Sabtu, 2 November 2013

12 BARISAN MANUSIA MENUJU AKHIRAT

BARISAN PERTAMA:

>>> di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan dan berkaki.
Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :

"mereka orang-orang yang menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka, mereka yg sombong dan tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan di dunia maupun di akhirat".

Firman Allah :
 
'AKU akan memalingkan hati orang yang sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat-ayat KU (yang menunjukkan kekuasaan KU),itulah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka"

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BARISAN KEDUA:

>> di iringi dari kubur dalam bentuk babi hutan datang seruan Allah

"mereka orang yang meringan-ringankan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yang memelihara solat lima waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya,mereka yang mengabaikan maka waktu dia mati,mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."

Rasulullah saw bersabda

"sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala dan kedua-dua bahunya,maka setiap kali dia rukuk atau sujud,berjatuhanlah dosa-dosa itu.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BARISAN KETIGA:

>>>>di iringi dari kubur dengan bentuk keldai dan perut penuh ular serta kala jengking.

Mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dalam orang yg berkemampuan. Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka!

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BARISAN KEEMPAT:

>>>>> diiringi dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut, mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli.

Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperolehi datang dari sumber yang halal.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BARISAN KELIMA:

>>>>>diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai, ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar,

mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka,takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. Inilah balasannya dan tempat mereka juga adalah neraka

>>>>>>>>>>>>>

BARISAN KEENAM :

>>>>> diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yang dahulunya menjadi saksi palsu.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BARISAN KETUJUH:

>>>> diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah dan nanah dari mulut mereka, mereka ini adalah orang yang enggan memberi kesaksian kebenaran.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BARISAN KELAPAN:

>>>> diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala ke bawah dan kaki ke atas mereka adalah orang yang melakukan zina.tempat mereka juga adalah di neraka.

sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud

  "tiada bersunyi-sunyian antara seorang lelaki dan wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka"

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BARISAN KESEMBILAN:

>>>> diiringi dari kubur dengan wajah hitam dan bermata biru,sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BARISAN KE-10:

>>>> diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak dan dipenuhi kusta mereka ini adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BARISAN KE-11:

>>>> diiringi dari kubur dalam keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada dan lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yang menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BARISAN KE-12:

>>>>> diiringi dari kubur dengan wajah bersinar-sinar seperti bulan purnama, mereka melalui titian sirat seperti kilat.

Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan

"mereka semasa hidupnya adalah orang yang beramal soleh dan melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka,memelihara solat lima waktu dan meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.Inilah balasan mereka dan tempat kembali mereka adalah syurga,beroleh keampunan,kasih sayang dan keredhaan Allah SWT."

##kita xtahu apakah golongan. Y

Tiada ulasan: