Khamis, 15 November 2018
MENGIMBAU KEMBALI ZAMAN TANPA GADJET
Assalamualaikum wbt.Artikel kali ni nak sembang pasal Zaman Kanak-kanak dahulu.Ok..Budak-budak yang lahir tahun 80-90an memang beruntung..
Zaman dulu best kan? Sangat ceria dan hari-hari rasa gembira je..Aktif dan cergas.Tak macam zaman sekarang,Zaman Gadjet...Ada yang tengah makan main phone,nak tidur main phone,tengah memandu pun main phone..Tengah dukung anak,tengah suap anak pun main phone..Allahu..Ada pula yang bercerai berai kerana handphone..Ada pula anak yang terabai,isteri jauhkan diri,suami isteri bermasam muka.Semua kerana handphone..
Sudah banyak kelalaian disebabkan handphone..Bukan maksud saya handphone itu menyusahkan,tetapi melalaikan kerana sikap kita sendiri yang terlampau mementingkan handphone dalam kehidupan seharian kita.
Zaman dahulu sebelum handphone canggih,sudah ada handphone.Biasa.Tidak ada la media sosial seperti sekarang ( instagram,facebook,twitter,tumblr,youtube,wechat,whataps dll).
Dulu handphone sekadar boleh call,mesej dan main game je..Sebab itu pengunaan nya hanya biasa-biasa
Oklah..Kita kembali bab nostalgia zaman dulu-dulu
Radio tape. Yang ni memang selalu la pasang.Ingat lagi dulu beli tape kump Iklim.Minat sangat.Masa tu kumpul duit sekolah,bila hujung minggu,hari jumaat ( pasar malam kat pantai batu buruk ) beli tape kumpulan Iklim harga 16.00 dpt dua tape..Hari-hari pasang masa tu,ayah dgn mak tak marah..sebab diorg pun suka kump Iklim 😂
Ni pulak selalu sangat la main..Tapi bukan kat rumah mak,sebab kat rumah mak xde geng..Ni selalu sangat la buat..kat rmh tok nyang.Kat pulau Duyung ( mak asal Pulau Duyung ) jadi kitaorg selalu g sana.Kadang-kadang selalu jugak tidur kat sana.Ni selalu main dengan sepupu.Satu kampung pusing.Bila dah puas,balik minum air je.Keluar main balik.Kalau hari raya,satu hari suntuk tak nampak batang hidung la.Balik xbalik kat magrib,tu pun balik mandi tidur sebab dah letih dan dah kenyang pergi beraya😂
Ok.Bila hari baik,duduk atas wakaf kat rmh toknyang,main ni je la..Hari basikal kene kunci dek abang sepupu,memang duk rumah toknyang main ni je r.Dah puas main,kitaorg simpan dalam pencil box weh.
Ni pun sama..Berbeg-beg guli..Siap pernah tuang bedak kat guli-guli tu sebab nak bagi licin dan berkilat😂
Dah puas dengan congkak,tudung ceper,main pulak batu seremban.Yang ni agak bahaya sikit,silap main boleh gaduh..hahaha
Yang ni kalau sepupu lelaki.Memang diorang nak main ni.Dahla main macam hape..Mula-mula elok la..Lama-lama menyakitkan hati..😒Kadang-kadang yg perempuan semua ni boleh merajuk tau..😂
Yang ni memang acap kali la..Rumah kat Pulau Duyung tu rapat-rapat.Dulu rumah kat situ satu sama lain ibarat ada ruang untuk motorsikal & basikal je lepas.Kalau jiran sebelah bercakap,memang boleh dengar.Haha.Masa tu la sorok-sorok kat bawah rumah orang,sorok-sorok kat tepi tandas orang.hahaaha..Pernah sekali pergi main sampai dekat muzium Kota Lama Duyung,sekali balik demam..Tok nyang kata,dh kena ludah👻lepas tu serik tak pergi terus main kat sana😂
Susun kusyen buat kubu pertahanan😂Selalu main ni dengan adik-adik.Kadang-kadang saya jadi buaya..Hahahhaha.
Ok.seriously,ni memang tabiat buruk saya.Malas basuh kasut awal-awal.Main je keje,esok dah sekolah,mlm tu kasut tak kering lagi,mula la gelojoh cari tempat nk jemur kasut.Akhirnya peti ni la jadi penyelamat😂
<
Dulu tak ade la kinder buenos bagai ni.Yang ni dulu murah je..Ayah selalu beli bila pergi pasar..eheheheh
Haha..Dulu tempah ni ikut majalah tau..
Rare tau.Sekarang goverment dah cabut dah😫
Tulah antara kenangan yang terindah.Ada banyak lagi jika nak disenaraikan,tapi tak terlarat pulak saya nak meneruskan taipan ni😂( ok,ayat skema)hahaha..Anak dah memanggil nak susu la.Takkan ibu nak jadi obses gadjet jugak.Taknak la weh...Korang pun sama,jangan obses sangat dengan gadjet tu,utamakan la anak isteri,suami dan keluarga..Semoga kita semua bahagia selalu..Aamiin..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan