Khamis, 22 Mei 2014

APA ITU ILMU PENGASIH ??

Pernahkah mendengar atau tahu tentang ilmu pengasih ini? Di sini ingin saya memberitahu bagaimana si penuntut ilmu pengasih ini mengenakan seseorang yang dia sukai atau dicintai tanpa pengetahuan si mangsa.

Biasanya ilmu pengasih ini dikenakan bila cinta beliau tidak dibalas, sakit hati, cemburu & mempunyai hasad dengki yang jahat. Si mangsa tak akan sedar bahawa dia telah terkena ilmu sihir tersebut.

Bila terkena saja ilmu ini, maka porak perandalah hidup si mangsa. Biar saya terangkan bagaimana salah satu cara² si penuntut ini menyihirkan si mangsa.

Terlebih dahulu si penuntut mesti mengenal pasti betul² wajah si mangsa yang dia hendak sihirkan. Tanpa nama si mangsa pun sudah cukup buat si penuntut menyihirkan seseorang.

Setelah gambaran wajah² mangsanya dia ingati, dia akan memulakan membaca mentera² jampi serapah. Acara pertama yang dilakukan oleh penyihir adalah seperti berikut:

Pertama:

Salah satu caranya dia akan memulakan dengan memusing-musingkan pinggan makannya beberapa kali sambil membayangkan wajah si mangsa dengan menyebut-nyebut nama si mangsa berserta dengan mentera jampi serapahnya.

Mengapa perlu memusing-musingkan pinggan sebelum makan? Supaya si mangsa tidak lalu atau selera hendak makan, resah gelisah di hati, saban hari akan teringat akan si penuntut ilmu pengasih itu.

Tak lalu hendak makan atau minum. Dan dengan cara beginilah si mangsa akan menjadi tidak menentu seakan-akan terbayang wajah si penuntut ilmu ini. Si mangsa akan jadi seperti hilang akal tidak keharuan seperti dilanda penyakit angau saban hari asyik teringat akan si penuntut ilmu sihir ini.

Dia akan menjadi gila bayang melayan perasaannya terhadap si pengamal ilmu sihir ini. Yang kasihannya si mangsa juga tidak sedar dengan tindak perlakunya yang boleh membahayakan dirinya sendiri. Begitulah tersiksanya batin si mangsa.

Kedua:
Sebelum si penuntut itu hendak tidur, bantal di kepalanya ditepuk² beberapa kali, sekali lagi membayangkan wajah si mangsa, sambil menyeru nama si mangsa bersertakan jampi serapahnya. Dia akan menepuk² bantal kepalanya berulang kali.

Mentera² diamalkan sambil menyeru nama si mangsa berkali-kali. Si mangsa akan menjadi resah gelisah tak boleh lelapkan mata asyik terbayangkan wajahnya saja.

Semangatnya akan diseru beberapa kali. Ini akan membuat si mangsa menjadi susah bila setiap kali hendak lelapkan mata, pasti wajahnya datang dalam mimpi, mengganggu emosi dan perasaan si mangsa. Ibarat makan tak lalu tidur pun tak lena. Begitulah setiap kali si mangsa lalui penderitaan jika tidak segera dapatkan rawatan.

Ketiga:

Dan yang terakhir sekali, dengan hanya makan sebiji gula² darinya sudah cukup membuat si mangsa boleh terkena sihir ini. Gula² yang diberi olehnya telah dijampi serapah dengan mentera²nya terlebih awal dahulu sebelum diberikan kepada si mangsa.

Dengan cara begini juga boleh memperkuatkan lagi ilmu pengasihnya. Ianya juga boleh membuat hampir² sebati di dalam diri si mangsa yang memakan gula² itu. Sihirnya akan menjadi kuat untuk mempengaruhi perasaan si mangsa melakukan apa saja kehendak nafsu syahwatnya.

Dia akan cuba mempengaruhi emosi & fikiran si mangsa yang sudah menjadi angau. Apa saja kemahuannya, si mangsa kotakan tanpa disedari olehnya. Syaitan bermaharajalela. Ketawa kegembiraan mendapatkan apa saja yang dihajatinya.

Untuk mengelakkan semua ini,haruslah kita mendekatkan diri pd Allah Swt dan jika kita sudah terkena,usaha la berubat dr pakar² islam bkn dr jln yg salah juga kerana akan mensyirikan kita dan akan makin memburukkan lg keadaan...
allahualam...

Tiada ulasan: