Selasa, 15 Julai 2014

KENANGAN PUASAKU PART 1

Assalamualaikum wbt sahabat dan pembaca ku sekalian....

Sekarang umur aku dah nk masuk 23 tahun bulan 8 nie...
Ni adlah puase aku yg ke 14 pasal aku mula puase penuh pada usia aku 9 tahun...
Bile dah lame ea...mari lah pulak teringat puase zaman sekolah² menengah dulu...mase kpala tgh 'blur'...

Dulu dgn sekarang xsama dah puase nyer rase...dulu meriah....Kampung riuh rendah nge buyi mercun,suara budak2...best jer...masjid2 terawih pun kuat je...bergema alam...tapi skrg xdah...

Ingat aku kisah masa aku form 3 klu xsilap...aku pernah cuba membakar rumah jiran aku sendiri...alahai...bukan sengaja pun...tapi ade jugak la mcm titik2 sengaje tu... (( hehe )) dah dia xpnh nk nersih tepi rumah dia tu..penuh dgn pokok2...gelap pulak tu...xde nak mentol api pun..aku ni dgn semangat waja n baik hati nya pergi lah cucuh pelita dan letak kat tepi pagar pokok pisang dia tuh.....

Lepas aku ltk pelita tu..aku sambung psg pelita keliling rumah..tetiba je..aku rasa mcm bercahaya je tepi pagar tu..aku pergi tengok...rupanye...api menjulang...pokok pisang dia dah terbakar...( mase aku letak pelita tu atas kayu pagar...mmg rapat giler dgn daun pisang yg kering tu...tapi aku xhirau sangat la...aku xsangka plk boleh tbakar....kecut perut aku tgk api menjulang..api tu pulak menyambar2 dinding n tingkap dapur dia tu..
( dah la tanam pokok pisang tu rapat dgn dapur).

Aku mmg takut sangat2...( dlm fikiran aku..kalu terbakar rumah dia...naya aku) sebab ketakutan yg amat sangat...aku terus ambil tindakan yg aku rasa paling tepat...iaitu...aku diam...aku LARI MASUK DLM RUMAH dan duduk diam2 dlm bilik...api tu mmg dah tgi...angah aku yg duk main bunga api yg duduk depan rumah tu pulak baru ttengok tepi rumah jiran tu terbakar...dia pun ape lagi...menjerit....panggil ayah aku....

Ayah aku keluar....alahai.....membebel mengalahkan mercun lagi...macam2 bunyi dah ' MERCUN' nie...aku still duk diam2 dalam bilik buat mcm lembu kenyang..
.( hahaha bajet xbersalah)  aku buka sikit tingkap..aku itai je...aku tgk jiran aku pun dah keluar tapi dia tu mmg xtahu nk wat pe psl laki dia xde kat rumah ( nasib baik laki dia xde rumah...klu x..mati aku...aku takut kat laki dia psl laki dia tu 'ANGRY MAN '...kalu ANGRY BIRD boleh kire lagi...ni angry man...muke xpnh senyum woo..))

Sambung balik cerita tadi...Dah xtahu nak wat ape...ayah aku pun main peranan berlagak jd bomba...
( haha ) dia tarik wayar air yg mak aku gune tuk siram poko bunge tu...lalu dia siram api yg menyala-nyala tu......

Bile dah betul2 padam api tu,dapat lihat pokok2 pisang dgn tanaman dia tu dah jadi tunggul...
( hehe...tula...kedekut...dpt hasil xpnh nak share..gurau je...haha)
dinding dapur rumah dia pulak dah mcm sawan akibat api tu...nasib baik ' ABG BOMBA HENSEM ' tu bertindak cepat...( haha)  kalu tidak...xraya la kau jiran...hehe

Dah habis part padam memadam tu...ayah aku pulak yg menyala-nyala...dia jerkah angoh dan zizie...dia suruh padamkan semua pelita n lilin...hari tu semua kena masuk awal...

Ayah aku dah masuk dalam rumah...ape lagi..sasaran utama dia adalah Aku...dia membebel...lebih dari mak aku lagi...mmg dahsyat giler...aku diam je...( dlm hati aku ckp,baru poko pisang terbakar,dah nak riuh...bukannye rumah pun yg terbakar..he..,) Tapi kan..nasib jugak mak aku tolong redakan ayah aku....tapi aku diberi perintah berkurung selama tiga hari...tiga hari aku xboleh main join orang main bunga api dan mercun..

Memang pilu lah...tiga hari tu bermakna tau mase budak2 dulu...mase tiga hari tu...aku buka tingkap..intai je adik-adik main api...termenung dlm bilik merenung nasib yg malang ( haha..lebih dari org putus cinta lagi..) Tapi timbul jgk rasa sakit hati dgn adik2..diaorang boleh ejek2 aku...rase mcm nk tumbuk je diorg mase tu..( dah la aku tgh bengkak hati..diorg plk ejek aku)

Masuk hari ke-4 mak aku beli lagi lilin n bunga api tuk aku..aku excited sgt...tapi ayah still larang aku dr main api...( sedih wooo)  Tapi mak aku pulak suruh aku g main je.. ( mak aku mmg suke backup aku)  aku pun dgn gembira nya pergi la main dgn adik2..siap showoff lagi kat diorg...( haha...psl aku ade bunge api lagi byk dari diorg...)

Erm...mujurlah mak tlg selamatkan aku dari perintah berkurung...klu x,mesti sampai abis puasa aku xleh kluar main pelita dgn bunga api....

Dah bertahun berlalu...tapi kenangan bersama keluarga tetap menjadi kenangan paling manis...sekarang mungkin xkan terjadi semula kenangan tu..masing2 pun dah besar skrg...

# peringatan tuk semua..nak main api...main la...tapi ingat la...kecik2 api boleh jadi kawan...bile dah besar dah jadi lawan... take note yer!!


Ahad, 13 Julai 2014

AZAB KETIKA SAKARATUL MAUT

Setiap manusia pasti merasai mati dan azabnya sakaratulmaut.  Kesakitan ketika nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali.

Nabi Muhammad SAW ada bersabda, maksudnya:

“Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300 kali tetakan pedang.”

Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itu pun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300 kali tetakan!.

Mari kita bayangkan andainya  ditanggalkan  kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. 

Seterusnya, daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup serta dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya.

Semuanya itu hanya secebis daripada perbandingan kesakitan maut,  malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu.

Oleh yang demikian, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:
1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih

Amalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi:
1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri

Rasullullah ada berpesan kepada umatnya : 
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.”

  ★    Kisah Nabi Idris Mengenai Sakaratulmaut    ★

Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali.

Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris AS mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi.

Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa Nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga.

Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.

Setelah malaikat mendapati Nabi Idris AS sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya:

“Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?”

Jawab  Nabi Idris :

“Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya.”

Kata malaikat maut:

“Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun.”

      ★  70 kali Sehari Malaikat Maut Melihat Kita  ★

Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang,  iaitu dalam masa sehari sebanyak 70 kali.

Sekiranya  manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya.

Sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas RA  yang bermaksud :  

“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. 

Maka berkata Izrail:

“Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para Rasul, para Nabi, para wali-wali dan orang-orang soleh.

Seterusnya, malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.

Walaubagaimanapun, adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak. 

Ketika datangnya malaikat maut  hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu.

Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal samada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat.  Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. “
(Surah Al-A’raf: ayat 34)

Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. 

Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah.

Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. 

Oleh yang demikian, setelah kita faham setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak pastinya kita akan bersungguh-sungguh melaksanakan segala amanah dengan jujur dan ikhlas.

Marilah kita mengingati mati yang bakal datang pada bila-bila masa

AMALAN PELINDUNG DI ALAM BARZAKH

At-Tabrani dalam Al-Jamik  al-Kabir meriwayatkan dari Abdul Rahman bin Samrah, bahawa Rasulullah suatu hari bersabda:

“ Semalam aku bermimpi melihat seorng dari kalangan umatku didatangi Malaikat Maut yang akan mencabut nyawanya. Lalu datang amal kebaikan yang dikerjakannya kepada kedua orang tuanya menghalangi malaikat maut.

Aku juga melihat salah seorang dari umatku yang dibentangkan baginya azab kubur, lalu datang wuduknya menyelamatkannya dari azab tersebut.

Aku melihat seseorang dari umatku yang dikelilingi syaitan, lalu datang Zikrullah atau zikir-zikr  yang pernah dilakukannya dan berhasil menyelamatkannya dari kepungan syaitan-syaitan tersebut.

Aku melihat seorang dari umatku yang dikelilingi oleh para malaikat azab, lalu solatnya datang dan menyelamatkan dari para malaikat tersebut.

Aku melihat seorang dari umatku yang mengeluarkan lidahnya kerana kehausan. Setiap kali ada kolam, dia dilarang mendekatinya, lalu puasa yang pernah dikerjakannya datang kepadanya dan memberikan minuman kepadanya.

Aku melihat seorang dari umatku, sedangkan para Nabi duduk berkeliling. Setiap dia mendekati garis linkungan para Nabi tersebut mereka menghalaunya, lalu mandi janabah yang pernah dilakukanya datang kepadanya untuk menyelamatkannya dan lalu dapat duduk di samping mereka.

Kemudian aku melihat seorang dari umatku yang di hadapan dan di belakangnya terdapat kegelapan, sedangkan dia sendiri tidak dapat berfikir apa-apa  untuk menghilangkannya . Lalu haji dan umrahnya datang kepadanya untuk menyelamatkannya menyelamatkannya, sehingga keduanya( umrah dan haji) mengeluarkannya dari kegelapan tersebut dan dapat masuk  ke dalam cahaya.

Aku melihat seorang dari umatku yang mengajak orang-orang mukmin untuk berbual, tetapi mereka semua tidak mahu berbual denganya. Lalu silaturahimnya datang kepadanya sambil berkata:  ‘Wahai  orang-orang mukmin semua:” ajaklah dia berbual.’

Selain itu, Aku melihat seorang dari umatku yang berusaha menghalang rasa kepanasan api dari wajahnya dengan tangannya, lalu sedekah yang pernah dilakukannya mendatanginya dan menjadi penghalang wajahnya sekaligus sebagai tempat bernaung kepalanya.

Aku melihat seorang dari umatku yang dikejar oleh malaikat Zabaniyyah dari segala arah, lalu amar ma’ruf nahi munkar yang pernah dikerjakannya datang kepadanya dan menyelamatkannya dan kemudian dia diserahkan kepada malaikat Pemberi rahmat.

Aku melihat seorang dari umatku yang duduk di atas kedua lututnya yang di antara dirinya dan Allah terdapat hijab/batas lalu kemuliaan akhlak yang dimilikinya mendatanginya dan membawanya menghadap Allah.

Selanjutnya aku melihat seorang dari umatku yang mendapat pemberian buku catatan amalnya dari sebelah kirinya, lalu ketakwaannya kepada Allah datang kepadanya dan mengambil catatan itu serta menyerahkannya dari sebelah kanannya.

Kemudian aku melihat seorang dari umatku yang timbangannya sangat ringan, lalu anak-anaknya yang meninggal pada waktu masih kecil datang dan memberatkan timbangannya tersebut.

Aku melihat seorang dari umatku berdiri di tepi neraka jahanam, lalu datang rasa takutnya kepada Allah dan kemudian menyelamatkannya.

Aku melihat seorang dari umatku dipaksa masuk neraka, lalu datang air matanya yang pernah keluar dari rasa takut kepada Allah semasa hidupnya dan menyelamatkan dari neraka.

Aku melihat seorang dari umatku yang berdiri di atas sirat yang bergoyang seperti goyangnya pelepah kurma, lalu datang prasaan sangka baiknya kepada Allah yang kemudian menenangkan goyangan tersebut sehingga dia mampu menyeberanginya

Aku melihat seorang dari umatku yang berada di atas sirat sambil merangkak sedikit demi sedikit, lalu selawat yang ditujukannya kepadaku(Rasulullah) datang kepadanya dan kemudian membantunya berdiri hingga akhirnya dapat menyeberangi  sirat tersebut.

Aku melihat seorang dari umatku yang sampai di depan syurga tetapi pintu-pintunya tertutup untuknya, lalu datang kesaksiannya bahawa tiada Tuhan selain Allah, kemudian membukakan pintu-pintu syurga untuknya dan memasukkannya ke dalam syurga.

Aku melihat beberapa orang yang lidahnya dipotong lalu kutanyakan:
‘Ya Jibril, siapakah mereka?’ Jibril menjawab,’Mereka itu adalah orang-orang suka mengadu-dumba manusia.’

Seterusnya aku melihat beberapa orang yang digantung pada lidah mereka, lalu aku bertanya:
’Ya Jibril, siapakah mereka?’ Jibril menjawab,’Mereka adalah orang-orang yang menuduh orang-orang mukmin melakukan apa tidak mereka lakukan.’

Al-Qurtubi mengatakan,

“Ini merupakan hadis yang sangat agung yang disebutkan di dalamnya berbagai amalan khusus yang dapat menyelamatkan manusia dari hal-hal yang mengerikan.”

Wallahualam...semoga kita dilindungi dari azab dgn segala amal dan kebaikan kita...amin....

70 JENIS DOSA BESAR ( RINGKASAN)

70  Dosa Besar dapat disimpul kepada  berikut:

1-Empat jenis dikaitkan dengan hati iaitu:

-   Syirik.
-   Terus menerus berbuat maksiat.
-  Putus asa dan berasa aman daripada seksa Allah.

2-Empat jenis pada lisan iaitu:

-  Kesaksian palsu.
-  Menuduh berbuat zina pada wanita baik-baik.
-  Sumpah palsu .
-  Mengamalkan sihir.

3-Tiga jenis di perut iaitu:

-   Minum arak.
-   Memakan harta anak yatim.
-  Memakan riba.

4-Dua jenis di kemaluan iaitu:

-   Zina,
-   Homoseksual.

5-Dua perkara  disebabkan  tangan iaitu:

-   Membunuh,
-   Mencuri.

6-Satu disebabkan  kaki iaitu:

-   Lari dari medan peperangan.

7-Satu perkara melibatkan di seluruh badan iaitu:

-   Derhaka terhadap orang tua.

Dosa kecil iaitu dosa yang tidak tersebut di atas.

Dosa kecil yang akan berubah menjadi dosa besar jika dilakukan BERTERUSAN .

Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan berterusan dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar (Taubat ).

Allah juga berfirman, maksudnya:

Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran: 135)

Mengenai tindakan sesetengah orang di antara kita yang menganggap remeh akan dosa, Rasulullah bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh daripada gunung tersebut pada bila-bila masa. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia dapat mengusir lalat tersebut begitu sahaja.”       
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)                                                                     

Orang yang bergembira dengan dosanya Allah berfirman maksudnya:

“Dan apabila dikatakan kepadanya:
“Bertakwalah kepada Allah”, bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya mereka  melakukan  dosa. Maka cukuplah (balasannya) untuk mereka neraka Jahannam.Dan sesungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya.” (Surah al-Baqarah: 206)

Mereka Merasa  Aman daripada azab Allah walaupun telah melakukan maksiat :
Allah berfirman maksudnya:                                                                              
 “Apakah  kamu tidak perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan perbicaraan rahsia, kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka mengadakan perbicaraan rahsia untuk berbuat dosa,  permusuhan dan penderhakaan  kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagaimana salam orang mukmin yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan pada diri mereka sendiri:                            “Mengapa Allah tidak  menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?”    
Cukuplah bagi mereka neraka Jahannam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat mereka akan kembali.” (Surah al-Mujadalah: 7)

Perbuatan maksiat secara terang-terangan,

Rasulullah s.a.w bersabda dengan  maksudnya:

  “Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam melakukan  dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tetapi di pagi hari mereka membuka kembali tutupan Allah terbabit.” (Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim)

Yang melakukan perbuatan dosa dan perbuatan tersebut menjadi tauladan kepada orang lain
( Pengasas Dosa ).

Rasulullah s.a.w bersabda dengan  maksudnya:

“Sesiapa yang memberi contoh di dalam Islam dengan contoh yang  buruk, dia akan mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya selepas dia meninggal dunia tanpa dikurangi dosa tersebut sedikitpun.”

Itulah Keadilan Allah yang Maha Adil

- Jelaslah kepada kita, orang yang berpesta dengan maksiat kemudian menutup majlis tersebut dengan Doa daripada Ustaz dan Tasbih Kifarah serta Zikir Munajat yang mengalirkan air mata,  berpura-pura kesedihan seketika tetapi dihati mereka tersemat ”

ada jugak yg cakap TAHUN DEPAN KITA AKAN LAKUKAN LAGI, PADA TARIKH YANG SAMA DAN MASA YANG SAMA, CUMA HARI SAHAJA YANG BERLAINAN ” pasti Allah akan mengazabkan mereka ,Agama dan Allah bukanlah permainan olok-olok yang boleh dipersendakan begitu sahaja sambil ketawa.  NAUZUBILLAH.

Ya Allah Tetapkan Iman Kami dan berilah kekuatan kepada  kami untuk lari dari Majlis-majlis rasmi yang diselit dengan upacara pemujaan Syaitan.

Amin Ya Rabbal Alamin.

20 KELEBIHAN WALI ALLAH DI AKHIRAT

★Allah SWT meringankan rasa sakit ketika rohnya keluar dari badan di saat kematian.

★Mereka mendapat keteguhan ma’rifat dan keimanan.

★Mereka mendapat kegembiraan, keredhaan, kesenangan hidup di Akhirat.

★Berkekalan mereka bersama Allah di Akhirat.

★Mendapat anugerah luar biasa dari allah iaitu roh mereka dikunjungi oleh para Malaikat dari tujuh petala langit dan bumi serta  para Malaikat memberi penghormatan kepadanya.

★Mereka terlindung dari fitnah dan mendapat pertolongan allah dalam menjawab soalan Munkar dan Nangkir didalam kubur.

★Kubur mereka diluaskan, disinari cahaya dan mereka aman damai dalam kubur.

★Mereka dihimpun dalam golongan terhormat, mereka diberi mahkota, pakaian yang indah dan kenderaan yang istimewa.

★Roh mereka  akan bersiar-siar  dalam  syurga dengan berkenderaan burung hijau dengan hati yang gembira.

★Wajah mereka terpancar cahaya kerana dapat menyaksi Wajah Allah Yang Maha Tinggi.

★Mereka terpelihara dari huru-hara di Akhirat.

★Mereka mendapat surat amalan dengan tangan kanan.

★Mereka mendapat hisab yang ringan daripada Allah bahkan sebahagian daripada mereka masuk Syurga tanpa hisab.

★Timbangan amalan kebaikan mereka menjadi berat sebahagian mereka, amalan mereka tidak ditimbang langsung lalu dapat memasuki Syurga Allah SWT.

★Mereka dapat minum air kolam Rasulullah SAW dan tidak akan merasai dahaga selama-lamanya.

★Mereka dapat meniti Sirat Mustaqim dengan selamat.

★Mereka dapat memberi Syafaat kepada orang lain.

★Mereka mendapat nikmat Syurga yang abadi.

★Mereka mendapat Keredhaan Allah SWT Yang Maha Besar.

★Mereka dapat melihat wajah Allah SWT.

20 KELEBIHAN WALI ALLAH DIDUNIA

★Allah SWT sentiasa teringat dan memuji-muji nama mereka.

★Allah SWT sendiri mengucap Terima Kasih kepada mereka.

★Allah SWT sangat kasih dan cinta kepada mereka.

★Allah SWT sendiri menjadi wakil untuk mengurus dan mentadbir segala urusan mereka.

★Allah SWT menjamin rezeki mereka kemana mereka pergi maka di sana terdapat rezeki mereka.

★Allah SWT sendiri mengawal diri mereka dan menolak segala sesuatu yang datang menyakitinya.

★Allah SWT sendiri menjinak sesuatu yang baru yang datang menempuhinya.

★Tinggi hemah dan tidak rela dirinya dilumuri dengan kekotoran dunia.

★Berjiwa besar dan tidak rasa terhina walaupun melakukan pekerjaan yang dilakukan oleh seorang bertaraf hamba.

★Kaya hati, jiwa dan hatinya jika sempit.Tidak terkejut jika Allah SWT menganugerahkan kekayaan kepadanya.Jiwanya juga tidak terasa susah jika Allah mendatangkan kepadanya kesusahan.

★Nur Hatinya bersinar-sinar sehingga dapat menyuluh kepada orang ramai dengan ilmunya,rahsianya dan hikmahnya.

★Hati mereka tetap lapang walaupun Allah SWT mengujinya dengan bala yang besar.
Allah SWT  menganugerahkan keberkatan yang meliputi semua bidang termasuk  dalam pemakaian, percakapan, perbuatan, tubuh-badan dan lain0lain sehingga orang lain dapat berkat dari tempat tidurnya, pakaiannya, tempat pijaknya sehingga kawan-kawan yang bersahabat dengannya.

★Wajah mereka sentiasa hebat, sesiapa memandangnya akan merasa gerun dan akan memberi penghormatan kepadanya.

★Setiap langkahnya diberkati, jarak perjalanan yang jauh Allah SWT pendekkan sehingga tidak merasai kepenatan dalam setiap perjalanannya.

★Segala binatang buas akan menjadi jinak bila berhadapan dengannya, malah dia mampu mengarah binatang tersebut.(dengan izin Allah Swt)

★Mereka mampu mengeluarkan khazanah simpanan Allah dibumi ini.(Dengan Izin Allah SWT.)

★Mereka menjadi tumpuan dan ikutan orang ramai, sehingga manusia sanggup menjadi khadam kepadanya demi mengharapkan keberkatan dari Allah SWT.

★Allah SWT mengqabulkan doa mereka, mereka tidak perlu bersumpah dan bernazar dengan nama Allah.

★Allah SWT telah menerima doa dan hajat mereka.

★Orang ramai sentiasa mengasihi mereka.

Rujukan
* Peribadi Rasulullah Blog
* Mengenal Diri Dan Wali Allah. m/s: 168

8GELARAN UTK PEMBAYAR ZAKAT HARTA

8 Anugerah Allah SWT Pada Pembayar Zakat Harta

Sabda Rasul Junjungan, Sesiapa menunaikan zakat hartanya dengan sempurna lagi baik nafsunya, Allah menamakannya dengan :

Gelaran ” Karim
- bermaksud orang yang mulia apabila rohnya tiba di langit dunia.

Gelaran ” Jawwad ”
- bermaksud  pemurah apabila rohnya tiba di langit kedua.

Gelaran ” Mutie ”
- bermaksud orang yang taat apabila rohnya tiba di langit ke tiga.

Gelaran ” Syukri ”
- bermaksud orang yang bersyukur apabila rohnya tiba di langit ke empat.

Gelaran ” Maqbul ”
- bermaksud orang yang diterima  diterima permintaannya apabila rohnya tiba di langit ke lima.

Gelaran ” Mahfuz ”
- bermaksud orang yang dipelihara oleh Allah apabila rohnya tiba di langit ke enam.

Gelaran ” Maghfur ‘
- bermaksud orang yang telah diampuni oleh Allah apabila rohnya tiba di langit ke tujuh.

Gelaran ” HabibullaH ”
- yang bermaksud orang yang dicintai Allah, apabila rohnya tiba di Arasy Allah SWT.

Rasulullah juga telah bersabda:    

    لا يقبل الله الإيمان إلا بالزكاة ولا إيمان لمن لا زكاة له .

Tidak diterima oleh Allah akan iman seseorang kecuali dengan membayar zakat, tidak memiliki iman seseorang yang tidak menunaikan zakatnya.

Jauhar Mauhub. m/s: 160.

BIODATA RINGKAS IMAM AL-BUKHARI

Nama sebenarnya adalah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim dipanggil dengan Abu Abdillah.

Beliau lahir di Bukhara pada tahun 194 H. Semua Ulama, baik dari gurunya mahupun sahabatnya memuji dan mengakui ketinggian ilmunya.

Ia seorang Imam yang tidak tercela hafalan hadisnya dan kecermatannya. Ia mulai menghafal hadis ketika umurnya belum mencapai 10 tahun, ia mencatat dari seribu guru lebih, ia hafal 100.000 hadis sahih dan 200.000 hadiss tidak sahih.

Dia mengarang kitab besar Al-Jami’ ash Shahih yang merupakan kitab paling shahih sesudah Al-Quran, hadits yang ia dengar sendiri dari gurunya lebih dari 70.000 buah, ia dengan tekun mengumpulkannya selama 16 tahun.

Dari 110 hadits itu ditakhtijkan oleh Imam Muslim sebanyak 32 hadis dan oleh dia sendiri sebanyak 78 hadis.

Ibnu Hajar al-Asqalani berpendapat bahawa hadis hadis yang dipersoalkan ini “ tidak seluruhnya ber’illat tercela, melainkan kebanyakan jawapannya mengandungi kemungkinan dan sedikit dari jawapannya menyimpang”.

Kitab Sahih Bukhari mempunyai banyak syarah oleh pengarang kitab Kasyf adh-Dhunun disebutkan 82 syarah diantaranya.

Tetapi yang paling utama adalah syarah Ibnu Hajar al-Asqalani yang bernama Fat al-Bari, dan berikutnya syarah Al-Asthalani, kemudian syarah al-Aini Umdat al Qari.

Al Bukhari mempunyai banyak kitab, antara lain At-Tawarikh ats Tsalatsah al-Kabir wal Ausath wash Shaghir (Tiga Tarikh: Besar, sedang, dan Kecil), kitab al-Kuna, Kitab Al-Wuhdan, kitab al-Adab al-Mufrad dan kitab Adl-Dlu’afa dan lain lainnya.

At-Tirmidzi berkata tentangnya:”Saya tidak pernah melihat orang yang dalam hal illat dan buruk, lebih mengerti daripada Al-Bukhari”.

Ibnu Khuzaimah berkata:” Aku tidak melihat dibawah permukaan langit seseorang yang lebih tahu tentang hadis Rasulullah Shallalahu ‘alaihi wassalam daripada Muhammad bin Ismail Al-Bukhari”.

Muslim bin al Hajjaj pernah datang kepadanya lalu mencium antara kedua matanya, seraya berkata:” Biarkan saya mencium kedua kakimu, wahai guru para guru, pemimpin para ahli hadis dan doktkr penyakit hadis.”

Abu Nu’im dan Ahmad ibn Ahmad berkata:
” Al-Bukhari adalah faqih (ahli hukum) dari ummat ini.”

Abu Muhammad Abdullah bin Abdurahman Ad-Darimy berkata:
” Muhammad ibn Ismail (Bukhari) orang yang tercakap dalam bidang hukum dari antara kami dan lebih banyak mencari hadis.”

Telah dipaparkan dalam pembahasan hadis Maqlub, ketika para ulama baghdad sengaja memutar belitkan seratus hadis, lalu Al-Bukhari mengembalikan setiap mata kepada umat yang sebenarnya dan setiap mata kepada Nabi..ini mebuat  sehingga membuat para ulama kagum akan hafalan dan kecermatannya.

Dalam rangka meneliti dan menghafal hadis, Al Bukhari tidak malu melakukan perjalanan ke Syam, Mesir, Baghdad, Kufah, Jazirah, Hijaz dan Basrah

Al-Bukhari adalah salah seorang dari imam Mujtahid dalam bidang fiqh dan dalam bidang mengistibat kan hukum dari hadis.

Al-Bukhari meriwayatkan hadits bersumber dari Adl-Dlahhak bin Mukhallad Abu Ashim an-Nabil, Makki bin Ibrahim al-Handlali, Ubaidullah bin Musa al-Abbasi, Abdullah Quddus bin al-Hajjaj, Muhammad bin Abdullah al-Anshari dan lain lain.

Sedangkan yang meriwayatkan darinya banyak sekali diantaranya:
At-Tirmidzi, Muslim, An-Nasa’I, Ibrahim bin Ishak al-Hurri, Muhammad bin Ahmad ad-Daulabi, dan orang terakhir yang meriwayatkan darinya adalah Manshur bin Muhammad al Bazwadi.

Beliau  wafat pada tahun 256 H di Samarkand yang bernama Khartank

Disalin dari Biografi Al-Bukhari dalam Tarikh al-Baghdad, al-Khatib 2/4-36, Tadzkirat al-Huffadh 2/122, Tahzib at Tahdzib Ibn Hajar Asqalani 9/47

ULAMA AHLUL BAIT DARI ZAMAN KHILAFAH

Berikut adalah para Ulama Ahlul Hadis dari zaman ke zaman:

1. Khalifah ar-Rasyidin :

• Abu Bakr Ash-Shiddiq
• Umar bin Al-Khaththab
• Utsman bin Affan
• Ali bin Abi Thalib

2. Al-Abadillah :

• Ibnu Umar
• Ibnu Abbas
• Ibnu Az-Zubair
• Ibnu Amr
• Ibnu Mas’ud
• Aisyah binti Abubakar
• Ummu Salamah
• Zainab bint Jahsy
• Anas bin Malik
• Zaid bin Tsabit
• Abu Hurairah
• Jabir bin Abdillah
• Abu Sa’id Al-Khudri
• Mu’adz bin Jabal
• Abu Dzarr al-Ghifari
• Sa’ad bin Abi Waqqash
• Abu Darda’

3. Para Tabi’in :

• Sa’id bin Al-Musayyab wafat 90 H
• Urwah bin Zubair wafat 99 H
• Sa’id bin Jubair wafat 95 H
• Ali bin Al-Husain Zainal Abidin wafat 93 H
• Muhammad bin Al-Hanafiyah wafat 80 H
• Ubaidullah bin Abdillah bin Utbah bin Mas’ud wafat 94 H
• Salim bin Abdullah bin Umar wafat 106 H
• Al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr Ash Shiddiq
• Al-Hasan Al-Bashri wafat 110 H
• Muhammad bin Sirin wafat 110 H
• Umar bin Abdul Aziz wafat 101 H
• Nafi’ bin Hurmuz wafat 117 H
• Muhammad bin Syihab Az-Zuhri wafat 125 H
• Ikrimah wafat 105 H
• Asy Sya’by wafat 104 H
• Ibrahim an-Nakha’iy wafat 96 H
• Aqamah wafat 62 H

4. Para Tabi’ut tabi’in :

• Malik bin Anas wafat 179 H
• Al-Auza’i wafat 157 H
• Sufyan bin Said Ats-Tsauri wafat 161 H
• Sufyan bin Uyainah wafat 193 H
• Al-Laits bin Sa’ad wafat 175 H
• Syu’bah ibn A-Hajjaj wafat 160 H
• Abu Hanifah An-Nu’man wafat 150 H

5. Atba’ Tabi’it Tabi’in : Setelah para tabi’ut tabi’in:

• Abdullah bin Al-Mubarak wafat 181 H
• Waki’ bin Al-Jarrah wafat 197 H
• Abdurrahman bin Mahdy wafat 198 H
• Yahya bin Sa’id Al-Qaththan "
• Imam Syafi’i wafat 204 H

6. Murid-Murid atba’ Tabi’it Tabi’in :

• Ahmad bin Hambal wafat 241 H
• Yahya bin Ma’in wafat 233 H
• Ali bin Al-Madini wafat 234 H
• Abu Bakar bin Abi Syaibah Wafat 235 H
• Ibnu Rahawaih Wafat 238 H
• Ibnu Qutaibah Wafat 236 H

7. Kemudian murid-muridnya seperti:

• Al-Bukhari wafat 256 H
• Muslim wafat 271 H
• Ibnu Majah wafat 273 H
• Abu Hatim wafat 277 H
• Abu Zur’ah wafat 264 H
• Abu Dawud : wafat 275 H
• At-Tirmidzi wafat 279
• An Nasa’i wafat 234 H

8. Generasi berikutnya : orang-orang generasi berikutnya yang berjalan di jalan mereka adalah:

• Ibnu Jarir ath Thabary wafat 310 H
• Ibnu Khuzaimah wafat 311 H
• Muhammad Ibn Sa’ad wafat 230 H
• Ad-Daruquthni wafat 385 H
• Ath-Thahawi wafat 321 H
• Al-Ajurri wafat 360 H
• Ibnu Hibban wafat 342 H
• Ath Thabarany wafat 360 H
• Al-Hakim An-Naisaburi wafat 405 H
• Al-Lalika’i wafat 416 H
• Al-Baihaqi wafat 458 H
• Al-Khathib Al-Baghdadi wafat 463 H
• Ibnu Qudamah Al Maqdisi wafat 620 H

9. Murid-Murid Mereka :

• Ibnu Daqiq Al-led wafat 702 H
• Ibnu Taimiyah wafat 728 H
• Al-Mizzi wafat 742 H
• Imam Adz-Dzahabi (wafat 748 H)
• Imam Ibnul-Qoyyim al-Jauziyyah (wafat 751 H)
• Ibnu Katsir wafat 774 H
• Asy-Syathibi wafat 790 H
• Ibnu Rajab wafat 795 H

10. Ulama Generasi Akhir :

• Ash-Shan’ani wafat 1182 H
• Muhammad bin Abdul Wahhab wafat 1206 H
• Muhammad Shiddiq Hasan Khan wafat 1307 H
• Al-Mubarakfuri wafat 1427 H
• Abdurrahman As-Sa`di wafat 1367 H
• Ahmad Syakir wafat 1377 H
• Muhammad bin Ibrahim Alu Asy-Syaikh wafat 1389 H
• Muhammad Amin Asy-Syinqithi wafat 1393 H
• Muhammad Nashiruddin Al-Albani wafat 1420 H
• Abdul Aziz bin Abdillah Baz wafat 1420 H
• Hammad Al-Anshari wafat 1418 H
• Hamud At-Tuwaijiri wafat 1413 H
• Muhammad Al-Jami wafat 1416 H
• Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin wafat 1423 H
• Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i wafat 1423 H
• Shalih bin Fauzan Al-Fauzan hafidhahullah
• Abdul Muhsin Al-Abbad hafidhahullah
• Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali hafidhahullah

SAHABAT NABI YG DIJAMIN SYURGA

10 Sahabat yang dijamin masuk Syurga

“Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang petama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dengan mereka dan mereka redha kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.” (Qs At-Taubah : 100)

Berikut ini 10 orang sahabat Rasul yang dijamin masuk syurga (Asratul Kiraam).

1. Abu Bakar As-Siddiq ra.

2. Umar Bin Khattab ra.

3. Utsman Bin Affan ra.

4. Ali Bin Abi Thalib ra.

5. Thalhah Bin Ubaidillah ra.

6. Zubair Bin Awwam ra.

7. Sa’ad bin Abi Waqqash ra.

8. Sa’id Bin Zaid ra.

9. Abdurrahman Bin Auf ra.

10. Abu Ubaidah Bin Jarrah ra.

SAAT KEWAFATAN KHALID AL-WALID

Saidina Khalid Al Walid r.a diserang penyakit taun...semasa dia terlantar sakit di Syria, dia sangat bersedih.

Beliau telah ditinggalkan seorang diri dengan hanya seorang khadam saja yang menjaganya...isteri-isterinya semua sudah meninggalkannya...

beliau bersedih kerana ALLAH tidak mematikan beliau dengan mati syahid di medan pertempuran....sedangkan Ikrimah Bin Abu Jahal, sahabat sekroninya (yang lebih jahat darinya) semasa musyrik dulu, mati dgn penuh berjaya di medan perang Yarmuk dan jelas kelihatan syahid sahabatnya itu.

Maka datanglah salah seorang sahabatnya menziarahi khalid di katilnya...maka Khalid bersusah payah bangun dari pembaringan dan membuka jubahnya. " cubalah kau lihat tubuhku ini...adakah tempat yang tidak berparut?" maka sahabatnya menjawab, "Memang tiada tempat lagi ditubuhmu itu yg tidak luka melainkan semuanya berparut."

"Jadi, bagaimanakah aku tidak bersedih? Kenapa ALLAH tidak menerima ku sebagai salah seorang syuhada'nya? Adakah taubat ku dulu tidak diterima?" tanya khalid sambil menangis tersedu-sedu.

Sahabatnya itu turut menangis..dan kemudian menyatakan," Kau tidak boleh mati di medan perang wahai Khalid..kau telah dilantik oleh Nabi Muhammad sebagai pedang ALLAH...dan pedang ALLAH tidak sekali-kali akan patah dimedan perang."

Dan Khalid berhenti menangis lalu terpancar kegembiraan diwajahnya. Dia mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya itu dan dengan tenang menunggu kedatangan malaikat izrail.

Sepanjang kariernya sebagai jeneral tentera Islam, memang tidak ada satu pertempuran pun yang tewas dibawah pimpinannya biarpun bilangan tentera musuh sehingga 10 kali ganda lebih ramai dari tentera muslim.

Dan benarlah ' pedang ALLAH' tidak boleh tewas dlm pertempuran.

Demikianlah betapa Redhanya Saidina Khalid Al Walid dalam menerima setiap keputusan yang telah ditentukan oleh Allah.

Mampukah kita?? Ikhlaskan diri dalam perjuangan insyaAllah. Kecewa dalam berjuang??diri sendiri yang akan rugi..

KISAH KHALID AL-WALID PART 2 ( MEMELUK ISLAM)

Sebuah perjanjian damai selama 10 tahun dimeterai orang Islam dan Quraisy Makkah dengan [Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 628.

Dicatatkan bahawa Nabi Muhammad memberitahu saudara Khalid, Walid bin Walid, bahawa:

"Seorang lelaki seperti Khalid, tidak akan dapat menjauhkan dirinya daripada Islam buat masa yang lama".Walid mengirim surat kepada Khalid untuk memujuknya memeluk Islam.

Khalid, yang sebenarnya tidak beberapa tertarik dengan berhala yang terdapat di Kaabah, membuat keputusan untuk memeluk Islam dan dikatakan telah berkongsi keputusannya dengan rakan zaman kanak-kanaknya, Ikrimah bin Abu Jahal.

Ikrimah tidak bersetuju dengan keputusan yang diambil Khalid. Abu Sufyan bin Harb mengugut Khalid akan tetapi beliau ditahan Ikrimah yang dilaporkan telah berkata:

"Bertenang ya Abu Sufyan! Kemarahan anda mungkin juga mendorong saya untuk menyertai Muhammad. Khalid bebas untuk memilih mana-mana agama yang dipilihnya."

Pada Mei 629 M, Khalid bergerak menuju ke Madinah. Dalam perjalanannya ke kota itu beliau bertemu Amr al-As dan Uthman bin Talha, yang juga dalam perjalanan ke Madinah untuk memeluk Islam.

Mereka tiba di Madinah pada 31 Mei 629 dan pergi ke rumah Nabi Muhammad. Khalid disambut oleh abangnya Walid bin Walid dan merupakan orang yang pertama antara yang tiga untuk memeluk Islam.

           ♥KEMPEN KETENTERAAN BELIAU♥

Perang Mu'tah

Rencana utama: Perang Mu'tah

Tiga bulan selepas ketibaan Khalid di Madinah, Nabi Muhammad menghantar seorang utusan kepada kerajaan Ghasan Syria, sebuah kerajaan ufti di bawah Empayar Byzantine, dengan sepucuk surat yang mempelawa raja Ghasan untuk memeluk Islam.

Semasa melintasi Mu'tah, utusan ini dipintas dan dibunuh seorang ketua Ghasan tempatan yang bernama Syuhrabil bin Amr. Secara resamnya, utusan diplomatik terselamat daripada serangan dan berita tentang serangan ini menimbulkan kemarahan Madinah.

Sebuah ekspedisi ketenteraan ditubuhkan untuk menghukum pihak Ghasan. Rasulullah (SAW) melantik Zaid bin Harithah sebagai panglima pasukan Muslim.

Sekiranya Zaid gugur, tampuk pemerintahan akan diambil alih Ja'afar bin Abi Talib, dan sekiranya Ja'afar juga gugur, tentera Islam akan dipimpin Abdullah bin Rawahah. Dan sekiranya ketiga-tiga orang ini juga terbunuh, maka anggota ekspedisi ini harus memilih seorang daripada mereka sebagai ketua.

Kesemua yang dinamakan sebagai panglima itu gugur semasa pertempuran dan Khalid dipilih tentera Islam sebagai pengganti.

Beliau berjaya memimpin angkatan ekspedisinya seramai 3,000 orang menentang ketumbukan besar Empayar Byzantine dan Ghasan seramai 200,000 orang dalam apa yang disebut pertempuran Mu'tah.

Khalid mengambil alih tampuk pimpinan tentera Muslim pada saat yang genting, dan mengubah apa yang berkemungkinan menjadi penyembelihan orang Islam kepada satu pengunduran strategik dan berjaya menyelamatkan pasukan Muslim daripada musnah keseluruhannya.

Khalid menghantar sebahagian pasukannya ke belakang ketumbukan utamanya pada waktu malam.

Pada keesokan hari mereka diarah menyertai dalam kumpulan-kumpulan kecil, menimbulkan tanggapan bahawa pasukan Islam sedang diperkukuhkan dan sekaligus menurunkan semangat tentera musuh.

Pada hari pertempuran, Khalid berjaya mengekalkan barisan depannya dan tentera Muslim berundur ke Arabia pada waktu malam hari pertempuran.

Pasukan Byzantine tidak memburu tentera Muslim kerana mempercayai bahawa mereka akan diperangkap tentera Muslim.

Dikatakan bahawa Khalid berjuang dengan berani pada Pertempuran Mu'tah dan telah mematahkan sembilan bilah pedang semasa bertempur.

Beliau diberi gelaran Saifullah al-Maslul kerana berjaya menyelamatkan tenteranya daripada dimusnhakan musuh dan membawanya pulang agar dapat berjuang pada hari lain.

Gelaran Saifullah (Pedang Allah) dikurniakan Nabi Mohammad, justeru Khalid sudah terkenal dengan gelaran ini lama sebelum pertempuran Mu'tah berlaku.

KHALID AL-WALID PART 1 ( SEBELUM MASUK ISLAM )

- Nama                ▶   Khalid ibni al-Walid
- Gelaran             ▶   Pedang Allah
- Tempat lahir     ▶    Makkah, Arab Saudi
- Tempat wafat   ▶    Hims, Syria
- Kesetiaan         ▶     Khulafa al-Rasyidin
- Pangkat            ▶    Ketua Panglima Tentera Islam

Khalid bin al-Walid RadiyalLahu 'anhu" (R.A)

Kempen Beliau semasa zaman Nabi Muhammad (SAW)
Uhud – Mu'tah – Taif – Khandaq – Hunain – Makkah – Ekspedisi Daumat al-Jandal – Tabuk

Peperangan Riddah
Yamamah – Zafar – Darin – Buzakhah – Ghamrah – Daumat al-Jandal – Naqra

Penaklukan ke atas Empayar Parsi
Perang Berantai – Perang Sungai – Perang Walaja – Perang Ullais – Perang Hirah – Perang Ainul Tamar – Perang Muzayyah – Saniyy – Zumail – Perang Firaz

Penaklukan Syria Romawi
Firaz – Qartin – Bosra – Ajnadain – Marj-al-Rahit – Fahl – Damsyik – Maraj-al-Debaj – Emesa – Yarmuk – Baitulmuqaddis – Hazir – Aleppo

Kempen di Anatolia Rom
Pertempuran Jambatan Besi – Kahramanmaraş

                        ♥ BIODATA PENUH ♥

Khalid bin al-Walid atau Khalid ibni al-Walid
(1 Julai 592- 1 Oktober 642)
Dalam Bahasa Arab: خالد بن الوليد‎;

Nama sebenarnya
- Khalid bin al-Walid bin al-Mughirah; beliau juga dikenali sebagai Saifullah al-Maslul
(bahasa Arab: بسيف الله المسلول bermaksud Pedang Allah yang terhunus atau Pedang Allah), adalah antara panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Byzantine dan tentera Parsi pada kurun ketujuh.

                          ♥KEHIDUPAN AWAL♥

Khalid dilahirkan c. 592 di Makkah, anak kepada Walid bin al-Mughira, ketua Bani Makhzum, sebuah suku daripada suku bangsa Quraisy.

Bani Makhzum satu daripada tiga suku yang terunggul di Makkah pada masa itu  yang dua lain ialah Bani Hasyim dan Banu Abdul Dar (Bani Abd-al-dar).

Beliau sepupu Saidina Umar. Bapanya terkenal di Makkah dengan gelaran Al-Waheed (Yang Satu). Bani Makhzum bertanggungjawab tentang perkara-perkara berkaitan dengan peperangan.

Sejurus selepas kelahirannya, dan dengan mengikut resam orang Quraisy, Khalid dihantar untuk tinggal bersama suku kaum Badwi di kawasan gurun Arabia, dan disusukan oleh seorang ibu susu yang juga membesarkan kanak-kanak dalam suasana persekitaran udara padang pasir yang kering, nyaman dan bersih.

Beliau pulang kepada ibu bapanya semasa berumur lima atau enam tahun. Semasa zaman kanak-kanak, Khalid diserang penyakit cacar; beliau pulih akan tetapi penyakit cacar itu meninggalkan parut pada pipi kirinya.

Khalid dan Umar, Khalifah kedua, sepupu dan wajah mereka mirip masing-masing. Mereka tinggi dan Khalid juga berbadan tegap dan berbahu lebar. Beliau berjanggut tebal.Beliau juga seorang juara gusti.

Sebagai seorang ahli Bani Makhzum, satu suku yang pakar dalam peperangan dan dikira antara penunggang kuda yang terbaik di Semenanjung Arab, pada zaman kanak-kanaknya, Khalid belajar menunggang kuda dan mengguna senjata seperti tombak, lembing, busur dan pedang.

Dikatakan tombak menjadi senjata kesukaannya. Pada zaman remaja beliau disanjung sebagai seorang pahlawan dan ahli gusti oleh orang Quraisy

     ♥KETIKA ZAMAN NABI SAW (610–632 M)

Peta Perang Uhud, menunjukkan gerakan rusuk Khalid menentang tentera Muslim, suatu pergerakan yang membawa kejayaan bagi puak Quraisy Makkah.

Tidak banyak yang diketahui tentang Khalid sewaktu dakwah awal Nabi Muhammad (SAW), namun diketahui bahawa bapa Khalid, Walid al-Mughirah, memusuhi utusan yang dibawa Nabi Muhammad dan diri baginda sendiri.

Berikutan Hijrah Nabi Muhammad, masyarakat orang Islam Madinah dan Quraisy Jahiliah Makkah bertempur buat beberapa kali.

Khalid tidak mengambil bahagian dalam Perang Badar—pertempuran pertama antara Muslim Madinah dengan puak Quraisy Makkah—tetapi saudara lelakinya, Walid bin Walid tertangkap dan menjadi tawanan orang Islam.

Khalid bersama-sama abangnya Hasham bin Walid pergi ke Madinah untuk membayar wang tebusan untuk Walid, tetapi dalam perjalanan pulang ke Makkah, Walid meloloskan dirinya daripada dua saudaranya dan pulang ke Nabi Muhammad di Madinah untuk memeluk Islam.

Kepimpinan Khalid memainkan peranan penting dalam mengubah perjalanan pertempuran semasa Perang Uhud (625 M) dan hampir-hampir memastikan kemenangan Quraisy dalam pertempuran itu.

Pada tahun 627 M beliau mengambil bahagian dalam Perang Ahzab (juga dikenali sebagai Perang Khandaq) menentang Muslim Madinah. Perang Ahzab merupakan kali terakhir Khalid menentang Islam.

Sabtu, 12 Julai 2014

6 JENIS HATI


Rasulullah SAW Bersabda :
” Sesungguhnya Allah memiliki bejana. Bejana itu adalah Hati. Hati yg paling dekat dg Allah adalah yg lembut, suci dan teguh.
(HR.At-Turmidzi)

Abu Abdillah At-Turmidzi berkata :

-Hati yg lembut adalah yg Takut kpd Allah.

-Hati yg Suci adalah yg mampu berbuat baik pd saudaranya.

-Hati yg Teguh adalah yg kuat memegang Agama Allah…

Dan dikatakan,

”Hati diserupakan dgn bejana.

-Hati orang kafir adalah hati yg terbalik yg tidak boleh dimasuki satu kebaikan pun.

-Hati orang munafik adalah Bejana pecah yg apabila dituangkan sesuatu dari atas maka ia akan keluar ke bawah.

-Hati orang Mukmin adalah Bejana yg baik dan Seimbang sehingga dapat menampung kebaikan yg diturunkan diatasnya..

“Ya Allah Kurniakanlah kepada Kami Hati yg Bersih, Lembut dan Takut kepada-Mu….

Aamiin

32 RAHSIA ISRAEL

1. Selain bangsa yahudi,bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik.Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir keluar Palestin

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel mesti guna kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi

4. Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan AS sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian dari Israel dan Mereka akui itu.

5. Israel mengkhaskan 85% air bersih hanya untuk kaum yahudi dan membahagikan 15% bakinya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel.Secara realiti, Israel memiliki 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara hanya15% kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu

6. AS memperuntukkan 5 juta US$ dari hasil cukainya setiap tahun untuk menyumbang kapada Israel

7. AS terus memberikan bantuan tentera kepada Israel sebanyak 1.8 juta US$ setiap tahun. Jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan AS kepada seluruh negara di benua benua Afrika

8. Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 juta US$ dari AS terdiri dari pesawat tempur F 16, Apache dan Blackhawk
Kerana AS merupakan Negara utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua keutamaan yang diminta Israel untuk menjamin keselamatannya.

9. Pemerintah AS telah menekan Kongres utk mbenarkan Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan.Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklear. Juga menolak Kumpulan Penyiasat PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya.

11. Sebelum terbentuknya Israel pada tahun 1948, Israel sudah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear.

12. Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan.

13. Israel telah meletupkan tempat kediaman Diplomat AS dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967
Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera AS dan 177 lainnya cedera,  AS sama sekali tidak melakukan tindakan balas apapun terhadap Israel Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran.Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam? Mau nya diserang balik sapai lumat..

14. Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB.
Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh AS

15. Pemerintah Israel menggunakan sistem politik tipu daya terhadap identiti yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu

16. Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tertuduh dalam kes pembantaian Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang mengorbankan lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua

17. Pada 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu bas di sebuah pondok untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarak setengah meter.
Bahkan pemerintah Israel menyatakan tentera yg menembak itu tidak bersalah sebaliknya mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel.

18. Sampai tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh tampal keterangan peluang kerja dengan perkataan:
“peluang kerja hanya untuk kaum yahudi sahaja”,
“dikehendaki seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”

19. Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media AS untuk mewujudkan imej positif Israel kepada masyarakat AS dan Eropah

20. Sharon pernah mengajak Parti Radikal Molodeit untuk menjadi tunjang utama dalam kabinetnya. Padahal Partai itu berideologi radikal dengan persepsi  untuk membersihkan Israel dari non yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel

21. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh penduduk Arab dari Israel

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pendiri Parti Syas (pertubuhan terbesar ketiga di Israel) mendukung aksi tentera Israel untuk menghapuskan warga Palestin.
Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:
Iaitu,

“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabis dan menghancurkan tanahnya, serta Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Sebab itu dilarang semua umat yahudi untuk menyimpan rasa kasih sayang kepada warga Arab. Serta wajib bagi setiap yahudi untuk menembak peluru berpandu dan senjatanya ke arah dada atau kepala setiap warga Arab untuk menghapusnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk..”
allahurabbi...dia ckp mcm dia yg baik...agama dia sesat nk ckp hal islam masuk neraka pulak...aduii..

23. Tahukah anda bahawa jumlah pelarian Palestin adalah terbesar di dunia

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin Muslim untuk melawan penjajah yahudi

25. Walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan larangan penyiksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Kebijaksanaan Israel) tetapi terus menyiksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya.

26. Tahukah bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merosak seluruh akar umbi pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doctor (S3)? Hal ini apabila dilihat dari jumlah penduduknya.

27. Setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang Hak Asasi Manusia antarabangsa yang diterbitkan pada10 Desember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin Kerana dihalangi dengan tandatangan kesepakatan OSLO

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat?.Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konsvensyen Genewa untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin.

30. Perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dipatuhi lagi oleh tentera Israel.Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka.

Insiden paling memilukan andalah pembantaian tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelarian

31. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau pimpin

KISAH ULAT MERAH DAN NABI DAUD

Begini ceritanya dalam sebuat kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika dulu apabila Nabi Daud a.s sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab Az-Zabur, tiba-tiba dia terpandang akan seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daub a.s berkata kepada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Selepas berkata demikian, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata.

Lalu ulat merah itu berkata kepada Nabi Daud a.s.

"Wahai Nabi Allah! Allah SWT telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli a'la Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi ummiyyi wa a'la alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s.

"Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah daripadamu?"

Akhirnya Nabi Daud a.s menyedari akan kesilapan memandang remeh akan ulat tersebut dan dia sangat takut kepada Allah SWT. Maka Nabi Daud a.s pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT.

Apa pengajaran yang dapat daripada cerita ni, kalau seekor ulat yang kecil tu pun kita tak boleh pandang rendah, apatah lagi manusia yang besar panjang ni kan, tak kisah la rupa bentuk, paras rupa, keupayaan, dan sebagainya.

Walaupun  selalu jumpa orang yang suka menjatuhkan orang lain ni, tapi berharaplah supaya tak tergolong dalam golongan itu sebab kita penuh dengan kekurangan jika dibanding dengan ulat merah itu sekalipun.

10 PERKARA YANG YAHUDI SEMBUNYIKAN

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahan dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
# diorg nk buat konon masjid tu runtuh dgn sendiri la..

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?
# nak ckp la yg diorg yg baik psl diorg selalu kena serang nge negar islam...sebenar diorg yg suke serang islam...

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi
# Non muslim Palestin.sendiri pun bersatu dgn islam sbb nk lwn yahudi...kita pulak??

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!
# ingat hosni mubarak tu baik ke? Tali barut israel tu..sbb tu dia sepakat jatuhkan Ahmad Morsi..Hampeh!

Klik "SHARE" dan sebarkan pada Muslim yang lain!

Khamis, 10 Julai 2014

BALASAN AKIBAT TAK PUASA DI BULAN RAMADHAN

Puasa Ramadhan itu wajib bagi setiap muslim yang baligh (dewasa), berakal, dalam keadaan sihat, dan dalam keadaan mukim (tidak melakukan safar/ perjalanan jauh).

Yang menunjukkan bahawa puasa Ramadhan adalah wajib adalah dalil Al Qur’an, As Sunnah bahkan kesepakatan para ulama (ijma’ ulama)

Di antara dalil dari Al Qur’an adalah firman Allah Ta’ala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS. Al Baqarah : 183)

فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ

“Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu.” (QS. Al Baqarah: 185)

Dalil dari As Sunnah adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

بُنِىَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ، وَالْحَجِّ ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ

“Islam dibangun di atas lima perkara:
bersaksi bahwa tidak ada ilah (sembahan) yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya;
menegakkan solat;
menunaikan zakat;
menunaikan haji;
dan berpuasa di bulan Ramadhan.”

Hal ini dapat dilihat pula pada pertanyaan seorang Arab Badwi kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Orang badwi ini datang menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam keadaan berambut kusut, kemudian dia berkata kepada beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam,”Beritahukan aku mengenai puasa yang Allah wajibkan padaku.” Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

شَهْرَ رَمَضَانَ ، إِلاَّ أَنْ تَطَّوَّعَ شَيْئًا

”(Puasa yang wajib bagimu adalah) puasa Ramadhan. Jika engkau menghendaki untuk melakukan puasa sunnah (maka lakukanlah).”[5]

Peringatan bagi Orang yang Sengaja Membatalkan Puasa

Pada zaman ini kita sering melihat sebagian di antara kaum muslimin yang meremehkan kewajiban puasa yang agung ini.

Bahkan di tempat-tempat umum, ada yang mengaku muslim, namun tidak melakukan kewajipan ini atau sengaja membatalkannya.

Mereka malah terang-terangan makan dan minum di tengah-tengah saudara mereka yang sedang berpuasa tanpa merasa berdosa. Padahal mereka adalah orang-orang yang diwajibkan untuk berpuasa dan tidak punya halangan sama sekali.

Mereka adalah orang-orang yang bukan sedang kepergian jauh, bukan sedang terlantar kerana sakit dan bukan pula orang yang sedang mendapatkan halangan haid atau nifas. Mereka semua adalah orang yang mampu untuk berpuasa.

Sebagai peringatan bagi saudara-saudaraku yang masih saja enggan untuk menahan lapar dan dahaga pada bulan yang diwajibkan puasa bagi mereka, kami bawakan sebuah kisah dari sahabat Abu Umamah Al Bahili radhiyallahu ‘anhu.

Abu Umamah menuturkan bahwa beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

بينا أنا نائم إذ أتاني رجلان ، فأخذا بضبعي، فأتيا بي جبلا وعرا ، فقالا : اصعد ، فقلت : إني لا أطيقه ، فقالا : إنا سنسهله لك ، فصعدت حتى إذا كنت في سواء الجبل إذا بأصوات شديدة ، قلت : ما هذه الأصوات ؟ قالوا : هذا عواء أهل النار ، ثم انطلق بي ، فإذا أنا بقوم معلقين بعراقيبهم ، مشققة أشداقهم ، تسيل أشداقهم دما قال : قلت : من هؤلاء ؟ قال : هؤلاء الذين يفطرون قبل تحلة صومهم

”Ketika aku tidur, aku didatangi oleh dua orang laki-laki, lalu keduanya menarik lenganku dan membawaku ke gunung yang terjal.

Keduanya berkata, ”Naiklah”. Lalu kukatakan, ”Sesungguhnya aku tidak mampu.” Kemudian keduanya berkata,
”Kami akan memudahkanmu”.

Maka aku pun menaikinya sehingga ketika aku sampai di kegelapan gunung, tiba-tiba ada suara yang sangat keras.
Lalu aku bertanya,”Suara apakah itu?”
Mereka menjawab,”Itu adalah suara jeritan para penghuni neraka.”

Kemudian dibawalah aku berjalan-jalan dan aku melihat orang-orang yang bergantungan pada urat besar di atas tumit mereka, mulut mereka robek, dan dari robekan itu mengalirlah darah.

Kemudian aku (Abu Umamah) bertanya,”Siapakah mereka itu?”
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,”
Mereka adalah orang-orang yang berbuka (membatalkan puasa) sebelum tiba waktunya."

Lihatlah siksaan bagi orang yang membatalkan puasa dengan sengaja dalam hadis ini, maka bagaimana lagi dengan orang yang enggan berpuasa sejak awal Ramadhan dan tidak pernah berpuasa sama sekali.
Renungkanlah hal ini, wahai saudaraku!

Adz Dzahabi sampai-sampai mengatakan,
“Siapa saja yang sengaja tidak berpuasa Ramadhan, bukan kerana sakit (atau uzur ddll,) maka dosa yang dilakukan lebih hina dari dosa berzina, lebih teruk dari dosa meneguk minuman keras, bahkan orang seperti ini diragukan keislamannya dan disangka sebagai orang-orang munafik.

Adapun hadis,

مَنْ أَفْطَرَ يَوْمًا مِنْ رَمَضَانَ ، مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ وَلاَ مَرَضٍ لَمْ يَقْضِهِ صِيَامُ الدَّهْرِ ، وَإِنْ صَامَهُ

“Barangsiapa berbuka di siang hari bulan Ramadhan tanpa ada uzur (alasan) dan bukan pula kerana sakit, maka perbuatan semacam ini tidak mampu digantikan dengan puasa setahun penuh jika dia memang mampu melakukannya”; adalah hadis yang sahih sebagaimana disebutkan oleh sebilangan ulama.

kredit kp Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Rujukan::

(muslim.or.id)

[1] Al Mawsu’ah Al Fiqhiyah, 2/9904.

[2] Shahih Fiqh Sunnah, 2/ 88.

[3] Al Mawsu’ah Al Fiqhiyah, 2/9904.

[4] HR. Bukhari no. 8 dan Muslim no. 16, dari ‘Abdullah bin ‘Umar.

[5] HR. Bukhari no. 6956, dari Tholhah bin ‘Ubaidillah.

[6] Ar Roudhotun Nadiyah, hal. 318.

[7] Shahih Fiqh Sunnah, 2/ 89.

Jumaat, 4 Julai 2014

KUBUR DAN LARANGANNYA

Menurut Mazhab Syafi'e, mendirikan sebarang binaan sama ada berupa atap, kubah, rumah, masjid, tambak dan apa jua binaan lainnya di dalam atau di atas kubur di tanah perkuburan awam adalah haram dan binaan itu hendaklah dirobohkan kecuali kubur orangorang tertentu seperti kubur-kubur para nabi, para syuhada, orang-orang salih dan seumpamanya. Imam at-Tirmidzi telah meriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu 'anhu yang bermaksud :

"Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegah dari menembok (memplaster) kubur, menulisnya dan mendirikan binaan di atasnya."

Hal ini diperkuatkan lagi dengan perbuatan Sayidina Umar Radhiallahu 'anhu yang merobohkan satu kubah yang dibina di atas kubur dan berkata :

"Biar mayat ini dilindungi oleh amal ibadatnya sendiri."

Pengharaman ini adalah kerana dengan adanya binaan tersebut maka akan menyempitkan kawasan tanah perkuburan dan akan menimbulkan kesusahan kepada orang ramai untuk menanam mayat di kawasan itu sedangkan tempat itu adalah hak orang ramai dan bukan hak persendirian, sesiapa sahaja boleh menanam mayat di kawasan itu.

Tetapi jika tanah perkuburan itu adalah hak milik persendirian ahli kubur, maka mendirikan binaan di dalam dan di atas tanah perkuburan
adalah makruh dan tidak perlu dirobohkan.

Begitu juga jika tanah perkuburan itu berada di kaki bukit atau di tanah curam yang ditakuti tanah-tanahnya runtuh, maka boleh didirikan binaan seperti tembok bagi menghalang dari terjadinya tanah susur atau runtuh. Perbuatan seumpamanya ini adalah dibolehkan bagi menjaga maslahat kubur dan tanah perkuburan tersebut.

Terdapat beberapa perkara yang dilarang mengenai kubur ialah:

i. Memakmurkan kubur yang sudah lama dan menjadikannya seolah-olah kubur baru kerana yang demikian boleh mengelirukan orang ramai dan menganggap bahawa kubur itu adalah kubur baru dan dengan demikian menghalangnya untuk menanam mayat di situ.

ii. Menyapu kapur atau plaster (campuran kapur, pasir dan air yang menjadi keras apabila kering untuk melapis dinding) pada kubur kerana perbuatan itu bermaksud hiasan dan kubur bukanlah tempat untuk berhias-hias dan berbangga-bangga.

iii. Menulis, mengukir dan menghias kubur sama ada di bahagian atas kepalanya atau bahagian lain seperti menulis kubur dengan ayat-ayat Al-Qur'an, syair-syair dan kata-kata pujian, meletakkan hiasan jambangan bunga manis, menyimpan rumput-rumput hiasan,
meletakkan batu-batu marmar,
mengukir dengan ukiran bunga dan sebagainya.

Semua perbuatan tersebut tidak memberi manfaat kepada ahli kubur dan merupakan suatu pembaziran. Bagi larangan menulis ayat-ayat Al-Qur'an pula, adalah kerana ayat-ayat Al-Qur'an tersebut akan terdedah kepada pencemaran kehormatan ayat-ayat suci dan tiada jaminan dalam pemiliharaannya. Walau bagaimanapun menulis nama ahli kubur bagi tujuan pengenalan semata-mata adalah dibolehkan bagi pendapat setengah ulama.

iv. Mengucup kubur, mengelilinginya (tawaf), memasang setanggi padanya dan mengambil tanahnya untuk mengubat penyakit.

v. Tidak harus memasang pelita di atas kubur kerana kubur-kubur tidaklah dikehendaki terang dan diterangi dan disuluh dengan lampu sebagaimana masjid-masjid.

vi. Sembahyang di kubur dan menghadap kubur. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi daripada Abi Marsad Al-Ghanawi bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud:
"Janganlah duduk di atas kubur dan jangan sembahyang menghadap ke arahnya.

vii. Makan dan minum.

viii. Berkata-kata yang tidak baik.

13 PERKARA YG HARUS WANITA JAGA

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan :
Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. 

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59.
Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

UJIAN YANG PERNAH DIHADAPI OLEH ULAMA TERSOHOR ISLAM AKIBAT PEMERINTAH ZALIM

Imam Syafie –
Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi –
Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki -
Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Imam Hambali -
Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan Ath-Thauri -
Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said bin Jubair -
Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami -
Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

Abul Husin An Nuri -
Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi -
Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman

5 KEMULIAAN BAGI FAKIR MISKIN

Abul Laits berkata :

Ketahuilah bahawa bagi orang fakir miskin itu akan mendapat lima kemulian.

- Pahala amalnya lebih dari pahala amal orang-orang yang kaya dalam sembahyang, sedekah dan lain-lainnya.
- Jika ingin sesuatu dan tidak tercapai dicatat baginya pahala.
- Mereka lebih dahulu masuk syurga.
- Hisab mereka di akhirat lebih ringan.
- Penyesalan mereka sangat kurang, sedang orang-orang kaya ingin seperti orang fakir di akhirat, sedang orang fakir tidak ingin seperti orang yang kaya.

Anas bin Malik r.a berkata: Pada suatu hari Rasulullah SAW keluar dan memegang tangan Abu Dzar, lalu bersabda :
"Hai Abu Dzar sesungguhnya ia dihadapanmu ada bukit penghalang yang sukar didaki, tidak akan dapat mendaki kecuali orang-orang yang ringan bawaanya.

Abu Dzar bertanya :
Ya Rasulullah saya ini termasuk yang ringan atau yang berat?

Rasulullah SAW bertanya :
Apakah engaku mempunyai makan untuk hari ini? Jawabanya : Ya. Apakah mempunyai makan untuk esok pagi? Jawabanya : Ya. Apakah engaku mempunyai makan untuk lusa?
Jawab Abu Dzar : Tidak.

Nabi SAW bersabda : Andaikan engkau mempunyai makanan untuk lusa (untuk tiga hari) nescaya engaku termasuk orang-orang yang berat

Dipetik dari ahmadraje.blogspot.com

KISAH BENAR - TAK TAHU BACA QURAN,TAPI KUBUR BERCAHAYA

Wednesday, June 25, 2014
Tidak Tahu Baca Al-Quran, Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit

"Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan mampu menitis air mata. 

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenali suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara aneh yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhuk, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya Al Qur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek Al Qur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta  Dia akan meraba-raba ayat-ayat Al Qur'an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”

“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “

“Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”.

Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al Qur'an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat Al Qur'an kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh Al Qur'an Dia sangat mengasihi kalimat Tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan Al Qur'an di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang masa. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua."

Subhanallah..Subhanallah

--- dari cintarindurasul.blogspot.com

SETIAP HARI BUMI MENYERU 10 PERKARA KEPADA MANUSIA

Berkata Anas Bin Malik r. a;
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku. 

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku. 

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku. 

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku. 

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

*Sumber dari cintarindurasul.blogspot.com