Selasa, 13 Mei 2014

NAMA YG MAKRUH

Penjelasan ringkas pada kali ini adalah berkenaan supaya pasangan suami isteri dan ibu bapa yang dikurniakan zuriat untuk memilih nama-nama yang mulia bagi anak-anak dan jauhi daripada memberi nama-nama yang makruh pada hukumnya.

Sedarlah bahawa setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah. Terletak di tangan ibu bapa sama ada hendak mencorakkannya menurut acuan yang diredhai Allah atau sebaliknya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

"Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan baik), ibu bapanyalah yang bertanggungjawab sama ada menjadikannya ia kaum Yahudi, Nasrani ataupun Majusi."

Islam melarang kita memberi nama anak seperti berikut:

~Dengan nama orang yang dikenali sebagai fasik, zalim dan ingkar kepada Allah S.W.T (seperti nama Qarun, Firaun, Haman dan sebagainya)

 ~Nama syaitan dan jin atau yang berhubungan dengannya (seperti khannas, Ifrit)

~Nama-nama yang mengandungi makna tercela dan buruk (seperti Wati, Zinah, Sariqah, Syarul Bariyyah, Saqar dan sebagainya)

Sehubungan itu, kita disunatkan supaya menukar nama-nama yang mengandungi erti yang tidak baik dan buruk. Sedangkan Nabi s.a.w. pernah menukar nama Barrah (nama asal Zainab binti Jahsy) kepada Zainab.

Selain itu, haram hukumnya memberi nama yang hanya layak bagi Allah sahaja, contohnya seperti Quddus, Khalik dan sebagainya.

Tiada ulasan: