Jumaat, 8 November 2013

AZAB SEORANG PRAMUGARI

Nauzubillah. Di bawah ni kisahnya. Aku copy 100 %. Moga ada pengajaran bersama. Muslimin muslimat yang dirahmati Allah....

Pagi tadi ana baru menerima email dari seorang teman tentang peristiwa seorang pramugari yang koma di Tanah Suci Makkah ketika ingin menunaikan fardhu haji....

Marilah kita membaca kisah ini dengan mata hati kita...
moga dapat menjadi iktibar buat kita semua...

** Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

** Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

** Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

** Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan.

**Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit. Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan.

**"Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku. "Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.

**Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri.

**Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan.

** dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri.

**Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

** Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma.

**Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital. Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya

**. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak-esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan.. kakak taubat dah Lan.

**Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat." "Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.

Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat.

Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan. "Habis yang kakak pergi haji ini?" "Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi." "Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut. "Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka.

Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah." "

Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan..

Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita. Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.

Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wa nita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa.

Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. " sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak.

Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.

Kerna kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak".

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.

Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan." Saya termenung mendengar cerita wanita itu.

Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya.. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah. "Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh. "Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat.

" Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wa nita lain pula jadi macam kakak.

Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wa nita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..." "Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji.

Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam." Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?

Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT" Wassalam.

posted  by  perindu syahid
Admin  amirazuwa.blogspot.com

Rabu, 6 November 2013

10 GOLONGAN TDK DAPAT MASUK SYURGA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

ِ Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,Syurga adalah sebaik-baik tempat kembali untuk orang-orang mukmin yang dirahmati oleh Allah SWT. Sesiapa yang dipilih oleh Allah SWT untuk memasuki syurga-Nya adalah orang yang paling beruntung dan berbahagia. Amat malang untuk golongan yang di masukkan ke dalam neraka dan tidak dapat mencium bau syurga, sedangkan keharuman syurga boleh dihidu sehingga 500 tahun perjalanan. Terdapat sepuluh golongan manusia yang tidak akan mencium bau syurga kerana dosa-dosa besar yang dilakukan ketika di dunia. Golongan tersebut adalah seperti berikut

: Golongan Pertama : Wanita-wanita yang meminta talak tanpa alasan syar'ie. ﻪﺟﺮﺧا ﻮﺑا دوواد ةأﺮﻣا ٍ ﺖﻟﺄﺳ ﺎﻬﺟوز ﺎﻗﻼﻃ ً ﻲﻓ ﺮﻴﻏ ﺎﻣ سﺄﺑ ٍ ماﺮﺤﻓ ٌ ﺎﻬﻴﻠﻋ ﺔﺤﺋار ﺔﻨﺠﻟا ." ءﺎﻤﺳأ ، ﻦﻋ نﺎﺑﻮﺛ ، لﺎﻗ : لﺎﻗ لﻮﺳر ﻪّﻠﻟا ﻰﻠﺻ ﻪّﻠﻟا ﻪﻴﻠﻋ ﻢﻠﺳو " : ﺎﻤﻳأ ـ ﺎﻨﺛﺪﺣ نﺎﻤﻴﻠﺳ ﻦﺑ بﺮﺣ ، ﺎﻨﺛ دﺎﻤﺣ ، ﻦﻋ بﻮﻳأ ، ﻦﻋ ﻲﺑأ ﺔﺑﻼﻗ ، ﻦﻋ ﻲﺑأ Sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Mana-mana wanita yang meminta talak dari suaminya tanpa alasan syar'ie, maka haram syurga baginya." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Golongan Kedua : Orang-orang yang membunuh kafir zimmi. ﺎﻣﺎﻋ ﻞﻫأ ﺔﻣﺬﻟا ﻢﻟ حﺮﻳ ﺔﺤﺋار ﺔﻨﺠﻟا ، نإو ﺎﻬﺤﻳر ﺪﺟﻮﻴﻟ ﻦﻣ ةﺮﻴﺴﻣ ﻦﻴﻌﺑرأ وﺮﻤﻋ لﺎﻗ : لﺎﻗ لﻮﺳر ﷲ ﻰﻠﺻ ﷲ ﻪﻴﻠﻋ ﻢﻠﺳو " : ﻦﻣ ﻞﺘﻗ ﻼﻴﺘﻗ ﻦﻣ وﺮﻤﻋ ﻲﻤﻴﻘﻔﻟا ، ﻦﻋ ﺪﻫﺎﺠﻣ ، ﻦﻋ ةدﺎﻨﺟ ﻦﺑ ﻲﺑأ ﺔﻴﻣأ ، ﻦﻋ ﺪﺒﻋ ﷲ ﻦﺑ ﺐﻘﻌﻤﻟا - ﺎﻨﺛﺪﺣ ناوﺮﻣ ، ﻮﻫو ﻦﺑا ﺔﻳوﺎﻌﻣ يراﺰﻔﻟا ، ﻦﻋ ﻦﺴﺤﻟا ﻦﺑ ﺪﻗو مﺎﻣﻹﻻﺎﻗ ﺪﻤﺣأ : ﺎﻨﺛﺪﺣ ﻞﻴﻋﺎﻤﺳإ ﻦﺑ ﺪﻤﺤﻣ - ﻲﻨﻌﻳ ﺎﺑأ ﻢﻴﻫاﺮﺑإ " . Sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Barangsiapa membunuh kafir zimmi maka tidak akan mencium bauan syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh didapati sejauh perjalanan 40 tahun" (Hadis Riwayat Imam Ahmad) Tiga golongan kafir yang HARAM dibunuh:
1.
Kafir Zimmi: Orang kafir yang membayar jizyah yang dipungut setiap tahun sebagai imbalan yang membolehkan mereka tinggal di negara kaum Muslimin 2. Kafir Mu'ahad: Orang-orang kafir yang telah bersepakat dengan kaum muslimin untuk tidak berperang dalam kurun waktu yang disepakati.
3. Kafir Musta'man: Orang-orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum muslimin atau sebahagian kaum muslimin. Kafir yang boleh diperangi dinamakan kafir Harbi iaitu orang kafir yang memerangi umat Islam seperti bangsa Yahudi di Palestin yang membunuh umat Islam Palestin.

