﺎﻌﻣ يراﺰﻔﻟا ، ﻦﻋ ﻦﺴﺤﻟا ﻦﺑ ﺪﻗو مﺎﻣﻹﻻﺎﻗ ﺪﻤﺣأ : ﺎﻨﺛﺪﺣ ﻞﻴﻋﺎﻤﺳإ ﻦﺑ ﺪﻤﺤﻣ - ﻲﻨﻌﻳ ﺎﺑأ ﻢﻴﻫاﺮﺑإ " . Sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Barangsiapa membunuh kafir zimmi maka tidak akan mencium bauan syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh didapati sejauh perjalanan 40 tahun" (Hadis Riwayat Imam Ahmad) Tiga golongan kafir yang HARAM dibunuh:
1.
Kafir Zimmi: Orang kafir yang membayar jizyah yang dipungut setiap tahun sebagai imbalan yang membolehkan mereka tinggal di negara kaum Muslimin 2. Kafir Mu'ahad: Orang-orang kafir yang telah bersepakat dengan kaum muslimin untuk tidak berperang dalam kurun waktu yang disepakati.
3. Kafir Musta'man: Orang-orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum muslimin atau sebahagian kaum muslimin. Kafir yang boleh diperangi dinamakan kafir Harbi iaitu orang kafir yang memerangi umat Islam seperti bangsa Yahudi di Palestin yang membunuh umat Islam Palestin.

Golongan Ketiga : Wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Nabi SAW pernah bersabda maksudnya: “Perempuan yang memakai baju tetapi telanjang, dan dia memandang lelaki lain, dan membuatkan lelaki-lelaki lain terpandang kepadanya, maka perempuan ini tidak akan cium bau syurga. Sedangkan bau syurga sudah pun boleh dibau dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.” (Hadis Riwayat Muslim)

Golongan Keempat : Orang-orang yang menderhakai kedua ibu bapanya. Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab : “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan : “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” (Hadis Riwayat Bukhari) Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan orang yang ketagihan minuman keras.” (Hadis Riwayat Sunan al-Nasai') Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Tiga manusia tidak akan masuk syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki. (Hadis Riwayat Nasa’i, Bazzar dan al-Hakim). Al-Hakim juga meriwayatkan hadis baginda yang bermaksud : Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

Golongan Kelima : Orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan. Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Hadis Riwayat Muslim) Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Bauan syurga dapat dirasai sejauh perjalanan 1000 tahun . Demi Allah tidak akan merasainya seseorang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang memutuskan tali persaudaraan” (Hadis Riwayat At-Tabrani)

Golongan Keenam : Orang-orang tua yang mewarnakan ubannya dengan warna hitam. نﻮﺤﻳﺮﻳﻻ ﺔﺤﺋار ﺔﻨﺠﻟا ." ﻪﺟﺮﺧا ﻮﺑا دوواد " نﻮﻜﻳ مﻮﻗ ٌ نﻮﺒﻀﺨﻳ ﻲﻓ ﺮﺧآ نﺎﻣﺰﻟا داﻮﺴﻟﺎﺑ ﻞﺻاﻮﺤﻛ مﺎﻤﺤﻟا ﺮﻴﺒﺟ ، ﻦﻋ ﻦﺑا سﺎﺒﻋ لﺎﻗ : لﺎﻗ لﻮﺳر ﻪّﻠﻟا ﻰﻠﺻ ﻪّﻠﻟا ﻪﻴﻠﻋ ﻢﻠﺳو : ـ ﺎﻨﺛﺪﺣ ﻮﺑأ ﺔﺑﻮﺗ ، ﺎﻨﺛ ﺪﻴﺒﻋ ﻪّﻠﻟا ، ﻦﻨﻋ ﺪﺒﻋ ﻢﻳﺮﻜﻟا يرﺰﺠﻟا ، ﻦﻋ ﺪﻴﻌﺳ ﻦﺑ “Sabda Nabi Muhammad SAW : "Akan ada satu kaum yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam seperti hitam yang ada pada kebiasaan dada burung merpati (kerana menutup warna uban) tidak akan mencium bau syurga" (Hadis Riwayat Abu Daud)

Golongan Ketujuh : Orang-orang yang mengubah nama bapanya. ، ﺔﺋﺎﻤﺴﻤﺧ مﺎﻋ .(( ﻪﺟﺮﺧا ﻦﺑا ﻪﺟﺎﻣ ﻰﻋدا ﻰﻟإ ﺮﻴﻏ ﻪﻴﺑأ ، ﻢﻟ حﺮﻳ ﺔﺤﺋار ﺔﻨﺠﻟا نإو ﺎﻬﺤﻳر ﺪﺟﻮﺗ ﻦﻣ ةﺮﻴﺴﻣ ﻦﻋ ﺪﺒﻋ ﷲ ﻦﺑ وﺮﻤﻋ ؛ لﺎﻗ : لﺎﻗ لﻮﺳر ﷲ ﻰﻠﺻ ﷲ ﻪﻴﻠﻋ ﻢﻠﺳو : ﻦﻣ ﺎﻨﺛﺪﺣ ﺪﻤﺤﻣ ﻦﺑ حﺎﺒﺼﻟا . ﺎﻧﺄﺒﻧأ نﺎﻴﻔﺳ ﻦﻋ ﺪﺒﻋ ﻢﻳﺮﻜﻟا ، ﻦﻋ ﺪﻫﺎﺠﻣ Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang mengubah nama ayah atau keturunannya dan mendakwa selain ayahnya yang sebenar tidak mencium bau syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 500 tahun” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Golongan Kelapan : Orang-orang yang membunuh putera mahkota yang telah ditabalkan. : ﺎﻬﺤﻳر ﺪﺟﻮﺗ ﻦﻣ ةﺮﻴﺴﻣ ﻦﻴﻌﺑرأ ﺎﻣﺎﻋ .( ﻪﺟﺮﺧا يرﺎﺨﺒﻟا ﷲ ﻪﻴﻠﻋ ﻢﻠﺳو لﺎﻗ ) : ﻦﻣ ﻞﺘﻗ اﺪﻫﺎﻌﻣ ﻢﻟ حﺮﻳ ﺔﺤﺋار ﺔﻨﺠﻟا ، نإو ﺎﻨﺛﺪﺣ ﺪﻫﺎﺠﻣ ، ﻦﻋ ﺪﺒﻋ ﷲ ﻦﺑ وﺮﻤﻋ ﻲﺿر ﷲ ﺎﻤﻬﻨﻋ ، ﻦﻋ ﻲﺒﻨﻟا ﻰﻠﺻ ﺎﻨﺛﺪﺣ ﺲﻴﻗ ﻦﺑ ﺺﻔﺣ : ﺎﻨﺛﺪﺣ ﺪﺒﻋ ﺪﺣاﻮﻟا : ﺎﻨﺛﺪﺣ ﻦﺴﺤﻟا ﻦﺑ وﺮﻤﻋ Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Barangsiapa membunuh putera mahkota yang telah ditabalkan tidak mencium bau syuga. Sesungguhnnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 40 tahun” (Hadis Riwayat Bukhari)

Golongan Kesembilan : Pemimpin-pemimpin yang tidak menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat. ، ﻢﻠﻓ ﺎﻬﻄﺤﻳ ﻪﺤﺼﻨﺑ ، ﻻإ ﻢﻟ ﺪﺠﻳ ﺔﺤﺋار ﺔﻨﺠﻟا .( ﻪﺟﺮﺧا يرﺎﺨﺒﻟا ﻲﺒﻨﻟا ﻰﻠﺻ ﷲ ﻪﻴﻠﻋ ﻢﻠﺳو لﻮﻘﻳ ) : ﺎﻣ ﻦﻣ ﺪﺒﻋ ﻪﻴﻋﺮﺘﺴﻳ ﷲ ﺔﻴﻋر ، ﻚﺛﱢﺪﺤﻣ ﺎﺜﻳﺪﺣ ً ﻪﺘﻌﻤﺳ ﻦﻣ لﻮﺳر ﷲ ﻰﻠﺻ ﷲ ﻪﻴﻠﻋ ﻢﻠﺳو : ﺖﻌﻤﺳ دﺎﻋ ﻞﻘﻌﻣ ﻦﺑ رﺎﺴﻳ ﻲﻓ ﻪﺿﺮﻣ يﺬﻟا تﺎﻣ ﻪﻴﻓ ، لﺎﻘﻓ ﻪﻟ ﻞﻘﻌﻣ : ﻲﻧإ ﺎﻨﺛﺪﺣ ﻮﺑأ ﻢﻴﻌﻧ : ﺎﻨﺛﺪﺣ ﻮﺑأ ﺐﻬﺷﻷا ، ﻦﻋ ﻦﺴﺤﻟا : نأ ﺪﻴﺒﻋ ﷲ ﻦﺑ دﺎﻳز Dari Hasan meriwayatkan bahawa Ubaidallah bin Ziad ketika tiba ajalnya berkata :“Aku ceritakan padamu sebuah hadis yang aku dengar dari Rasulullah . Baginda bersabda: "Mana-mana pemimpin yang dipilih oleh Allah untuk menjaga kebajikan mereka… tidak memberi teladan yang baik kepada mereka melainkan tidak mencium bau syurga" (Hadis Riwayat Bukhari)

Golongan Kesepuluh : Lelaki yang Dayus
Nabi SAW bersabda :- ، ﺔﻠﺟﺮﺘﻤﻟاو ، ثﻮﻳﺪﻟاو . هاور ﺪﻤﺣأ ﻲﺋﺎﺴﻨﻟاو ﺔﺛﻼﺛ ﻻ ﺮﻈﻨﻳ ﷲ ﺰﻋ ﻞﺟو ﻢﻬﻴﻟإ مﻮﻳ ﺔﻣﺎﻴﻘﻟا : قﺎﻌﻟا ﻪﻳﺪﻟاﻮﻟ Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki Dayus" ( Hadis Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 ) Dalam sebuah hadis lain pula : ، قﺎﻌﻟاو ، ّ ثﻮّﻳّﺪﻟاو ُ يﺬﻟا ﺮِﻘُﻳ ُّ ﻲﻓ ﻪِﻠْﻫَأ ِ ﺚْﺒُﺨﻟا . َ هاور ﺪﻤﺣأ ﻲﺋﺎﺴﻨﻟاو ﺔﺛﻼﺛ ٌ ﺪﻗ مّﺮَﺣ َ ﷲ - ُ كَرﺎَﺒَﺗ َ ﻰَﻟﺎَﻌَﺗَو - ﻢﻬﻴﻠﻋ ﺔﻨﺠﻟا : َ ﻦِﻣْﺪُﻣ ُ ﺮﻤﺨﻟا . Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Hadis Riwayat Ahmad ).

Sahabat yang dikasihi, Marilah sama-sama kita jauhkan diri kita daripada sifat dan amalan 10 golongan yang tidak akan mencium bau syurga. Amat malang sesiapa yang berpeluang melakukan amal soleh dan amal ibadah ketika di dunia tetapi gagal menfaatkan masa dan umurnya untuk mentaati perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya.

allahu'alam.

sumber: Makmum Sundari
dan abufaith.blogspot.com

SIAPA SUAMi ANDA Di SYURGA NANTi

Ada yang cakap, jika lelaki dapat bidadari, perempuan mesti dapat bidadara. Heheh.. Mungkin dia ingat istilah tu sama kes macam pramugari dan pramugara dengan mengubah huruf di belakang. Sebenarnya tiada istilah bidadara. Jadi, jika jodoh bagi kaum lelaki di syurga nanti adalah bidadari, siapa pula jodoh bagi kaum perempuan di syurga nanti? 1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia. 2. Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu. Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga. 3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga. Wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga. 4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga. 5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu. Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga. 6. Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain. Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani) *Rujukan : mediasiber.com p/s : Kalau sayangkan suami, jadilah isteri yang solehah. Boleh jadi ketua bidadari kepada suami anda di syurga nanti. Itu baru dikatakan bercinta sampai Syurga..

APA YG TERJADi PD HAIWAN AKHIRAT KELAk

Kredit pd  akak blogspot dan muzir wordpress

Ada seorang pemuda bertanya kepada saya apakah yang terjadi kepada haiwan-haiwan pada Hari Akhirat nanti? Adakah akan masuk ke Syurga atau Neraka? Atau bagaimana? Walaupun jawapannya saya tahu, tetapi banyak perkara yang saya tahu dulu telah tidak sah lagi. Ilmu-ilmu yang dulu saya dapati melalui pembelajaran, kuliah, ceramah dan pembacaan perlu dimurnikan dan dipastikan kesahihannya berdasarkan nas yang benar. Jadi, sebelum saya menjawab kepada pemuda itu, saya memeriksa dahulu di arkib soal-jawab al-Ahkam.net: Berikut ini jawapannya: “Semua makhluk akan dikumpulkan di hari Kiamat termasuklah binatang, burung dan yang lain2. Keadilan Allah yang amat sempurna di mana kambing yang tidak bertanduk akan menerima pampasan / ganjaran dari kambing yang bertanduk. Allah akan mengarahkan mereka : ‘Jadilah debu!’. Maka berkatalah orang kafir : ‘Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan) ‘(Surah al-Naba’ : 40]. Ini telah diriwayatkan di dalam Hadith Nabi (secara Marfu’) di dalam hadith tiupan sangka-kala” [Ahmad Syakir. Umdah al-Tafsir 'an al-Hafiz Ibn Kathir, 1/772, Dar al-Wafaa', 2003]. Ya, mereka menjadi debu. Tidak ke Syurga dan tidak ke Neraka. Membaca jawapan di atas bisa membuatkan kita berasa insaf dalam banyak aspek. Dalam tulisan ini, saya ingin menyentuh satu aspek yang terngiang-ngiang di fikiran saya beberapa hari ini. Iaitu tujuan apa haiwan-haiwan ini dicipta oleh ALLAH Ta`ala? Sudah tentunya ada manfaat secara langsung atau tidak langsung kepada alam dan manusia. Khususnya untuk manusia sebagai khalifah di bumi ini. Tidak mungkin sia-sia ALLAH jadikan haiwan dan segalanya. ﻼﻃﺎﺑ اﺬﻫ ﺎﻣ ﺖﻘﻠﺧ ﺎﻨﺑر “Tuhan kami, tidaklah ENGKAU jadikan semua ini sia-sia.” Saya terbayangkan seekor kucing : Kucing ini pada Hari Akhirat nanti akan menjadi debu. Terhenti setakat itu. Tidak masuk ke Syurga dan tidak pula ke Neraka. Sedangkan kita manusia tidak terhenti setakat itu. Kita ada urusan yang lebih besar menanti. Selepas dihisab, kita seterusnya akan diberi nikmat ataupun diazab. Samada menjadi ahli Syurga atau menjadi ahli Neraka. **Moga-moga ALLAH Ta`ala jadikan kita ahli Syurga dan melindungi kita dari api neraka, amin. Justeru, kehadiran kucing yang comel ini bukanlah sepatutnya dilayan sekadar untuk diambil manfaat di dunia sahaja. Iaitu hanya untuk menjadi teman bergembira atau bermanja sahaja, tetapi sepatutnya dilihat lebih luas dari itu. Ia adalah ujian ALLAH buat kita yang mana keputusan ujian tersebut hanya kita ketahui pada Hari Akhirat nanti. Pada seekor kucing yang kita temui di jalanan atau yang kita pelihara ada ujian ALLAH untuk kita. Samada kita berbuat baik atau zalim dengannya, semuanya akan dicatit. Dengan menyedari bahawa ia suatu ujian, maka lakukanlah kebaikan kepadanya. Antara yang baik boleh kita lakukan ialah: Menyantuninya. Memberinya makan atau minum. Menyediakan tempat tinggal. Mengubatinya jika ia sakit. Menolongnya jika ia terjatuh atau tersekat. Menemukan dia dengan rakan-rakan atau ahli keluarganya. Dan sebagainya. Itu semua bisa memberatkan catitan amal pahala kita. Seterusnya dapat mendekatkan kita kepada redha ALLAH Ta`ala dan SyurgaNYA. Janganlah pula kucing tersebut menyebabkan kita menambah dosa dengan menyepaknya, dengan mengherdiknya, dengan menipunya, dengan menderanya dan lain-lain yang bisa menyakiti hati dan tubuhnya. Itu jika kucing. Sama jugalah dengan haiwan-haiwan lain. Pada semua haiwan samada ia boleh dimakan atau tidak, diternak atau tidak, semuanya boleh kita ambil manfaat untuk Hari Akhirat kita, bukan sekadar manfaat dunia sahaja. Mereka semua akan jadi debu nanti. Tidak kita! Antara cara menyemai benih pahala untuk dituai pada Hari Akhirat ialah berbuat baik kepada haiwan. Justeru, di dunia inilah medan kita membenih pahala. Haiwan-haiwan ini boleh menjadi sebab untuk kita beroleh pahala atau dosa. Jadi, manfaatkanlah kehadiran haiwan-haiwan ini untuk nasib yang baik pada Hari Akhirat nanti. Janganlah zalimi mereka. Tetapi, sayangilah mereka dan berlaku adillah. Moga-moga ia memberatkan lagi catitan amal soleh kita, amin… Haiwan-haiwan ini boleh dijadikan ‘mesin pahala’ kepada kita. Iaitu melalui mereka, kita dapat menjana pahala kebaikan dari sisi ALLAH Jalla wa A`la. Jangan sampai ia menjadi ‘mesin dosa’ kepada kita pula. Jadi, ia terpulang kepada kita untuk memilihnya: Memilih untuk mendapat pahala melaluinya. Atau: Memilih untuk mendapat dosa melaluinya. Atau: Memilih untuk tidak berbuat apa-apa. Sebelum mengakhiri celoteh ini, ada baiknya kita sama-sama fahami hadith berikut yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda: ؟ لﺎﻘﻓ : ﻲﻓ ﻞﻛ ِّ ﺪﺒﻛ ٍ ﺔﺒﻃر ٍ ٌﺮﺟأ َ ﷲ! ِ نإو َّ ﺎﻨﻟ ﺎﻳ لﻮﺳر ﻪﻟ . اﻮﻟﺎﻗ َ ﻸﻤﻓ ﻪﱠﻔُﺧ ءﺎﻣ ً ﻢﺛ ﻪﻜﺴﻣأ ﻪﻴﻔﺑ ُﺐﻠﻜﻟا اﺬﻫ ﻎﻠﺑ : ُ ﺪﻘﻟ ﻞﺟﺮﻟا . ِ لﺎﻘﻓ . ﻢﺛ بﺮﺸﻓ ﺎﻬﻴﻓ لﺰﻨﻓ اًﺮﺌﺑ . ُ ﺪﺟﻮﻓ “Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum. Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekor anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilati debu kerana sangat haus. Lelaki itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi”. Lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali. Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. ALLAH berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapatkan pahala kerana binatang-binatang seperti ini?” Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam menjawab: “Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.” (HR Muslim) Nah, memang tersedia pahala pada haiwan-haiwan ini untuk kita rebuti, berdasarkan dari kalam Nabi yang mulia, Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam di atas! Tinggal kita mahu memetiknya sahaja.....

Allahualam..