•Sentiasa berdoa agar disayangi.
•Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
•Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
•Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri
•.Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
•Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
•Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
• Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
•Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
•Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
• Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
•Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
• Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
• Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang. Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
•Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
•Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan. Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
• Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
•Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
• Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
•Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
•Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
• Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
•Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
•Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
• Sentiasa lakukan ibadah bersama.
• Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
•Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
**semoga semua dpt keluarga yg soleh solehah dan bahagia..Amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan