Jumaat, 28 Februari 2014

USTAZ ASRI DLM KENANGAN

Mohamad Asri bin Ibrahim (3 Ogos 1969 di Klang, Selangor - 13 Ogos 2009 di Bangsar, Kuala Lumpur) merupakan penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani.

Beliau bersama-sama ahli-ahli kumpulan Rabbani yang lain menghasilkan album pertama berjudul 'Rabbani' pada tahun 1997.

Setelah mendapat penerimaan yang baik dari orang ramai dan meraih kejayaan demi kejayaan, Rabbani berjaya mengeluarkan lapan lagi buah album.

Lagu-lagu nasyid Rabbani menggabungkan unsur-unsur moden kotemporari untuk menarik minat pendengar tanpa mengira usia.

Antara anugerah yang diterima termasuklah
Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti
Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar -1421),
Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421),
Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421),
Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada),
Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta
Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan
Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Isterinya Halizah Shahzan, 39, dan mereka mempunyai enam anak.

Ustaz Asri Ibrahim disahkan meninggal dunia kira-kira pada jam 11 pagi akibat serangan jantung di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur.

Beliau berusia 40 tahun. Beliau ada menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Menurut saksi, beliau meninggal dunia selepas pengsan semasa memberi ucapan ketika sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia kira-kira pada pukul 10.30 pagi.

Program ini merupakan tahun ke-5 Mohd Asri terlibat sama. Beliau terpilih sebagai penyeri majlis dan sebagai penyanyi untuk menyanyikan lagu tema program Syahaddah.

Selepas pengsan, beliau dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC) di Bangsar untuk pemeriksaan.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Kampung Bukit Lancung, Shah Alam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Majlis Bandaran Shah Alam di Seksyen 21, Shah Alam selepas Asar. [1]

rujukan :: 1. Vokalis Rabbani Meninggal Dunia , Bernama

** aku minat sgt kat arwah ustaz asri ni...lagu dgn suara dia Ya Allah..sunguh penuh makna...
sama2 lah kita doakan dan sedekahkan al-fatihah utknya...semoga dia berada dikalangan org2 yg soleh..amin..

SERBA SEDIKIT TENTANG NABI ZULKIFLI

Nabi Zulkifli, anak Nabi Ayub a.s. Nama sebenarnya Basyar bin Ayub AS bin Amose bin Tarekh bin Rum bin Ish bin Ish bin Ishaq AS bin Ibrahim AS, tetapi diberi gelaran Zulkifli kerana beliau seorang saja yang tampil untuk menyatakan kesanggupan melaksanakan amanah raja di negerinya itu.

Zulkifli bermaksud sanggup menjalankan amanah raja.

Menurut cerita, raja di negeri itu sudah lanjut usia dan ingin mengundurkan diri daripada menjadi pemerintah, tetapi beliau tidak mempunyai anak.

Justeru, raja itu berkata di khalayak ramai:

"Wahai rakyatku! Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada waktu malam. Selain itu, sentiasa bersabar ketika menghadapi urusan, maka akan aku serahkan kerajaan ini kepadanya."

Tiada seorang pun menyahut tawaran raja itu. Sekali lagi raja berkata:

"Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada malamnya serta sanggup bersabar?"

Sejurus itu, Basyar dengan suara yang lantang menyatakan kesanggupannya. Dengan keberanian dan kesanggupan Basyar melaksanakan amanah itu beliau diberi gelaran Zulkifli.

Baginda juga adalah nabi yang cukup sabar seperti firman Allah, bermaksud:

"Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar dan Kami beri rahmat kepada semua kerana mereka orang yang suka bersabar."

Kemudian Zulkifli menggantikan raja yang sudah tua itu. Pada waktu siang beliau berpuasa, tetapi tidak pernah melupakan urusan pemerintahan, malah melayani rakyatnya dengan baik. Pada waktu malam, beliau memanfaatkannya dengan beribadah kepada Allah.

Satu hari, syaitan yang menyerupai manusia datang kepadanya ketika beliau tidur.

Kedatangan tetamu (syaitan) itu kononnya untuk menyelesaikan urusan dengan raja (Zulkifli), tetapi tujuan sebenar mahu menggoda.

Kedatangannya disambut wakil Zulkifli kerana waktu itu beliau mahu tidur. Tetapi tetamu itu tidak mahu disambut wakilnya, lalu didesak supaya terus dapat berjumpa dengan beliau.

Disebabkan tetamu itu tidak mahu beredar, malah meminta urusannya diselesaikan segera, Zulkifli keluar menemuinya.

Selesai urusan itu, tetamu berkenaan terus beredar. Zulkifli baru menyedari tetamu itu adalah syaitan yang mahu menggodanya. Walaupun mengetahui tetamu itu syaitan, beliau tidak marah, malah tetap bersabar.

Satu hari berlaku pula peperangan di negeri itu membabitkan orang yang derhaka kepada Allah.

Raja Zulkifli memerintahkan rakyatnya supaya menghadapi tentangan orang derhaka itu, tetapi dibantah.

Rakyatnya berkata:
"Wahai raja, kami takut berperang kerana kami masih mahu hidup. Jika kamu minta kepada Allah untuk menjamin hidup kami, baru kami mahu berperang."

Mendengar perkataan rakyatnya itu, Zulkifli berdoa:

"Ya Allah, aku menyampaikan risalah Tuhan kepada mereka, menyuruh mereka berperang, tetapi mereka mempunyai permintaan. Sesungguhnya Allah mengetahui permintaan mereka."

Tidak lama selepas itu, Allah menurunkan wahyu:

"Wahai Zulkifli, Aku (Allah) telah mengetahui permintaan mereka dan Aku mendengar doamu. Semuanya Aku akan kabulkan."

Nabi Zulkifli digolongkan dalam al-Quran sebagai orang yang sabar dan soleh. Firman Allah bermaksud:

"Dan ingatlah akan Ismail, Nabi Ilyasa' a.s. dan Zulkifli. Semuanya orang yang paling baik."

Zulkifli yang dinyatakan melalui al-Quran itu bukannya Kifli seperti dinyatakan dalam sebuah hadis (hasan) yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Tirmizi, iaitu:

"Kifli bermaksud yang berasal dari kalangan Bani Israel tidak menjaga diri daripada dosa."

Ada seorang wanita muda datang kepadanya, lalu Kifli memberi wang 60 dinar kepadanya dengan maksud wanita itu setuju disetubuhi.

Setelah Kifli siap melakukan persetubuhan itu selayak seorang suami ke atas isteri, tiba-tiba wanita itu gementar dan menangis.

Kifli bertanya kepada wanita itu: "Kenapa kamu menangis? Apakah kamu tidak mahu?

" Wanita itu menjawab: "Tidak, tetapi perbuatan seperti itu aku belum pernah lakukan dan aku mahu lakukannya kerana ada keperluan yang mendesak."

Kifli berkata:

"Jadi, baru kali ini kamu melakukan perbuatan seperti itu. Sebelum ini kamu belum pernah melakukannya."

Kemudian Kifli melepaskan wanita itu dan berkata:
"Pergilah kamu dan bawalah dinar yang telah aku berikan kepadamu."

Kemudian Rasulullah bersabda: "Demi Allah, Kifli tidak melakukan maksiat terhadap Allah selamanya. Selepas itu Kifli meninggal dunia pada waktu malam dan dipintunya tertulis, Allah memberikan keampunan kepada Kifli."

Mengikut teori pada sanad hadis itu, Kifli yang diceritakan dalam hadis berkenaan bukan Zulkifli kerana ia menyebut perkataan Kifli saja, dengan tidak mengaitkan perkataan lain yang merujuk pada Zulkifli.

Nabi Zulkifli mempunyai rakyat yang ramai dan berusia lanjut hingga negerinya padat dan menghadapi masalah bekalan makanan. Selepas itu, rakyatnya yang panjang usia meminta Nabi Zulkifli supaya ditentukan ajal.

Baginda wafat pada usia 75 tahun sebagai seorang nabi dan raja terkenal dengan sikap sabar dan tidak marah.

Beliau juga mematuhi janji dan segala amanah yang diserahkan raja terdahulu hingga dapat memimpin kaumnya dengan baik.

KISAH NABI SALEH A.S 【part 2】

** Allah memberi mukjizat kepada Nabi Saleh a.s.**

Nabi Saleh sedar bahawa tentangan kaumnya yang menuntut bukti daripadanya yg berupa mukjizat itu adalah bertujuan hendak menghilangkan pengaruhnya dan mengikis habis kewibawaannya di mata kaumnya terutama para pengikutnya bila ia gagal memenuhi tentangan dan tuntutan mereka.

Nabi Saleh membalas tentangan mereka dengan menuntut janji dengan mereka apabila dia berhasil mendatangkan mukjizat yang mereka minta bahwa mereka akan meninggalkan agama dan penyembahan mereka dan akan mengikuti Nabi Saleh dan beriman kepadanya.

Sesuai dengan permintaan dan petunjuk pemuka-pemuka kaum Tsamud berdoalah Nabi Saleh memohon kepada Allah agar memberinya suatu mukjizat untuk membuktikan kebenaran risalahnya dan sekaligus mematahkan perlawanan dan tentangan kaumnya yang masih berkeras kepala itu.

Ia memohon dari Allah dengan kekuasaan-Nya menciptakan seekor unta betina dikeluarkannya dari perut sebuah batu karang besar yang terdapat di sisi sebuah bukit yang mereka tunjuk.

Maka sejurus kemudian dengan izin Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Pencipta terbelahlah batu karang yang ditunjuk itu dan keluar dari perutnya seekor unta betina.

Dengan menunjuk kepada binatang yang baru keluar dari perut batu besar itu berkatalah Nabi Saleh kepada mereka:

" Inilah dia unta Allah, janganlah kamu ganggu dan biarkanlah dia mencari makanannya sendiri di atas bumi Allah, dia mempunyai giliran untuk mendapatkan air minum dan kamu mempunyai giliran untuk mendapatkan minuman bagimu dan bagi ternakanmu juga dan ketahuilah bahwa Allah akan menurunkan azab-Nya apabila kamu mengganggu binatang ini."

Kemudian berkeliaranlah unta di ladang-ladang memakan rumput sesuka hatinya tanpa mendapat gangguan dan ketika giliran minumnya tiba pergilah unta itu ke sebuah perigi yang diberi nama perigi unta dan minumlah sepuas hatinya.

Dan pada hari-hari giliran unta Nabi Saleh itu datang minum, tiada seekor binatang lain berani menghampirinya, hal mana menimbulkan rasa tidak senang pada pemilik-pemilik binatang itu yang makin hari makin merasakan bahwa adanya unta Nabi Saleh di tengah-tengah mereka itu merupakan gangguan laksana duri yang melintang di dalam kerongkong.

Dengan berhasilnya Nabi Saleh mendatangkan mukjizat yang mereka tuntut gagallah para pemuka kaum Tsamud dalam usahanya untuk menjatuhkan kehormatan dan menghilangkan pengaruh Nabi Saleh bahkan sebaliknya telah menambah tebal kepercayaan para pengikutnya dan menghilangkan banyak keraguan dari kaumnya.

Maka dihasutlah oleh mereka pemilik-pemilik ternakan yang merasa tidak senang dengan unta Nabi Saleh yang bermaharajalela di ladang dan kebun-kebun mereka serta ditakuti oleh binatang-binatang peliharaannya.

** Unta Nabi Saleh Dibunuh**

Perancangan diadakan oleh orang-orang dari kaum Tsamud untuk mengatur rancangan pembunuhan unta Nabi Saleh dan selagi orang masih dibayangi oleh rasa takut dari azab yang diancam oleh Nabi Saleh apabila untanya diganggu di samping adanya dorongan keinginan yang kuat untuk melenyapkan binatang itu dari atas bumi mereka, muncullah tiba-tiba seorang janda bangsawan yang kaya raya yang akan menyerah dirinya kepada siapa yang dapat membunuh unta Saleh.

Di samping janda itu ada seorang wanita lain yang mempunyai beberapa puteri cantik-cantik menawarkan akan menghadiahkan salah seorang dari puteri-puterinya kepada orang yang berhasil membunuh unta itu.

Dua hadiah yang menggiurkan dari kedua wanita itu di samping hasutan para Tsamud mengundang dua orang lelaki bernama Mushadda' bin Muharrij dan Gudar bin Salif berkemas-kemas akan melakukan pembunuhan bagi meraih hadiah yang dijanjikan di samping sanjungan dan pujian yang akan diterimanya dari para kafir suku Tsamud bila unta Nabi Saleh telah mati dibunuh.

Dengan bantuan tujuh orang lelaki bersembunyilah kumpulan itu di suatu tempat di mana biasanya dilalui oleh unta dalam perjalanannya ke perigi tempat ia minum dan begitu unta-unta yang tidak berdosa itu lalu segeralah dipanah betisnya oleh Musadda' yang disusul oleh Gudar dengan menikamkan pedangnya di perutnya.

Dengan perasaan megah dan bangga pergilah para pembunuh unta itu ke ibu kota menyampaikan berita matinya unta Nabi Saleh yang mendapat sambutan sorak-sorai dan teriakan gembira dari pihak musyrikin seakan-akan mereka kembali dari medan perang dengan membawa kemenangan yang gilang- gemilang.

Berkata mereka kepada Nabi Saleh:
" Wahai Saleh! Untamu telah mati dibunuh, cubalah datangkan akan apa yang engkau katakan dulu akan ancamannya bila unta itu diganggu, jika engkau betul-betul termasuk orang-orang yang terlalu benar dalam kata-katanya."

Nabi Saleh menjawab:
" Aku telah peringatkan kamu, bahwa Allah akan menurunkan azab-Nya atas kamu jika kamu mengganggu unta itu. Maka dengan terbunuhnya unta itu maka tunggulah engkau akan tibanya masa azab yang Allah talah janjikan dan telah aku sampaikan kepada kamu. Kamu telah menentang Allah dan terimalah kelak akibat tentanganmu kepada-Nya. Janji Allah tidak akan meleset. Kamu boleh bersuka-ria dan bersenang-senang selama tiga hari ini kemudian terimalah ganjaranmu yang setimpal pada hari keempat. Demikianlah kehendak Allah dan takdir-Nya yang tidak dapat ditunda atau dihalang."

Ada kemungkinan menurut ahli tafsir bahwa Allah melalui rasul-Nya, Nabi Saleh memberi waktu tiga hari itu untuk memberi kesempatan, kalau-kalau mereka sedar akan dosanya dan bertaubat minta ampun serta beriman kepada Nabi Saleh kepada risalahnya.

Akan tetapi dalam kenyataannya tempoh tiga hari itu bahkan menjadi bahan ejekan kepada Nabi Saleh yang ditentangnya untuk mempercepat datangnya azab itu dan tidak ditangguhkan tiga hari lagi.

** Turunnya azab Allah yang dijanjikan**

Nabi Saleh memberitahu kaumnya bahwa azab Allah yang akan menimpa di atas mereka akan didahului dengan tanda-tanda, iaitu pada hari pertama bila mereka terbangun dari tidur, wajah mereka menjadi kuning dan akan berubah menjadi merah pada hari kedua dan hitam pada hari ketiga dan pada hari keempat turunlah azab Allah yang pedih.

Mendengar ancaman azab yang diberitahukan oleh Nabi Saleh kepada kaum kelompok sembilan orang iaitu kelompok pembunuh unta merancang melakukan pembunuhan ke atas diri Nabi Saleh mendahului tibanya azab yang diancamkan itu.

Mereka mengadakan pertemuan rahsia dan bersumpah bersama akan melaksanakan rancangan pembunuhan itu di waktu malam, di saat orang masih tidur nyenyak untuk menghindari tuntutan balas darah oleh keluarga Nabi Saleh, jika diketahui identiti mereka sebagai pembunuhnya.

Rancangan mereka ini dirahsiakan sehingga tidak diketahui dan didengar oleh siapapun kecuali kesembilan orang itu sendiri.

Ketika mereka datang ke tempat Nabi Saleh bagi melaksanakan rancangan jahatnya di malam yang gelap-gelita dan sunyi-senyap jatuhlah di atas kepala mereka batu-batu besar yang tidak diketahui dari arah mana datangnya dan yang seketika merebahkan mereka di atas tanah dalam keadaan tidak bernyawa lagi.

Demikianlah Allah telah melindungi rasul-Nya dari perbuatan jahat hamba-hamba-Nya yang kafir.

Satu hari sebelum hari turunnya azab yang telah ditentukan itu, dengan izin Allah berangkatlah Nabi Saleh bersama para mukminin pengikutnya menuju Ramlah, sebuah tempat di Palestin, meninggalkan Hijir dan penghuninya, kaum Tsamud habis binasa, ditimpa halilintar yang dahsyat beriringan dengan gempa bumi yang mengerikan.

SEDIKIT TENTANG NABI DAUD A.S

Nabi Daud a.s (Ibrani: , Inggeris Davíd Tiberia Dāwíð;Arab:  or , Dā'ūd; Ge'ez:, Dāwīt) merupakan seorang nabi dan rasul dalam agama Islam.

Baginda juga dikenali sebagai David dalam agama Yahudi dan Kristian. Baginda merupakan raja kedua dan yang paling terkenal dalam kerajaan Israel. Nabi Daud menerima kitab Zabur.

Daud ialah nabi dan raja Bani Israel. Semenjak masih muda telah menyertai tentera Bani Israil di bawah pimpinan Thalut melawan pasukan bangsa Palestin yang dipimpin Jalut (Goliath).

Malahan Nabi Daud yang membunuh Jalut, sehingga dipuji sebagai pahlawan perang. Setelah Raja Thalut meninggal, Nabi Daud menggantikannya sebagai raja.

Allah SWT mengangkat Daud sebagai nabi dan rasul-Nya. Kepadanyalah diturunkan kitab Zabur. Beliau memiliki sejumlah mukjizat, seperti suara yang merdu, kecerdasan akal, mengerti bahasa burung, dan melembutkan besi.

Nabi Daud meninggal dalam usia 100 tahun dan dikebumikan di Baitul Muqaddis. Beliau digantikan puteranya Nabi Sulaiman yang kemudiannya menjadi nabi.

KISAH NABI IDRIS

Nabi Idris a.s. ialah salah seorang rasul dan nabi yang diturunkan oleh Allah s.w.t. untuk membimbing manusia ke jalan yang benar.

Nabi Idris merupakan rasul kedua daripada 25 rasul yang wajib diketahui oleh umat Islam

Nama "Idris" telah dihuraikan mungkin sebagai perkataan asal untuk maksud "penghurai."

Menurut tradisi Islam, Rasul dikira mempunyai fungsi atau tugas menyampaikan , menghuraikan sesuatu perkara mistik dengan tujuan mendapatkan penerimaan umum.

Menurut sumber Muslim terkemudian, kira-kira kurun ke-8, mula merujuk Idris kepada dua nama iaitu "Idris" dan "Enoch," dan sumber lain menetapkan "Idris' adalah nama yang tepat bagi Enoch dan ia digelar Idris dalam bahasa Arab kerana kesetiaannya mempelajari kitab suci dari moyangnya Nabi Adam a.s. dan Seth."

Oleh itu, terdapat juga sumber lain yang terkemudian menerangkan samada Idris bermaksud "penghurai" atau mempunyai maksud lain yang berdekatan dengan tugas penghurai.

Penafsir klasik bagi Al-Quran misalnya tafsir Al-Baizawi, mengatakan ia digelar Idris dari perkatan Arab dars, bermaksud "untuk mengarahkan," daripada ilmunya tentang misteri ketuhanan."

Tidak banyak keterangan yang didapati tentang kisah Nabi Idris di dalam Al-Quran mahupun dalam kitab-kitab Tafsir dan kitab-kitab sejarah nabi-nabi.

Di dalam Al-Quran hanya terdapat dua ayat tentang Nabi Idris iaitu dalam surah Maryam ayat 56 dan 57 dan dalam surah Anbiya ayat 85 dan 86:

"Dan ceritakanlah { hai Muhammad kepada mereka , kisah } Idris yang terdapat tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. 57 - Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." { Maryam : 56 - 57 }

"Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zulkifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. Dan Kami masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami: sesungguhnya mereka adalah dari orang-orang yang soleh." { Anbiya : 85 - 86 }

Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam a.s. putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan adalah keturunan pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith.

Menurut Ibnu Kathir dalam Qhisasul Anbiya' mengatakan bahawa Nabi Idris a.s sempat bertemu dengan Nabi Adam. Ini menggambarkan bahawa enam generasi dapat bertemu diantara satu sama lain.

Nabi Idris dianugerahkan kepandaian di dalam pelbagai disiplin ilmu kemahiran serta mencipta peralatan yang digunakan manusia sekarang ini seperti penulisan, matematik, astronomi, dan lain-lain lagi.

Menurut sebuah kisah, terdapat satu masa di mana kebanyakan manusia telah melupakan tuhan, dan bumi telah dihukum dengan kemarau.

Walaubagaimanapun, Nabi Idris a.s. telah berdoa ke hadrat Allah s.w.t. dan berakhirlah musim kemarau tersebut dengan turunnya hujan.

Nabi Idris menurut sementara riwayat bermukim di Mesir di mana ia berdakwah untuk agama Allah mengajarkan tauhid dan beribadat menyembah Allah serta memberi beberapa pendoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar menyelamatkan diri dari seksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai usia 82 tahun.

Menurut sebuah buku The Prophet of God Enoch: Nabiyullah Idris, Idris ialah nama Arab bagi Enoch. Beliau dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai manusia yang dipilih oleh Allah s.w.t. sehingga beliau diangkat ke langit.

Satu kepercayaan yang tidak dipastikan kesahihannya mengatakan bahawa piramid telah dibina sebagai merujuk kepada Nabi Idris a.s., kerana di kawasan itulah di mana beliau diangkat ke langit.

Di antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah : ~

1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kepada kemenangan.

2. Orang yang bahagia ialah orang yang berwaspada dan mengharapkan syafaat daripada Tuhannya dengan amal-amal solehnya.

3. Apabila kamu memohon sesuatu kepada Allah dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu demikian pula puasa dan solatmu.

4. Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.

5. Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan pujian kepada Allah.

6. Janganlah iri hati kepada orang-orang yang bernasib baik , kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati nasib baiknya.

7. Barang siapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya.

8. Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehnya seorang tidak dapat bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.

Firman Allah bahawa Nabi Idris diangkat martabatnya. Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya meriwayatkan bahawa Nabi Idris wafat tatkala berada di langit keempat dibawa oleh seorang Malaikat

Wallahu a'alam bissawab.

Khamis, 27 Februari 2014

MRNGENAI NABI ISHAQ A.S

Nabi Ishaq a.s. ialah rasul yang diturunkan Allah s.w.t. untuk membawa manusia kembali kejalan yang benar.

Nabi Ishaq adalah putera nabi Ibrahim dari isterinya Sarah, sedang Nabi Ismail adalah puteranya dari Hajr, dayang yang diterimanya sebagai hadiah dari Raja Namrud.

Tentang Nabi Ishaq ini tidak dikisahkan dalan Al-Quran kecuali dalam beberapa ayat di antaranya adalah ayat 69 sehingga 74 dari surah Hud, seperti berikut:

64:" Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami (Malaikat-malaikat) telah datang kepada Ibrahim membawa khabar gembira mereka mengucapkan "selamat".Ibrahim menjawab: "Selamatlah" maka tidak lama kemudian Ibrahim menjamukan daging anak sapi yang dipanggang. 70. Maka tatkala dilihatnya tangan mereka tidak menjamahnya, Ibrahim memandang aneh perbuatan mereka, dan merasa takut kepada mereka. Malaikat itu berkata " Jangan kamu takut sesungguhnya kami adalah (Malaikat-malaikat) yang diutuskan untuk kaum Luth."

71. dan isterinya berdiri di sampingnya lalu di tersenyum. Maka Kami sampaikan kepadanya berita gembira akan (kelahiran) Ishaq dan sesudah Ishaq (lahir pula) Yaakub.

72. Isterinya berkata " sungguh menghairankan apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua dan suamiku pun dalam keadaan yang sudah tua juga? Sesungguhnya ini benar-benar sesuatu yang aneh.

73. Para Malaikat itu berkata " Apakah kamu merasa hairan tentang ketetapan Allah? (itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya dicurahkan atas kamu hai Ahlulbait! sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah.

74. Maka tatkala rasa takut hilang dari Ibrahim dan berita gembira telah datang kepadanya dia pun bersoal jawab dengan (Malaikat-malaikat) Kami tentang kaum Luth." (Hud : 69 ~ 74)

Selain ayat-ayat yang tersebut di atas yang membawa berita akan lahirnya Nabi Ishaq daripada kedua orang tuanya yang sudah lanjut usia yang menurut sementara riwayat bahwa usianya pada waktu itu sudah mencapai sembilan puluh tahun, terdapat beberapa ayat yang menetapkan kenabiannya di antaranya ialah ayat 49 surah "Maryam" sebagai berikut:

" Maka ketika Ibrahim sudah menjauhkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah Kami anugerahkan kepadanya Ishaq dan Ya'qup. Dan masing-masingnya Kami angkat menjadi nabi." Dan ayat 112 dan 113 surah "Ash-Shaffaat" sebagai berikut :

" 112. Dan Kami dia khabar gembira dengan (kelahiran) Ishaq seorang nabi yang termasuk orang-orang yang soleh.

113. Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishaq. Dan di antara anak cucunya ada yang berbuat baik dan ada (pula) yang zalim terhadap dirinya dengan nyata."

Diriwayatkan bahwa Nabi Ibrahim wafat pada usia 175 tahun. Nabi Ismail pada usia 137 tahun dan Nabi Ishaq pada usia 180 tahun.

Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Ishaq diterima diakui oleh orang Yahudi tetapi tidak untuk Nabi Ismail a.s. Rukun iman ialah wajib mempercayai 25 para Rasul, jadi menolak salah satu cukup untuk merosakkan Akidah Iman seseorang itu.

KISAH NABI LUTH

Nabi Luth adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. iaitu ayahnya yang bernama Haran bin Terah.

Nabi Luth diutuskan sebagai rasul kepada satu kaum yang mendiami sepanjang timur laut (Dari Israel - Yordania), Laut Mati. Ibukota Sodom terletak di Utara Basin, Laut Mati.

Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan.

Perbuatan ini merupakan sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk. Nabi Luth telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya.

Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat. Kejadian ini berlaku pada kira-kira tahun 1800 sebelum Masihi.

     ** Kisah Nabi Allah Luth a.s.
              mengikut Islam**

Di dalam Kitab Al-quran menceritakan kisah Nabi Luth yang menasihati kepada kaumnya sepertimana dalam Surah Asy-Syuara;26:160

"Kaum Luth telah mendustakan para Rasul"
"Ketika saudara mereka Luth berkata kepada mereka,"Mengapa kamu tidak bertakwa?"

"Sungguh, aku ini seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,"

"Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepada ku"

"Dan aku tidak meminta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku hanyalah dari Tuhan seluruh alam"

"Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki (Homoseks) di antara manusia"

"dan kamu tinggalkan (perempuan) yang diciptakan Tuhan untuk dijadikan sebagai isteri kamu? Kamu memang orang-orang yang melampaui batas'

26:167 " Mereka menjawab, " Wahai Luth! Jika engkau tidak berhenti, engkau termasuk orang-orang yang terusir"

26:168 " Dia (Luth) berkata, " Aku sungguh benci kepada perbuatan mu"

Kaum Luth telah mengancam Nabi Luth dan membencinya kerana mengajak kaumnya beriman. Ayat seterusnya dalam kitab Al-quran dikisahkan dalam Surah Al-Araf:

“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah ) tatkala dia berkata kepada mereka:

“Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?”.

Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan:

“Usirlah mereka (Luth dan para pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri .” (QS. Al A'raaf, 7: 80-82

KITAB TAURAT DAN PENERANGAN

Kitab Taurat (b. Arab: tawrāṯ) ialah salah satu daripada empat buah kitab Islam.

Kitab ini mengandungi wahyu Allah Taala kepada Nabi Musa a.s. Ia diturunkan khusus untuk umat Nabi Musa a.s.

Kitab Taurat merupakan kesinambungan kitab Nabi Allah yang terdahulu dan diikuti dengan penurunan kitab Zabur, kemudian diikuti dengan penurunan kitab Injil dan kitab suci yang terakhir iaitu Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w, sebagai pelengkap kepada semua kitab-kitab suci yang sebelumnya.

Dengan turunnya Al-Quran, secara tidak langsung semua ajaran kitab-kitab yang terdahulu termansuh dengan sendirinya.

Al-Quran menyatakan bahawa Injil dan Taurat telah ditahrif (diubahsuai iaitu ditokok tambah dan dikurangi) oleh penganut-penganutnya yang menyeleweng selepas Nabi Musa wafat dan Nabi Isa diangkat ke langit.

Di dalam surah al-Ma'idah, ayat 13 - 14, Allah Taala berfirman yang bermaksud: (dipetik dari Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur'an terbitan Bahagian Hal Ehwal; Islam,)

13. "Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya. Dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan kianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maaflah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya."

14."Dan di antara orang-orang yang berkata: Bahawa kami ini orang-orang Nasrani, Kami (tuhan) juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari Kiamat; dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan." [al-Quran 5:13-14 (Basmeih)]

Taurat dalam Al-Qur'an

Di dalam Surah Ali 'Imran ayat ke 3 dan ke 4 (dipetik dari Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur'an terbitan Bahagian Hal Ehwal; Islam, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia) 3. "Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab suci (Al-Qur'an) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Dia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil". 4. Sebelum (Al-Qur'an diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Dia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah). [al-Quran 3:3-4 (Basmeih)]

Surah Al-Maa’idah 5:46 "...Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Mariam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayat dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa". [al-

Quran 5:46 (Basmeih)]

Surah Al-Hadid 57:27 "...Kemudian Kami iringi sesudah mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa Ibni Mariam, serta Kami berikan kepadanya: Kitab Injil dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri). Dan (perbuatan mereka beribadat secara)"Rahbaniyah" (iaitu seperti bertapa di tempat-tempat yang terpencil, mengharamkan dirinya daripada berkahwin dan menjauhi kemewahan hidup)-merekalah sahaja yang mengadakan dan mereka(mencipta)nya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredhaan Allah; dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya ..." [al-Quran 57:27 (Basmeih)]

Namun begitu, Al-Qur'an menyebut nama-nama kitab yang terdahulu dan kandungannya yang berupa ajaran kepada umat pada waktu tersebut, sebagai tanda kewajiban umat Islam mempercayai "kewujudannya" dan bukan sebagai ikutan , iaitu selepas turunnya Al-Qur'an. Sebagaimana ayat 3 dan 4 dalam Surah Ali 'Imran seperti yang tertulis di atas..

KISAH NABI AYUB A.S

Nabi Ayub a.s. sesuai digambarkan sebagai manusia yang paling sabar, bahkan boleh dikatakan bahawa baginda berada di puncak kesabaran.

Sering orang mengagumi kesabaran kepada Nabi Ayub. Misalnya, dikatakan:
"seperti sabarnya Nabi Ayub."

Jadi, Nabi Ayub menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap budaya. Allah SWT telah memujinya dalam kitab-Nya yang berbunyi:

"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (Al-Quran Surah. Sod: 44)

Nabi Ayub AS ialah salah seorang 25 Nabi dan Rasul yang wajib diketahui dalam Islam, juga baginda merupakan salah seorang dari Nabi-Nabi Bani Israel dan salah seorang manusia pilihan dari sejumlah manusia pilihan yang mulia.

Allah telah menceritakan dalam kitab-Nya dan memujinya dengan berbagai sifat yang terpuji secara umum dan sifat sabar atas ujian secara khusus.

Allah telah mengujinya dengan anaknya, keluarganya dan hartanya, kemudian dengan tubuhnya. Allah SWT telah mengujinya dengan ujian yang tidak pernah ditimpakan kepada siapa pun, tetapi ia tetap sabar dalam menunaikan perintah Allah dan terus-menerus bertaubat kepada-Nya.

Setelah Nabi Ayub AS menderita penyakit kronik dalam jangka masa yang cukup lama, dimana sahabat dan keluarganya telah melupakannya, maka baginda telah menyeru kepada Rabbnya,

“(Ya Rabbku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.” (Surah Al-Anbiya’: 83).

Dikatakan kepadanya,
“Hentakkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum.” (Surah Sod: 42).

Nabi Ayub AS telah menghentakkan kakinya, maka memancarlah mata air yang dingin kerana hentakan kakinya tersebut. Dikatakan kepadanya,
“Minumlah darinya serta mandilah.”

Nabi Ayub AS melakukannya, maka Allah Ta’ala menghilangkan penyakit yang menimpa batinnya dan zahirnya.

Kemudian Allah mengembalikan kepadanya; keluarganya, hartanya, sejumlah nikmat serta kebaikan yang dikurniakan kepadanya dalam jumlah yang banyak.

Dengan kesabarannya itu maka baginda merupakan suri teladan bagi orang-orang yang sabar, penghibur bagi orang-orang yang mendapat ujian atau ditimpa musibah serta pelajaran berharga bagi orang-orang yang mahu mengambil pengajaran.*

Ketika Nabi Ayub AS sakit, maka baginda telah menemukan kepingan wang milik isterinya yang diperoleh dari hasil pekerjaannya melakukan sesuatu, sehingga baginda bersumpah akan mencambuknya seratus kali cambukan.

Kemudian Allah meringankannya dari Nabi Ayub AS dan isterinya, seraya dikatakan kepadanya:

“Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput).”
Yakni seikat jerami, lalang, tangkai atau yang lainnya sebanyak seratus biji, kemudian pukullah ia dengannya “… dan janganlah kamu melanggar sumpah.” (Surah Sod: 44). Yakni melanggar sumpahmu.

Dalam ayat di atas terdapat dalil bahawa kifarat sumpah tidak disyariatkan kepada seseorang sebelum syariat kita, serta kedudukan sumpah di hadapan mereka adalah sama dengan nazar, yang mesti dipenuhi.

Juga dalam ayat tersebut terdapat dalil, bahawa bagi orang yang tidak mungkin dilaksanakan hukuman had ke atasnya kerana kondisinya yang lemah atau alasan lainnya, hendaklah diperlakukan kepadanya hukuman yang disebut dengan hukuman tersebut, kerana tujuan dari perlakuan hukuman itu ialah pemberian rasa jera, bukan merosakkan atau menghancurkan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik RA dari Nabi SAW, baginda bersabda,

“Sesungguhnya Nabi Allah Ayub AS diuji dengan musibah tersebut selama lapan belas tahun, dimana keluarga dekat serta keluarga yang jauh telah menolaknya dan mengusirnya kecuali dua orang lelaki dari saudara-saudaranya, dimana keduanya telah memberinya makan dan mengunjunginya. Kemudian pada suatu hari salah seorang dari kedua saudaranya itu berkata kepada saudaranya yang satu,

‘Demi Allah, perlu diketahui, bahawa Ayub telah melakukan suatu dosa yang belum pernah dilakukan siapa pun di dunia ini.’ Sahabatnya itu bertanya,
‘Dosa apakah itu?.’
Saudaranya tadi berkata,
‘Selama lapan belas tahun Allah tidak merahmatinya, sehingga menyembuhkannya dari penyakit yang dideritanya.’

Ketika keduanya mengunjungi Ayub AS maka salah seorang dari kedua saudaranya itu tidak dapat menahan kesabarannya, sehingga ia menyampaikan pembicaraan tersebut kepadanya.

Ayub AS menjawab,
‘Aku tidak mengetahui apa yang kamu berdua bicarakan, kecuali Allah Taala telah memberitahukan; bahawa aku diperintah untuk mendatangi dua orang lelaki yang berselisih supaya keduanya mengingati Allah. Sedang aku akan kembali ke rumahku dan menutup diri dari keduanya, kerana merasa benci dalam mengingati Allah, kecuali dalam kebenaran.’”

Nabi SAW bersabda,

“Ketika Ayub AS pergi menunaikan hajatnya maka isterinya memegang tangannya hingga selesai. Suatu hari isterinya terdatang lewat dan Ayub AS menerima wahyu, ‘Hentakkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum.’ (Surah Sod: 42)

Ketika isterinya datang dan bermaksud menemuinya, maka ia melayangkan pandangannya dalam keadaan tertegun, dan Ayub AS menyambutnya dalam rupa dimana Allah telah menyembuhkan penyakit yang dideritanya, dan rupanya sangat tampan seperti semula.

Ketika isterinya melihatnya, seraya bertanya,

‘Semoga Allah memberkatimu, apakah engkau melihat nabi Allah yang sedang diuji? Demi Allah, bahawa aku melihatnya mirip denganmu saat ia sihat.’ Ayub AS menjawab, ‘Sesungguhnya aku ini adalah dia.’

Ketika itu di hadapannya terdapat dua buah gundukan iaitu gundukan gandum dan jewawut. Kemudian Allah mengirim dua gugusan awan, dimana ketika salah satunya menaungi gundukan gandum, maka tercurah padanya emas hingga penuh, sedangkan pada gundukan jewawut tercurah mata wang hingga penuh.”
- (Hadis Riwayat. Abu Ya’la, 3617, yang dishahihkan al-Hakim (2/581-582) dan Ibnu Hibban (2091) serta al-Albani dalam kitab Shahîh-nya no. 17).

KISAH NABI ISMAIL

Isma`il bermaksud 'Allah telah mendengar' iaitu Allah telah menjawab doa Nabi Ibrahim untuk mempunyai anak, dan Dia menganugerahkannya Ismail.

Nabi Ismail adalah putera pertama Nabi Ibrahim a.s. dengan Hajar.

Nabi Ibrahim yang berhijrah meninggalkan Mesir bersama Sarah, isterinya dan Hajar, dayangnya di tempat tujuannya di Palestin.

Ia telah membawa pindah juga semua binatang ternakannya dan harta miliknya yang telah diperolehinya sebagai hasil usaha niaganya di Mesir. Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. berkata:

"Pertama-tama yang menggunakan setagi {setagen} ialah Hajar ibu Nabi Ismail tujuan untuk menyembunyikan kandungannya dari Siti Sarah yang telah lama berkumpul dengan Nabi Ibrahim a.s. tetapi belum juga hamil.

Tetapi walaubagaimana pun juga akhirnya terbukalah rahsia yang disembunyikan itu dengan lahirnya Nabi Ismail a.s.

Dan sebagai lazimnya seorang isteri sebagai Siti Sarah merasa telah dikalahkan oleh Siti Hajar sebagai seorang dayangnya yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Dan sejak itulah Siti Sarah merasakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. lebih banyak mendekati Hajar kerana merasa sangat gembira dengan puteranya yang tunggal dan pertama itu, hal ini yang menyebabkan permulaan ada keratakan dalam rumahtangga Nabi Ibrahim a.s. sehingga Siti Sarah merasa tidak tahan hati jika melihat Siti Hajar dan minta pada Nabi Ibrahim a.s. supaya menjauhkannya dari matanya dan menempatkannya di lain tempat."

Untuk sesuatu hikmah yang belum diketahui dan disedari oleh Nabi Ibrahim Allah s.w.t. mewahyukan kepadanya agar keinginan dan permintaan Sarah isterinya dipenuhi dan dijauhkanlah Ismail bersama Hajar ibunya dan Sarah ke suatu tempat di mana yang ia akan tuju dan di mana Ismail puteranya bersama ibunya akan ditempatkan dan kepada siapa akan ditinggalkan.

Maka dengan tawakkal kepada Allah berangkatlah Nabi Ibrahim meninggalkan rumah membawa Hajar dan Ismail yang diboncengkan di atas untanya tanpa tempat tujuan yang tertentu.

Ia hanya berserah diri kepada Allah yang akan memberi arah kepada binatang tunggangannya. Dan berjalanlah unta Nabi Ibrahim dengan tiga hamba Allah yang berada di atas punggungnya keluar kota masuk ke lautan pasir dan padang terbuka di mana terik matahari dengan pedihnya menyengat tubuh dan angin yang kencang menghembur-hamburkan debu-debu pasir.

   **  Ismail dan ibunya Hajar   
         ditinggalkan di Makkah**

Setelah berminggu-minggu berada dalam perjalanan jauh yang memenatkan, tibalah pada akhirnya Nabi Ibrahim bersama Ismail dan ibunya di Makkah kota suci dimana Kaabah didirikan dan menjadi kiblat manusia dari seluruh dunia.

Di tempat di mana Masjidil Haram sekarang berada, berhentilah unta Nabi Ibrahim mengakhiri perjalanannya dan di situlah ia meninggalkan Hajar bersama puteranya dengan hanya dibekali dengan serantang bekal makanan dan minuman sedangkan keadaan sekitarnya tiada tumbuh-tumbuhan, tiada air mengalir, yang terlihat hanyalah batu dan pasir kering.

Alangkah sedih dan cemasnya Hajar ketika akan ditinggalkan oleh Ibrahim seorang diri bersama dengan anaknya yang masih kecil di tempat yang sunyi senyap dari segala-galanya kecuali batu gunung dan pasir.

Ia seraya merintih dan menangis, memegang kuat-kuat baju Nabi Ibrahim memohon belas kasihnya, janganlah ia ditinggalkan seorang diri di tempat yang kosong itu, tiada seorang manusia, tiada seekor binatang, tiada pohon dan tidak terlihat pula air mengalir, sedangkan ia masih menanggung beban mengasuh anak yang kecil yang masih menyusu.

Nabi Ibrahim mendengar keluh kesah Hajar merasa tidak tergamak meninggalkannya seorang diri di tempat itu bersama puteranya yang sangat disayangi akan tetapi ia sedar bahwa apa yang dilakukan nya itu adalah kehendak Allah s.w.t. yang tentu mengandungi hikmat yang masih terselubung baginya dan ia sedar pula bahawa Allah akan melindungi Ismail dan ibunya dalam tempat pengasingan itu dan segala kesukaran dan penderitaan. Ia berkata kepada Hajar:

"Bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah."

Mendengar kata-kata Ibrahim itu segeralah Hajar melepaskan genggamannya pada baju Ibrahim dan dilepaskannyalah beliau menunggang untanya kembali ke Palestin dengan iringan air mata yang bercurahan membasahi tubuh Ismail yang sedang menyusu.

Sedang Nabi Ibrahim pun tidak dapat menahan air matanya keetika ia turun dari dataran tinggi meninggalkan Makkah menuju kembali ke Palestin di mana isterinya Sarah sedang menanti.

Ia tidak henti-henti selama dalam perjalanan kembali memohon kepada Allah perlindungan, rahmat dan barakah serta kurniaan rezeki bagi putera dan ibunya yang ditinggalkan di tempat terasing itu.

Ia berkata dalam doanya:
" Wahai Tuhanku! Aku telah tempatkan puteraku dan anak-anak keturunannya di dekat rumah-Mu (Baitullahil Haram) di lembah yang sunyi dari tanaman dan manusia agar mereka mendirikan solat dan beribadat kepada-Mu. Jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan yang lazat, mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."

      **Mata air Zamzam**

Sepeninggal Nabi Ibrahim tinggallah Hajar dan puteranya di tempat yang terpencil dan sunyi itu. Ia harus menerima nasib yang telah ditakdirkan oleh Allah atas dirinya dengan kesabaran dan keyakinan penuh akan perlindungan-Nya.

Bekalan makanan dan minuman yang dibawanya dalam perjalanan pada akhirnya habis dimakan selama beberapa hari sepeninggalan Nabi Ibrahim.

Maka mulailah terasa oleh Hajar beratnya beban hidup yang harus ditanggungnya sendiri tanpa bantuan suaminya. Ia masih harus menyusu anaknya, namun air susunya makin lama makin mengering disebabkan kekurangan makan.

Anak yang tidak dapat minuman yang memuaskan dari susu ibunya mulai menjadi cerewet dan tidak henti-hentinya menangis. Ibunya menjadi panik, bingung dan cemas mendengar tangisan anaknya yang sangat menyayat hati itu.

Ia menoleh ke kanan dan ke kiri serta lari ke sana ke sini mencari sesuap makanan atau seteguk air yang dapat meringankan kelaparannya dan meredakan tangisan anaknya, namun sia-sialah usahanya.

Ia pergi berlari harwalah menuju Bukit Safa kalau-kalau ia boleh mendapatkan sesuatu yang dapat menolongnya tetapi hanya batu dan pasir yang didapatnya disitu, kemudian dari Bukit Safa ia melihat bayangan air yang mengalir di atas Bukit Marwah, dan larilah ia berharwahlah ke tempat itu, namun ternyata bahawa yang disangkanya air adalah fatamorgana {bayangan} belaka dan kembalilah ke Bukit Safa kerana mendengar seakan-akan ada suara yang memanggilnya tetapi gagal dan melesetlah dugaannya.

Demikianlah maka kerana dorongan hajat hidupnya dan hidup anaknya yang sangat disayangi, Hajar mundar-mundir berlari sampai tujuh kali antara Bukit Safa dan Marwah yang pada akhirnya ia duduk termenung merasa penat dan hampir berputus asa.

Diriwayatkan bahawa selagi Hajar berada dalam keadaan tidak berdaya dan hampir berputus asa kecuali dari rahmat Allah dan pertolongan-Nya, datanglah kepadanya Malaikat Jibril bertanya:
"Siapakah sebenarnya engkau ini?"

"Aku adalah hamba sahaya Ibrahim", jawab Hajar.
"Kepada siapa engkau dititipkan di sini?" tanya Jibril.
"Hanya kepada Allah", jawab Hajar.
Lalu berkata Jibril:
"Jika demikian, maka engkau telah dititipkan kepada Dzat Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, yang akan melindungimu, mencukupi keperluan hidupmu dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan ayah puteramu kepada-Nya."

Kemudian diajaklah Hajar mengikutinya pergi ke suatu tempat di mana Jibril menginjakkan telapak kakinya kuat-kuat di atas tanah dan segeralah memancur dari bekas telapak kaki itu air yang jernih dengan kuasa Allah.

Itulah dia mata air Zamzam yang sehingga kini dianggap keramat oleh jemaah Haji, berdesakan sekelilingnya bagi mendapatkan setitik atau seteguk air daripadanya dan kerana sejarahnya mata air itu disebut orang "Injakan Jibril".

Alangkah gembiranya dan lega dada Hajar melihat air yang mancur itu. Segera ia membasahi bibir puteranya dengan air keramat itu dan segera pula terlihat wajah puteranya segar kembali, demikian pula wajah si ibu yang merasa sangat bahagia dengan datangnya mukjizat dari sisi Tuhan yang mengembalikan kesegaran hidup kepadanya dan kepada puteranya sesudah dibayang-bayangi oleh bayangan mati kelaparan yang mencekam dada.

Mancurnya air Zamzam telah menarik burung-burung berterbangan mengelilingi daerah itu menarik pula perhatian sekelompok bangsa Arab dari suku Jurhum yang merantau dan sedang berkhemah di sekitar Makkah.

Mereka mengetahui dari pengalaman bahawa di mana ada terlihat burung di udara, nescaya dibawahnya terdapat air, maka diutuslah oleh mereka beberapa orang untuk memeriksa kebenaran teori ini. Para pemeriksa itu pergi mengunjungi daerah di mana Hajar berada, kemudian kembali membawa berita gembira kepada kaumnya tentang mata air Zamzam dan keadaan Hajar bersama puteranya.

Segera sekelompok suku Jurhum itu memindahkan perkhemahannya ke tempat sekitar Zamzam, di mana kedatangan mereka disambut dengan gembira oleh Hajar kerana adanya sekelompok suku Jurhum di sekitarnya, ia memperolehi jiran-jiran yang akan menghilangkan kesunyian dan kesepian yang selama ini dirasakan di dalam hidupnya berduaan dengan puteranya saja.

Hajar bersyukur kepada Allah yang dengan rahmatnya telah membuka hati orang-orang itu cenderung datang meramaikan dan memecahkan kesunyian lembah di mana ia ditinggalkan sendirian oleh Ibrahim.

        *Ismail Bantu Ibrahim
                Bina Kaabah*

Nabi Ismail dibesarkan di Makkah (pekarangan Kaabah). Apabila dewasa beliau berkahwin dengan wanita daripada puak Jurhum. Walaupun tinggal di Makkah, Ismail sering dikunjungi bapanya.

Pada satu ketika, bapanya menerima wahyu daripada Allah supaya membina Kaabah. Perkara itu disampaikan kepada anaknya. Ismail berkata:
“Kerjakanlah apa yang diperintahkan Tuhanmu kepadamu dan aku akan membantumu dalam pekerjaan mulia itu.”
Ketika membina Kaabah, Nabi Ibrahim berkata kepada Ismail:
“Bawakan batu yang baik kepadaku untuk aku letakkan di satu sudut supaya ia menjadi tanda kepada manusia.”
Kemudian Jibril memberi ilham kepada Ismail supaya mencari batu hitam untuk diserahkan kepada Nabi Ibrahim.Setiap kali bangun, mereka berdoa:
“Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Bangunan (Kaabah) itu menjadi tinggi dan Ibrahim makin lemah untuk mengangkat batu. Dia berdiri di satu sudut, kini dikenali Makam Ibrahim.

Nabi Ibrahim sering berulang-alik mengunjungi anaknya. Pada satu hari, beliau tiba di Makkah dan mengunjungi rumah anaknya.Bagaimanapun, Ismail tiada di rumah ketika itu melainkan isterinya.

Isteri Ismail tidak mengenali orang tua itu adalah bapa Ismail.Apabila Nabi Ibrahim bertanya isteri Nabi Ismail mengenai suaminya itu, beliau diberitahu anaknya keluar berburu. Seterusnya Nabi Ibrahim bertanya keadaan mereka berdua. Isterinya berkata:
“Kami berada dalam kesempitan.

”Nabi Ibrahim berkata: “Apakah kamu mempunyai jamuan, makanan dan minuman?“
Dijawab isteri Ismail:
“Aku tidak mempunyainya, malah apa pun tiada.”
Kelakukan isteri Nabi Ismail itu tidak manis dipandang Nabi Ibrahim kerana kelihatan tidak reda dengan pemberian Allah dan jemu untuk hidup bersama suaminya.

Malah, dia kelihatan bersifat kedekut kerana tidak mengalu-alukan kedatangan tetamu.Akhirnya Nabi Ibrahim berkata kepada isteri anaknya: “Jika suamimu kembali, sampaikanlah salamku kepadanya dan katakan kepadanya supaya dia menggantikan pintunya.”

Selepas itu Nabi Ibrahim beredar dari situ. Sejurus kemudian, Nabi Ismail pulang ke rumah dengan hati gembira kerana dia menganggap tiada perkara tidak diingini berlaku sepanjang ketiadaannya di rumah.

Nabi Ismail bertanya isterinya:
“Apakah ada orang datang menemui kamu?“
Isterinya berkata:
“Ya, ada orang tua kunjungi kita.” Ismail berkata:
“Apakah dia mewasiatkan sesuatu kepadamu?“
Isterinya berkata:
“Ya, dia menyuruhku menyampaikan salam kepadamu dan memintaku mengatakan kepadamu supaya menggantikan pintumu.”

Ismail berkata:
“Dia adalah bapaku. Sesungguhnya dia menyuruhku supaya menceraikanmu, maka kembalilah kepada keluargamu.”

Selepas menceraikan isterinya, Nabi Ismail berkahwin lain, kali ini dengan seorang lagi wanita daripada kaum Jurhum. Isteri baru itu mendapat keredaan bapanya kerana pandai menghormati tetamu, tidak menceritakan perkara yang menjatuhkan maruah suami dan bersyukur dengan nikmat Allah.

Ismail hidup bersama isteri barunya itu hingga melahirkan beberapa anak.

Nabi Ismail mempunyai 12 anak lelaki dan seorang anak perempuan yang dikahwinkan dengan anak saudaranya, iaitu Al-’Ish bin Ishak.

Daripada keturunan Nabi Ismail lahir Nabi Muhammad s.a.w. Keturunan Nabi Ismail juga mewujudkan bangsa Arab Musta’ribah.

** Nabi Ismail sebagai Qurban**

Nabi Ibrahim dari masa ke semasa pergi ke Makkah untuk mengunjungi dan menjenguk Ismail di tempat pengasingannya bagi menghilangkan rasa rindu hatinya kepada puteranya yang ia sayangi serta menenangkan hatinya yang selalu rungsing bila mengenangkan keadaan puteranya bersama ibunya yang ditinggalkan di tempat yang tandus, jauh dari masyarakat kota dan pengaulan umum.

Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahwa ia harus menyembelih Ismail puteranya.

Dan mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah, maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim.

Ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang ia hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan, seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah, seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oleh tangan si ayah sendiri.

Namun ia sebagai seorang Nabi, pesuruh Allah dan pembawa agama yang seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi para pengikutnya dalam bertaat kepada Allah, menjalankan segala perintah-Nya dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, isteri, harta benda dan lain-lain.

Ia harus melaksanakan perintah Allah yang diwahyukan melalui mimpinya, apa pun yang akan terjadi sebagai akibat pelaksanaan perintah itu.

Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:
"Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya".

Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, berazam (niat) tetap akan menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya.

Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim menuju ke Makkah untuk menemui dan menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan.

Nabi Ismail sebagai anak yang soleh yang sangat taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya:

"Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu, agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar meringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya."

Kemudian dipeluklah Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata:
"Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah".

Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata nabi Ibrahim yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain.

Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan .

Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.

Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah perkorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah.

Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan pergorbanan puteranya  untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahwa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya:

" Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku karena melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku. "

Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.

Dalam keadaan bingung dan sedih hati, kerana gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya:
"Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikan".

Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa, Ismail telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor Qibas yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau dengan parang yang tumpul di leher puteranya Ismail itu.

Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada tiap Hari Raya Aidiladha di seluruh pelosok dunia.

TENTANG NABI ILYASA

Nabi Ilyasa adalah rasul dari kalangan Bani Israel dari garis keturunan yang sama dengan Musa, Harun serta Ilyas.

Nama Ilyasa disebut dalam kisah Ilyas, ketika Rasul itu dikejar oleh kaumnya dan bersembunyi di rumah Ilyasa'. Maka besar kemungkinan Ilyasa' juga tinggal di sekitar lembah sungai Jordan.

Ketika Ilyas bersembunyi di rumahnya, Ilyasa' masih seorang remaja.Ketika itu ia tengah menderita sakit. Ilyas membantu menyembuhkan penyakitnya.

Setelah sembuh, Ilyasa' pun menjadi sahabat Ilyas yang selalu mendampingi untuk menyebar dakwah ke jalan kebaikan. Ilyasa' menyambung menyampaikan dakwah selepas Ilyas meninggal.

Ilyasa' kemudian mendapati bahawa manusia ternyata begitu mudah kembali ke jalan kesesatan.

Itu terjadi tdk lama setelah Ilyas wafat. Padahal masyarakat lembah sungai Yordania itu sempat mengikuti seruan Ilyas agar meninggalkan pemujaannya pada berhala.

Pada kalangan itulah Ilyasa tdk pernah kira penat lelah utk menyeru kaumnya ke jalan kebaikan.

Dikisahkan bahawa mereka tetap tidak mahu mendengar seruan Ilyasa', dan mereka sanggup  menanggung bencana kemarau yang luar biasa.


   **Para Nabi dalam Al-Quran**

【Nabi Adam a.s.】
【Nabi Idris a.s. 】
【Nabi Nuh a.s.】
【Nabi Hud a.s. 】
【Nabi Saleh a.s.】
【Nabi Ibrahim a.s】
【Nabi Luth a.s.】
【Nabi Ismail a.s】
【Nabi Ishaq a.s.】
【Nabi Ya'akub a.s.】
【Nabi Yusuf a.s.】
【Nabi Ayub a.s.】
【Nabi Syu'aib a.s.】
【Nabi Musa a.s.】
【Nabi Harun a.s. 】
【Nabi Zulkifli a.s.】
【Nabi Daud a.s.】
【Nabi Sulaiman a.s】
【Nabi Ilyas a.s】
  •Nabi Ilyasa' a.s•
【Nabi Yunus a.s】
【Nabi Zakaria a.s.】
【Nabi Yahya a.s.】
【Nabi Isa a.s.】
【Nabi Muhammad s.a.w】

PERALATAN PENGURUSAN JENAZAH

1. AIR MAWAR

2. JUG

3. APRON PLASTIK

4. KAPUR BARUS

5. DEBU TAYAMUM

6. TOPENG MUKA ( UTK JENAZAH BIASA)

7.TOPENG MUKA KHAS ( UTK JENAZAH BERISIKO ) 8. SABUN

9. SERBUK CENDANA 10. SARUNG TANGAN GAMEX

11. PUTIK KAPAS 12. MINYAK WANGI TANPA ALKOHOL

13. PLASTIK

14. KAPAS

15. SARUNG TANGAN BIASA

16. KAIN PUTIH

17. GUNTING

18. APRON KALIS AIR

19. TIKAR JERAMI

Rabu, 26 Februari 2014

KISAH RASULULLAH MENGENAI ROH JENAZAH

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, katanya;

   ” Aku sedang dalam keadaan duduk bersila di rumah, tiba-tiba Rasulullah SAW datang dan masuk ke rumah sambil memberi salam kepadaku. Aku segera berdiri kerana menghormatinya dan memuliakannya, sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi SAW bersabda: ” Duduklah di tempat dudukmu, wahai Ummul Mukminin.”

Aisyah berkata;

”Rasulullah duduk sambil meletakkan kepalanya dipangkuanku, lalu baginda tidur berbaring. Maka aku bilangkan uban pada janggutnya dan aku dapati ada 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata; ”

Sesungguhnya beliau akan keluar dari dunia sebelumku sehingga tetaplah suatu umat yang ditinggalkan Nabinya.

Aku menangis hingga mengalirlah cucuran air mata pada pipiku. Air mataku itu menitis pada muka baginda. Kemudian baginda terbangun dari tidurnya.”

Rasulullah bertanya;

” Gerangan apakah yang engkau tangisi wahai Ummul Mukminin?” Maka aku ceritakan kisah tadi kepadanya.

Rasulullah berkata;

” Keadaan manakah yang lebih hebat bagi mayat?”
Aisyah menjawab;
”Tunjukkanlah wahai Rasulullah!” Rasulullah mengatakan;
”Bahkan, engkaulah yang mengatakan.”
Aisyah berkata;
” Tidak ada keadaan yang lebih hebat bagi mayat daripada waktu keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya semuanya bersedih hati di belakangnya, mereka semua berkata; ”Aduh ayah, aduh ibu!” Ayahnya mengatakan; ” Aduh anak!”

Rasulullah berkata;
”Itu juga termasuk hebat, maka manakah yang lebih hebat daripada itu?”
Kemudian Aisyah r.a menjawab;
” Tidak ada hal yang lebih hebat bagi mayat ketika ia diletakkan di liang lahaddan ditimbuni dengan dengan tanah di atasnya. Kaum kerabatnya semuanya kembali, begitu juga anak-anak dan para kekasihnya. Mereka semua menyerahkannya kepada ALLAH bersama segala amal perbuatannya. Lalu setelah itu datanglah malaikat Mungkar dan Nakir ke dalam kuburnya.”

Rasulullah SAW bertanya lagi;
”Adakah yang lebih hebat lagi dari itu?”
Aisyah berkata:
”ALLAH dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda;
”Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat adalah ketika orang yang memandikannya masuk ke rumah untuk memandikannya.”

Ketika mana mayat diletakkan di tempat pemandiannya, ketika itu dikeluarkan cincin dan perhiasan yang ada pada jari jemarinya, dilepaskan pakaian yang membaluti tubuh badannya.

Bagi para alim ulama dilepaskan serban dari kepalanya. Pada waktu itu rohnya berkata-kata tatkala ia melihat mayatnya dalam keadaan telanjang dengan suara yang didengar oleh sekalian makhluk kecuali jin dan manusia.

Roh itu berkata:
” Wahai orang yang memandikan, ku minta kepadamu kerana ALLAH, untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan. Sebab di saat ini aku beristirehat dari seretan malaikul maut.”

Ketika disiramkan air ke atas tubuhnya, roh itu berteriak lagi;
”Wahai orang yang memandikan roh ALLAH, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Janganlah engkau menuangkan airmu dengan panas dan jangan pula dingin. Sebab tubuhku terbakar dari keluarnya roh.”

Ketika dimandikan oleh pemandi mayat, maka roh itu berteriak sekali lagi;
” Demi ALLAH, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka kerana keluarnya roh.”

Jika telah selesai dimandikan dan mayat itu diletakkan pada kafannya di mana kedua tangannya diikat, maka mayat memanggil-manggil;
” Wahai orang yang memandikan, janganlah kuat-kuat dalam mengkafaniku, sehingga aku tidak dapat melihat wajahku, anak-anakku dan kerabatku, sebab ini merupakan hari terakhir aku melihat mereka. Pada hari ini aku akan berpisah dengan mereka, dan aku tidak akan melihat mereka sehingga hari qiamat.”

Ketika mayat dibawa keluar dari rumahnya, maka rohnya menyeru;
”Demi ALLAH, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah kamu menyakiti meraka. Sesungguhnya pada hari ini aku dikeluarkan dari rumahku dan aku tidak akan kembali kepada mereka selama-lamanya.”

Ketika mayat diletakkan ke dalam peti atau kerandanya, ia memanggil lagi;
” Demi ALLAH, wahai jemaahku, janganlah kalian mempercepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahli keluargaku, anak-anakku dan para kerabatku. Sesungguhnya aku pada hari ini akan berpisah dengan mereka sehingga hari qiamat."

Kemudian ketika para pengiring jenazah, melangkah dengan tiga kali langkah,ia memanggil lagi dengan suara yang dapat didengari seluruh makhluk kecuali jin dan manusia.

Kata roh;
”Wahai para kekasihku, wahai saudara-saudaraku dan wahai para anak-anakku, janganlah kalian diperdayakan oleh dunia sebagaimana ia memperdayakan aku. Janganlah kalian bermain-main di masa ini sebagaimana ia mempermainkan aku. Hendaklah kalian mengambil ibarat daripadaku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku kumpulkan untuk para ahli warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia ini ALLAH akan menghisab aku, sementara kamu sekalian merasa senang dengan keduniaan dan tidak mahu mendoakan aku.”

Ketika jenazah itu telah disembahyangkan oleh ahli keluarga dan mereka yang hadir itu, roh itu berkata;

”Demi ALLAH, wahai saudaraku, sesungguhnya aku lebih mengetahui bahawasanya mayat itu lupa ketika hidupnya. Akan tetapi kalian jangan melupakan aku dengan begitu cepat sekali sebelum kalian mengebumikan aku, sehingga kalian menyaksikan tempatku. Wahai saudara-saudaraku, sesungguhnya keadaanku lebih mengetahui bahawasanya wajah mayat itu lebih dingin daripada air yang dingin. Janganlah kalian pulang dalam masa terdekat ini.”

Ketika pengiring-pengiring jenazah meletakkan mayat di sisi kuburnya, maka berkatalah ia;
”Demi ALLAH, wahai jemaahku, wahai saudara-saudaraku. Aku mendoakan kalian tetapi kalian tidak mendoakan aku.

Ketika diletakkan mayat di dalam liang kuburnya, mayat itu berkata;

”Demi ALLAH, wahai para warisku, bukankah aku mengumpulkan harta yang banyak yang ku tinggalkan untuk kalian? Hendaknya kalian mengingatiku dengan memperbanyakkan kebaikan. Aku telah mengajar kalian Al-Quran dan adab kesopanan, janganlah kalian melupakan aku dalam doa kalian.”

sumber DISEDIAKAN :::

** CAWANGAN KEBAJIKAN BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

MELAYU PERTAMA YG KAHWIN DGN KAUM SEJENIS !!!

Menjijikkan! Bangsa Melayu aku sendiri berkahwin dengan kaumnya sendiri! Memalukan!

Tidak pernahkah mereka membaca kisah-kisah di dalam Al-Quran mengenai manusia yang telah ditimpakan malapetaka besar apabila melakukan hubungan yang songsang?

Kita semua telah diingatkan supaya TIDAK mengulangi lagi perbuatan terkutuk seperti itu. Sekiranya kisah-kisah tersebut masih tidak diambil peringatan dan ikhtibar, tidak mustahil, bukan sahaja satu negara, malah satu DUNIA akan diterbalikkan apabila satu dunia mengamalkan perbuatan terkutuk ini.

Inilah dia kerja-kerja orang-orang yang sememangnya mempunyai niat untuk membawa manusia supaya TIDAK kembali ke jalan Allah s.w.t dan sememangnya menanam perasaan benci yang amat kepada umat Islam sedunia khususnya.

Segala apa yang mereka lakukan adalah untuk menjauhkan kita semua dari jalan yang benar. Tahukan anda semua akan maksud surah Al-Fatihah di dalam ayat enam dan tujuh yang bermaksud:

   "" Tunjukilah kami jalan yang benar (lurus).Iaitu orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka dan bukan pula orang-orang yang telah Engkau murkai dan orang yang telah sesat. (Al-Fatihah; 6-7) ""

Orang-orang yang sesat itulah kita semua berdoa di dalam solat agar kita semua dijauhkan. Orang-orang yang sesat itulah yang sememangnya sedang menguasai dunia kita seluruhnya sekarang ini.

Adakah anda semua sedar? Sekiranya anda benar-benar telah terjerumus ke dalam perkara-perkara keduniaan sahaja, tidak mustahil, perkara yang sebegini kecil pun anda tidak sedar.

Persoalannya, adakah anda semua faham akan seluruh maksud surah Al-Fatihah itu sendiri apabila anda membacanya ketika berbicara dengan Allah s.w.t?

Ambillah tahu kepada yang mungkin hanya tahu membacanya tetapi tidak pernah mengetahui akan maksud kata-kata yang telah dilafazkan ketika berhadapan dengan Maha Pencipta makhluk sekalian alam.

Kita lihat sahaja senario di dalam dunia yang kita duduk sekarang. Boleh kiranya aku katakan dunia sekarang ini, segala apa yang telah diharamkan Allah s.w.t kepada seluruh umat, semuanya telah DIHALALKAN.

Manusia yang lemah. Manusia yang hina. Manusia yang kecil. Menghalalkan apa yang telah diharamkan Allah s.w.t. Lihat sahaja statistik pengeluar arak terbesar di dunia.

Negara siapa lagi kalau bukan negara kita Malaysia?? Negara Malaysia negara Islam?? Mana Islamnya?? Fikir-fikirkanlah kalau sekiranya ada lagi yang mengatakan negara Malaysia sebagai negara Islam.

Itu semua dusta! Pada aku sendiri, negara Malaysia adalah negara sekular yang mementingkan keuntungan dunia. Itu baru sahaja arak. Belum lagi perjudian. Belum lagi riba.

Mana sahaja yang kita pergi di atas muka bumi Allah s.w.t ini, tidak ada satu pun perkara haram yang tidak dihalalkan. Astaghfirullahhalazim. Betapa zalimnya kita dengan hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah s.w.t kepada seluruh umat manusia.

Ingin sahaja aku kupaskan bagaimana mereka – orang-orang yang sesat – menjalankan kerja licik mereka yang akhirnya boleh menjejakkan kaki mereka ke atas bumi Malaysia kita ini sekiranya aku peroleh cukup fakta akan pengetahuan mengenainya.

Aku tidak mahu menyentuh akan soal-soal politik yang bangang di dalam blog aku ini. Pandailah kalian berfikir untuk di anda sendiri. Siapakah yang hendak melancarkan kebebasan hubungan seksual di negara ini?

Sudah tentu dia itu kafir yang berada di bawah telunjuk syaitan laknatullah yang hendak membawa kita semua bersama-samanya ke dalam api neraka jahannam.

Sudah pasti kafir itu tersenyum riang melihat akan perkara ini kerana tugas yang dibawanya untuk menyesatkan seluruh bangsa di atas muka bumi Malaysia ini akan membawa hasil dengan sedikit usaha lagi.

Marilah kita semua kembali ke jalan yang lurus. Doa-doakanlah juga saudara-saudara Islam kita yang lain di dalam doa kita seharian. Janganlah hanya minta untuk diri sendiri dan keluarga. Selitkanlah sekali dengan iringan doa ‘..aku doakan seluruh umat Islam di atas muka bumi Mu ini..’. Bukankah doa itu senjata kita umat Islam?

Wallahu’alam...

kredit to mohd zopfan

Selasa, 25 Februari 2014

ORANG YANG LAYAK MENDAPAT SYAFAAT NABI

Syafaat terbahagi kepada dua
--Qubra (besar) & Sugra (kecil).

Syafaat yang besar adalah dari Nabi s.a.w manakala yang kecil adalah dari Malaikat/Al-Quran..

2 jenis manusia setelah dimasukkan ke alam kubur
     (1) yang boleh menjawab soalan malaikat dan
     (2) yang tidak boleh menjawab.

•  Yang tidak boleh jawab akan disiksa, manakala yang boleh menjawab dengan baik dan sempurna (oleh amalannya), akan dimaklumkan oleh malaikat -- tidurlah sperti tidurnya pengantin (hadis Nabi) --tidur yang tidak diganggu langsung. Al-Quran (dengan syafaatnya - bagi mereka yang kerap membaca Al-Quran) akan temani/hiburkan orang ini sehingga dibangkitkan di hari akhirat.

Syafaat Qubra ialah syafaat Nabi s.a.w kepada umatnya di akhirat (Padang Mahsyar)..

Banyak ayat/surah Al-Quran yang menjelaskan berkenaan hari akhirat dan Mahsyar.

Ada yang dibangkit semula dalam keadaan buta walaupun di dunia dulu celik (kerana tidak mengambil ayat/penjelasan Al-Quran), ada yang senget bahunya (lelaki yang tidak berlaku adil kepada isteri-isterinya) dan ada yang badan/mukanya berseri/bercahaya (mereka yang mendapat kebahagian di akhirat).

Luasnya Mahsyar ialah sekira-kira cukup untuk seluruh umat manusia/jin. Lama tempohnya -- hanya Allah yang Maha Mengetahui.

7 golongan yang Allah akan naungkan di Mahsyar (tenang, gembira, tidak haus/lapar ):

a. Pemerintah/Pemimpin yang adil.
b. Orang yang jiwanya sentiasa dengan masjid
c. Remaja/Anak muda yang rajin beribadat kepada Allah
d. 2 orang lelaki @ 2 orang perempuan yang bertemu/berpisah kerana Allah
e. lelaki/perempuan yang menangis ketika sunyi kerana mengingati Allah (bukan menangis kerana calon kesukaan diundi keluar Akedemi)
f. orang yang bersedekah dan merahsiakannya
g. orang lelaki yang diajak wanita cantik/berkedudukan atau sebaliknya, membuat maksiat -- tetapi dia enggan/berkata
"Saya takut Allah".

Akan terbahagi 3 kumpulan manusia untuk pembalasan di Mahsyar..

           •••   1. Kumpulan A •••
kumpulan yang ramai (firman Allah)
             

               -- golongan kafir --
      akan dibawa terus ke Neraka tanpa hisab..

            •••  2. Kumpulan B •••
golongan yang bertaqwa (surah Az-Zumar) -- akan dibawa ke Syurga tanpa hisab. Termasuk dalam golongan ini ialah mereka yang mati tanpa dosa (mati selepas bertaubat, orang kafir yang memeluk Islam lalu meninggal dunia, anak-anak yang meninggal semasa kecil). Nabi mengetuai kumpulan ini ke Syurga..

         •••3. Kumpulan C •••

-- inilah kumpulan yang akan dihisab oleh Allah. Nabi kembali semula ke Mahsyar untuk mengikuti umat-umatnya yang akan dihisab. Kumpulan ini pula terbahagi 3.. i. kumpulan yang mempunyai dosa yang lebih sedikit dari pahala kebajikan (sekira-kiranya akan dimasukkan ke Neraka cuma seketika) - golongan ini akan Nabi beri syafaat Qubra untuk Allah mengampunkan dosa yang sedikit itu untuk terus ke Syurga.. ii. kumpulan yang banyak dosanya daripada pahala dan akan mendapat pembalasan setimpal dari dosa mereka. 1 hari di akhirat adalah 1,000 tahun dunia. Tiada syafaat dari Nabi s.a.w.. iii. kumpulan yang timbangannya ngam-ngam sahaja. (surah Al-A'raf)

Jadilah umat yang benar-benar kasih dan sayang kepada Nabi s.a.w dengan menghidup sunnah Nabi kerana ada sebahagian kita yang memperlekehkan sunnah Nabi, ada orang Melayu/Islam yang sanggup menuduh Nabi dengan tuduhan jahat/menghina/memburukkan Nabi, bahkan ada yang terus menolak sunnah/hadis Nabi. Kita juga perlu perbanyakkan bersalawat salam kepada Nabi.Pada dasarnya memberi salam itu sunat tetapi menjawab salam itu wajib (dengan yang lebih baik @ setara).

Bagaimanapun, tidak perlu menjawab salam dalam 4 keadaan/ketika, iaitu:. 1. salam dari orang yang memberi salam dalam solat (akhir solat) 2. salam dari orang kafir. atau cukup sekadar waalaikum (sahaja) 3. salam dari anak-anak muda yang mempermainkan/mengurat/mempersenda anak-anak dara (dengan kata-kata kalau tak jawab berdosa....) 4. salam dari orang yang telah berucap dahulu (baru hendak beri salam).

a. Jin adalah makhluk Allah. Jin Islam lebih alim daripada manusia. Dan mereka (jin Islam) tiada kena mengena untuk terlibat dengan kehidupan manusia. Maka jangan sesakali percaya kepada perubatan menggunakan jin (yang kononnya jin Islam) apalagi mengatakan ada orang berkahwin dengan jin. (surah Jin -surah ke-72)..

b. Hadis mempunyai kategori termasuk yang simbolik/kias -- "tidak diterima solat orang yang labuh jubah/kainnya" --merujuk kepada sifat takabbur/sombong/bongkak dalam hatinya..

c. Manusia dibangunkan/dihimpun di Mahsyar dalam keadaan bertelanjang bulat (tidak berpakaian) -- (hadis Nabi ketika ditanya Saidatina Aisyah) -- bahkan manusia sudah tiada keperluan/nafsu untuk itu kerana masing-masing berada dalam keadaan sangat bingung/takut/risau-resah/bercelaru (firman Allah).

GOLONGAN YG TIDAK AKAN MENDAPAT SYAFAAT

10 golongan ini tidak akan mendapat syafaat Nabi S.A.W di akhirat kelak.

Justeru, sama – samalah kita renungi dan hayati coretan ini agar kita tidak tergolong di dalam golongan – golongan ini pada hari pembalasan kelak…

   **GOLONGAN YANG DERHAKA**

1) Golongan Yang Kufur Kepada Allah
  -a. Kufur Nikmat
         • Manusia yang kufur nikmat
           adalah manusia yang tidak
           mengenali Zat Yang Maha
           Mulia, Maha Bijaksana,       
           Maha Mengetahui,Maha
           Pencipta,
           dan Maha Pentadbir.
           Mereka  akan berada
           didalam kegelapan dan
           kejahilan sehingga akhir
           hayat mereka.Kekufuran
           juga merupakan kezaliman
            yang paling besar
            dan jahat

  -b. Golongan Yang Menzalimi Diri
        Sendiri.
       • Golongan ini menggunakan 
          anggota –anggota tubuh
          badan mereka dengan cara
           yang tidak sesuai dengan
          fitrah yang telah ditetapkan
          oleh Allah S.W.T dengan
          melakukan perbuatan–
          perbuatan yang dilarang
          oleh Allah S.W.T.

   -c. Golongan Ingkar.
           • Golongan ingkar ini
              merupakan manusia yang
              melengah – lengahkan
              hak – hak dirinya terhadap
              Allah S.W.T demi mengejar
              kepentingan diri mereka
              sendiri.

    -d. Golongan Yang Tidak
           Menunaikan Hak Ibu Bapa.
             • Golongan ini tidak
               menunaikan
               tanggungjawab mereka
               sebagai anak terhadap
               kedua – dua ibu bapa
               mereka. Hak kepada ibu
               bapa merupakan hak
               paling besar bagi
               manusia di dunia ini.

   -e. Golongan Yang Membangkang
        Terhadap Perintah Allah.
            • Golongan ini adalah
               mereka yang tidak
               beriman kepada
               AllahS.W.T, enggan
               mengaku Illahiyah-Nya
              dan Rabbaniyah-Nya dan
                membangkang titah perintah-Nya.

f. Golongan Yang Tidak Mengenal Allah. • Golongan ini tidak akan mendapat ilmu yang benar dan akal mereka akan melalui jalan – jalan yang susah dan berliku dalam segenap bidang kehidupan.

GOLONGAN YANG DI DALAM HATINYA ADA PENYAKIT.

1) Mensyirikkan Allah S.W.T. • Penyakit hati ini berpunca daripada kesombongan manusia yang enggan mengakui kebesaran dan kemuliaan Allah S.W.T.

2) Melakukan Amalan Yang Berdosa. • Golongan ini gemar melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah S.W.T.

3) Lalai TerhadapTugas • Golongan ini lalai terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah S.W.T kepada hamba yang muslim.

4) Meninggalkan keputusan Allah S.W.T dalam kehidupan. • Golongan ini menganggap segala ketentuan dan ketetapan Allah S.W.T dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia. Mereka merasakan keputusan Allah S.W.T menjatuhkan maruah mereka.

5) Menghina orang yang dimuliakan Allah S.W.T. • Golongan ini gemar menghina dan memandang kecil orang yang dikasihi dan disokong oleh Allah S.W.T.

6) Tidak merujuk kepada Allah S.W.T. • Golongan ini tidak merujuk kepada Allah S.W.T segala permasalahan mereka sebaliknya mereka mengambil rujukan yang lain.

7) Mencurigai, syak dan sangsi kepada janji – janji Allah S.W.T. • Golongan ini curiga, syak, dan sangsi kepada janji – janji dan ingatan – ingatan Allah S.W.T seperti sangsi dan curiga terhadap jaminan syurga oleh Allah S.W.T terhadap orang yang beriman.

GOLONGAN YANG MEMBENCI ISLAM

1) Kerana Islam Bertentangan Dengan Jahilliyah. • Faktor terbesar yang menyebabkan islam dimusuhi iaitu factor akidah islam yang berlawanan dengan jahilliyah atau kufur. Islam mengajak kepada akidah yang sohih serta reality hidup yang Salimah, Syamilah, dan Kamilah yang mana bertentangan dengan kekufuran.

2) Kerana Islam Memerintahkan Keadilan. • Berlaku adil adalah salah satu perkara yang amat dituntut di dalam islam. Golongan yang gemar melakukan keburukan menganggap sifat adil ini menyushakan diri mereka kerana menghalang mereka untuk mendapatkan ape yang mereka inginkan.

GOLONGAN YANG HANYA MEMIKIRKAN DUNIA.

1) Hanya Untuk Hidup Semata – Mata. • Golongan ini hidup hanya untuk dunia semata – mata. Mereka dinamakan golongan Ad-Dahriyyan.

2) Hilang Pedoman. • Golongan Ini telah hilang pedoman, terumbang – ambing, aqidah bersimpang –siur, melakukan sesuatu dan menyimpang dari jalan Allah S.W.T dalam kehidupan duniawi. Namun mereka masih menyangka mereka membuat kebaikan. Mereka berfahaman kebendaan walaupun kaangkala mereka melakukan kerja berbentuk kerohanian.

GOLONGAN YANG MEREMEHKAN ISLAM

1) Islam Dianggap Menghambat Kemajuan. • Golongan ini menganggap undang –undang islam tidak lojik dan ketingalan zaman. Mereka menuntut undang –undang tertentu untuk menyelesaikan masalah yang timbul daripada pelaksanaan undang – undang yang lain.

2) Islam Dianggap Menyusahkan. • Golongan ini melihat pada cara Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan dakwah dan dianggap sebagai menyusahkan kerana bagi mereka terdapat cara yang lain yang lebih senang. Mereka sebenarnya tidak meyakini bahawa setiap tindakan baginda besabit dengan konsep Dakwah Islamiyyah dan cara penyampaian dakwah baginda adalah bimbingan wahyu Allah S.W.T.

GOLONGAN YANG MENGABAIKAN AKHLAK MULIA.

Golongan ini gemar melakukan perilaku –perilaku yang buruk dan bertentangan dengan apa yang dituntut oleh Allah S.W.T. Mereka dikuasai oleh tingkah laku buruk dan menyebabkan hidup mereka porak peranda dan kacau bilau. Kejayaan sesebuah masyarakat bermula daripada pembinaan sistem nilai yang kukuh yang dipengaruhi unsur – unsur kebaikan yang terpancar daripada akidah yang benar.

Justeru, akhlak mempunyai peranan yang penting di dalam kehidupan dan dalam memelihara kemuliaan insan serta keluhurannya.

GOLONGAN YANG MELUPAKAN KEBAHGIAAN DAN KETENANGAN HIDUP.

1) Kehidupan Yang Sempit. • Golongan ini merupakan golongan yang tidak paham atau kenal Allah S.W.T dan tidak kenal dirinya sendiri. Hatinya sentiasa sempit, tidak lapang, kusut, dan tidak tenang walaupun pada zahirnya mereka Nampak tenang. Mereka menjadi begini kerana hati mereka tidak merasakan bahawa mereka berTuhankan Allah S.W.T. Jadi mereka tiada tempat untuk mengadu apabila mengalami bermacam – macam masalah didalam hidup. Mereka terpaksa bergantung pada diri mereka sendiri sahaja untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

2) Tidak Mengenal Diri Sendiri. • Golongan – golongan ini merupakan mereka yang tidak merasakan diri mereka hamba kepada Allah S.W.T. Hanya pada lisan sahaja mereka mengakui tetapi tidak pada hati mereka. Maka, akan timbullah sifat sombong, bongkak dan sebagainya. Tiada rasa ketenangan dalam diri mereka walaupun setinggi mana kedudukan mereka.

3) Melupakan Kewajipan. • Golongan – golongan ini merupakan mereka yang lupa tanggungjawap mereka sesame saudara islam mereka. Mereka hidup dalam keadaan yang serba lengkap dan mewah tetapi mereka tidak mahu tolong – menolong dan bantu – membantu saudara islam mereka yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.

GOLONGAN YANG DERHAKA KEPADA IBU BAPA

Golongan – golongan ini merupakan mereka yang tidak menghormati dan memuliakan kedua ibu bapa mereka. Mereka mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak terhadap ibu bapa mereka. Tidak menghormati ibu bapa merupakan dosa yang paling besar sebagai seorang anak.

SUAMI YANG TIDAK MENJAGA ISTERI DAIPADA API NERAKA.

Golongan – golongan ini merupakan mereka yang tidak membimbing isteri –isteri mereka melakukan perkara – perkara yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T seperti menutup aurat, menjaga kehormatan diri mereka dan suami, tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami, dan sebagainya. Mereka gagal membimbing isteri – isteri merka untuk menghormati diri mereka sebagai seorang suami dan gagal membimbing isteri – isteri mereka untuk mendidik anak mereka menjadi anak – anak yang soleh dan solehah.

ISTERI YANG TIDAK MAHU MENYAYANGI DAN MENGURUS ANAK.

1) Membiarkan Anak. • Mereka tidak mengasuh dan mendidik anak mereka supaya menjadi anak yang soleh yang tinggi budi pekerti.

2) Mengabaikan Anak. • Mereka tidak mendampingi anak anak atau member perhatian kepada anak –anak mereka. Ini menyebabkan mereka tidak mengetahui perasaan dan permasalahan anak – anak mereka. Anak –anak mereka akan mencari kawan – kawan rapat mereka untuk meluahkan masalah yang mereka hadapi. Ini tidak salah tetapi jikalau mereka tersalah memilih kawan ini akan menyebabkan mereka terpengaruh ke arah unsur – unsur social yang tidak sihat. Perhatian daripada ibu bapa terhadap anak – anak amat penting pada masa kini.

3) Tidak Berkumpul Dan Beramah Mesra. • Mereka tidak mahu meluangkan masa bersama – sama anak mereka seperti beriadah bersama – sama untuk mendekati dan mengenali hati budi anak – anak mereka selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

4) Sibuk Bekerja. • Di dalam islam sebenarya wanita tidak digalakkan bekerja kerana ianya dapat merenggangkan hubungan mesra antara anak dan ibu, begitu juga hubungan antara isteri dan suaminya. Ini berlaku kerana wanita terlalu tumpukan pada kerjaya mereka hingga tanggungjawab mereka sebagai isteri dan ibu terabai.

KESIMPULAN

Seperti apa yang telah kita ketahui, 10 golongan yang tidak akan mendapat syafaat Nabi S.A.W di akhirat kelak merupakan golongan yang derhaka, golongan yang di dalam hatinya ada penyakit, Golongan yang membenci islam, golongan yang hanya memikirkan hal dunia, golongan yang meremehkan islam, golongan yang mengabaikan akhlak mulia, golongan yang melupakan kebahagiaan dan ketenangan hidup, golongan yang derhaka kepada ibu bapa, suami yang tidak menjaga isteri dari neraka, dan isteri yang tidak mahu menyayangi dan mengurus anak.

Isnin, 24 Februari 2014

12 KAUM YANG TELAH DIBINASAKAN OLEH ALLAH SWT

1. Kaum Nabi Nuh

** Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (QS Al-Ankabut : 14).

2. Kaum Nabi Hud

**  Nabi Hud diutus untuk kaum 'Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (QS Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).

3. Kaum Nabi Saleh

**  Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (QS ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).

4. Kaum Nabi Luth

**  Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyimpang, iaitu hanya mahu menikah dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Kendati sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (QS Alsyu'araa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12).

5. Kaum Nabi Syuaib

**  Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Bila membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendati mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa (QS Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44).

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah) (QS AlHijr: 78, Alsyu'araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).

6. Firaun

**  Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Ia akhirnya tewas di Laut Merah dan jasadnya berhasil diselamatkan. Hingga kini masih bisa disaksikan di muzium mumia di Mesir (Albaqarah: 50 dan Yunus: 92).

7. Ashab Al-Sabt

**  Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestina). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (QS Al-A'raaf: 163).

8. Ashab Al-Rass

**  Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Konon, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib.

Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada juga yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung.

Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam perigi sehingga mereka dibinasakan Allah (Qs Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12).

9. Ashab Al-Ukhdudd

**   Ashab Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman diceburkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (QS Alburuuj: 4-9).

10. Ashab Al-Qaryah

**  Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (QS Yaasiin: 13).

11. Kaum Tubba'

**   Tubaa' adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (QS Addukhan: 37).

12. Kaum Saba

**   Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Krn mereka enggan beribadat kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan Ma'rib dengan banjir besar (Al-Arim) (QS Saba: 15-19).

6 DOSA YG TIDAK DIAMPUN OLEH ALLAH SWT WALAUPUN DGN TAUBAT

1-Makan harta anak yatim secara haram.

( untukmenghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anakyatim tersebut.Jika anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya,barulah boleh bertaubatkepada Allah SWT.Seandainya anakyatim tersebuttidakmemaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).

2-Menuduh wanita solehah berzina.

( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut,jika wanita solehah tersebut memaafkan,maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT.sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidakterhapus dan tidakboleh bertaubat kepada Allah SWT ).

3-Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.

( Mereka yang laridarimedan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga,cuba kajidalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut).

4-Melakukan sihir.

( Mereka belajar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT,memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).

5-Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.

( Dosa syirik
atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedariatau tidak disedari maka dosa initidakboleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembalikedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).

6-Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.

( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka.Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membunuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).

sumber ::  Kitab Tanbihul Ghafilin ,Jilid 1&2. M/S :532.