Khamis, 29 Mei 2014

JENIS-JENIS ISTERI

PERINGKAT-PERINGKAT ISTERI

1.  Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah.
Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2.  Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3.  Isteri Solehin

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4.  Isteri Fasik

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup.

Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai krn Dia; sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

“Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada’. Para nabi dan syuhada’ iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai krnAllah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung krn Allah.”

8 GOLONGAN YANG MUSTAJAB DOANYA

1 ↝ Orang berada dalam kesusahan.

2  ↝ Orang yang dalam keadaan keluh-kesah.

3  ↝ Ibu bapa mendoakan untuk anaknya.

4  ↝ Doa Imam yang adil.

5  ↝ Doa orang-orang soleh.

6  ↝ Doa orang dalam musafir kerana Allah.

7  ↝ Doa seoarang anak yang sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapanya.

8  ↝ Doa orang berpuasa ketika berbuka puasa.

Jauhar Mauhub. m/s:198

3 PERKARA MELEPASKAN DIRI DARI AZAB ALLAH SWT

قال النبى صلى الله عليه وسلم

ثلاث منجيات : خشية الله تعالى فى السر والعلانية , والعدل فى الرضا والغضب , والقصد فى الفقر والغنى – وثلاث مهلكات : هوًى مُتَّبَعٌ , وشَحٌّ مُطاعٌ , وإعجاب المرءِ بنفسِهِ  . رواه أبو الشيخ عن أنس

تحذيب أطراف الحديث : ص- 125

Tiga perkara terlepas dari azab Allah SWT:

◆ Takut kepada Allah SWT  dalam keadaan zahir dan sunyi.
◆ Berlaku adil dalam keadaan suka dan marah.
◆ Bersederhana dalam perbelajaan dalam keadaan kaya dan miskin.

Tiga perkara yang membinasakan seseorang :

◆  Hawa nafsu menjadi ikutannya.
◆  Tamak yang dalam perkara ketaatan.(Melampau dalam Ibadat).
◆  Hairan pada kelebihan diri sendiri.

70 PERKARA DOSA BESAR

Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya “Al-
Kabaair” beliau
menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70
perkara.

01 – Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan

02 – Bersaksi palsu

03 – Berjudi

04 – Bersumpah palsu dan bohong

05 – Berbohong

06 – Bergambar di baju (bila sembahyang)

07 – Perempuan pelacur

08 – Berbuat buruk terhadap yang lemah

09 – Berdebat dan memusuhi

10 – Bersifat dayus

11 – Bercakap kasar dengan orang tua

12 – Dusta nama Allah dan rasulnya

13 – Derhaka pada suami

14 – Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya

15 – Hakim derhaka

16 – Homosek (seagama/sejenis)

17 – Mengurangi timbangan

18 – Lari seorang hamba dari tuannya

19 – Lelaki menyerupai wanita

20 – Lari dari medan perang di jalan Allah

21 – Membunuh manusia

22 – Membunuh diri sendiri

23 – Mengamalkan sihir

24 – Meninggalkan sembahyang lima waktu

25 – Meninggalkan sembahyang jumaat

26 – Menderhaka kepada kedua ibu bapa

27 – Memutuskan hubungan silaturrahim

28 – Melakukan zina

29 – Makan harta anak yatim secara tidak betul

30 – Makan dari kekayaan haram

31 – Memberi dan menerima rasuah

32 – Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong

33 – Makan riba

34 – Minum arak

35 – Mencuri

36 – Merompak

37 – Melalukan kezaliman

38 – Melakukan pengkhianatan

39 – Menyebut-nyebut pemberian

40 – Mengingkari janji

41 – Memfitnah

42 – Mengutuk orang islam

43 – Merasa aman dari kemurkaan Allah

44 – Menipu harta rampasan

45 – Melampaui batas

46 – Menuduh zina terhadap orang baik

47 – Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)

dan Tidak menutup aurat bagi wanita

48 – Mempercayai nujum dan sihir

49 – Menjadi bapa sanggup

50 – Mencari kesalahan orang lain

51 – Menganggu orang lain

52 – Menganggu tetangga

53 – Menyakiti dan memaki orang islam

54 – Mengintip dan membuka rahsia orang

55 – Mencaci sahabat Nabi

56 – Mengurangi wasiat

57 – Mengingkari takdir

58 – Putus asa dari rahmat Allah

59 – Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat

60 – Riak dan mempamerkan diri

61 – Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain

62 – Sombong serta angkuh

63 – Sembelih untuk selain Allah

64 – Tidak mengeluarkan zakat

65 – Tidak berpuasa di bulan ramadhan

66 – Tidak mengerjakan haji jikalau mampu

67 – Tidak istinjak selepas kencing

68 – Tidak mendengar cakap ibu bapa,
tidak mendengar cakap dan tidak taat suami bagi
wanita

69 – Tipu daya

70 – Wanita menyerupai lelaki

Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha
penyayang.
Semoga taubat kita diterima oleh Allah. Amin…

https://www.facebook.com/mydakwah2u/photos/

Rabu, 28 Mei 2014

APABILA AKAL TIDAK DIGUNAKAN

"Mak, adik tak buat dah.. sakit" raung budak yang dipukul hingga mati oleh ibunya..

Kemana menghilang perikemanusiaan mereka agaknya?.. Biarpun anak kecil ini meraung berterusan, Ibunya terus memukul, bapa tirinya dikatakan menyiramnya dengan air panas, jirannya hanya menadah telinga mendengar jeritan anak kecil ini..

Apa dah jadi dengan bangsaku yang terkenal dengan sifat lemah lembut?.. Apa dah jadi dengan penganut Ugama Islam ini yang mahu pengikutnya banyakkan bersabar?

Tidak adakah sekelumit rasa belas untuk anak kecil yang hanya mampu meronta dan meraung kesakitan menahan pukulan dari ibu yang melahirkannya hingga beliau menemui ajalnya...

Jadi.. manusia jenis apakah mereka ini? jika dikatakan sedangkan binatangpun tahu sayangkan anaknya.. layakkah mereka digelar manusia??

"Mak, adik tak buat dah, sakit".

Itu raungan terakhir Mohammad Akhil Mustaqim Rashidy, 6, ahad yang lalu.

Jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Maria, 40-an berkata mangsa sekeluarga baru berpindah ke kawasan perumahan itu empat bulan yang lalu.

Bagaimanapun, sejak berpindah, Maria selalu mendengar anak-anak pasangan itu termasuk mangsa menangis akibat dipukul.

"Petang ahad lalu, saya mendengar suara mangsa meraung kesakitan lebih sejam akibat dipukul emaknya tanpa henti.

"Dia menangis dan meminta emaknya berhenti memukul, tetapi tidak dipedulikan oleh wanita itu." jelas Maria.

Mohammad Akhil disahkan meninggal dunia jam 6 petang kelmarin di Hospital Ampang kerana kecederaan parah di seluruh badan akibat dipukul dan melecur tahap satu dipercayai disimbah air panas.

Kaki kiri mangsa patah, seluruh badan lebam dan melecur. Ada kesan baru dan lama. Hasil pemeriksaan doktor, mangsa sudah didera sejak 6 bulan lalu.

Kanak-kanak malang itu dibawa ke Hospital Ampang oleh bapa tirinya jam 2 petang sebelum disahkan meninggal dunia selepas empat jam menjalani rawatan.

Bapa tiri mangsa yang berusia 35 tahun itu kemudiannya menghilangkan diri selepas menghantar anak tirinya itu ke hospital.

Jelas Maria lagi, pada malam kejadian, dia ada ternampak mangsa berjalan longlai dan kelihatan lemah.

"Pada Isnin, saya melihat datuk mangsa yang menghantar salah seorang cucunya pulang dari sekolah mengetuk pintu rumah mangsa, tetapi selepas lama mengetuk baru dibuka" katanya.

Ketika itu, dia mendengar ibu mangsa menangis memberitahu mahu ke hospital dan mereka mendukung mangsa yang kelihatan sudah tidak sedarkan diri keluar dari rumah berkenaan.

Malah, Maria mendakwa kakak kepada mangsa yang masih bersekolah rendah juga sering menjadi mangsa dera ibu bapanya.

Mayat mangsa dibawa ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk disembahyang sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Teratai Ampang selepas waktu Zuhur.

Sementara itu, bapa kandung mangsa, Rashidy Nordah, 37, dia berpisah dengan isterinya pada 2009 dan lima anak termasuk mangsa berada di bawah penjagaan bekas isterinya.

Dia mendakwa tidak dapat berjumpa dengan semua anaknya berusia 13,11, 9,6 & 5 tahun itu kerana isterinya berpindah.

Rashidy berkata, dia mendapat tahu mengenai kejadian malang ini melalui bekas isterinya yang menghubunginya pada jam 2.30 petang kelmarin.

"Saya terkejut menerima berita malang ini bagaimanapun redha dengan pemergian Akhil," katanya.

Bapa tiri dan ibu mangsa dera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditahan di rumah mereka di Ampang bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan ~
Sumber myMetro

# inilah...anak kecil yg tdk tahu apa² diperlakukan dgn kejam...betapa seksanya dan peritnya dia sbelum kematian...adakah pernah kita terpikir....? Di syria,mereka sgp mati demi melindungi anak² mereka...tetapi di sini...? Sgp bunuh dan seksa anak² demi melepaskan sakit hati dan amarah...apa salahnya jika kita berlembut...?
anak² itu adalah Anugerah Allah...ingatlah..

.Mungkin sakit nya tidak dapat kamu rasa...mungkin derita nya menanggung seksa sebelum ajal tidak dapat digambarkan dgn kata²...tetapi aku yakin bahawa sekarang dia sedang berbahagia dgn para bidadari syurga.. sesungguhnya kanak² kecil yg belum baligh itu adalah suci dr dosa...

Bersiaplah kerana setiap anggota kamu yg telah menyakiti,menyeksanya hingga menyebabkan kematian,akan dipersoalkan diakhirat..anak mu itu akan dtg menuntut mu di hari penghakiman di depan Allah swt nanti...fikir² kan lah wahai sekalian manusia...

Al-Fatihah buat Mohammad Akhil Mustaqim Rashidy

Sabtu, 24 Mei 2014

7 AKIBAT MEMAKAN HARTA ANAK YATIM

Bismilahirrahmanirrahim...memakan harta anak yatim adalah satu perkara yg dilarang...jika ia terjadi,maka terimalah akibat nya ::

1. akan di besarkan perutnya sebesar gunung terbesar di dunia ketika di neraka

2. Allah swt  tidak akan mengangkat manusia itu dari neraka jahanam sampai bila²

3. akan di sempitkan kuburnya sesempit mata melihat

4. hidupnya akan selalu gelisah dan tidak akan tenang di dunia.

5. akan di berikannya penyakit di dunia yang amat sangat menyakitkan ( azab )

6. susah nya ketika sakaratul maut dan akan terasa sangattt menyakitkan ketika di cabut nyawanya dan sakit yang dia rasakan bagaikan di tusuk pedang tajam 60 pedang di sekujur tubuhnya.

7. di kusamkan wajahnya ketika pembangkitan kubur di padang masyar di yaumil akhir.

.itulah akibat memakan harta anak yatim piatu.
*_*_*_*_*_*_*_*_*

1 like = 10 pahala
1 comen = 10 kebahagiaan
shere = 10 amal soleh

Jumaat, 23 Mei 2014

4 KEBINASAAN KERANA MEMUJI

قال تانبى صلى الله عليه وسلم

إن الله يغضب إذا مدح الفاسق

Allah SWT membenci apabila orang Munafiq memuji,

Pujian membawa kepada 4 kebinasaan:

❥ Berlebihan memuji membawa kepada Dusta atau penipuan.

❥ Memuji di bibir tetapi membenci dihati membawa kepada sifat Munafik.

❥ Memuji tanpa keyakinan atau sebelum mendapat kepastian atau masih meragui perkara tersebut membawa kepada penipuan.

❥ Memuji orang yang melakukan kezaliman membawa kepada orang zalim lebih bersemangat melakukan kezaliman-membawa kepada Takabbur.

99 LANGKAH UTK MENYEMPURNAKAN IMAN KITA

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02. Sabar apabila mendapat kesulitan;

03. Tawakal apabila ada masalah;

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08. Jangan dengki dengan kekayaan orang;

09. Jangan hasad dan iri atas orang yg berjaya

10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu bangga akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur kerana kezaliman;

14. Jangan goyah kerana fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuq

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah di masjid;

25. Biasakan solat malam;

26. Perbanyak zikir dan doa kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah karena Allah;

33. Berlatihlah fokus kan pikiran;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Perbanyak silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Bicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Sering-sering berselawat kepada nabi;

56. Cintai keluarga Nabi saw;

57. Jangan terlalu banyak hutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap2 benda yang tidak berguna;

61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;

66. Jangan membenci seseorang kerana pahaman dan pendiriannya;

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berkata dusta;

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan d! an kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;

78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;

80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

85. Hargai prestasi dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan batas2 agama dan kesesuaian diri kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu;

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan
pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada berita buruk yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajipan;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merosakan;

99. Jangan gembira di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

“Sebarkanlah walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW) “Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar.” (Surah Al-Ahzab:71)

6 PERKARA MENJADI PENERANG KEHIDUPAN MANUSIA

1- Jangan sesekali kamu menjadi musuh syaitan secara zahir tetapi kamu menjadi sahabat syaitan secara rahsia.

إن الخطأ الأكبر , أن تنظم الحياة من حولك , ثم تترك قلبك في فوضى . ( مصطفى صادق الرافعي )

2- Menjadi satu kesilapan besar , apabila kamu sentiasa merancang kehidupan orang sekeliling kamu sedangkan kamu membiarkan hati kamu dalam keadaan kosong.

الذي يجادل كثيراً يعمل قليلاً

3- Mereka yang banyak bercakap biasanya sedikit menunaikan apa yang dikata.

الفاشلون قسمان , قسمٌ فكر ولم يفعل , وقسمٌ فعل ولم يفكرُ

4- Mereka yang gagal ada dua jenis, pertaman: Sentiasa berfikir tetapi tidak beramal, Kedua : Sentiasa beramal tanpa berfikir.

ن<علامة حسن الأخلاق> , أن تكون في بيتك أحسن الناس أخلاقاً

5-Mereka yang baik akhlaknya adalah mereka yang baik akhlaknya semasa di rumah.

من < علامة الحكمة > , أن تحمل نفسك على ماتريد أن تدعو الناس إليه

6- Mereka yang memiliki hikmah adalah mereka yang menyeru manusia dengan apa yang telah di kerjakan.

لايجمل المعروف إلا بثلاث : أن يكون من غير طلب .. وأن يأتي من غير إبطاء .. وأن يتم بغير منه.

7-Kebaikan akan bertambah Murni apabila ia dilakukan tanpa diminta, apabila memberi tanpa mengharap balasan dan apabila telah sempurna atau telah mendapat apa yang dihajatkan dia tidak berubah ( tetap istiqamah tanpa sombong).

Rujukan:

http://www.al-nobalaa.com/home.php

9 SEBAB HATI TIDAK TENANG

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di
hati ialah :

1. Pemarah –
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam –
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu
orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki -
amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil -
sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi
benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana
kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak –
orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar -
andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego -
ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

8. Riak -
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…

9. Cinta dunia -
tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…

** Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

14 PERKARA MENYEBABKAN KITA TIDAK CERIA

1) Tidak mendapat Hidayah daripada Allah SWT
- Manusia boleh ceria dan bahagia kalau Allah SWT turunkan hidayah padanya.

2) Kita jahil
- Tidak mengetahui bagaimana nak menceriakan diri sendiri.

3) Bodoh sombong
- Tidak ingin bertanya kepada mereka yang lebih mengetahui.

4) Hati kotor
- Orang yang kotor hatinya tidak akan dapat hidup dengan ceria.

5) Banyak ilmu tetapi tidak amal

6) Tidak beristiqamah dalam pekerjaan.

7) Tidak bersatu hati atau melakukan sesuatu tanpa kerelaan hati.

8)Tidak berdoa kepada Allah SWT

9) Tidak bersyukur di atas  pemberian nikmat yang Allah SWT berikan.

10) Perspektif silap
-mentafsir dengan cara yang silap.Kebanyakan perkara dalam hidup neutral.Terpulang pada individu.

11)Lihat kesan jangka pendek. Tidak tengok hasil jangka panjang.

12)Suasana alam pekerjaan tidak ceria.

13)Tidak memiliki  sahabat yang boleh memberi motivasi .

14)Gagal  melihat sesuatu secara  objektif.

3 BAHAYA KERANA MAKANAN HARAM

1- Makanan yang diperolehi daripada punca-punca haram, walaupun pada zahirnya ia adalah makanan halal dan berkhasiat akan mempengaruhi jiwa pemakannya sehingga dia lebih gemar membuat kejahatan dan maksiat serta benci kepada kerja kebajikan dan ketaatan kepada Allah SWT.

2- Semua doanya tidak akan dimaqbulkan oleh Allah SWT.

3- Dia akan mendapat seksaan neraka Allah SWT di Akhirat kelak.

Kitab Rayuan dan Janji Iblis. M/S : 181.

2 JENIS TITISAN YANG ALLAH SWT AMAT HARGAI

1- Titisan air mata yang menangiskan kerana takutkan azab Allah SWT.

2- Titisan darah para mujahidin yang berjuang di medan jihad demi Allah SWT.

Kitab Fadhail Amal. Bab Kisah Para Sahabat.M/S: 43.

3 KATEGORI MANUSIA

Mujahid Fathi Yakan di dalam kitabnya, Maza Ya’ni Intima-i Li al-Islam, telah menyatakan bahwa di dunia terdapat tiga katagori manusia.

∞ Kategori Pertama

Golongan yang hidup hanya untuk dunia semata-mata. Mereka dinamakan sebagai golongan ad-Dahriyyun. Sikap mereka jelas seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran:

“Dan tentu akan mereka katakan: “Hidup hanyalah  kehidupan kita di dunia sahaja dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan lagi ” .- Surah al-An’am: ayat 29

“Dan mereka berkata: “Kehidupan tidak lain hanyalah kehidupan dunia sahaja,  kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa. Dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah mempersendakan sahaja.”

- Al Jatsiyah: ayat 24

∞  Kategori Kedua
Golongan yang telah hilang pedoman, terumbang-ambing, aqidahnya telah celaru , mereka melakukan kesesatan dan menyimpang dari jalan Allah SWT dalam kehidupan duniawi.

Namun mereka masih menyangka mereka membuat kebaikan. Meskipun mereka mempunyai kepercayaan kepada Allah SWT dan Hari Kiamat  tetapi aqidah mereka hanyalah gambaran semata-mata yang terputus hubungan dengan aktiviti  harian atau amalan hidup mereka.

Mereka itu pada hakikatnya berfahaman materialistik walaupun kadangkala mereka melakukan kerja-kerja yang berbentuk kerohanian.

∞  Kategori Ketiga
Golongan yang menganggap bahawa dunia ini sebagai ladang tanaman untuk mendapat atau memungut hasilnya di akhirat kelak. Golongan ini benar-benar beriman dengan Allah SWT.

Mereka mengetahui hakikat hidup serta memahami nilai dunia berbanding dengan Hari Akhirat. Allah SWT membandingkan mereka seperti dalam FirmanNya:

“Dan tidaklah kehidupan dunia ini selain daripada permainan  dan bersenda gurau semuanya. Dan sungguhnya kehidupan akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidaklah kamu memahaminya.”- Surah al-An’am: ayat 32

Mereka yang benar-benar beriman menganggap dunia sebagai medan perlumbaan untuk mentaati Allah SWT dan mencari keredhaanNya.

Seluruh bidang hidupnya  (ilmu, perniagaan,pekerjaan,  kekayaan, rumah, masa dan fikiran) diarahkan kepada jalan Allah SWT , tidak ada sesaat pun untuk berpesta  maksiat  dengan kemudahan yang Allah berikan termasuk semua pancaindera yang ada pada kita adalah milik Allah SWT

RINDU KEPADA ALLAH SWT MENGHAPUSKAN DOSA

Al-Junaidi Al-Bahgdadi pernah berkata :

1- Mati itu rumah Allah SWT, jangan biarkan selain Allah SWT mendiaminya. ( Jangan biarkan kita mati dalam keadaan Syirik kepada Allah SWT ).

2- Rindu kepada Allah SWT itu membuang dosa.

3- Kamu tidak akan mencapai Baqa’ ( kekal dengan Allah SWT ) sebelum melalui Fana’ ( hapus diri ).

4- Orang yang takut kepada Allah SWT tidak sentiasa senyum.

5- Orang yang hidup bersandarkan nyawa akan mati, kerana nyawa akan berpisah daripada badan. Orang yang hidup bergantung kepada Allah SWT tidak akan mati kerana Allah SWT tidak akan mati.

6- Mata manusia itu lebih baik buta sekiranya mata tidak dapat menghargai Keindahan Allah SWT.

Lidah manusia itu lebih baik bisu jika lidah tersebut tidak menyebut Nama-nama  Allah SWT.

Telinga manusia itu lebih baik tuli jika telinga tersebut tidak boleh menerima Nasihat Allah SWT.

Anggota manusia  itu lebih baik mati jika tidak melakukan Arahan Allah SWT.

7- Orang yang bergantung dengan usahanya sendiri dalam mengenang Allah tidak akan mendapat ganjaran penuh dalam ibadatnya.

8- Orang yang dicintai oleh Allah SWT akan dipermudahkan kepadanya untuk berkawan dengan Wali-wali Allah SWT.

9- Orang yang mengkaji sesuatu tetapi tidak mengkaji hikmah perkahwinan tidak akan mencapai kesempurnaan dalam kajiannya.

10- Orang yang terlalu banyak makan tidak akan dapat melakukan ibadat.

11- Dunia itu tidak manis tetapi manis pada nilai kerohanian yang Allah SWT berikan kepadanya.

12- 400 orang ulamak bersepakat ” Seseorang itu hendaklah melakukan ibadat dengan penuh hati dan khusyuk sehingga tidak terlintas dalam fikirannya selain daripada Allah SWT”.

13- Seorang sufi itu seperti ladang, baja dan isinya. oleh yang demikian orang sufi adalah ibarat benih-benih yang baik.

14- Tauhid itu adalah mengenal Allah SWT.

15- Perasaan Cinta kepada Allah SWT akan membunuh perasaan ego yang terdapat dalan jiwa orang mukmin.

16- Sesat lalai daripada mengingati Allah SWT menghapuskan pahala seribu tahun beribadat.

17- Orang yang Benar-benar Ikhlas kepada Allah SWT pasti akan menjumpai Allah SWT.

18- Orang yang benar-benar  Mukmin adalah orang yang yakin hanya Allah SWT sahaja yang dapat memberi makanan kepadanya.

19- Orang yang berakal waras adalah lebih baik daripada orang sufi yang memiliki perasaan jahat di dalam hati.

20- Allah SWT terlebih dahulu mencipta Rahmat daripada mencipta Dunia.

21-  Sesiapa menyebut nama Allah SWT pasti namanya akan lenyap bersama nama Allah SWT.

22- Kesufian yang Allah SWT kurniakan kepada semua insan adalah kesufian yang lari daripada dunia dan menuju kepada Allah SWT dengan peribadatan.

23- Rahsia kesufian itu adalah Rahsia yang tersimpan di sisi Allah SWT yang tidak akan diketahui oleh sesiapa pun.

24- Jenayah yang paling zalim adalah Tamak haluba.

25- Berfikir dengan ayat-ayat Al-Quran akan mendapat Cahaya Allah SWT, kemuliaan Allah SWT dan Taqwa kepada Allah SWT.

Ayat-ayat Al-Quran berupaya melahirkan perasaan Cinta kepada Allah SWT.

26- Orang yang sentiasa memikirkan Rahmat Allah SWT akan dapat menghilangkan dosa kerana orang yang bimbang kehilangan Rahmat Allah tidak akan melakukan dosa.

27- Orang yang paling agong disisi Allah adalah orang yang menyerah kehendaknya kepada kehendak Allah SWT dan keredhaan Allah SWT.

28- Seseorang yang benar-benar Hamba Allah SWT tidak akan menyembah selain daripada Allah SWT.

29- Buangkan perasaan pentingkan dunia, pasti  Allah SWT akan membuka Jalan untuk menemuiNya.

30- Membuang hawa nafsu akan menjadikan diri anda pendamping kepada Allah SWT yang paling dekat.

 

Kitab Takirah Awliya’. m/s : 111-113.

22 TANDA KIAMAT SEMAKIN HAMPIR

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau film.

3. Rakyat menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membedakan perkara halal dan haram karena yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih karena maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkawin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai obat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan mendurhaka ibu bapak (ibu bapak menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayani dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, membuka aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku pencurian barang dimasjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dll.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah

3 GOLONGAN YANG DIKELUARKAN DARI NERAKA

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0037.

Dari Anas r.a., katanya Nabi saw. bersabda: “Akan dikeluarkan dari neraka,

(1) Orang yang menyebut Laa ilaa ha illallaah (Tidak ada Tuhan kecuali hanya Allah), apabila di dalam hatinya terdapat kebaikan (iman) seberat sya’irah, dan

(2) Akan dikeluarkan dari neraka orang yang menyebut Laa ilaaha illallaah, apabila di dalam hatinya terdapat kebaikan seberat burrah, dan

(3) Akan dikeluarkan dari neraka orang yang menyebut Laa ilaa ha illallaah, apabila di dalam hatinya terdapat kebaikan seberat zarah.”

4 API DIDLM KUBUR YG AKAN DIPADAMKAN OLEH AMALAN

Riwayat dalam kitab jauhar Mauhub apabila dihantar mayat ke dalam kubur akan datang kepadanya empat api, maka:

✔ Api pertama akan dipadam oleh solatnya.

✔ Api kedua akan dipadam oleh puasanya.

✔ Api ketiga akan dipadam oleh sedekahnya.

✔ Api yang ke empat akan dipadam oleh sabarnya.

5 BALA AKAN MENIMPA MANUSIA

5  Musibah akan menimpa manusia:

❥  Sakit ketika bermusafir atau bersiar-siar.

❥  Miskin pada hari tua.

❥  Ajal dalam usia muda.

❥  Menderita buta ( bukan buta asal ).

❥  Dihina oleh orang ramai ( pada mulanya disanjung-sanjung ).

Minhajil abidin . m/s: 463.

10 PERKARA MENJADIKAN KITA KAFIR KPD ALLAH SWT

⇗  Syirik dalam beribadat kepada Allah SWT.

⇗  Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan diantara Allah SWT dan berdoa kepadanya.

⇗  Tidak menghukum orang kafir dengan kafir, atau meragui kekufuran orang kafir, atau mengakui kebenaran mazhab atau fahaman orang kafir.

⇗  Berpegang pada pendapat” terdapat hidayah selain daripada hidayah yang dibawa oleh Nabi Muhammad  lebih sempurna “.

⇗  Membenci dengan  apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

⇗   Mempersenda dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW, atau mempersendakan perkara berkaitan dosa dan pahala.

⇗  Redha dan percaya kepada sihir.

⇗  Menyerupai atau menzahirkan sesuatu yang sama dengan orang kafir dan membantu atau berkerjasama dengan orang kafir.

⇗   Berpendapat ” Sebahagian manusia dibolehkan keluar dari syariat Nabi Muhammad SAW “.

⇗  Menentang agama Allah SWT dengan tidak mempelajarinya dan tidak beramal dengannya.

KESAN TINGGAL 3X JUMAAT

ةٌ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ

Dari Abi al-Ja’di al-Dhamri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang meninggalkan (solat Jumaat) sebanyak tiga kali Jumaat dengan keadaan sengaja meringan ringankan dan mencuaikannya nescaya ALLAH memeterikan atas hatinya”

Riwayat Abu Dawud

15 PINTU SYAITAN

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah

- cinta dunia

- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)

- panjang angan-angan

- rakus

- bakhil

- suka pada pujian

- riak

- ujub (merasa kagum)

- takut dan gelisah

- buruk sangka

- memandang rendah pada orang lain

- merasa suka pada dosa

- merasa aman daripada pembalasan “ALLAH”

- putus asa daripada rahmat “ALLAH”

11 GOLONGAN YG SELALU DIDOAKAN OLEH MALAIKAT

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ “

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

9 TANDA TAUBAT DITERIMA OLEH ALLAH SWT

Petanda taubat seseorang diterima apabila lahir pada diri seseorang itu perasaan :

1-Dia mengetahui dirinya tidak terpelihara dari dosa ( Ma’sum )

2-Dalam hatinya tidak ada kegembiraan sebenar tetapi apa yang ada hanyalah kesedihan.

3- Mesti sentiasa mendekati orang-orang soleh dan menjauhi orang-orang jahat.

4-Dunia ini anugerah yang terlalu sedikit tetapi di Akhirat terlalu banyak anugerah dari Allah.

5-Sentiasa sebut perkara-perkara ketaatan terhadap perintah Allah SWT.

6-Tenang dan yakin dengan janji-janji Allah SWT.

7-Sentiasa memelihara lidah.

8-Sentiasa bertafakkur.

9-Sentiasa sedih  dan sesal di atas perbuatan yang lalu.

10 TANDA IMAN ANDA BERTAMBAH

1. Semakin merasa dekat dengan Allah..

2. Semakin banyak beribadah dan amal kebaikan..

3. Semakin bersemangat dalam
beramal kebaikan dan beribadah..

4. Semakin berkurang dosa dan
kesalahan yang diperbuat..

5. Semakin pandai mengendalikan diri dan hawa nafsu..

6. Merasa lebih dekat dengan akhirat daripada dunia..

7. Merasa tenang dalam hati

8. Mampu menjaga hati dari perbuatan dosa..

9. Lebih mencintai hal kebaikan
daripada keburukan.

10. Sentiasa terdorong untuk
bertaubat dan menyesali dosa,serta semangat untuk memperbaiki diri,dsb..

Wallahu’alam bishawab..

Semoga Bermanfaat..^_^

SIFAT-SIFAT ISTERI MULIA

Perkahwinan adalah jalinan ikatan yang sah di antara lelaki dan perempuan untuk menjadi suami isteri. Dengan adanya ikatan perkahwinan ini, terdapat hak-hak yang perlu dijaga dan
ditunaikan oleh pasangan suami isteri. Antara hak-hak isteri ke atas suami ialah suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri yang meliputi keperluan seharian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Bagi isteri pula, terdapat hak suami ke atasnya yang wajib dilaksanakan iaitu isteri wajib taat dan melakukan segala perintah suaminya selagi perintahnya itu tidak bertentangan dengan hukum syara‘. Itulah dia sebagai

Sifat-sifat Isteri Yang Mulia;

1.Tidak suka menuntut perkara yang boleh membebankan suami.

2.Tidak berhias untuk lelaki bukan muhrimnya

3.Menjauhkan diri dari sifat tercela.

4.Tidak meninggikan suara melebihi suara suami. 

5.Tidak keluar rumah tanpa izin suami.

6.Tidak membelanjakan harta suami tanpa izinnya.

7.Menjalankan kewajipan terhadap ajaran agama.

8.Tidak cepat cemburu kepada sesuatu yang belum pasti. 

9.Berbuat baik dalam menjalinkan hubungan dengan keluarga suami.

10. Tahan menderita ketika suami ditimpa musibah atau masalah.

Sumber: ensaiklopedia petua melayu lama

NAMA-NAMA YANG MAKRUH

Penjelasan ringkas pada kali ini adalah berkenaan supaya pasangan suami isteri dan ibu bapa yang dikurniakan zuriat untuk memilih nama-nama yang mulia bagi anak-anak dan jauhi daripada memberi nama-nama yang makruh pada hukumnya. Sedarlah bahawa setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah. Terletak di tangan ibu bapa sama ada hendak mencorakkannya menurut acuan yang diredhai Allah atau sebaliknya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
"Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan baik), ibu bapanyalah yang bertanggungjawab sama ada menjadikannya ia kaum Yahudi, Nasrani ataupun Majusi."

Islam melarang kita memberi nama anak seperti berikut:

~Dengan nama orang yang dikenali sebagai fasik, zalim dan ingkar kepada Allah S.W.T (seperti nama Qarun, Firaun, Haman dan sebagainya)

 ~Nama syaitan dan jin atau yang berhubungan dengannya (seperti khannas, Ifrit)

~Nama-nama yang mengandungi makna tercela dan buruk (seperti Wati, Zinah, Sariqah, Syarul Bariyyah, Saqar dan sebagainya)

Sehubungan itu, kita disunatkan supaya menukar nama-nama yang mengandungi erti yang tidak baik dan buruk. Sedangkan Nabi s.a.w. pernah menukar nama Barrah (nama asal Zainab binti Jahsy) kepada Zainab.

Selain itu, haram hukumnya memberi nama yang hanya layak bagi Allah sahaja, contohnya seperti Quddus, Khalik dan sebagainya.

SIHIR,GEJALA DAN JENIS

GEJALA GANGGUAN SIHIR TERHADAP MANUSIA
 

FIZIKAL
1)    Kaki dan tangan kesejukan
2)    Pening kepala disebahagian atau keseluruhan
3)    Tekak / leher terasa keperitan (sakit)
4)    Terasa gatal-gatal disekitar bahagian kemaluan
5)    Bulu roma tiba-tiba meremang
6)    Dada terasa sakit dan jantung berdegub kencang.
7)    Kurang pendengaran / pekak
8)    Telingga berdesing / bising berkeruk-kerak
9)    Tengkok terasa sakit bangun dari tidur
10)  Tardapat kesan lebam di tubuh badan
11)  Ngeri / panas / sakit pada bahagian kemaluan
12)  Terasa bahang / kepanasan dimana-mana anggota badan
13)  Kaki kekejangan ketika sedang tidur
14)  Terasa mengantuk yang amat sangat (bukan diwaktu tidur)
15)  Sakit gatal-gatal berpanjangan
16)  Sakit dada atau sesak nafas atau panas atau rasa mencucuk
17)  Gangguan dipangkal rahim / prostate / ginjal
18)  Mata menjadi kabur secara tiba tiba
19)  Putih mata betukar merah berpanjangan
20)  Sakit perut atau pedih diulu hati
21)  Pangkal hidung sering gatal-gatal
22)  Sukar bangun atau duduk
23)  Sukar bergerak atau berjalan
24)  Perut semakin hari semakin membesar (Busung)
25)  Sering termuntah-muntah
26)  Batuk yang berpanjangan (berbulan-bulan)
27)  Terdengar letusan / ledakan dirumah (seperti di bumbung rumah atau di dapur)
28)  Melihat kelibat keputihan melintas didalam rumah
29)  Mendengar orang bercakap-cakap
30)  Ketawa,dan menangis, menjerit tanpa sebab
31)  Kulit bertampuk keputihan
32)  Rambut gugur dengan banyak
33)  Bisul merata tempat pada tubuh badan
34)  Badan terasa bias-bisa
35)  Badan terasa mencucuk-cucuk
36)  Mengigau / berjalan-jalan semasa tidur
37)  Merintih atau mendengkur ketika tidur
38)  Air liur basi meleleh semasa tidur
39)  Gigi geraham bergeselkan ketika tidur
40)  Gigi cepat reput
41)  Memiliki kekuatan fisikal melebihi tenaga manusia biasa
42)  Terasa pening apabila mencukur rambut

FIKIRAN / JIWA
1)    Selalu sakit kepala (migraine)
2)    Sering terlupa dan terleka
3)    Sukar melelapkan mata ketika hendak tidur
4)    Kebingungan / termanggu-mangu
5)    Fikiran sering tertekan
6)    Berbicara bersendirian
7)    Suka bersendirian
8)    Anak-anak menjadi degil / garang
9)    Anak kecil sering menanggis sehingga kejang
10)  Anak kecil sering terkejut semasa tidur
11)  Anak kecil menangis tak mahu hisap susu ibunya
12)  Anak kecil sering manangis berpanjangan tengah malam
13)  Anak berumur 2 tahun keatas masih belum bercakap
14)  Sering marah-marah / bengis tanpa sebab
15)  Isteri mengongkong suami, jika tidak ikut katanya ia akan melenting
16)  Bersikap kasar dan biadap terhadap orang tua
17)  Ketindihan (terasa seuatu yang berat menghempap ketika tidur)
18)  Selalu bermimpi yang menakutkan / mengerikan / mengerunkan.
19)  Sering buruk sangka, was was terhadap sesuatu perbuatan
20)  Dapat melihat makhluk halus (sering terjadi pada keturunan SAKA)
21)  Terdengar ada bisikan didalam hati / telinga
22)  Berbau busuk atau hanyir
23)  Tidak mendapat zuriat setelah lama berkahwin (Mandul)
24)  Mudah naik marah / berang / tersinggung / suka melenting (SAKA)
25)  Boleh meneka sesuatu kejadian yang akan terjadi
26)  Sering terlihat penyamaran jin atau hantu, orang lain tak kelihatan
 

PERALATAN RUMAH
1)      Peralatan letrik TV, mesin basuh, seterika, mentol lampu dan lain-lain mudah rosak
2)      Lampu terpadam dengan sendiri
3)      Peralatan letronik cepat rosak (seperti telifon bimbit & dll)
4)      Nada dering bertukar secara tiba-tiba
5)      Menerima pesanan yang menakutkan
6)      Peralatan perabut mudah patah atau pecah
7)      Pintu bilik dirumah terkunci dari dalam dan tebuka sendiri
8)      Pintu atau tingkat berdentum (seperti terhempas)
 

MAKANAN DAN MINUMAN
1)      Masakan mudah basi
2)      Makanan melompat atau berdiri dengan sendirinya
3)      Air minuman diats sejuk dibawah terasa panas
4)      Air minuman cepat basi
5)      Makan yang di beli cepat basi
6)      Makanan / minuman tertumpah atau terjatuh ketika hendak menjamah makan
7)      Pinggan atau gelas pecah ketika hendak makan / minum
8)      Gelas minuman meletup dan pecah berderai
 

IBADAH
1)      Selalu terlupa raka'at dalam solat atau ragu bilangan raka'atnya
2)      Fikiran sering terganggu
3)      Selalu was was dalam solat
4)      Sukar bangun (pagi) subuh
5)      Sering mengantuk, mata berat ketika berzikir atau  ketika membaca Al-Qur'an
6)      Sering batal ketika wudhu atau mandi junub
7)      Mendengar membaca ayat Al-Qu’an dada terasa sakit atau berdebar-debar atau gelisah
8)      Sering meninggalkan solat fardhu
9)      Membaca surah Al-Falaq, An-Nas, Al-Ikhlas, Yasin / Ayat Kursi tidak hafal atau selalu terlupa.
 

PERLAKUAN SIHIR TERHADAP MANUSIA

1)    Menyamar diri masuk ketubuh perawat semasa pesakit mendapatkan rawatan dengan membuat bisikan kepada hati perawat tanpa disedari (perawat kurang mahir akan berkata - si polan / anak kamu / engkau ni ada keistimewaan tertentu) berbuat sedemikian adalah bertujuan untuk kekal lebih lama dalam tubuh orang tersebut.

2)   Menghasut dengan cara membisik kedalam hati dan fikiran pesakit atau keluarga pesakit supaya membangkitkan suasana tidak percaya mempercayai kerana terasa terancam bila berhadapan dengan perawat yang mahir supaya mereka terselamat dan dapat mendiami tubuh pesakit hingga keakhir hayat, agar cita-citanya untuk menyesatkan manusia tercapai dan terlaksana.

3)    Menyembur benda yang kotor kedalam makanan atau minuman (air longkang / air limbah / kencing / najis / tanah kubur dan sebagainya)

4)    Meletakkan pelbagai racun berbisa kedalam makanan dan minuman

5)    Membawa masuk pelbagai racun berbisa ketubuh manusia

6)    Meletak mengadakan penjaganya untuk mengaktifkan dan menunggu racun dalam tubuh

7)    Sentiasa berada / berlegar-legar didalam dan luar rumah

8)    Merasuk manusia supaya membuat kerja-kerja jahat

9)    Sentiasa memerhati dan berada disetiap tempat dan sudut didalam  rumah

10)  Menganggu aktiviti ibadah manusia

11)  Menganggu anak dalam kandungan
12)  Anak dalam kandungan keguguran

13)  Anak cacat anggota semasa dilahirkan

14)  Anak yang dilahirkan pekak dan bisu

15)  Anak kecil sering memandang keatas dan ada kalanya tersenyum

16)  Mengambil / menghilangkan anak dalam kandungan

17)  Memasuki rumah ke rumah pada waktu magrib (mencari darah wanita ketika haid)

18)  Mengutip / menyedut darah manusia melalui (tuala wanita yang masih berdarah)

19)  Mengambil / memakan janin atau darah manusia

20)  Menyamar sebagai orang alim berserban

21)  Mengistiharkan / mendakwa dirinya adalah penjaga sipolan-sipolan

22)  Menyamar anggota / ahli keluarga (suami / isteri / anak / datuk / nenek / moyang)

23)  Menyamar kehadiran sebagai haiwan atau serangga

24)  Merosakkan fungsi organ atau anggota badan

25)  Penyakit yang sama berlaku / menular dalam ahli keluarga

26)  Mengawal hati dan perasaan serta fikiran manusia
 

GEJALA GANGGUAN MKHLUK HALUS / SIHIR / SANTAU

Sihir yang diistilahkan sebagai keturunan atau Saka Baka dalam sesebuah keluarga itu diantaranya :

1)      Mandul (bukan sebab beradat seperti kemalangan yang teruk jatuh yang kuat bersukan)
2)      Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan.
3)      Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur enam bulan keatas.
4)      Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau kedua-duanya sekali.
5)      Melahirkan anak yang buruk akhlak ada seperti dibawah ini:
                
       i.   Iri hati  yang amat sangat

      ii.   Cekas marah atau panas baran
                     
      iii.   Cemburu
                             
      iv.   Buruk sangka
                             
       v.   Mimpi yang menyeronokkan yang tidak menjadi kenyataan

6)      Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah
7)      Mimpi buruk yang menakutkan
8)      Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
9)      Mimpi melihat makhluk halus.
10)  Mimpi melihat binatang seperti ular,kucing,tikus dan sebagainya.
 

PENJAGAAN KEPADA PEMILIK SIHIR

1)      Mengaku isteri yang ghaib iaitu orang bunian (syaitan)
2)      Mengaku anak yang ghaib (anak syaitan – bunian)
3)      Membelai tuannya setiap malam
4)      Memeluk tuannya ketika sedang tidur lena
5)      Sentiasa berada diatas bumbung rumah
6)      Sentiasa bersama menemani tuanya kemana saja
7)      Sentiasa patuh kepada arahan tuannya
8)      Menunggu barangan milik tuannya
9)      Mengarahkan rakan-rakannya menunggu harta milik tuannya
 

PENYAMARAN SIHIR TERMASUK SIHIR SAKA KETURUNAN

1)    Menyamar kehadiran sebagai panglima, pendekar, pahlawan, permaisuri, puteri cantik, perempuan cantik, orang bunian, orang tua, ulamak berserban, berjubah, nenek kebayan, penjual ikan, ahli keluarga dan mengaku sebagai penjaga.

2)    Menyamar sebagai tikus, harimau putih, kucing putih, beruang putih, anjing hitam, ikan duyung, mawas. Ular, katak, serigala, belalang, rama-rama, anai-anai dan burung.

3)    Menjelma sebagai pocong, hantu tinggi, hantu raya, puntianak, langsuir, bajang, polong, toyol, jerangkong, jembalang, sialang, puteri bunian, hantu kopek, lembaga hitam, nenek kebayan, penanggal, pelesit. hantu tinggi, hantu galah, hantu bungkus dan sebagainya.

4)    Menunjukkan diri dengan wajah yang buruk dan hodoh, kuku yang kotor dan panjang, muka yang berkedut-kedut, kulit kedut seibu, rambut menghurai, menunjukkan taring, berbadan besar berbulu, bertanduk satu, mata merah menyala, berkepala botak, bermata satu, bongkok bertungkat, memakai tudung atau selendang, pakaian putih bersih/kotor dan koyak rabak, berbaju kebaya, dan pakaian compang comping
 

PERUBAHAN YANG KETARA

1)    Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isteri / suaminya.
2)   Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup meminum air yang mendidih.
3)    Suami dan isteri secara tiba-tiba tidak merasa aman dalam perhubungan, benci-membenci diantara satu dengan yang lain walau pun sebelum itu mereka sangat berkasih-kasihan.
4)    Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.
5)    Penyakit-penyakit samada fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan PUNCAnya oleh doctor-doktor yang pakar.
 

TINDAK BALAS SIHIR

1)      Dada terasa sakit tiba-tiba
2)      Tepi kiri dada merasa kesakitan
3)      Jantung terasa mencuck dan menyakitkan
4)      Nafas terlalu pantas
5)      Tiba-tiba pitam (bukan kerana berjemur/terkena panas matahari)
6)      Sering pitam tidak tentu masa
7)      Kesakitan didada secara mengejut
8)      Dada terasa mencucuk-cucuk
9)      Kepala sakit yang amat sangat
10)  Kaki atau tangan mengeletar
11)  Sukar atau tidak dapat kencing
12)  Terasa seperti kena tolak
13)  Tidak sedar diri apa yang berlaku
14)  Pangkal ari terasa sakit
15)  Buah zakar besar sebelah
16)  Tengkok merasa sakit
17)  Pinggang merasa sakit
18)  Tiba-tiba pening
19)  Merasa sakit dibahagian sendi-sendi
20)  Terdapat bekas lebam-lebam pada tubuh
21)  Jari jemari tangan atau kaki kebas
22)  Kesakitan yang mencucuk-cucuk
23)  Gatal-gatal secara mendadak
24)  Mata semakin kabur
25)  Perut semakin membesar
26)  Jari kaki atau tangan terasa mencucuk-cucuk
27)  Anggota badan menjadi bengkak, bonjolan atau membesar
28)  Mata menjadi merah
29)  Kerap termuntah-muntah
30)  Kaki dan tangan kesejukan
31)  Terasa sesuatu memasuki tubuh
32)  Kekejangan otot-otot
33)  Mengeluarkan bunyi - mengilai
34)  Setiap sihir akan memusnahkan ahli keluarga tuannya terlebih dahulu
35)  Setiap sihir akan memakan tuannya kembali hingga binasa
 

KETAHANAN DIRI

1)      Sentiasa mengingat Allah SWT (berzikir) setiap waktu
2)      Membaca Al-Qur’an dan tahu ertinya, selepas solat maghrib
3)      Menguasai Ilmu Hadis dan hukum-hukum Islam.
4)      Tekun melakukan ibadah
5)      Bergaul atau berkumpul dengan orang Soleh
6)      Memakan makanan yang halal
7)      Berpuasa setiap isnin dan kamis yang semuanya kerana Allah SWT
8)      Jangan sekali-sekali membawa ke bomoh/dukun kerana perbuatan itu termasuk syirik.
 

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya.

Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam.

Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembuh sihir.

Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-

a)      Surah Al-Baqarah ayat : 1-6
b)      Surah Al-Baqarah ayat: 255-257
c)      Surah Al-Baqarah ayat: 284-286
 

SIHIR DALAM MASYARAKAT MELAYU

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu.

Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi mencapai apa saja yang dihajatinya. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
 

a)    Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,

b)    Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,

c)    Polong : Bagi menghisap darah mangsa

d)    Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.
 

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

# semoga kita sama² pelajari sedikit demi sedikit utk mgelakkan ini terjadi kpd kita...kpd yg telah beralih landasan..bawak² lah bertaubat..kerana hanya Allah yg maha segala² nya...perbuatan itu adalah syirik kerana sudah menyekutukan Allah swt..mungkin didunia boleh mencapai apa yg dihajati..tetapi akhirat sana..balasan menanti...Allahualam..
 

Khamis, 22 Mei 2014

AKIBAT TERKENA SIHIR

1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri):
Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

2. Al-Mahabbah:
Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal):
Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.

4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul):
Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

5. Al-Khumul:
Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6. Al-Hawatif:
Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

7. Al-Marad (sakit):
Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

8. Nazif:
Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

9. Ta’til tawaj:
Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.

KERANA SIHIR MATI DLM MASA 24JAM

Kisah benar  :: Wanita mati kerana sihir

Bermula merasa sakit di leher hinggalah sakit yang amat dibahagian perut dan muntah yang mengeluarkan kaca.

Wanita tersebut terus dikejarkan ke hospital oleh suaminya. Selepas diperiksa dan di scan apa yang diperolehi amatlah mengejutkan doktor.! Hasil scan terlihat beberapa ekor tikus yang hidup telah memakan organ dalaman wanita tersebut.!!  Ya ALLAH..!!"

Masa tu juga pembedahan dijalankan untuk mengeluarkan tikus-tikus tersebut. Tikus telah berjaya dikeluarkan tapi malangnya nasib tidak menyebelahi mangsa. Wanita tersebut mati kerana mengalami kerosakkan organ dalaman yang teruk akibat dari gigitan tikus kiriman sihir.

Ini adalah kisah nyata..

Kematian yang amat tragis dan ngeri.!!

'Ya Allah jauhilah kami dari hasad dengki manusia dan dari gangguan jin dan syaitan.'

Allah memberikan manusia dengan akal supaya manusia dapat berfikir dengan baik dan buruk sesuatu itu. Allah menganugerahkan manusia hati supaya menyayangi sesama manusia bukan menyakiti sesama sendiri. Tapi kini akal dan hati itu tidak digunakan kearah kebaikkan yang ada akal dan hati yang penuh dengan dendam, hasad dengki dan kejahatan.!!

Dalam sahih Bukhari dan Muslim, diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah s.a.w. "Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan. Sahabat bertanya, apakah tujuh perkara itu? Baginda menjawab, syirik kepada Allah, mengamalkan sihir, membunuh nyawa tanpa haq, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang, dan menuduh perempuan berzina."

APA ITU ILMU PENGASIH ??

Pernahkah mendengar atau tahu tentang ilmu pengasih ini? Di sini ingin saya memberitahu bagaimana si penuntut ilmu pengasih ini mengenakan seseorang yang dia sukai atau dicintai tanpa pengetahuan si mangsa.

Biasanya ilmu pengasih ini dikenakan bila cinta beliau tidak dibalas, sakit hati, cemburu & mempunyai hasad dengki yang jahat. Si mangsa tak akan sedar bahawa dia telah terkena ilmu sihir tersebut.

Bila terkena saja ilmu ini, maka porak perandalah hidup si mangsa. Biar saya terangkan bagaimana salah satu cara² si penuntut ini menyihirkan si mangsa.

Terlebih dahulu si penuntut mesti mengenal pasti betul² wajah si mangsa yang dia hendak sihirkan. Tanpa nama si mangsa pun sudah cukup buat si penuntut menyihirkan seseorang.

Setelah gambaran wajah² mangsanya dia ingati, dia akan memulakan membaca mentera² jampi serapah. Acara pertama yang dilakukan oleh penyihir adalah seperti berikut:

Pertama:

Salah satu caranya dia akan memulakan dengan memusing-musingkan pinggan makannya beberapa kali sambil membayangkan wajah si mangsa dengan menyebut-nyebut nama si mangsa berserta dengan mentera jampi serapahnya.

Mengapa perlu memusing-musingkan pinggan sebelum makan? Supaya si mangsa tidak lalu atau selera hendak makan, resah gelisah di hati, saban hari akan teringat akan si penuntut ilmu pengasih itu.

Tak lalu hendak makan atau minum. Dan dengan cara beginilah si mangsa akan menjadi tidak menentu seakan-akan terbayang wajah si penuntut ilmu ini. Si mangsa akan jadi seperti hilang akal tidak keharuan seperti dilanda penyakit angau saban hari asyik teringat akan si penuntut ilmu sihir ini.

Dia akan menjadi gila bayang melayan perasaannya terhadap si pengamal ilmu sihir ini. Yang kasihannya si mangsa juga tidak sedar dengan tindak perlakunya yang boleh membahayakan dirinya sendiri. Begitulah tersiksanya batin si mangsa.

Kedua:
Sebelum si penuntut itu hendak tidur, bantal di kepalanya ditepuk² beberapa kali, sekali lagi membayangkan wajah si mangsa, sambil menyeru nama si mangsa bersertakan jampi serapahnya. Dia akan menepuk² bantal kepalanya berulang kali.

Mentera² diamalkan sambil menyeru nama si mangsa berkali-kali. Si mangsa akan menjadi resah gelisah tak boleh lelapkan mata asyik terbayangkan wajahnya saja.

Semangatnya akan diseru beberapa kali. Ini akan membuat si mangsa menjadi susah bila setiap kali hendak lelapkan mata, pasti wajahnya datang dalam mimpi, mengganggu emosi dan perasaan si mangsa. Ibarat makan tak lalu tidur pun tak lena. Begitulah setiap kali si mangsa lalui penderitaan jika tidak segera dapatkan rawatan.

Ketiga:

Dan yang terakhir sekali, dengan hanya makan sebiji gula² darinya sudah cukup membuat si mangsa boleh terkena sihir ini. Gula² yang diberi olehnya telah dijampi serapah dengan mentera²nya terlebih awal dahulu sebelum diberikan kepada si mangsa.

Dengan cara begini juga boleh memperkuatkan lagi ilmu pengasihnya. Ianya juga boleh membuat hampir² sebati di dalam diri si mangsa yang memakan gula² itu. Sihirnya akan menjadi kuat untuk mempengaruhi perasaan si mangsa melakukan apa saja kehendak nafsu syahwatnya.

Dia akan cuba mempengaruhi emosi & fikiran si mangsa yang sudah menjadi angau. Apa saja kemahuannya, si mangsa kotakan tanpa disedari olehnya. Syaitan bermaharajalela. Ketawa kegembiraan mendapatkan apa saja yang dihajatinya.

Untuk mengelakkan semua ini,haruslah kita mendekatkan diri pd Allah Swt dan jika kita sudah terkena,usaha la berubat dr pakar² islam bkn dr jln yg salah juga kerana akan mensyirikan kita dan akan makin memburukkan lg keadaan...
allahualam...

Khamis, 15 Mei 2014

DIHINA HANYA KERANA RM5

Jalan disitu berlopak2 bsr..terhinjut2 kereta ni dilambung graviti...Ely yg disebelah aku ni dah macam kerbau dengkurannya...Aku terpks memperlahankan kereta melalui sebuah perkampungan nelayan...Kelihatan beberapa org kanak2 kecil bermuka comot dgn hingus kering dimuka sedang berlari2,salah seorg drpnya bertelanjang bulat...ee...Geli...Ada pula org tua berbasikal mengangkat tgn memberi salam...

huh!! Ntah ape2 org tua ni...terus aku menaikkan cermin kereta dgn rengusan garang.. Aku berhenti disebuah jeti buruk..Kelihatan beberapa org nelayan disambut peraih2 buncit...Buncit lah sbb dpt untung byk...

Si nelayan plk kurus kering kepenatan tp untungnya hny cukup mkn...Ely yg tidur mcm kerbau td mule merepek menantikan kedtgn  tunang nya...Sementara menunggu Ely berjumpa dgn tunang nya,Aku duduk shj didalam kereta...Benci aku dgn kg nelayan yg hanyir ni..Beberapa gadis bertudung labuh menaiki basikal dan memberiku selebar senyuman..Terus sj aku menghempas pintu keretaku...

Memang patut pun perempuan kolot spt diorang tuh dijerukkan ditempat busuk spt ini..Perempuan kolot.Tolol btl lah.Kemudian dtg seorg tua dr belakang kereta aku.Aku sedikit marah dan tergetap bibir..""Nak Apa???!!". Dia terketar terkejut mendengarkan kata kataku yg meninggi itu terus berundur...

"Assalamualaikum nak...pakcik ambil upah cuci kereta....."Dia bckp dgn mata yg asyik memandang kebawah...tertib,tapi suara nya spt takut dgn aku jer....Ditgn nya ada satu baldi buruk,air sabun dan tuala buruk dibahu...Baju kemejanya kusam dan koyak dipoket..

Huh! Org miskin...Bajunya hny dibutang dua menampakkan dadanya yg leper ditolak tulang selangka...Dia tdk berkasut,kukunya hitam dan kakinya kotor,berkudis!! Mmg menjijikkan!!

"Basuh sajalah!!,tapi awas,kalu calar kereta aku,tahulah macam mana aku nak ajar kau..!" Aku berkata sambil mata ku memandang pd si minah Ely tu...

Alah,dpn tunang tergedik2...duk kat rumah mcm jin perangai nyer...Org tua tu pulak tertunduk2 mengucapkan terima kasih..Ah,miskin mcm ni lah..Tiada maruah..Terus dia mengosok tyr keretaku satu demi satu...

Memberus sambil terbatuk2,meludahkan kahak hijau..Ah pengotor! Sial betul lah org tua ni! Terus saja aku mengalihkan pandangan ku kearah pantai....Si peraih buncit tu ketawa berdekah2 menepuk2 blkg si nelayan kurus itu sambil menyerahkan beberapa ringgit kpd nelayan tersebut...

Nelayan itu tersenyum pahit dan menyelitkan duit td dicelah kopiahnya...Itu lah! Siapa suruh,kecil2 taknak belajar rajin2,tak lah kena diperbodohkan oleh si peraih tu..Bodoh!! "Sudah nak...." dlm ms 20minit pakcik tu dah siap pun mencuci kereta...aku pun menghulurkan rm5 pdnya...

Bagi aku itu dah cukup lumayan lah tuk sifakir mcm dia...ah malas aku nak pandang wajahnya lagi...hrp cpt2 lah dia berambus...Tp dia masih lg berdiri sambil memegang duit td..

Tetiba airmata nya mengalir dan dia menangis teresak2..."Kenapa ni??! Gila ker??!" Tanyaku dgn kasar..."Nak....seumur hidup pakcik susah ni,tak pernah pakcik dpt upah sebyk ni...pakcik memetik kelapa,pakcik cuci tandas restoran,pakcik cuci kereta...paling byk pun rm1 jer yg pakcik dpt....Dia bersungguh2 memandang ke dlm mata aku...Timbul pula rasa simpati...

Dia melipat duit td dan diikat disimpul dlm sapu tgn biru muda...Lalu pergi dgn kaki yg terhinjut2 menangis menujubke arah sekumpulan nelayan...Ah..biar lah dia...Ely memanggil aku dr sebuah kedai mkn disitu...

Hampir 10minit aku melayan kerenah si gedik Ely dan tunang nya itu...Kemudian..kelibat org tua td melintasi kedai mkn yg kami duduk..Kelihatan dia menjinjing dua beg plastik hitam besar..Hairan...takkanlah dgn rm5 dia boleh membeli brg sebyk tu..

Mustahil...atau dia sengaja berpura2 papa kedana..???  Dgn rs ragu,aku menghampirinya..Dia senyum lembut pdku dan aku  dgn rasa curiga aku terus bertanya...""Eh pakcik!! Tadi sy bg rm5 takkan dpt beli brg sebyk ini?? Bunyi pertanyaanku td agak mengeras dan meninggi..Pakcik itu spt terkejut..

Dia diam dan tertunduk seketika...senyuman nya yg lembut td terus hilang dr wajahnya...Kelihatan pahit menelan air liur..Lalu dia meletakkan plastik hitam td ke atas tanah,membukanya satu persatu dgn perlahan dan terketar2...

Muka aku yg angkuh td terus terus berubah..terkejut..terkedu...Pakcik td mengeluarkan sapu tgn biru td dan membuka simpulannya...Wang aku td masih berlipat kemas...

"Nak,pakcik tahu...Kami ni org susah nak...ibarat najis dibuang,disishkan dan ditolak2....menjijikan...pakcik tahu semua itu nak...Ambillah semula duit anak td....kalian semua pekup hidung melihat kami..Pakcik juga punya maruah..Kadang2 maruah kami lebih tinggi dr nilai maruah org kaya spt anak...

Harga diri org susah mcm kami lebih berharga...Kami buat kerja meminta upah,bkn kami meminta sedekah..Pertanyaan anak tadi spt td seolah2 telah memijak2 harga diri pakcik..Anak spt mghukum pakcik sbg org tua yg sial...

Ambillah duit ini semula...
""Pakcik itu meletakkan duit itu diatas tgnku...dan aku menolak...berkali2...Hari ini airmata ku menangis kerananya...Satu perasaan yg tdk pernah aku rasa seumur hidup aku...Angkuh,bongkak aku entah kemana menghilang...Mulutku yg dulu lancang diam seribu bahasa...Menangis2 aku meminta maaf berkali2..Tidak mahu sentuh langsung duit td sehingga jatuh ke kaki ku sendiri....

"Lihat nak...itulah tempat duit..Ditapak kaki..Duit itu mmg perlu,tp jgn sampai ia lebih tinggi dr harga diri.Jgn sampai duit mjd kan kita bongkak dan lupa diri...Pakcik kesana tadi,tempat nelayan memunggah ikan..Pakcik kutip ikan2 kembung pecah perut ini yg sudah dibuang ketepi..Dgn bangkai busuk inilah pakcik sambung kehidupan pakcik..jgn sampai anak2 pakcik kelaparan,.."

Mendatar shj suara org tua itu berkisar2 dgn deruan ombak..Dia mula melangkah kaki dgn terbatuk2...Meninggalkan aku dgn rm5 td dan ikan busuk yg sudah mula dihurungi lalat..Aku terduduk menangis semahu2nya...tanpa aku hiraukan sesiapa...

Penyesalan timbul dijiwa ku....krn rm5...terus ku berfikir pada pakcik itu apakah makanannya mlm ini...Sedihnya hati aku...org tua yg ku hina itu telah menyedarkan ku...Aku ada segalany,tp aku xmampu membeli apa yg ada didlm diri org tua itu...

Rabu, 14 Mei 2014

MALAIKAT MAUT DAN AJAL KITA..SEDARKAH KITA ??

Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."
(Surah Al-A'raf: ayat 34)

BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati.

Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Ju
steru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya.

Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

Meskipun mata manusia hanya mampu melihat alam benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.

Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan.

Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabi'e biasa sebagai pendapat golongan atheis, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja.

Dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan juga kemalangan sama ada di udara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.

Selain itu mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, ta'un dan sebagainya.

Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yamg lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang disebut di atas. Jika berlaku kematian di kalangan mereka, lantas mereka bertanya, "sebab apa si pulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?".

Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berlegar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.

Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.

Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan.

Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat.

Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya.

Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.

Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.

Di kalangan orang solehin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu.

Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.

Selain itu Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janjiNya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang.

Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para rasul a.s.w., para nabi-nabi, para wali-wali dan orang-orang solihin.

Selain itu malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.

Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab-sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka.

Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.

Ketika itu Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.

Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya.

Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak, sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar.