Selasa, 11 Disember 2018

NASIHAT EMAS

Nasihat Emas dari Ustaz Ahmad Dusuki bagi yg sudah mencapai umur 40-an', 50-an, 60-an ***

*Nasihat pertama*

Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.

*Nasihat kedua*

Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

*Nasihat ketiga*

Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

*Nasihat keempat*

Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

*Nasihat kelima*

Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.

*Nasihat keenam*

Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

*Nasihat ketujuh*

Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

*Nasihat kelapan*

Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.

*Nasihat kesembilan*

Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

*Nasihat kesepuluh*

Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak. ان شاء الله

*Nasihat kesebelas*

Makanlah makanan sunnah. Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua..

*Semoga bermanfaat* 🌹

BIODATA RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH S.A.W

🖌 *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_.

🖌 *Tarikh lahir :_Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

🖌 *Tempat lahir* : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
🖌 *Nama bapa* : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
🖌 *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
🖌 *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
🖌 *Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
🖌 *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

*USIA 5 TAHUN*

💓 _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

*USIA 6 TAHUN*

💓 _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

*USIA 8 TAHUN*

💓 _Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia_.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

*USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

💓Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.

💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

*USIA 20 TAHUN*

💓Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

*USIA 25 TAHUN*

💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.

💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

💓Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

💓Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

*USIA 35 TAHUN*

💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

💓Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.

💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

*USIA 40 TAHUN*

💓Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

*USIA 53 TAHUN*

💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.

💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

*USIA 63 TAHUN*

💓Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

*ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW*

💚 Khadijah Binti Khuwailid.
💚Saudah Binti Zam'ah.
💚Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
💚Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
💚Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
💚Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
💚Zainab Binti Jahsy.
💚 Maimunah Binti Harith.
💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

*ANAK-ANAK RASULULLAH SAW*

1.💜 Qasim
2.💜Abdullah
3.💜 Ibrahim
4. 💜Zainab
5.💜 Ruqaiyah
6.💜Ummi Kalthum
7.💜Fatimah Al-Zahra '

*ANAK TIRI RASULULLAH SAW*

💙Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

*SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW*

*_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_*
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

*_SAUDARA SUSUAN_*
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

*BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW*
( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB_)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

*Sabda Rasulullah SAW:*
_"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_. _Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam_
_syurga"_ (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agung

*KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH*

💓Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_

💞 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

💞Aku melihat cahaya dari lidahnya.

💞 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.

💞 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

💞Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

💞 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

💞 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

💞 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

💞 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

💞 Wajahnya seperti bulan purnama.

💞 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

💞Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.

💞 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

💞 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.

💞Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.

💞Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

💞 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

💞Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

💞Janggutnya penuh dan tebal menawan.

💞Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

💞 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

💞Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

💞Rambutnya sedikit ikal.

💞 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.

💞 Rambutnya terbelah di tengah.

💞Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.

💞Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.

💞Seimbang antara kedua bahunya.

💞Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.

💞Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

💞Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

💞 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

💞Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

💞Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.

💞Warna putihnya lebih banyak.

💞Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

💞Warna kulitnya putih tapi sihat.

💞Kulitnya putih lagi bercahaya.

💞 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

💞 Badannya tidak gemuk.

💞Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.

💞 Perutnya tidak buncit.

💞 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

*KESIMPULANNYA* :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.

Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

*Catatan :*

_Boleh Kirim kepada yang lain lainnya Untuk mengenal Beliau dan mencintainya_

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah,
menguatkan buah pinggang,
membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita engandung
tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak,
memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan
penuaan, merawat radang perut.

10. Delima - Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika
dahaga hendaklah disedut
perlahan-lahan. Jangan diteguk.
Mudah mendapat sakit pada hati~

Sabda Rasulullah SAW;
"Siapa yang menyampaikan satu
ilmu dan orang membaca
mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walau pun sudah tiada."

♥ Semoga Bermanfaat 😊🌸

Khamis, 15 November 2018

MENGIMBAU KEMBALI ZAMAN TANPA GADJET

Assalamualaikum wbt.Artikel kali ni nak sembang pasal Zaman Kanak-kanak dahulu.Ok..Budak-budak yang lahir tahun 80-90an memang beruntung.. Zaman dulu best kan? Sangat ceria dan hari-hari rasa gembira je..Aktif dan cergas.Tak macam zaman sekarang,Zaman Gadjet...Ada yang tengah makan main phone,nak tidur main phone,tengah memandu pun main phone..Tengah dukung anak,tengah suap anak pun main phone..Allahu..Ada pula yang bercerai berai kerana handphone..Ada pula anak yang terabai,isteri jauhkan diri,suami isteri bermasam muka.Semua kerana handphone.. Sudah banyak kelalaian disebabkan handphone..Bukan maksud saya handphone itu menyusahkan,tetapi melalaikan kerana sikap kita sendiri yang terlampau mementingkan handphone dalam kehidupan seharian kita. Zaman dahulu sebelum handphone canggih,sudah ada handphone.Biasa.Tidak ada la media sosial seperti sekarang ( instagram,facebook,twitter,tumblr,youtube,wechat,whataps dll). Dulu handphone sekadar boleh call,mesej dan main game je..Sebab itu pengunaan nya hanya biasa-biasa
Oklah..Kita kembali bab nostalgia zaman dulu-dulu
Radio tape. Yang ni memang selalu la pasang.Ingat lagi dulu beli tape kump Iklim.Minat sangat.Masa tu kumpul duit sekolah,bila hujung minggu,hari jumaat ( pasar malam kat pantai batu buruk ) beli tape kumpulan Iklim harga 16.00 dpt dua tape..Hari-hari pasang masa tu,ayah dgn mak tak marah..sebab diorg pun suka kump Iklim 😂
Ni pulak selalu sangat la main..Tapi bukan kat rumah mak,sebab kat rumah mak xde geng..Ni selalu sangat la buat..kat rmh tok nyang.Kat pulau Duyung ( mak asal Pulau Duyung ) jadi kitaorg selalu g sana.Kadang-kadang selalu jugak tidur kat sana.Ni selalu main dengan sepupu.Satu kampung pusing.Bila dah puas,balik minum air je.Keluar main balik.Kalau hari raya,satu hari suntuk tak nampak batang hidung la.Balik xbalik kat magrib,tu pun balik mandi tidur sebab dah letih dan dah kenyang pergi beraya😂
Ok.Bila hari baik,duduk atas wakaf kat rmh toknyang,main ni je la..Hari basikal kene kunci dek abang sepupu,memang duk rumah toknyang main ni je r.Dah puas main,kitaorg simpan dalam pencil box weh.
Ni pun sama..Berbeg-beg guli..Siap pernah tuang bedak kat guli-guli tu sebab nak bagi licin dan berkilat😂
Dah puas dengan congkak,tudung ceper,main pulak batu seremban.Yang ni agak bahaya sikit,silap main boleh gaduh..hahaha
Yang ni kalau sepupu lelaki.Memang diorang nak main ni.Dahla main macam hape..Mula-mula elok la..Lama-lama menyakitkan hati..😒Kadang-kadang yg perempuan semua ni boleh merajuk tau..😂
Yang ni memang acap kali la..Rumah kat Pulau Duyung tu rapat-rapat.Dulu rumah kat situ satu sama lain ibarat ada ruang untuk motorsikal & basikal je lepas.Kalau jiran sebelah bercakap,memang boleh dengar.Haha.Masa tu la sorok-sorok kat bawah rumah orang,sorok-sorok kat tepi tandas orang.hahaaha..Pernah sekali pergi main sampai dekat muzium Kota Lama Duyung,sekali balik demam..Tok nyang kata,dh kena ludah👻lepas tu serik tak pergi terus main kat sana😂
Susun kusyen buat kubu pertahanan😂Selalu main ni dengan adik-adik.Kadang-kadang saya jadi buaya..Hahahhaha.
Ok.seriously,ni memang tabiat buruk saya.Malas basuh kasut awal-awal.Main je keje,esok dah sekolah,mlm tu kasut tak kering lagi,mula la gelojoh cari tempat nk jemur kasut.Akhirnya peti ni la jadi penyelamat😂
<
Dulu tak ade la kinder buenos bagai ni.Yang ni dulu murah je..Ayah selalu beli bila pergi pasar..eheheheh
Haha..Dulu tempah ni ikut majalah tau..
Rare tau.Sekarang goverment dah cabut dah😫 Tulah antara kenangan yang terindah.Ada banyak lagi jika nak disenaraikan,tapi tak terlarat pulak saya nak meneruskan taipan ni😂( ok,ayat skema)hahaha..Anak dah memanggil nak susu la.Takkan ibu nak jadi obses gadjet jugak.Taknak la weh...Korang pun sama,jangan obses sangat dengan gadjet tu,utamakan la anak isteri,suami dan keluarga..Semoga kita semua bahagia selalu..Aamiin..

PENGALAMAN BERSALIN

Sambungan dari episod PENGALAMAN MENGANDUNG Maaflah sebab terpaksa buat sambungan.Bimbang kan korg penat pulak nak baca panjang-panjang..(*_) Dari artikel lepas,diselitkan pasal perut saya selalu sakit-sakit..
Sampai satu malam,hari Rabu jam 11malam..perut saya makin kuat memulas,teringat lagi masa tu kat rmh mertua,masing-masing dengan seleranya makan meehun sup.Tapi aku sorang je yang tak terjamah. 
 Suami ajak balik rmh..Masa tu suami dah ajak pergi hospital,tapi saya tak nak,dalam keadaan sakit,saya hanya keluarkan kan barang-barang nak bersalin je.( barang-barang mmg dah siap pack awal) dari kandungan 6bulan sebab semua beli awal. Malam itu saya suruh suami tidur dahulu..Tapi dia duk gosok-gosok belakang sy..Kira-kira jam 1pagi baru suami terlena..
Sy sengaja suruh suami tidur dulu sbb dia kerja pagi,jadi kesian dia dari balik kerja petang tu,dia belum rehat lagi..Nanti kalau sy bersalin,dia pun kena bersengkang mata jugak..Selepas suami tidur,sy masih tak lena tidur,sy hanya mampu baring dan lelap 5-6minit sahaja.Okla dr sy pergi hospital awal-awal lagi rumit. Jam 5pagi,sakit makin kerap.Dengan perlahan sy ke tandas.Masa ni dah keluar lendir likat dan berdarah..
Saya kejutkan suami,dengan sepantas kilat dia bangun mandi😅dan ambil barang-barang bawak masuk ke dalam kereta.Subuh hari ke hospital PRIBA.Saya dimasukkan ke bilik Penilaian..Doktor cek jln dah 4cm! Terus staff booking labour room.Labour room pulak penuh,terpaksa tunggu lagi 10minit..Selepas 10minit,saya dinaikkan ke tingkat 6..jam 7 pagi..Suami dibenarkan masuk ke dlm labour room untuk temankan saya.. 
 Sakit nya Ya Allah..Memulas-mulas dengan teruk sampai kaki tangan saya rasa bergetar-getar.Masa itu jugak dapat dengar orang dari bilik sebelah yang mejerit memekik mekik..Allah..Makin seriau..Suami pun hairan..kenapa menjerit sedemikian sedangkan saya hanya mengacip bibir.. 
 Masa itu sakitnya byk kali saya cuba meneran.Staff nurse yang sorg tu garang..Allah..dia marahkan saya bila saya ckp saya dah xtahan..Dia biarkan saya dengan suami dalam bilik bersalin tu hanya berdua.Sebab xtahan..saya cuba teran dengan sendiri..Last doktor masuk,tengok saya cuba meneran,dia mula gelojoh,ckp dh nampak rambut.Masa tu baru la semua gelojoh masuk kat saya.
Tapi sayang.. Saya dah xlarat..sbb kesakitan yg boleh diperkirakan 90%..Memang saya dah xlarat sgt..Nak push pun xkeluar.Jantung baby pulak makin lemah..Akhirnya doktor suruh suami keluar dan diorg vacuum baby saya..
 ~Bila boleh digunakan? Doktor akan menggunakan jika ibu hamil alami:
Iklan

    = Jantung bayi semakin lemah kerana ibu sukar untuk menolaknya keluar.
    = Posisi bayi yang tidak betul ketika di pintu rahim.
    = Keadaan ibu yang lemah dan tidak bertenaga.

Masa tu mmg doktor dah cakap,vacuum ni ada kesannya pada baby dan ibu.. 
 ~ Antara risiko menggunakan alat bantuan kelahiran

   = Vagina ibu akan digunting dan perlu dijahit.
   = Koyakan akan lebih besar bagi memudahkan bayi keluar menggunakan vakum tarik atau forceps.
   = Risiko pendarahan mudah berlaku.
   = Chignon- (Terdapat kesan atau tanda di kepala bayi dan ia akan berlaku dalam masa 48 jam. Kemudian kepada bayi akan kembali normal atau ke bentuk asal.  )
 Dan vacuum tu saya kene push jugak..sbb vacuum hanya alat untuk MENOLONG bkn untuk mengeluarkan baby dgn sendiri.
 Selepas dgn usaha sama saya dan doktor,akhirnya jam 12.34ptg 12/7/2018 hari khamis...Anak saya dilahirkan..Allah...Biru..Mulut dia ternganga dan tali pusat terlilit..Dia langsung tak menangis,masa tu doktor hanya tunjuk jantina je lepas tu doktor terus letak dalam cot dan berlari-lari bawa anak saya ke Unit Rawatan Rapi...
Anakku,PEREMPUAN..Allah..yang telah lama kami nantikan..
Selepas itu luka bersalin dijahit..doktor kata Alhamdulillah sbb luka saya hanya first degree..(tak teruk dan hanya sedikit) 
Walaupun saya dah selamat,tapi saya masih menanti nasib anak saya.. Selang 10minit staff nurse datang mintak pampers,( mmg bwk masuk pampers dan baju untuk baby pakai lepas lahir) Staff nurse ckp,kita ambil pampers je sbb anak xboleh pakai baju,anak kena duduk kat unit rawatan rapi..Dan staff cakap suami dah pergi tengok anak kat sana.. Masa tu rasa berdebar sgt..Allah..Mana tak nya..tak tahu apa nasib kami..
Gambar pintu NICU ni je suami sempat ambil sebab kat dalam Nicu xleh ambil gambar. Lepas sejam suami datang kat saya yg tengah berehat dalam labour room,dia menangis,dia ckp kepala baby bengkak,,kat baby ada byk wayar..kat mulut pun ada wayar..Saya dengar mcm tu,saya menangis..Sama-sama menangis..(Airmata suami ni liat nk tumpah,tapi haritu bocor pulak)hehehe..
 Lagi sedih bila suami cakap dia xleh dukung anak,hanya azan kan anak kat tepi bucu cot je..Masa ni mmg sedih sangat-sangat,saya memang tak sabar tunggu naik atas wad,saya nak pergi tengok anak.Puas saya tunggu..kat setengah hari saya duduk dalam labour room.
Dari pukul 7pagi..pukul 5 baru boleh saya naik ke atas wad. Masa tu saya nampak mak saya yang setia menunggu dari tengahari bwk roti sambil tersenyum manis tergedek-gedek ikut stencer  yang nurse sorong sampai ke ruang katil saya..
Masa ni suami balik dulu nak mandi nak makan apa semua.Lepas naik wad,tak sabar tunggu suami datang nak bawak pergi tengok anak.Suami datang je terus suruh suami ambilkan wheelchair. Naik la saya ke wad NICU..Kat NICU hanya perlu serahkan ic ibu..dan ibu dan abah boleh sama-sama masuk.

Masa masuk mula-mula,suami bawak pergi kat cot anak..Suami tunjuk anak,Ya Allah..comel sgt..Ibu pun bunyikan suara..tegur dia..Terus bangun dan menangis..( Abah dia kate nak mengadu kat ibu la tu) heehehe..awal-awal dia dh kene sakat ngan abah dia..Saya gosok-gosok pipi dia,dia terus diam..dia buka mata tengok saya dan suami..
Masa tu saya mintak dengan nurse nak susukan baby,tapi nurse cakap tak boleh,baby kena puasa.Dan wayar ada kat mulut dia.Diorg cuma bagi ubat melalui drip. Sayu jugak la bila anak baru lahir tak boleh minum susu ibu lagi.Saya gosok-gosok pipi anak saya tu sampai dia lena tertido.Suka betul dia kena gosok pipi agaknya.
Lepas dia tidur,terus suami bawa saya balik ke wad.Kat sana sempat lagi la suami sapukan minyak panas kat tapak kaki,pakaikan stokin.Lepas tu suami balik sebab nak bawak uri balik. Keesokan harinya saya dah boleh balik.Tapi anak masih di wad NICU.Jadi saya balik la dengan tangan kosong..Sedih... 3hari anak duduk wad NICU,hari-hari kitaorg pergi sana.
Hari ke3,anak saya dah dapat dipindahkan ke Wad SCN..wayar dimulut dan dibadannya sudah dipisahkan,cuma tinggal drip sahaja ditangan dan paling gembira dia dah xpayah puasa...dia sudah boleh disusukan. Memang bagus.Tapi dia kuat sangat tido,bila saya nak bagi susu,dia tetap tidur,mungkin kesan dari ubat..? Ntahlah..Tapi dia memang ada kuning jugak..Tapi kuning rendah je.
    PENGALAMAN WAD SCN 
Wad scn ni diorg tempatkan baby yang ada SEDIKIT masalah bila bersalin..Ataupun sinonim Wad Kuning..

Dalam wad ni memang tersangat ramai sangat baby..Sarat dan bunyi tangis tu Ya Allah,sayu rasa.Masa melawat dia tak sama macam wad NICU..Disini lebih terhad.Ibu dibenarkan 24jam ( guna ic ibu shj ) dan bapa pula hanya dapat tengok baby masa melawat 12ptg-2ptg dan 5ptg-7ptg..Hanya 10minit setiap kali.

Masa ibu nak masuk kedalam wad SCN ni,ada pengawal keselamatan depan pintu,masa ni kene tulis nama no ic bagai la..lps tu masuk kena serah ic kat kaunter staff.
Ibu kene tunggu nama dipanggil.Setelah nama dipanggil,saya ditunjukkan tempat anak saya duduk.Masa tu saya lihat ada lampu biru kiri dan kanan.Staff nurse ckp anak saya ade demam kuning,hari ni tak boleh balik lagi..Kalau nk menyusu pun kena menyusu dekat situ je.Tak boleh alih anak dekat bilik penyusuan.Saya pun angkat anak nak bg susu,dia tutup kgk mulut..masih mengantuk ke dia ni..lps dr wad NICU hr tu,mata tutup..diam je terus..Nangis pun tak.,Ah..sudah..mari sayu balik hati ni bila tengok anak macam tu.
 Oleh sebab dia xnak menyusu,saya letakkan lah balik dia dlm cot..Lepas tu keluar,tanya staff nurse,diorg ckp kalau boleh balik diorg akan call.Jadi saya terpaksa la balik dulu.
Esokkan nya suami kerja syif pagi..Balik ptg..Ya Allah..xsabar nya nak pergi dekat anak..dah la dalam pantang baru 4hari,,dapat jumpa sekejap je ngan anak..Dahla anak satu kali pun xjamah lagi susu ibu..Rasa gelisah rindu tersangat kat anak.
Ptg tu suami balik kerja,terus siap-siap nak pergi hospital.Baru je nk turun,hospital call.Cakap anak dah boleh balik.Apalagi..menitik laju airmata gembira tu..Cepat-cepat pergi hospital.Dah selesai urusan pembayaran apa semua,kitaorg dah boleh bawa balik anak ke rumah. Kali pertama..Jejak kaki ke rumah kita..
Surat Discharge Bersalin Saya

Alhamdulillah..Allah Maha Penyayang..Allah telah selamatkan saya.Allah telah selamatkan nyawa anak saya ketika mana dia sudah lemah..Allah..Allah..
semoga NUR AMIRA INSYIRAH BINTI AMIR IKHWAN akan menjadi anak yang solehah,moga akan menjadi anak yang berbakti pada agama,negara dan ibubapa..semoga Amira Sihat selalu,murah rezeki dan berjaya dunia akhirat. Aamiin..

Rabu, 14 November 2018

PENGALAMAN MENGANDUNG

Assalamualaikum wbt.. Dah lama blog saya sepi..Agak lama..Dan tersangat lama😂 Sebab apa lama berkulat blog? sebab sibuk mengandung la..hahaha( mcm la selalu mengandung) Disini saya selitkan sedikit pengalaman dari mengandung hingga bersalin Sebenarnya saya tidak pernah terduga akan 'TERMENGANDUNG" hahahaha..selama 9tahun...saya mencuba..bermacam cara dan ketika period saya delay.. terus saya beli UPT..xterbilang..dan ketika menjengah tahun 2017 saya mula hentikan usaha dan hanya bertawakal sahaja...
 
Masa itu saya dah menyerah,kalau ada..adalah..kalau tiada..xpela....Saya dan suami masih belum dapat rezeki untuk menimang baby baru.. 
 
 Sampai satu masa,saya terjatuh atas lantai simen dikedai runcit.Masa tu hujan lebat..Dan masa tu jugak la gatal nak ke kedai..Turun dari kereta je...Berlari nk masuk pintu kedai..Alih2 terpijak karpet depan pintu tu..Bedebush jatuh macam nangka buruk(ok..saya mengaku saya gemuk)..haha..
 
Selepas kejadian itu..saya selalu sangat sakit-sakit..Tapak kaki rasa mencucuk-cucuk..Belakang saya dah rasa macam patah empat.Sampai menangis-nangis. Sebulan jugak la tahan merengek-rengek tu..Suami ajak pergi hospital,tapi saya je yang keras kepala..
 
Tapi sampai satu masa..Memang saya tak mampu tanggung,hari suami kerja.Saya pergi ke klinik.Saya pergi ke klinik kerajaan je.Sebab suami kerja kat situ.Hahaha.. Lepas daftar sekian-sekian,nombor giliran pun dipanggil.Apalagi..dengan laju nya menerjah masuk ke bilik doktor..
 
Saya ada bagi tahu sakit tu dan pasal jatuh terlentang tu,doktor pun cadangkan saya buat xray.Surat xray doktor dah buat,tapi kene cek air kencing dulu.Takut mengandung katanya. Saya ni dengan lantang cakap kat doktor,
  
" Saya tak mengandung la,lama dah selalu buat upt tp keputusan -v je" 
 
Doktor ckp kene buat jugak..Saya pun dengan berat kaki ambil botol urin..Selesai tu tup-tup org yang lab tu ckp saya xleh pergi xray,kena pergi masuk jumpa doktor balik.
 
Masa tu mcm "Haaaa???" 
Saya pun masuk balik jumpa doktor..doktor ckp pulak saya +v mengandung..Tak boleh buat xray.Mungkin sakit-sakit tu sebab rahim membesar. Memang saya tak percaya..
 
Doktor pulak sporting yang amat..Siap gurau-gurau lagi..Jadi saya lagia pyh nk percaya.
Dia suruh baring dan scan..Mak aih..Perut saya ade isi la..Memang sangat mengejutkan...!! 
 
Doktor agak kandungan ni baru lagi..mungkin 1 bulan lebih macam tu la..Doktor suruh saya ke klinik Ibu Anak untuk buka buku.. Lepas tahu tu,saya rasa mcm separuh dari sakit itu hilang..Allahuakhbar... Ajaibksn?
 
Suami pula,dia mcm "Haaaaaaa???" jugak.Haahahaha..memang mengejutkan.Allah beri dalam diam..Kuasa Allah memang tiada tanding 
 
 
Excited punya pasal,esok hari pagi-pagi dah pergi buat buku pink..hehe..
 
Selepas itu,bermula lah satu cerita..Saya mula alahan teruk..dan suami pula mula obses teruk.Pertama sekali dia tukar selipar saya..Tak de dah kasut-kasut ke sandal yg licin-licin tu..Beli selipar asadi je..Tapi selamat dan mencengkam sangat-sangat..Seterusnya suami beli tilam anak.Baby dalam perut baru 2bulan.Si abah dah mula meracau..Satu persatu abah dia beli.Beg pun dia sendiri yang order dalam shoppee.
 
Ibu ni pula memang teruk la alahannya.Dari mula tahu mengandung sampai usia kandungan 5bulan,ibu langsung tak boleh makan nasi.Memang asal nasi nak muntah,lauk pauk pun jarang dah nak masak.Tapi tetap masak demi suami..Memang mencabar..Tapi tak sanggup la nak suami asyik beli makanan je.Saya tetap masak nasi walaupun loya teruk.
 
Saya masak,suami makan.Tapi saya memang tidak makan nasi.Yang saya makan hanyalah mee,roti dan biskut.(Tapi tubuh masih tak slim..hahaha)
 
  Masa tu tubuh selalu sangat la letih.Nak bangun duduk pun sakit sangat.Dengan muntah-muntah lagi.. Masuk usia kandungan 5bulan lebih..Rasa loya pada nasi dah hilang,masa tu la selera menambah-nambah..Makan..Makan dan makan..Macam kambing mulut asyik mengunyap je😂Perut ni besar sampai nampak mcm makin pendek je kaki ni..haha..
 
Bulan 6..Ketika puasa,walau letih kerja,tapi masih boleh berpuasa walaupun ada hari yang berbuka sebab muntah teruk,mungkin perut masuk angin kot.Sampailah raya..bawak perut ni mboyot-boyot pergi raya.Okla,raya dengan senang hati jugakla sebab due date lps raya kot..jadi sempat la telan semua kuih raya rumah orang..haha 
 
 Dengan jayanya tubuh naik jadi 71kg.Tu la makan tak ingat dunia..alasan baby..padahal si ibu ni kuat makan.Alhamdulilah baby dalam kandungan sihat tapi tiba pada satu masa,baby tidak aktif.
 
Masa tu 36minggu,kebetulan temujanji klinik.Doktor klinik pun scan memang jantung baby mcm xok.Apalagi,terus dirujuk ke hospital.Tahan kat wad selama 2hari.Masa tu memang dah bawak masuk beg baby sekali dalam kereta..
Masa duk kat hospital tu..Takde makan ubat apa-apa,cuma doktor suruh rehat je dan diorg follow up je jantung baby tu,kalau makin tak normal,diaorang akan terus buat pembedahan czer.Tapi Alhamdulillah,baby ok semula..Dah boleh keluar wad,beg baby haritu bawak masuk letak dalam almari balik..Kuikuikui.. 

 Lepas keluar wad tu,balik rmh dan buat kerja-kerja mcm biase,masa tu selalu je rs sakit pinggang dan memulas perut.Tapi yang pasti bukan tanda nak bersalin la..Bila sakit,saya cuma baring dan rehat Sampailah satu masa,,,,,,

WAHAI SUAMI...HARGAILAH ISTERI SEBELUM ANDA MENYESAL

Sedikit Nukilan berupa catatan duka utk dihayati dan diambil iktibar bagi kita yg bernama insan...Bukan utk menagih simpati sekadar meluahkan kekesalan yg tak mungkin utk berpatah balik dari masa yg lepas...

Semoga menjadi peringatan dan pengajaran berguna agar tiada lagi yg mengikuti langkah yg silap ini... Selalunya bila isteri masih ada di depan mata, selagi dia nampak sihat di mata suami. 

Boleh buat kerja rumah, boleh layan lagi anak-anak, suami akan anggap isteri sihat dan baik-baik saja. Tak dipedulinya apa sebenarnya isi hati isteri, ‘makan hati’ ke tak, jiwa kacau ke tak.. suami tak care pun. Tapi bila dah tiada, barulah nak dikenang-kenang. Masa itu nasi dah jadi bubur. Cuma kekesalan dan kekejaman diri saja yang buat suami ralat. Janganlah sampai jadi macam itu. 

 
 Kisah ini seperti yang dimaklum oleh pemilik facebook Ayu Aris adalah catatan bersiri dari penulis asal Cik Puan Ammy, di page Kisah Rumah Tangga (KRT). Dengan permohonan keizinan siar semula daripada owner, beliau cantumkan menjadi satu cerita lengkap dalam facebooknya.

 
 Agar lebih senang untuk dibaca, sekaligus menjadi pengajaran yang baik untuk para suami agar lebih menghargai kehadiran seorang isteri. Jangan nanti bila dah tiada baru nak menyesal. Ya.. catatan ini panjang.. bacalah wahai suami, kerana terlalu sarat dengan pengajaran yang patut suami fahami.  
  Andai Dipulangkan Kembali

Assalammualaikum dan salam sejahtera min. Ada cerita yang ingin saya kongsi bersama. Semoga ianya bermafaat. Ceritanya agak panjang sikit. Awal Febuari 2018, salah seorang teman baik saya telah di jemput Ilahi kerana kanser rahim tahap empat. Alhamdulillah arwah menderita tidak lama. 
 
Tiga bulan terlantar sakit sebelum subuh arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meninggalkan seorang putera yang masih kecil bersama 2 orang puteri yang masih bersekolah dengan si suami. Sebulan selepas pemergiannya, si suami telah datang ke rumah saya bersama sekotak pakaian arwah. 
 
Sebelum arwah pergi dia sempat berpesan kepada si suami supaya sedekahkan segala pakaian miliknya yang masih elok kepada sesiapa yang memerlukan. Si suami tidak tahu ke mana arah untuk disalurkan pakaian milik si isteri mungkin masih baru dan tidak dapat berfikir dengan jelas maka di amanahkan kepada saya. Sewaktu saya membuka kotak itu untuk memilih pakaian yang sesuai untuk di sedekahkan seperti yang di amanahkan, tiba – tiba si suami bersuara.
 
 
“Itu jer yang arwah ada…”

 Saya merenung si suami kerana cuba untuk fahami apa maksud kata kata si suami tu tadi. “Semalam saya membuka almari arwah dan hanya ini sahaja yang arwah ada. 15 tahun saya bersama arwah, lansung saya tidak pernah ambil tahu setiap kehendak arwah isteri. Saya abaikan arwah sehinggakan arwah sakit pun saya tidak tahu.”
 
 Bila Arwah Ajak Ke Hospital, Saya Ejek Kata Dah Tua 
 
 Ada kekesalan di situ. Namun saya masih tidak dapat mentafsir apa yang tersirat di sebalik keluhan si suami. Suami saya meletakkan handphone di meja mula berminat dengan cerita suami arwah kawan saya ini. Setiap kali arwah mengeluh sakit, kurang sihat, tidak bermaya dan mengajak saya pergi ke hospital saya hanya menganggap ianya pekara remeh. 
 
Saya mengejek – ejek arwah dengan mengatakan dia dah tua. Saya merendah – rendahkan arwah yang dia kurang bersenam dan hanya tahu makan jer sedangkan saya aktif bersukan dan tak salah kiranya saya mengajak dia bersukan bersama sepertimana saya menggalakkan kawan kawan saya bersukan. 
 
 Saya juga selalu bersangka buruk bila arwah sakit ianya semata mata alasan untuk makan luar kerana malas masak. Lalu bangun jugak dia untuk masak dan mengemas kerana tidak sanggup dengar saya membebel dan kadang – kala sampai naik tangan saya ke kepala dia. 
 
 
Kejamnya saya…
 
 Saya berniaga sendiri punyai banyak masa terluang namun saya terlalu berkira untuk membawa arwah ke hospital kerana saya takut akan membuang masa menunggu segala urusan pemeriksaan kesihatan. 
 
 “Kejamnya saya pada arwah.”
 
 Saya fikir bila dia sudah jadi isteri saya, saya tidak perlu lagi untuk mengambil hati dia seperti masa bercinta dulu. Namun saya lupa dia hanyalah pinjaman sementara bila – bila masa sahaja akan di ambil semula olehNya. 

"Benda yang lepas jangan di kenang, nanti kau sengsara dia dah pergi, redha kan…kesian anak – anak kau.” 
 
Suami saya bersuara. Bila saya pandang anak – anak makin bertambah kekesalan saya bang. Masa arwah ada boleh saya kira berapa kali saya bawa dia dan an ak anak berjalan – jalan. Sedangkan saya pantang diajak kawan – kawan, ke langit biru saya boleh terbang.
 
 Boleh Kira Gambar Saya Dengan Arwah Dalam Handphone Dia 
 
 Bila saya buka handphone arwah, boleh kira berapa sangat gambar yang di ambil bersama saya. Semuanya gambar dia dengan anak anak. Sedangkan gambar saya bersama kawan-kawan penuh dalam telefon saya. Gambar dia bersama saya langsung tiada.
 
 Bila pandang anak yang kecil yang masih menyusu tu bang, sayu jiwa saya. Siapa antara kawan kawan saya yang telah saya banyak habiskan masa bersama boleh membuatkan anak saya tu susu pada malam-malam hari. 
 
Siapa yang boleh tolong uruskan anak-anak saya ke sekolah seperti arwah uruskan. Siapa yang boleh temankan si kecil saya bermain sehingga jam 3 ke 4 pagi kalau dia tidak mahu tidur.
 
 Pagi ni anak saya yang pertama meminta RM 50 untuk membeli barang barang kajian sekolah. Wajib beli kerana jika tidak buat kajian tu, markah untuk peperiksaan mata pelajaran tu akan di tolak.
 
 Selama ini saya bising – bising duit belanja rumah sering tidak cukup, saya kata arwah ni boros belanja macam air dan tidak tahu berjimat. Baru saya tahu ke mana arah duit itu di salurkan. Hari ini genap sebulan arwah pergi dan saya kira – kira hampir RM 500 ke RM 700 belanja sekolah anak – anak dan makan sahaja.
 
 Bila tiap kali arwah minta beli pakaian baru atau barang make up. Saya melarangnya kerana saya rasa macam membazir. Bila dia meminta lagi saya akan mula mengungkit pemberian belanja yang saya bagi. Baru lah saya tahu ianya tidak mencukupi. Baiknya arwah kerana dia patuh.
 
 Saya sering tegur arwah kerana selekeh jer langsung tidak bergaya seperti isteri kawan – kawan saya tetapi saya lupa yang saya tidak pernah bertanya padanya tentang berlanja yang saya bagi selama ini cukup atau tidak untuk membeli pakaian dan alat – alat solek. 
 
Saya gagal menjadi suami yang baik Saya diam tidak dapat berkata – kata lagi. Marah sedih dan sebagainya berlegar – legar dalam fikiran saya. Setahu saya arwah ni masa zaman bujang – bujang dulu memang cantik, bergaya dan pandai menghiaskan diri. Patut lah semenjak dia berkahwin hilang semuanya dan bila saya mengusik dia hanya menjawab. 


"Malas lah nak makeup – makeup ni…takda masa..dengan anak – anak lagi…alaaa yang penting suami sayang…” 
 
Dalam Almari Arwah Cuma Beberapa Helai Baju Baru
 
Semalam saya buka almari arwah, hanya ada beberapa helai sahaja pakaian yang baru itu pun seingat saya dibeli masa nak raya tahun lepas. Lain – lain semua dah lusuh. Ada beberapa batang lipstik yang dah patah. 

 
Dahulu masa sebelum kawin saya pernah terlihat di dalam beg kecil arwah ada pelbagai jenis lipstik, pelbagai jenis bedak muka dan macam – macam lagi makeup yang arwah ada. Tetapi bila dah jadi isteri saya, semuanya habis tidak berganti.
 
 “15 tahun bersama sepatutnya bukan makin berkurang namun makin bertambah. Masa kali pertama arwah menjejak kaki ke rumah saya, arwah bawa 3 beg besar pakaian semuanya cantik – cantik. Dan hari ini hanya sekotak sahaja yang arwah ada. Sedangkan keperluan anak-anak dan saya mencukupi.” 
 

 Si suami mula menangis. Arwah nak bekerja, saya marah. Saya tanya arwah, tidak cukup ke apa yang saya bagi dan saya kata saya mampu tanggung dia lagi. Saya ego. Arwah pula demi menjaga ego saya daripada tercalar arwah mengambil keputusan untuk diam sahaja. Dia amanah saya sepatutnya dijaga, dibelai, dimanja tetapi saya abaikan kerana saya fikir sekarang bukan masa untuk semua itu.
 
 Tiap kali arwah mengeluh sakit – sakit badan saya suruh dia tidur, makan ubat. Saya suruh anak – anak yang picitkan tetapi saya lupa itu adalah kewajiban saya. Saya lupa dia hanya pinjaman sementara. Sekarang dia dah tiada. Saya rindu dengan dia. Rindu sangat sangat. 

 
Andainya dipulangkan dia kembali saya nak habiskan masa saya bersama dia seperti masa saya bercinta dulu. Saya nak kotakan janji saya pada dia bahawa dia akan menjadi wanita paling bahagia bila menjadi isteri saya. 
 
 Saya tahu bukan harta dan kekayaan yang arwah inginkan..tetapi perhatian dan kasih sayang saya. Saya kesal kerana selama ini arwah menjadi tempat saya melepaskan penat dan amarah saya. 
 
Saya kesal kerana selama ini menjadi suami yang terlalu berkira dengan isteri sedangkan isteri adalah punca rezeki suami. 
 
 Bila Saya Tahu Arwah Sakit.. 
Masa Itu Dah Terlambat Pagi tu dia mengadu perut dia sakit sangat. Saya marahkan dia kerana tidak menjaga makan. Tetapi bila saya lihat dia tidak bermaya dan bila saya periksa nadi dia semakin menurun. Saya terus bawa dia ke hospital. 
 
 Masa dalam kereta mulut saya tak henti – henti menyumpah dia. Kata dia menyusahkan saya, nak diet sampai tak makan, ambil suplemen yang bukan – bukan sampai sakit macam ni. Masa tu saya sangat marah pada arwah sampai saya terlepas kata asyik sakit jer tapi tak mampus – mampus jugak. Bila nurse bagi tahu dia kena tahan ward saya lagi berangin dan menunjal – nunjal kepala dia, saya terpaksa batalkan aktiviti badminton saya pada petang itu kerana terpaksa menjaga anak – anak di rumah. Tiga hari arwah warded. Jarang sekali saya menjenguk dia. Hanya waktu melawat tengahari sahaja bawa anak – anak datang melepas rindu. Baru saya tahu susahnya bangun malam buatkan susu, mandi dan tidur kan anak, sediakan anak anak ke sekolah. 
 
Bila doktor mengesahkan isteri saya menghidap kanser rahim tahap 4. Semuanya dah terlambat kerana ianya telah merebak sepenuhnya. Si suami berhenti seketika untuk menyapu air mata yang mula membasahi pipi. 
Secawan teh yang di hidangkan langsung tidak berusik. Suami saya merenung tajam ke arah muka suami arwah kawan saya. Mungkin menanti apa lagi cerita yang bakal akan keluar dari mulut suami kawan saya.
 
 “Sewaktu dia sakit, saya cuba menjadi suami yang baik. Ajak dia pergi jalan – jalan. Tetapi dia menolak. Dia tidak mahu susah susahkan saya menolak kerusi roda. Saya ajak dia makan makanan kegemaran dia. Dia makan namun tidak mampu untuk menelan dengan riangnya.
 
 Saya ajak bergurau bermesra seperti dulu – dulu dia lesu tak bermaya…Runtun hati saya melihat wanita yang saya sayang, saya cintai menderita. Tiap kali dia sakit, saya ajak pergi hospital dia menolak, dia kata dia dah tahu dia sakit apa, tak perlu buang masa dan duit lagi.
 
  Rupanya Arwah Terasa Dengan Kata-kata Saya
 
Saya ajak dia pergi berubat kampung jika tidak mahu ke hospital. Dia menolak kerana itu akan menangguh masa untuk dia meninggal… Allahu…rupanya arwah terasa dengan kata – kata saya. Saya melutut depan dia, mohon maaf, mohon ampun dan dia kata dah lama memaafkan kesilapan saya namun itu tidak mampu membasuh dosa saya pada arwah. Saya mula memeluk dia sewaktu tidur, saya tahu saya akan kehilangan dia dan waktu itu makin hampir. 
 
Sumpah demi tuhan saya sayangkan arwah cuma saya lupa dia hanya pinjaman lalu saya abaikan dia. Saya tidak hargai kehadiran dia dalam hidup saya.
 
 “Sekarang satu – satunya wanita yang amat saya kasihi dah tiada. Dia dah tinggalkam saya bersama jutaan kenangan dan kisah suka duka kami sepanjang percintaan di bangku sekolah hingga ke jinjang pelamin.” 
 
 Saya merenung muka suami kawan saya itu, terpancar kekesalan di situ. Dia menceritakan pada saya bukan lah untuk membuka pekung di dada, tetapi dia tahu saya menulis blog dan ingin saya kongsi bersama kisah dia dan isteri ‘pinjaman’ sementaranya supaya menjadi satu tauladan kepada para suami di luar sana. 
 
Sesungguhnya apa yang kita ada bukan milik kita. Semuanya hanya pinjaman. Hargai lah…

  Hargailah isteri anda sementara dia dipinjamkan kepada anda