Golongan Ketiga : Wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Nabi SAW pernah bersabda maksudnya: “Perempuan yang memakai baju tetapi telanjang, dan dia memandang lelaki lain, dan membuatkan lelaki-lelaki lain terpandang kepadanya, maka perempuan ini tidak akan cium bau syurga. Sedangkan bau syurga sudah pun boleh dibau dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.” (Hadis Riwayat Muslim)

Golongan Keempat : Orang-orang yang menderhakai kedua ibu bapanya. Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab : “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan : “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” (Hadis Riwayat Bukhari) Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan orang yang ketagihan minuman keras.” (Hadis Riwayat Sunan al-Nasai') Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Tiga manusia tidak akan masuk syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki. (Hadis Riwayat Nasa’i, Bazzar dan al-Hakim). Al-Hakim juga meriwayatkan hadis baginda yang bermaksud : Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

Golongan Kelima : Orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan. Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Hadis Riwayat Muslim) Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Bauan syurga dapat dirasai sejauh perjalanan 1000 tahun . Demi Allah tidak akan merasainya seseorang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang memutuskan tali persaudaraan” (Hadis Riwayat At-Tabrani)

Golongan Keenam : Orang-orang tua yang mewarnakan ubannya dengan warna hitam. نﻮﺤﻳﺮﻳﻻ ﺔﺤﺋار ﺔﻨﺠﻟا ." ﻪﺟﺮﺧا ﻮﺑا دوواد " نﻮﻜﻳ مﻮﻗ ٌ نﻮﺒﻀﺨﻳ ﻲﻓ ﺮﺧآ نﺎﻣﺰﻟا داﻮﺴﻟﺎﺑ ﻞﺻاﻮﺤﻛ مﺎﻤﺤﻟا ﺮﻴﺒﺟ ، ﻦﻋ ﻦﺑا سﺎﺒﻋ لﺎﻗ : لﺎﻗ لﻮﺳر ﻪّﻠﻟا ﻰﻠﺻ ﻪّﻠﻟا ﻪﻴﻠﻋ ﻢﻠﺳو : ـ ﺎﻨﺛﺪﺣ ﻮﺑأ ﺔﺑﻮﺗ ، ﺎﻨﺛ ﺪﻴﺒﻋ ﻪّﻠﻟا ، ﻦﻨﻋ ﺪﺒﻋ ﻢﻳﺮﻜﻟا يرﺰﺠﻟا ، ﻦﻋ ﺪﻴﻌﺳ ﻦﺑ “Sabda Nabi Muhammad SAW : "Akan ada satu kaum yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam seperti hitam yang ada pada kebiasaan dada burung merpati (kerana menutup warna uban) tidak akan mencium bau syurga" (Hadis Riwayat Abu Daud)

Golongan Ketujuh : Orang-orang yang mengubah nama bapanya. ، ﺔﺋﺎﻤﺴﻤﺧ مﺎﻋ .(( ﻪﺟﺮﺧا ﻦﺑا ﻪﺟﺎﻣ ﻰﻋدا ﻰﻟإ ﺮﻴﻏ ﻪﻴﺑأ ، ﻢﻟ حﺮﻳ ﺔﺤﺋار ﺔﻨﺠﻟا نإو ﺎﻬﺤﻳر ﺪﺟﻮﺗ ﻦﻣ ةﺮﻴﺴﻣ ﻦﻋ ﺪﺒﻋ ﷲ ﻦﺑ وﺮﻤﻋ ؛ لﺎﻗ : لﺎﻗ لﻮﺳر ﷲ ﻰﻠﺻ ﷲ ﻪﻴﻠﻋ ﻢﻠﺳو : ﻦﻣ ﺎﻨﺛﺪﺣ ﺪﻤﺤﻣ ﻦﺑ حﺎﺒﺼﻟا . ﺎﻧﺄﺒﻧأ نﺎﻴﻔﺳ ﻦﻋ ﺪﺒﻋ ﻢﻳﺮﻜﻟا ، ﻦﻋ ﺪﻫﺎﺠﻣ Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang mengubah nama ayah atau keturunannya dan mendakwa selain ayahnya yang sebenar tidak mencium bau syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 500 tahun” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Golongan Kelapan : Orang-orang yang membunuh putera mahkota yang telah ditabalkan. : ﺎﻬﺤﻳر ﺪﺟﻮﺗ ﻦﻣ ةﺮﻴﺴﻣ ﻦﻴﻌﺑرأ ﺎﻣﺎﻋ .( ﻪﺟﺮﺧا يرﺎﺨﺒﻟا ﷲ ﻪﻴﻠﻋ ﻢﻠﺳو لﺎﻗ ) : ﻦﻣ ﻞﺘﻗ اﺪﻫﺎﻌﻣ ﻢﻟ حﺮﻳ ﺔﺤﺋار ﺔﻨﺠﻟا ، نإو ﺎﻨﺛﺪﺣ ﺪﻫﺎﺠﻣ ، ﻦﻋ ﺪﺒﻋ ﷲ ﻦﺑ وﺮﻤﻋ ﻲﺿر ﷲ ﺎﻤﻬﻨﻋ ، ﻦﻋ ﻲﺒﻨﻟا ﻰﻠﺻ ﺎﻨﺛﺪﺣ ﺲﻴﻗ ﻦﺑ ﺺﻔﺣ : ﺎﻨﺛﺪﺣ ﺪﺒﻋ ﺪﺣاﻮﻟا : ﺎﻨﺛﺪﺣ ﻦﺴﺤﻟا ﻦﺑ وﺮﻤﻋ Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Barangsiapa membunuh putera mahkota yang telah ditabalkan tidak mencium bau syuga. Sesungguhnnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 40 tahun” (Hadis Riwayat Bukhari)

Golongan Kesembilan : Pemimpin-pemimpin yang tidak menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat. ، ﻢﻠﻓ ﺎﻬﻄﺤﻳ ﻪﺤﺼﻨﺑ ، ﻻإ ﻢﻟ ﺪﺠﻳ ﺔﺤﺋار ﺔﻨﺠﻟا .( ﻪﺟﺮﺧا يرﺎﺨﺒﻟا ﻲﺒﻨﻟا ﻰﻠﺻ ﷲ ﻪﻴﻠﻋ ﻢﻠﺳو لﻮﻘﻳ ) : ﺎﻣ ﻦﻣ ﺪﺒﻋ ﻪﻴﻋﺮﺘﺴﻳ ﷲ ﺔﻴﻋر ، ﻚﺛﱢﺪﺤﻣ ﺎﺜﻳﺪﺣ ً ﻪﺘﻌﻤﺳ ﻦﻣ لﻮﺳر ﷲ ﻰﻠﺻ ﷲ ﻪﻴﻠﻋ ﻢﻠﺳو : ﺖﻌﻤﺳ دﺎﻋ ﻞﻘﻌﻣ ﻦﺑ رﺎﺴﻳ ﻲﻓ ﻪﺿﺮﻣ يﺬﻟا تﺎﻣ ﻪﻴﻓ ، لﺎﻘﻓ ﻪﻟ ﻞﻘﻌﻣ : ﻲﻧإ ﺎﻨﺛﺪﺣ ﻮﺑأ ﻢﻴﻌﻧ : ﺎﻨﺛﺪﺣ ﻮﺑأ ﺐﻬﺷﻷا ، ﻦﻋ ﻦﺴﺤﻟا : نأ ﺪﻴﺒﻋ ﷲ ﻦﺑ دﺎﻳز Dari Hasan meriwayatkan bahawa Ubaidallah bin Ziad ketika tiba ajalnya berkata :“Aku ceritakan padamu sebuah hadis yang aku dengar dari Rasulullah . Baginda bersabda: "Mana-mana pemimpin yang dipilih oleh Allah untuk menjaga kebajikan mereka… tidak memberi teladan yang baik kepada mereka melainkan tidak mencium bau syurga" (Hadis Riwayat Bukhari)

Golongan Kesepuluh : Lelaki yang Dayus
Nabi SAW bersabda :- ، ﺔﻠﺟﺮﺘﻤﻟاو ، ثﻮﻳﺪﻟاو . هاور ﺪﻤﺣأ ﻲﺋﺎﺴﻨﻟاو ﺔﺛﻼﺛ ﻻ ﺮﻈﻨﻳ ﷲ ﺰﻋ ﻞﺟو ﻢﻬﻴﻟإ مﻮﻳ ﺔﻣﺎﻴﻘﻟا : قﺎﻌﻟا ﻪﻳﺪﻟاﻮﻟ Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki Dayus" ( Hadis Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 ) Dalam sebuah hadis lain pula : ، قﺎﻌﻟاو ، ّ ثﻮّﻳّﺪﻟاو ُ يﺬﻟا ﺮِﻘُﻳ ُّ ﻲﻓ ﻪِﻠْﻫَأ ِ ﺚْﺒُﺨﻟا . َ هاور ﺪﻤﺣأ ﻲﺋﺎﺴﻨﻟاو ﺔﺛﻼﺛ ٌ ﺪﻗ مّﺮَﺣ َ ﷲ - ُ كَرﺎَﺒَﺗ َ ﻰَﻟﺎَﻌَﺗَو - ﻢﻬﻴﻠﻋ ﺔﻨﺠﻟا : َ ﻦِﻣْﺪُﻣ ُ ﺮﻤﺨﻟا . Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Hadis Riwayat Ahmad ).

Sahabat yang dikasihi, Marilah sama-sama kita jauhkan diri kita daripada sifat dan amalan 10 golongan yang tidak akan mencium bau syurga. Amat malang sesiapa yang berpeluang melakukan amal soleh dan amal ibadah ketika di dunia tetapi gagal menfaatkan masa dan umurnya untuk mentaati perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya.

allahu'alam.

sumber: Makmum Sundari
dan abufaith.blogspot.com

Selasa, 5 November 2013

KISAH SERAM KAKI MAYAT MENCARI JASAD

Apabila menyebut tentang manusia, sudah tentu ia berkait rapat di antara hubungan roh dan jasad. Seperti diri kita, badan kita adalah jasad, dan roh merupakan diri kita sendiri.

Berbalik kepada kisah ini, ia merupakan diambil dari Majalah Seri Dewi & Keluarga Mac keluaran 2000. Untuk mengetahui lebih lanjut, jom kita baca kisah seram ini di bawah. Sudah 15 hari Hashim dikebumikan selepas maut dalam satu kesedihan Zaoyah masih belum reda. Kematian suami tersayang kepatahan sayap.

Tempat bergantung juga sudah tiada, tempat bermanja jauh sekali. Zaoyah masih ingat ketika pagi kejadian, dia masih di dapur apabila Hashim memberitahu dia terpaksa ke tempat kerja lebih awal pagi ini. Zaoyah hanya sempat membancuh milo, tetapi sarapan masih terjerang di atas dapur.

“Tunggu sambal Zaoyah sambil menghidangkan nasi lemak yang masih berasap. “Tak apalah Yah, tengahari nanti abang balik, abang makanlah nasi lemak tu,” ujar Hashim. Dia kelihatan begitu tergesa-gesa. Topi keledar dicapainya dan terus disarung ke kepala. Stokin dan kasut dipakai secepat kilat dan motorsikalnya.

Sebaik sahaja Hashim pergi, Zaoyah menutup semula makanan di atas meja. Rengekan Azril, anak bongsunya segera menarik perhatiannya. Zaoyah mematikan api dapur dan terus ke bilik. Azril sudahpun bangun tetapi tangisannya sebelumnya. Zaoyah hairan.

Dia merasa seluruh tubuh Azril. Tidak pula panas memujuk Azril sambil menggantikan lampin. Kemudian mendukung anaknya ke dapur. Zaoyah menyuapkan telur rebus ke mulut Azril tetapi anak kecil itu menolak. Zaoyah hairan. Anaknya tidak pernah begitu sebelum ini. Jam menangis.

Selepas menyusu Zaoyah menidurkan Azril di dalam biliknya. Sedang Zaoyah memanaskan lauk di dapur, tiba-tiba perasaannya menjadi tidak enak. Apabila terpandang nasi lemak Hashim semakin tidak menentu. Deringan telefon membuatkan Zaoyah tersentak. Dia segera menjawab panggilan di ruang tamu.

“Ya Allah…abang..,” tiba-tiba Zaoyah menjerit sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan. Hashim terbunuh perjalanan kelam, dia rebah tanpa meletakkan gagang telefon di tempatnya.

Mujurlah jeritannya di dengar Pak Busu yang sedang rumah Zaoyah. Pak Busu segera memanggil jiran-jiran wanita untuk tersedar apabila jenazah Hashim sampai selepas Zuhur di rumahnya.

“Yah, kalau nak tengok muka Hashim buat kali terakhir, tengoklah. Tok dah buka kapan di mukanya,” ujar Tok Imam. Zaoyah merenung mayat Hashim yang sudah dimandi dan dikapankan oleh pihak hospital. Bagai tidak terdaya Zaoyah hendak menatap wajah suami tercinta. Terkilan hatinya kerana Hashim tidak sempat menjamah nasi lemak kegemarannya pagi tadi.

Walaupun menangisi kematian Hashim. Adik-beradik dan sanak saudara sudah pulang ke rumah masing seorang demi seorang. Seperti malam-malam yang lalu, Zaoyah gagal melelapkan matanya. Kenangan dan ingatannya hanya kepada Hashim.

Setiap kali rindunya memuncak dia akan membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas, dihadiahkan kepada allahyarham. Hanya itulah ubat yang mampu menenangkan jiwanya. Kalau dia tidur pun, hanya tidur-tidur ayam. Sering dia terjaga di tengah malam dan pasti tidak mampu terlena lagi hingga ke pagi.

Malam itu Zaoyah gagal Walaupun kokok ayam yang pertama sudah kedengaran, matanya telinganya menangkap bunyi tapak kaki menapak di lantai rumahnya. Zaoyah terkejut.

Tak mungkin anak sulungnya Shahril bangun tengah-tengah malam. Shahril tak pernah bangun tengah malam sebelum ini. Zaoyah dapat mendengar bunyi tapak kaki yang mundar mandir ke hulu ke hilir.

Tetapi kedengarannya seperti bukan berjalan, tetapi melompat setapak-setapak. “Kucing agaknya,” bisik hati Zaoyah. Dia membiarkan bunyi tapak kaki itu menghilang. Ketika azan Subuh berkumandang. Zaoyah segera bangun dan menunaikan solat Subuh.

Ketika remang Subuh mendatang, Zaoyah segera menjerang air dan mengejutkan Shahril untuk ke sekolah. sedihnya jauh-jauh apabila berdepan dengan anak-anak. “Sekolah pandai-pandai Ril, abah kau dah tak ada. Kaulah ganti abah nak jaga mak bila tua nanti, nak tolong mak besarkan Shahril yang sedang menikmati minum paginya.

Shahril segera mengambil beg sekolahnya dan keluar memakai kasut. Belumpun Shahril duduk, dia terpandang bekas tapak kaki di atas papan tangga menuju ke rumah. Kemudian di atas lantai menghala ke dapur dan ke bilik Zaoyah.

“Mak! tapak kaki siapa ni mak?” jerit Shahril. Zaoyah bergegas melihat bekas tapak kaki berlumpur di atas lantai. Zaoyah segera teringat apa yang didengarnya malam tadi. Mungkinkah ada orang naik ke rumahnya malam tadi.

Tapi siapa? Perasaan Zaoyah jadi tidak menentu. Ini mesti ada orang yang berniat tidak baik terhadapnya. Baru tiga minggu dia menjanda,sudah adakah lelaki yang menaruh hati kepadanya? Zaoyah segera membersihkan kesan tapak kaki di atas lantai tersebut.

Sambil hatinya berdoa, janganlah ada apa-apa musibah yang menimpa dia dengan anak-anak. Malam itu tingkap rumahnya berkunci dan bermangga. Kalau ada orang yang nak buat jahat pun, mereka tentu akan mengambil masa untuk membuka pintu dan tingkap rumahnya.

Tetapi malam itu sekali lagi Zaoyah dikejutkan oleh bunyi yang sama. Zaoyah sengaja mengajak Shahril tidur bersama di biliknya. Shahril dan Azril tidur di atas katil sedang Zaoyah tidur di atas tilam yang terhampar di atas lantai. Zaoyah bingkas bangun sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kaki tersebut.

Dia mengintai dari pintu biliknya, siapa agaknya yang berani naik ke rumahnya. Tetapi alangkah terkejutnya Zaoyah apabila melihat sekerat kaki dari betis ke bawah sedang menapak mengamati kaki tersebut. Dia terkaku melihat kaki tersebut terlompat-lompat mundar mandir di ruang tamu rumah.

Tiba-tiba Zaoyah teringat sesuatu. “Ya Allah, mengenali kaki itu adalah milik suaminya. Serentak dengan itu kaki tersebut hilang dari pandangan. Zaoyah bagai bari tersedar dari mimpi. Serentak itu juga tubuh Zaoyah disimbahi peluh dingin dan sejuk. Zaoyah tidak berani hendak keluar dari biliknya.

Malah keesokan paginya, dia menunggu sekeliling cerah lebih dahulu baharu dia diberitahu mengadu tentang tapak kaki tersebut, Zaoyah cuma meminta Shahril supaya tidak mempedulikannya.

Petang itu Tok Imam datang ke rumah Zaoyah. Dia hendak melihat sendiri bekas tapak kaki yang dikatakan oleh Zaoyah. meminta pandangan mengenai tapak kaki dan kaki Hashim yang dilihatnya. “Memang saya nampak kaki dia Tok,” ujar Zaoyah sedih. “Apa alamatnya tu Tok?” soalnya lagi. Tok Imam memikir-mikir sebentar. “Ada yang tak kena ni Yah”, ujar Tok Imam.

Zaoyah tidak faham Keesokan harinya, Tok Imam mengajak beberapa orang kampung ke tempat Hashim di tempat kemalangan. Tok Imam sendiri mencari di kawasan kemalangan sambil diperhatikan oleh orang-orang kampung yang lain.

“Subhanallah,” tiba-tiba Tok Imam bersuara lantang. Orang-orang kampung segera menghampiri Tok Imam. Mereka terkejut apabila melihat sebelah kaki Hashim terlindung di sebalik daun-daun keladi di dalam selut.

“Kau ambik benda ni, bawa ke masjid. Kaki ni kita kena mandikan kebumikan,” ujar Tok Imam. Zaoyah terkejut apabila diberitahu penemuan kaki Hashim di dalam semak di tempat kemalangan.

“Mungkin disempurnakan. Itu sahaja yang Tok boleh katakan. Wallahualam,” ujar Tok Imam ketika Zaoyah bertanya mengapa dia melihat kaki Hashim berjalan di dalam rumah.

KISAH USTAZ DI BILIK MAYAT

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di sebuah hospital kerajaan di Selangor.
Semoga dapat kita ambil iktibar dan tauladan.

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah sudah seminggu tidak dituntut.

Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah.

badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya.

Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna.

Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik mayat berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian berlaku itu.

Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; telah sebenarnya yang apakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya. Sedang saya termenung tiba-tiba seorang wanita berjalan menuju ke arah saya.

Satu lagi pula timbul pertanyaan siapa berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya.

Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.” Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. “Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya.

Mak cik rasa betultapiMakcik lihatlah betul-betul.” kata ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya itu tidak mahu menjawab Wanita itu. menangis teresak-esak.

Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.”Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.

Tapi…” tambah wanita itu lagiapabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam pergi, akan dia pun lebat hujan dikejutkan supaya bangun sembahyang, makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut. memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja keimanannya, malah diaibkan dengan hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas sebagai iman keesokan harinya di masjid Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, agak yang Allahyarham saudara persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita badannya, bentuk tentang berkenaan, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!”

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadiapakahyang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalahsesuatuyang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.

Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya. Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka

Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

Wallahu’alam….

Posted by nurazuwa63/perindu syahid
amirazuwa.blogspot.com

Sabtu, 2 November 2013

3 GAYA WANITA YANG TIDAK AKAN MENCIUM BAU SYURGA

(1) Wanita yang berpakaian tetapi telanjang.

Ada beberapa tafsiran yang disampaikan oleh Imam Nawawi:

   *- wanita yang mendapat nikmat Allah, namun enggan bersyukur kepada-Nya.

    *- wanita yang menutup sebagian tubuhnya dan menyingkap sebagian lainnya.

    *- wanita yang memakai pakaian yang tipis yang menampakkan warna badannya.


(2) Wanita yang maa-ilaat wa mumiilaat

# Ada beberapa tafsiran mengenai hal ini:

     *- Maa-ilaat yang dimaksud adalah tidak taat pada Allah dan tidak mau menjaga yang mesti dijaga. Mumiilaat yang dimaksud adalah mengajarkan yang lain untuk berbuat sesuatu yang tercela.

     *- Maa-ilaat adalah berjalan sambil memakai wangi-wangian dan mumilaat yaitu berjalan sambil menggoyangkan kedua pundaknya atau bahunya.

     *- Maa-ilaat yang dimaksud adalah wanita yang biasa menyisir rambutnya sehingga bergaya sambil berlenggak lenggok bagai wanita nakal. Mumiilaat yang dimaksud adalah wanita yang menyisir rambut wanita lain supaya bergaya seperti itu.


(3) Wanita yang kepalanya seperti punuk unta yang miring

     *- Maksudnya adalah wanita yang sengaja memperbesar kepalanya dengan mengumpulkan rambut di atas kepalanya seakan-akan memakai serban (sorban).

(Lihat Syarh Shahih Muslim, terbitan Dar Ibnul Jauzi, 14: 98-99).


#inilah mod wanita sekarang kan?? Hindarilah wanita yg tidak akan mencium bau syurga ini...Bagi kaum wanita..insaflah...

##
tp hakikaktnyer...Lelaki suka pd wanita spt diatas kan?? Para lelaki jgn biarkan diri anda ditarik ke neraka bsm golongan ini..jika emak,adik,kakak,isteri atau bakal isteri anda spt diatas,tlglah ambil peranan krn sbg lelaki yg memegang tgungjawab atas wanita,anda akan ditarik keneraka krn gagal melaksanakan amanah ini...
Wallahualam....

SUARA YANG DIDENGARI MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal iaitu;

1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu;

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ... Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.

>> Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu?
>> Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu ?
>> Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu ?
>>  Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu ?"

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...

>> Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah ?
>> Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara ?
>> Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar ?
>> Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Ghaib Tak Bersuara ?"

Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan

>> Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Redha >> Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
>> Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
>>Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
>>Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika Mayat Diusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
· - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
· - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Disolatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· - Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
· - Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik ·

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat .... terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan..

>> Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini Wahai Fulan Anak Si Fulan....
>> Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis ·
>> Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
>> Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... . Allah Berkata Kepadanya,

"Wahai Hamba-Ku.... . . · Kini Kau Tinggal Seorang Diri · Tiada Teman Dan Tiada Kerabat ·
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap.. · Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri ·
Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku · Hari Ini,....
Akan Kutunjukan Kepadamu · Kasih Sayang-Ku Yang Akan Takjub Seisi Alam · Aku Akan Menyayangimu Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman ,

"Wahai Jiwa Yang Tenang Kembalilah Kepada Tuhanmu Dengan Hati Yang Puas Lagi Diredhai-Nya, Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"

## Anda Ingin Berbuat secebis amal ? Tolong sebarkanan Kepada Rakan-Rakan Muslim Lainnya Setidak-tidaknya Yang Anda Kenal..!!!

## Seandainya kita pernah sedikit terlalai, Semoga peringatan tentang kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini. Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadisnya yang lain,

## beliau bersabda
"wakafa bi almauti wa'idha",
ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!

****Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin.... Aktiviti seharian kita selalu mencuri konsentrasi , seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tahu bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan....renungkanlah



Postedby nurazuwa63@perindu syahid>>
Follow amirazuwa.blogspot.com

12 BARISAN MANUSIA MENUJU AKHIRAT

BARISAN PERTAMA:

>>> di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan dan berkaki.
Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :

"mereka orang-orang yang menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka, mereka yg sombong dan tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan di dunia maupun di akhirat".

Firman Allah :
 
'AKU akan memalingkan hati orang yang sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat-ayat KU (yang menunjukkan kekuasaan KU),itulah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka"

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BARISAN KEDUA:

>> di iringi dari kubur dalam bentuk babi hutan datang seruan Allah

"mereka orang yang meringan-ringankan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yang memelihara solat lima waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya,mereka yang mengabaikan maka waktu dia mati,mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."

Rasulullah saw bersabda

"sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala dan kedua-dua bahunya,maka setiap kali dia rukuk atau sujud,berjatuhanlah dosa-dosa itu.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BARISAN KETIGA:

>>>>di iringi dari kubur dengan bentuk keldai dan perut penuh ular serta kala jengking.

Mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dalam orang yg berkemampuan. Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka!

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BARISAN KEEMPAT:

>>>>> diiringi dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut, mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli.

Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperolehi datang dari sumber yang halal.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BARISAN KELIMA:

>>>>>diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai, ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar,

mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka,takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. Inilah balasannya dan tempat mereka juga adalah neraka

>>>>>>>>>>>>>

BARISAN KEENAM :

>>>>> diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yang dahulunya menjadi saksi palsu.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BARISAN KETUJUH:

>>>> diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah dan nanah dari mulut mereka, mereka ini adalah orang yang enggan memberi kesaksian kebenaran.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BARISAN KELAPAN:

>>>> diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala ke bawah dan kaki ke atas mereka adalah orang yang melakukan zina.tempat mereka juga adalah di neraka.

sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud

  "tiada bersunyi-sunyian antara seorang lelaki dan wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka"

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BARISAN KESEMBILAN:

>>>> diiringi dari kubur dengan wajah hitam dan bermata biru,sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BARISAN KE-10:

>>>> diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak dan dipenuhi kusta mereka ini adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BARISAN KE-11:

>>>> diiringi dari kubur dalam keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada dan lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yang menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BARISAN KE-12:

>>>>> diiringi dari kubur dengan wajah bersinar-sinar seperti bulan purnama, mereka melalui titian sirat seperti kilat.

Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan

"mereka semasa hidupnya adalah orang yang beramal soleh dan melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka,memelihara solat lima waktu dan meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.Inilah balasan mereka dan tempat kembali mereka adalah syurga,beroleh keampunan,kasih sayang dan keredhaan Allah SWT."

##kita xtahu apakah golongan. Y

KALAU SUAMI dah...

Kalau suami mula berahsia, Itu tandanya dia tak setia
Kalau suami meninggi suara, Itu tandanya dia dah ada mak we
Kalau suami mengaku bujang tua, Itu tandanya dia nak ngurat anak dara
Kalau suami selera tak ada, Itu tandanya dia nak pasang dua
Kalau suami lambat balik aje, Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha
Kalau suami tidur di ruang tamu, Itu tandanya dia dah jemu
Kalau suami malam jumaat buat tak tahu, Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu
Kalau suami garang macam singa, Itu tandanya hati dia dah tak cinta
Kalau suami asyik komplen aje, Itu tandanya dia dah tak suka
Kalau suami mula sepak terajang ke muka, Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jika suami sayangkan isteri, Dapat gaji semua diberi
Jika suami sayangkan isteri, Kerja rumah rela dikongsi
Jika suami sayangkan isteri, Kereta diberi suami naik LRT
Jika suami sayangkan isteri, Duit poket diberi setiap hari
Jika suami sayangkan isteri, SMS dikirim tanda rindu dihati
Jika suami sayangkan isteri, Kongsi masalah nasihat dikasi
Jika suami sayangkan isteri, Diberi ciuman setiap pagi
Jika suami sayangkan isteri, I love U, I miss U katanya setiap hari
Jika suami sayangkan isteri, Isteri gemuk, dikatakan seksi
Jika suami sayangkan isteri, Sakit sikit selongkar laci ubat dicari
Jika suami sayangkan isteri, Kemana sahaja dibawa pergi
Jika suami sayangkan isteri, Sentiasa jujur perihal diri
Jika suami sayangkan isteri, Status berkahwin bangga sekali
Jika suami sayangkan isteri, Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA PARA ISTERI :

Adakah suami-suami anda tergolong dalam salah satu,2,3@4 dr kategori ini?

JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI
=maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA.

TETAPI .... KALAU SUAMI .... lebih banyak dari JIKA SUAMI ...
=maka berhati-hatilah. Wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA PARA SUAMI :

Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA ?????

JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI .. KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI..
DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA...


Kredit utk selasarsifakir..