Selasa, 6 Oktober 2015

GANGGUAN SYAITAN KETIKA SOLAT


1. Was- Was Semasa Takbiratul Ihram.

Ketika memulai membaca takbiratul ihram
Allahu Akbar” , ia ragu apakah
takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ada yang mengulanginya semula dengan membaca takbir.
Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk.
Ibnul Qayyim berkata,
“Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram
dalam solat”.

2. Tidak Khusyuk Ketika Membaca Bacaan Dalam Solat

Sahabat Rasulullah SAW Iaitu Uthman bin Abil Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah
hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah”.

Rasulullah SAW menjawab,
“Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)

3. Lupa Jumlah Rakaat Yang Telah Di kerjakan

Abu Hurairah r.a berkata,
“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda,
“Jika salahseorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu be-rapa rakaat yang ia telah lakukan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim).

4. Hadirnya Fikiran yang Mengganggu

Abu Hurairah r.a berkata,“Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah
selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamah, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, ingatlah apa yang tadinya
tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)

5. Tergesa-Gesa Untuk Menyelesaikan Solat.

Ibnul Qayyim berkata,
“Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari
syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yang menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.”
Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal boleh. Asal boleh mengerjakan, asal selesai dan asal jadi.
Tidak ada ketenangan atau tukmaninah.

Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi kerana solat yang telah ia kerjakan belum sah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya,
“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur‟an yang mudah bagimu, lalu
rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujud-lah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”.
(HR Bukhari dan Muslim).

Sumber : Islam itu indah

Isnin, 5 Oktober 2015

PENJAGAAN DIRI DARI MAKHLUK HALUS

✨ Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus.

- Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana2 pintu ( kecuali bilik air) sebab port2 syaitan kbiasaannya di pintu2.

- Lazimi membaca dn memasang ayt suci alquran di rumah.

- Gunakan semua bilik yg ada dlm rumah.

- Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan spt tulang dll sbb tu semua makanan jin.

- Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam2 elakkan buka pintu atau tingkap sbb angin malam tak elok untk bdn dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.

- Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yg terhampar pd waktu mghrib dan ke atas.

- Kalau orang yg tidur mengigau sentuh dan kejut dia.

- Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal ats bdn. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala, ( jangan lepaskan ke atas bantal.)

- Bagi rumah yg pintu2nya berhadapan dgn pintu2 lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sbb pintu2 yg saling berhadapan boleh jd laluan makhluk halus

- Kalau terlupa bagi slm masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dgn bagi salam.

+ Elakkn ketawa dan bersedih yang berlebihan.

- Elakkan duduk di pintu.

- Selalu2 baca surah Al~Baqarah.

- Selalu alih2kan barang dlm rumah.

- Jaga suasana baik dlm rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda2 mcm ni yg tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dgn manusia yg kelalaian.

(Drp Ustaz Syahidan KUIS)

KEPERCAYAAN KARUT MARUT ORANG MELAYU

Sama ada kita sedar atau tidak, masyarakat Melayu cukup terkenaldengan kepercayaan mereka terhadap perkara-perkara karut lagi tahyul.

Segala macam benda yang mereka tafsirkan dengan hanya bersandarkan cerita nenek moyang mereka serta melalui pengalaman orang dulu-dulu.

Mereka tidak sedar bahawa kebanyakan kepercayaan karut mereka ini sama sekali tidak pernah dibangkitkan apatah lagi dibenarkan oleh Rasulullah SAW, para Sahabat mahupun alim ulama'.

Apa yang mereka percayakan itu sememangnya secara terang-terangan bertentangan dengan
ajaran Islam yang suci.
Orang Melayu suka mencipta serta mereka-reka cerita mereka sendiri semata-mata bertujuan menakut-nakutkan anak cucu mereka. Melayu pada zaman dahulu kala sebenarnya menggunakan cerita-cerita rekaan ini
sebagai alat untuk mendidik serta mengajar anak cucu mereka supaya tidak melakukan perkara-perkara yang mereka anggap tidak elok serta tidak manis dipandang. Malangnya, Melayu pada hari ini menganggap
cerita-cerita rekaan yang pernah digunakan sebagai salah satu satu medium untuk mendidik pada suatu masa dulu sebagai satu jenis
kepercayaan yang harus kita turuti.

Apa yang lebih membimbangkan, anak- anak muda yang jahil agama pastinya akan menelan bulat-bulat
kepercayaan karut lagi tahyul ini.
Masyarakat Melayu Islam harus sedar bahawa Islam adalah agama yang berlandaskan fakta serta hujah, Islam bukan agama andaian, apatah lagi
agama rekaan.

Maka adalah jelas di sini bahawa orang Melayu lebih gemar mereka-reka serta mengandai-ngandai berbanding daripada mengambil
sesuatu yang bersifat fakta atau hujah.

Antara Kepercayaan Karut Orang Melayu Yang Masih
Dipercayai Sehingga Kini:-

1. Kalau Menyanyi Kat Dapur, Nanti Dapat Laki/Bini
Tua

Masyarakat Melayu memang suka lekas percaya kepada perkara-perkara
karut. Menyanyi kat dapur pun boleh dijadikan isu. Mungkin orang Melayu pada masa dulu tak pandai menyanyi. Maklumlah, waktu dulu tak macam sekarang. Sekarang ni boleh pergi kelas vokal.
Program Realiti TV pun dah
banyak. Jadi Melayu sekarang lebih artis daripada melayu dulu. Oleh kerana suara anak mereka tak sedap, maka mereka cakap jangan nyanyi,
nanti dapat Laki tua. Kerana takut berlakikan orang tua, anak itu pun membisukan dirinya, tidak menyanyi lagi kerana takut mendapat suami
tua. Kalau nak diikutkan, kepercayaan ini tidak lagi relevan sebab orang
perempuan zaman sekarang lebih gemar lelaki tua sebab lelaki yang sudah
berusia ni selalunya banyak wang, banyak harta.

2. Kalau tangkap gambar 3 orang atau Ganjil
Bilangannya (5, 7, 9 dan lain-lain), nanti akan ada
yang mati

Kepada yang gemar bergambar di luar sana, mereka pasti gelabah bila terbaca akan kepercayaan yang satu ini. Pasti sahaja gambar-gambar
yang ganjil bilangan orangnya akan dipadam serta merta kerana takut ditimpa badi.
Wahai orang Melayu, jangan terlalu lekas percaya.
Kepercayaan ini tidak ada langsung kebenarannya. Orang yang mereka-reka pasal isu gambar ni sebenarnya marah sebab orang tak panggil dia untuk
ambik gambar sekali. Bila dia marah, mulalah dia buat cerita yang macam-macam.

3. Jangan meniarap sambil kaki menyabung, nanti
mak mati

Kepercayaan ini merupakan kepercayaan yang karut. Para ibu hakikatnya mahukan anak itu duduk dalam keadaan yang sopan serta tertib. Bila si
ibu tengok anaknya duduk tak sopan maka direkakanlah cerita yang bukan- bukan. Kalau tidur meniarap dengan kaki menyabung nanti mak akan mati.
Anak itu pun takutlah maka dihentikan tabiat buruknya itu.

4. Jangan berkeliaran waktu Maghrib, nanti kena
sembunyi dengan Hantu

Orang Melayu dulu-dulu tak mahu anak-anak mereka berkeliaran waktu malam. Jadi direkakanlah cerita tentang hantu itulah, hantu inilah. Kalau
berkeliaran waktu maghrib, nanti kena sembunyi dengan hantulah. Anak yang takut itu tadi pasti akan pulang awal kerana takut disembunyikan dek hantu.

5. Jangan potong kuku waktu malam, nanti pendek
umur

Waktu dulu, mana ada elektrik. Lampu pun takda. Memang gelap kalau waktu malam. Orang Melayu waktu tu pakai lilin atau lampu minyak tanah saja. Bila anak mereka nak potong kuku malam-malam, mereka tak
berapa nak suka. Mereka takut anak-anak mereka tercedera jari sebab potong kuku malam-malam. Waktu tu bukannya ada lampu terang- benderang macam zaman sekarang. Jadi dibuatlah cerita rekaan. Kalau
potong kuku waktu malam nanti pendek umur. Sebab pendek umur punya pasal, anak tu pun takutlah nak potong kuku. Tunggu siang nanti baru dia
potong kuku.

Itulah antara contoh-contoh kepercayaan karut orang Melayu.  Sebenarnya masih ada banyak lagi kepercayaan karut orang Melayu cuma saya tidak
nyatakannya di sini.

Meskipun zaman kian maju, kepercayaan-kepercayaan
karut ini masih berleluasa dalam kalangan masyarakat Melayu. Adalah lebih elok untuk kita meninggalkan kepercayaan-kepercayaan ini kerana sebagai orang Islam, kita hanya perlu berpegang kepada Al-Quran dan Al-
Sunnah serta ajaran alim ulama'.

Ahad, 4 Oktober 2015

NEGARA-NEGARA SYIAH

Iran merupakan negara Syiah yang terbesar. Selain Iran, negara manakah lagi yang bersekongkol dengan Yahudi atau Zionis dengan menunjukkan diri mereka sebagai pejuang Islam sedangkan mereka sebenarnya
bekerjasama dengan Yahudi atau Zionis?

    Jawapan:

                              IRAN  & IRAQ

-Yang paling dekat pada hari ini ada beberapa negara di mana ideologi.Syiah telah berakar di dalam negara tersebut. Iran seperti yang semua sedia maklum dan
Iraq pada hari ini telah ditadbir oleh Syiah setelah jatuhnya Saddam Hussein.
- Guru saya berbangsa Kurdi, bangsa Kurdi ini ketika pemerintahan Saddam belasan tahun dahulu, Saddam pernah menghantarkan bom beracun yang memusnahkan ratusan ribu rakyat Kurdistan.

- Kurdistan ini negara bermasalah di hujung Iraq di mana statusnya juga bermasalah. Keturunan guru saya semua habis mati dalam serangan bom racun tersebut, tetapi beliau berkata, pada hari ini apa yang berlaku di Iraq
jauh lebih teruk daripada zaman pemerintahan Saddam, kerana Syiah setiap hari mencari ahlus sunnah untuk dibunuh, mereka mencari. Kalau dahulu orang boleh singgah solat di Masjid Husain (masjid Syiah diIraq)
tetapi pada hari ini tiada siapa pun yang berani masuk.

- Mungkin akan ada yang berkata mereka pergi kesana tetapi tidak berlaku apa-apa masalah. Tetapi sekiranya golongan Syiah ini mengetahui bahawasanya kita adalah pejuang panji-panji ahlus sunnah wal jamaah, maka berhati-hatilah kita.

                                LUBNAN

-Seterusnya ialah Lubnan. Mereka berjaya menjadikan Lubnan negara syiah ketiga. Hasan Nasrullah yang digambarkan sebagai pejuang disokong.

- Mereka mengaitkan pula hizbullah mereka dengan hizbullah yang disebut di dalam Al-Quran. Letaklah nama hizbullah dan sebagainya, tetapi kita melihat pada isi dan hakikatnya. Ramai yang pada hari ini memakai nama Muslim, memakai nama Islam, walhal hakikatnya bukan Islam.

- Berapa ramai orang pada hari ini namanya Muhammad tetapi perangai tidak terpuji. Nama tidak semestinya menggambarkan hakikat melainkan nama Allah SWT dan sifat-sifat-Nya, juga Nabi SAW dan
sifat-sifatnya.

- Mereka ini menggunakan nama Hizbullah, saya melihat sendiri pada masa itu ketika saya di Jordan, saluran TV mereka Al-Manar kepunyaan Hizbullah setiap hari mereka menampakkan perbarisan mereka.

- Dalam perbarisan mereka mengangkat bendera-bendera Khomeini. Apa kaitan Khomeini dengan Lubnan? Nampak sangat mereka berusaha menjadikan Lubnan negara syiah yang ketiga, setelah Iran dan Iraq.
Mereka berjaya.

                              BAHRAIN

- Kemudian pada hari ini, Bahrain yang mana hampir 60% rakyatnya pro- Syiah. Bahrain bersempadan dengan Saudi, berseberangan dengan Dammam. Sebab itulah dapat kita lihat pengaruh Syiah itu ada di Saudi,
walaupun kerajaan Saudi tegas, mana-mana tunjuk sahaja sepanduk terus mereka tangkap.

- Sebab itulah kerajaan Saudi menghantar tentera menolong Bahrain, kita pula di sini ada puak-puak yang tidak bertanggungjawab menuduh kerajaan Saudi hendak menjadikan Bahrain negara wahabi yang seterusnya. Laa-ilaaha-illallah. Siapa yang bercakap begini, itu tandanya dia terpengaruh dengan puak-puak Syiah. Siapa
bercakap begini tandanya dia Syiah, sebab syiah sangat anti-ahlus sunnah.

- Saudi mempraktikkan mazhab ahlus sunnah wal jamaah, cuma kecenderungan mazhab pegangan ibadah mereka lebih cenderung kepada mazhab Hanbali, itu sahaja. Periksalah apa yang mereka sebutkan dari
sudut fiqh ibadah, mereka mengikut mazhab imam Ahmad bin Hanbal kebanyakannya.

- Syiah sengaja menggambarkan dan mewar-warkan
Saudi mengganggu urusan tadbir Bahrain, sedangkan yang menimbulkan masalah dan membunuh polis ialah puak-puak Syiah Rafidhah di Bahrain.

- Kemudian apabila mereka tidak berjaya kerana pemimpin di Bahrain ahlus sunnah (walaupun mungkin wujud isu korupsi atau apa pun tetapi yang penting akidahnya masih ahlus sunnah), jadi mereka pergi kepada
Syria.

                                 SYRIA

- Siapa pemerintah Syria? Basyar al-Assad. Basyar al-Assad ini akidahnya Syiah Nushairiah. Dahulu kita tidak pernah mendengar istilah Nushairiah,
tetapi pada hari ini kita dengar.

-  Ulama terdahulu telah bahaskan Nushairiah ini secara detail. Mereka ini akidah Syiah yang lebih ekstrim,
dipanggil kategori Bathiniyyah, agama bagi mereka lebih kepada simbolik, antaranya bagi mereka Ali itu Tuhan. Bahkan mereka sanggup mempertuhankan imam mereka, menabikan, dan merasulkan pemimpin- pemimpin mereka. Sehingga mendakwa malaikat Jibril telah tersalah menyampaikan wahyu kepada Muhammad, sepatutnya Jibril menurunkan
wahyu kepada Ali.

- Semua boleh tengok di youtube bagaimana orang yang taksub kepada Basyar Al-Assad menyembah gambarnya. Di Syria, Syiah lebih kurang
30% sahaja. 70% adalah ahlus sunnah.

- Jadi janganlah kita menyamakan isu yang berlaku diSyria, tentang bagaimana rakyatnya memberontak
kerana lain isunya dengan apa yang berlaku di Mesir, Libya, dan Yaman.

- Di Syria tekanan yang diberikan puak Syiah sangat dahsyat sehingga mereka menanam ahlus sunnah hidup-hidup, juga menembak ahlus sunnah beramai-ramai. Jadi kebangkitan di sana merupakan bangkit atas
dasar mempertahankan akidah. Itu di Syria pada hari ini.

                                  LIBYA

- Seterusnya Libya. Libya juga pengaruh Syiah, tokohnya Muammar Ghaddafi cenderung kepada Syiah Fathimiyyah. Sebab itu di dalam ucapannya beberapa tahun lalu (sudah diterjemahkan) secara tegas
beliau mengatakan “kita Daulah Fathimiyyah, Mesir tidak boleh lari, mereka juga adalah Daulah Fathimiyyah. Kita akan bangkitkan semula
kewujudan Daulah Fathimiyyah.”

- Fathimiyyah ini Syiah, dan ulama-ulama
Timur Tengah telah memfatwakan akidah mereka terseleweng dari akidah ahlus sunnah wal jamaah. Kebangkitan masyarakat Libya adalah atas dasar korupsi yang berlaku. Jadi unsur-unsur (syiah) itu ada.

- Di Yaman, mati seorang sahabat kita, pelajar melayu di Dammaj tempat pengajian Darul Hadis Syaikh Muqbil Al-Wadi’i yang sekarang digantikan oleh muridnya Syaikh Yahya Al-Hajurri. Mati seorang pelajar kita disana.

- Syiah mengepung pusat Darul Hadis dan menembak.

-  Kemudian mereka menganjurkan untuk membuat gencatan senjata. Tujuan membuat gencatan senjata adalah untuk mengalihkan mayat-mayat dan
kebumikan, untuk mengosongkan kawasan. Akan tetapi ketika dalam gencatan senjata Syiah mula menembak. Syiah memang pembohong.

- Memang mereka bertaqiyyah kerana taqiyyah adalah sebahagian daripada agama mereka. Kata mereka, tidak ada agama kecuali bagi orang-orang yang ada taqiyyah.

-  Taqiyyah ini ialah menyembunyikan akidah mereka
dan menzahirkan sesuatu yang sesuai dengan realiti masyarakat. Jadi apabila mereka bersama-sama kita maka mereka berpura-pura menyokong kita, begitulah cara penampilan mereka.

**** Jadi itu antara negara-negara yang perlu kita perhatikan pada hari ini.
Termasuk apa yang berlaku pada negara kita. Rakyat negara kita sudah sibuk berdemonstrasi kemudian mengangkat gambar Khomeini pula
kenapa? Maknanya mereka cuba memasukkan daN melaksanakan agenda mereka, menyebarkan doktrin-doktrin mereka agar membentuk persepsi- persepsi positif tentangIran, Khomeini, dan agenda - agenda syiah.
Wallahua’lam.

# SUMBER SAYA PETIK DARI
- SOAL JAWAB UFB

Sabtu, 3 Oktober 2015

APA ITU SYIAH ? ( PART 3 )

Pengertian Syiah mengikut pandangan
syiah sendiri adalah seperti berikut:

Perkataan Syiah (mufrad) disebut
sebanyak empat kali dalam al-Qur'an dan
ia memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah as- Saffat: 83-84, firman Tuhan yang
bermaksud,

"Dan sesungguhnya Ibrahim
benar-benar termasuk Syiahnya
(golongannya), ingatlah ketika ia datang
kepada Tuhannya dengan hati yang suci".

Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman
Tuhan yang bermaksud,

"Kemudian pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan
(Syiatihi) siapa antara mereka yang
sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha
Pemurah".

Ketiga dan keempat adalah Surah al-
Qasas: 15, firman Tuhan yang
bermaksud,

"Dan Musa masuk ke kota
(Memphis) ketika penduduknya sedang
lengah, maka didapatinya dalam kota itu
dua orang lelaki yang berkelahi; yang seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan
kepadanya untuk mengalahkan orang yang
dari musuhnya".

Sementara itu, ada perkataan Syiah
dalam Hadith Nabi S.A.W lebih dari tiga
kali, antaranya disebut oleh Imam as-
Suyuti dalam tafsirnya Durr al-
Manthur, Beirut, Jilid 6, hal.379 - Surah
al-Bayyinah, Nabi S.A.W bersabda:

"Wahai Ali, engkau dan Syiah engkau (golongan
engkau) di Hari Kiamat nanti keadaannya
dalam redha dan diredhai",

dan sabdanya lagi:

"Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya)
(bagi) mereka itulah yang mendapat
kemenangan di Hari Kiamat nanti".

Dengan ini kita dapati bahawa perkataan
Syiah itu telah disebutkan dalam al-
Qur'an dan Hadith Nabi S.A.W.

Yang dimaksudkan oleh oleh al-Quran dan
hadith itu bukanlah kata khusus kepada
puak Syiah ini, melainkan kata umum
kepada pengikut kepada sesuatu golongan
pengikut, yakni golongan Ibrahim a.s,
golongan yang derhaka, golongan Musa a.s.
Bahkan Rasulullah sendiri pernah
bersabda mafhumnya:

golongan kamu Ali akan terbahagi tiga. orang yang
terlampau memuja mu, orang yang
terlampau membenci mu dan orang yang
cinta kepadamu kerana Allah. Golongan
pertama dan kadua itu masuk neraka.
Golongan ketiga itu masuk syurga.

Terbukti golongan pertama dan kedua itu
puak Syiah dan Khawarij . Ijtihad kebanyakkan para ulama Sunni sebagai Syiah yang menyeleweng ialah golongan Syiah daripada Imamiyyah/Ja'fariyyah
dan Zaidiyyah, yang diringkaskan sebagai
Ghulat kerana mendewakan Ali.

Imam al-vGhazali dalam bukunya Mustazhiri
menentang keras Syiah kerana ia
mengandungi pengajaran Batiniah.

Imam Ja'far as-Sadiq AS, generasi kelima
keturunan Ali bin Abi Talib dan Fatimah
Zahrah r.a, pula menyatakan Syiah tidak boleh dikahwini dan diadakan sebarang urusan keagamaan kerana aqidah mereka bertentangan dengan al-Qur'an dan
Hadith.

Golongan Syiah Imamiyyah mengganggap Ja'far as-Sadiq AS sebagai imam keenam umat Islam. Walaupun
beliau tidak mengakuinya dan tidak menerima baiah mereka itu.

(Sila rujuk: Al Jam'iyah Al Khairiyah .)

                                 AQIDAH

5 perkara menjadi Rukun Kepercayaan
atau Usūl al-Dīn bagi golongan Mazhab
Syiah:

1. Tauhid - Bahawa Allah s.w.t.
itu Satu

2. Adalah - Bahwa Allah s.w.t.
itu Maha Adil

3. Qiyamah - Bahawa Allah s.w.t.
akan membangkitkan manusia
untuk pengadilan di Hari
Kiamat

4. Nubuwwah - Bahawa Nabi dan
Rasul yang ma'asum dilantik
oleh Allah untuk mengajar dan
membimbing manusia.
Muhammad s.a.w. merupakan
Nabi dan Rasul terakhir.

5. Imamah - Bahawa Allah
melantik orang-orang tertentu
sebagai pemimpin umat manusia, yakni sebagai Imam.
Umat manusia sentiasa ada seorang Imam dan hanya
seorang Imam sahaja boleh wujud pada bila-bila masa.
Sesetengah Rasul adalah Imam. Contohnya Nabi Ibrahim a.s. yang merupakan Nabi, Rasul dan Imam. Tidak semua imam adalah Nabi atau Rasul pula. Contohnya Imam Ali, yang bukannya seorang Rasul mahupun Nabi tetapi Imam.

# sudah kita ketahui sedikit sebanyak mengenai syiah..awasi la diri kita dr terjebak dgn ajaran syiah...yg sememangnya menyimpang dr ajaran Islam yg sebenar..

APA ITU SYIAH ? ( PART 2 )

Sebahagian maklumat Syiah

                      Ahl al-Kisa

Ahl al-Kisa
Muhammad
Ali
Fatimah
Hasan
Hussein

                      Empat Sahabat

Salman Al-Farisi
Miqdad Al-Aswad
Abu Dzar al-Ghifari
Ammar ibn Yasir

                Kepercayaan & Amalan

Pewaris Muhammad
Imamah
Pagi Muharram
Cahaya Aql
Ismah
Tawassul
Pendeta
Penghijaban

                        Pandangan

Al-Quran

                          Sahabat

Muawiyah
Abu Bakar
Umar

                          Hari Suci

Aidilfitri
Aidiladha
Aidil Ghadir
Ayhura
Arba'een
Maulid
Al-Mubahila

                                   Cabang

Dua Belas Imam
Ismailiyah
Zaidiyah

Jumaat, 2 Oktober 2015

APA ITU SYIAH? ( PART 1 )

Syiah ( ﺷﻴﻌﺔ Syi'aṯ) ialah salah satu
aliran atau mazhab dalam Islam selain
daripada Sunni .

Secara umum, Syiah menolak kepemimpinan daripada tiga Khulafa Ar-Rasyidin.

Sunni juga menolak
kepimpinan Imam Syiah dalam aliran
Syiah.  Ajaran Syiah berbeza
dengan apa yang diajarkan oleh Nabi
Muhammad dan Ahlul Bait kerana
menolak hadis yang bercanggahan dengan
kepercayaan (Syiah) mereka.

                              ETIMOLOGI

Bentuk tunggal dari Syi'ah adalah Shī`ī
(Bahasa Arab: ﺷﻴﻌﻲ.) menunjuk kepada
pengikut dari Ahlul Bait dan Imam Ali.

                          SEJARAH SYIAH

Terdapat dua pendapat jelas tentang
terhasilnya aliran Syiah..
Pendapat pertama mengatakan ketika berlakunya
Perang Siffin di antara Ali RA dan
Muawiyah RA.

Pandangan ini secara tidak langsung mengatakan bahawa pengikut Ali RA beraliran Syiah manakala
pengikut Muawiyah pula Sunnah wal
Jamaah.

Namun demikian ia bukanlah begitu. Ijtihad yang dinyatakan oleh Muawiyah didapati tidak benar dan
pendapat Ahli Sunnah jelas lebih
cenderung kepada Ali RA.

Pendapat kedua pula mengatakan
kemunculan Syiah setelah kematian
Husain bin Ali RA. Ketika beliau keluar daripada pemerintahan Yazid bin Muawiyah atas panggilan penduduk Iraq yang akan menyokongnya di sana nanti.

Namun, mereka mengkhianati beliau dan
menyebabkan beliau terbunuh di Karbala . Akibat daripada pembunuhan itu, muncul sekelompok muslim menuntut agar pembunuhan tersebut dituntut bela.


Ada pula sekolompok yang lain menghukum
kelompok ini kafir kerana sudah terkeluar dari pemerintahan Bani Umayyah. Lalu berlakulah pergaduhan dan menyebabkan beberapa orang daripada
kalangan penyokong Husain terbunuh dan mereka digelar sebagai Syiah.

Ini secara tidak langsung menjelaskan hubungan kuat antara Syiah dan Husain RA berbanding Ali RA sendiri. Ini jelas apabila para pengikut Syiah menyambut
10 Muharram sebagai mengingati hari kematian Husain disambut dan tidak pula hari kematian Ali.

Akibat dari peristiwa itu, wujud golongan
yang menentang pemerintahan Umayyah dari segi politik sahaja, sedangkan akidah, dan mazhab fiqh mereka masih tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah.
Mereka adalah pemimpin awal Syiah yang
masih bermazhab Sunni.

                              
                                 ALIRAN

Aliran Syiah berpecah kepada cabang-
cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar.

Yang paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah

                                ( ﺍﺛﻨﺎ ﻋﺸﺮﻳﺔ iṯnāʿašariyya) yang
merangkumi 90% penduduk di Iran dan
sebahagian besar penduduk Iraq . Golongan
Syiah yang kecil lain termasuklah al-
Kaisaniyyah , al-Zaidiyah , Imamiyyah , al-
Ghulat , Ismailiyah , dan Syiah Imam
Bertujuh .

Alawiyyah dan Duruzi juga menganggap diri mereka Syiah meskipun mereka tidak sentiasa diiktiraf oleh
Syiah lain. Tarikat-tarikat Sufi
beraliran Syiah termasuklah Tarikat
Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimiyyah.

Dua puluh peratus dari penduduk Turki mengikut Tarikat Alevi sementara Lubnan dan Syria pula mempunyai bilangan besar golongan Duruzi dan Alawi.
Aliran Syiah mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan Keturunannya menjadi pemimpin umat Islam dan hendaklah bersatu di bawah Imam.

Pergerakkan Hizbullah di Lubnan adalah
dari golongan Syiah Imam Dua Belas. Di Malaysia, aliran ini tidak dibenarkan melakukan ritual harian dan ditolak fahaman mereka oleh Majlis Fatwa
Malaysia.

Golongan Syiah telah melakukan beberapa dialog dengan pihak Ahlul Sunnah di seluruh dunia termasuk
Malaysia namun tiada sebarang pindaan undang-undang yang dilakukan bagi menghalalkan pergerakkan atau
penyebaran fahaman mereka.

SAMBUNGAN PART 2 ( akan dtg)