Ahad, 13 Julai 2014

KHALID AL-WALID PART 1 ( SEBELUM MASUK ISLAM )

- Nama                ▶   Khalid ibni al-Walid
- Gelaran             ▶   Pedang Allah
- Tempat lahir     ▶    Makkah, Arab Saudi
- Tempat wafat   ▶    Hims, Syria
- Kesetiaan         ▶     Khulafa al-Rasyidin
- Pangkat            ▶    Ketua Panglima Tentera Islam

Khalid bin al-Walid RadiyalLahu 'anhu" (R.A)

Kempen Beliau semasa zaman Nabi Muhammad (SAW)
Uhud – Mu'tah – Taif – Khandaq – Hunain – Makkah – Ekspedisi Daumat al-Jandal – Tabuk

Peperangan Riddah
Yamamah – Zafar – Darin – Buzakhah – Ghamrah – Daumat al-Jandal – Naqra

Penaklukan ke atas Empayar Parsi
Perang Berantai – Perang Sungai – Perang Walaja – Perang Ullais – Perang Hirah – Perang Ainul Tamar – Perang Muzayyah – Saniyy – Zumail – Perang Firaz

Penaklukan Syria Romawi
Firaz – Qartin – Bosra – Ajnadain – Marj-al-Rahit – Fahl – Damsyik – Maraj-al-Debaj – Emesa – Yarmuk – Baitulmuqaddis – Hazir – Aleppo

Kempen di Anatolia Rom
Pertempuran Jambatan Besi – Kahramanmaraş

                        ♥ BIODATA PENUH ♥

Khalid bin al-Walid atau Khalid ibni al-Walid
(1 Julai 592- 1 Oktober 642)
Dalam Bahasa Arab: خالد بن الوليد‎;

Nama sebenarnya
- Khalid bin al-Walid bin al-Mughirah; beliau juga dikenali sebagai Saifullah al-Maslul
(bahasa Arab: بسيف الله المسلول bermaksud Pedang Allah yang terhunus atau Pedang Allah), adalah antara panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Byzantine dan tentera Parsi pada kurun ketujuh.

                          ♥KEHIDUPAN AWAL♥

Khalid dilahirkan c. 592 di Makkah, anak kepada Walid bin al-Mughira, ketua Bani Makhzum, sebuah suku daripada suku bangsa Quraisy.

Bani Makhzum satu daripada tiga suku yang terunggul di Makkah pada masa itu  yang dua lain ialah Bani Hasyim dan Banu Abdul Dar (Bani Abd-al-dar).

Beliau sepupu Saidina Umar. Bapanya terkenal di Makkah dengan gelaran Al-Waheed (Yang Satu). Bani Makhzum bertanggungjawab tentang perkara-perkara berkaitan dengan peperangan.

Sejurus selepas kelahirannya, dan dengan mengikut resam orang Quraisy, Khalid dihantar untuk tinggal bersama suku kaum Badwi di kawasan gurun Arabia, dan disusukan oleh seorang ibu susu yang juga membesarkan kanak-kanak dalam suasana persekitaran udara padang pasir yang kering, nyaman dan bersih.

Beliau pulang kepada ibu bapanya semasa berumur lima atau enam tahun. Semasa zaman kanak-kanak, Khalid diserang penyakit cacar; beliau pulih akan tetapi penyakit cacar itu meninggalkan parut pada pipi kirinya.

Khalid dan Umar, Khalifah kedua, sepupu dan wajah mereka mirip masing-masing. Mereka tinggi dan Khalid juga berbadan tegap dan berbahu lebar. Beliau berjanggut tebal.Beliau juga seorang juara gusti.

Sebagai seorang ahli Bani Makhzum, satu suku yang pakar dalam peperangan dan dikira antara penunggang kuda yang terbaik di Semenanjung Arab, pada zaman kanak-kanaknya, Khalid belajar menunggang kuda dan mengguna senjata seperti tombak, lembing, busur dan pedang.

Dikatakan tombak menjadi senjata kesukaannya. Pada zaman remaja beliau disanjung sebagai seorang pahlawan dan ahli gusti oleh orang Quraisy

     ♥KETIKA ZAMAN NABI SAW (610–632 M)

Peta Perang Uhud, menunjukkan gerakan rusuk Khalid menentang tentera Muslim, suatu pergerakan yang membawa kejayaan bagi puak Quraisy Makkah.

Tidak banyak yang diketahui tentang Khalid sewaktu dakwah awal Nabi Muhammad (SAW), namun diketahui bahawa bapa Khalid, Walid al-Mughirah, memusuhi utusan yang dibawa Nabi Muhammad dan diri baginda sendiri.

Berikutan Hijrah Nabi Muhammad, masyarakat orang Islam Madinah dan Quraisy Jahiliah Makkah bertempur buat beberapa kali.

Khalid tidak mengambil bahagian dalam Perang Badar—pertempuran pertama antara Muslim Madinah dengan puak Quraisy Makkah—tetapi saudara lelakinya, Walid bin Walid tertangkap dan menjadi tawanan orang Islam.

Khalid bersama-sama abangnya Hasham bin Walid pergi ke Madinah untuk membayar wang tebusan untuk Walid, tetapi dalam perjalanan pulang ke Makkah, Walid meloloskan dirinya daripada dua saudaranya dan pulang ke Nabi Muhammad di Madinah untuk memeluk Islam.

Kepimpinan Khalid memainkan peranan penting dalam mengubah perjalanan pertempuran semasa Perang Uhud (625 M) dan hampir-hampir memastikan kemenangan Quraisy dalam pertempuran itu.

Pada tahun 627 M beliau mengambil bahagian dalam Perang Ahzab (juga dikenali sebagai Perang Khandaq) menentang Muslim Madinah. Perang Ahzab merupakan kali terakhir Khalid menentang Islam.

Tiada ulasan: