Mari kita baca dan renungkan bersama, semoga banyak hikmah yang boleh kita ambil...
❥ Kalau pakaian beliau terkoyak atau robek, Rasulullah saw menampal dan menjahitnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.
Setiap kali beliau pulang ke rumah, bila dilihat tidak ada makanan yang sudah masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
Sayyidatina ‘Aisyah r.a menceritakan:
”Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumah tangga.
Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai solat."
Pernah Rasulullah pulang pada waktu pagi. Tentulah beliau amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tidak ada apa pun yang ada untuk di buat sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayyidatina ‘Aisyah r.a belum ke pasar.
Maka Beliau SAW bertanya,
“Belum ada sarapan ya Khumaira?”
(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan)
Aisyah r.a menjawab dengan merasa agak serba salah, “Belum ada apa-apa Yaa Rasul Allah.”
Rasulullah lantas berkata,
”Kalau begitu saya puasa saja hari ini.” tanpa sedikitpun tergambar rasa kesal di wajahnya.
Pernah Rasulullah bersabda,
“sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.”
Subhaanallaah....Prihatin, sabar dan tawadhuknya Rasulullah sebagai pemimpin keluarga.
❥ Pada suatu ketika Rasulullah menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan beliau antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi kemerutuk seolah-olah sendi-sendi pada tubuh beliau yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sahabat Umar r.a yang tidak tahan melihat keadaan beliau itu langsung bertanya setelah selesai solat :
“Yaa Rasul Allah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, apakah anda sakit Ya Rasul Allah?”
“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, saya sihat dan segar” jawab beliau.
“Yaa Rasul Allah… mengapa setiap kali baginda menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh baginda?
Kami yakin anda sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
“Yaa Rasul Allah! Adakah bila baginda menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat baginda?”
Lalu beliau menjawab dengan lembut dan senyum,
”Tidak para sahabatku. saya tahu, apa pun akan kalian korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah yang akan saya jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila saya sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?” “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”
Subhanallaah...betapa cintanya beliau kepada umatnya.....sedang cinta kita kepada beliau???
adakah kita sering ingat pada beliau???
adakah kita sering membaca selawat untuk beliau??? adakah akhlak Rasulullah yang begitu lembut, santun, pemaaf, ikhlas dan tawwaduk serta selalu menyentuh hati telah kita teladani???
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
Hanya diam dan bersabar saat kain serbannya diambil dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.
Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH TAALA dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah SAw yang tinggi menjadikan beliau seorang yang tawwadduk yang tidak ingin dimuliakan.
Anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain, ketika di depan org ramai mahupun dalam kesendirian.
Ketika pintu Surga telah terbuka, seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadat, hingga pernah baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fiziknya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.
Bila ditanya oleh Sayyidatina ‘Aisyah r.a
“Yaa Rasul Allah, bukankah anda telah dijamin Surga? Mengapa anda masih bersusah payah begini?”
Jawab baginda dengan lunak, “Yaa ‘Aisyah, bukankah saya ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya saya ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”
Rasulullah SAw adalah seorg hamba yang sangat bersyukur kepada-Nya, beliau mensyukuri semua anugerah yang beliau terima dengan ibadat yang sungguh-sungguh....Subhaanallaah.....
✔ Renungan untuk kita, bagaimana ibadah kita, sudahkah sungguh-sungguh sebagaimana Rasulullah?
atau masih jauh dari rasa sungguh-sungguh???
atau masih merasa berat atau merasa terbebani dengan ibadah-ibadah yang Allah wajibkan pada kita?
jawapannya ada di hati kita masing-masing....
bila kita mahu berfikir memang nikmat Allah pada kita banyak sehingga tidak mungkin kita menghitungnya, tapi sayang banyak manusia yang tidak mahu memikirkan dan merenungkan nikmat-nikmat Allah yang telah diberikan-Nya, terutama nikmat IMAN dan ISLAM.
Allah telah berfirman dalam QS. Al-Qolam ayat 4 yang terjemahan nya
"Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak (berbudi pekerti) yang agung"
Demikian sedikit apa yang mampu saya sampaikan tentang agungnya dan mulianya Rasulullah, tidak lupa saya sampaikan terima kasih kepada sahabat yang menluangkan waktu membaca artikel sederhana ini....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan