Rabu, 19 Februari 2014

AMALAN YG MEMBUKA PINTU SYURGA

Tidak seperti biasanya, hari itu Ali bin Abi Talib pulang lebih awal menjelang asar.

Fatimah binti Muhammad Rasulullah menyambut kepulangan suami yang sehari suntuk mencari rezeki dengan sukacita

Siapa tahu Ali membawa pulang rezeki lebih banyak kerana keperluan di rumah makin besar. Sesudah melepas lelah, Ali berkata kepada Fatimah:
"MAaf sayangku, kali ini aku tidak membawa wang sesen pun".

Fatiah menyahut sambil tersenyum: "Memang yang mengatur rezeki tidak manusia dipasar, bukan? Yang memiliki segalanya itu adalah Allah S.W.T''.

"Terima Kasih," Jawab Ali. Dia sayu lantaran isterinya begitu tawakal. padahal keperluan dapur pun dah habis.

Pun begitu., fatimah tidak menunjukkan sikap kecewa atau sedih. Ali lalu berangkat ke masjid untuk solat berjemaah.

Pulang daripada solat, dijalan dia disapa seorang tua.
"Maaf anak muda, betulkah engkau Ali anaknya Abu Talib?"
Ali menyawab dengan hairan "Ya betul. Ada apa tuan?"

Orang tua itu menyeluk ke dalam begnya seraya berkata;
"Dulu ayahmu pernah aku minta menyamak kulit. Aku belum sempat membayar upahnya dan dia meninggal. Jadi, terimalah wang ini, sebab engkaulah ahli warisnya."

Dengan gembira Ali mengambil haknya daripada orang tua itu 30Dinar. Tentu saja Fatimah sangat gembira memperolehi rezeki yang tidak disangka-sangka...ketika Ali menceritakan dan dia meminta membelanjakannya semua supaya tidak runsing lagi perihal barang keperluan harian.

Ali pun bergegas berangkat ke pasar. Sebelum masuk ke pasar, dia melihat seorang fakir menadah tangan: Siapakah yang mahu menyedekahkan hartanya kerana Allah S.W.T, bersedekahlah kepada saya, seorang musafir yang kehabisan bekal di perjalanan."

Tanpa berfikir panjang, Ali memberi semua wang itu kepada fakir berkenaan. Ali kemudian pulang ke rumah dan Fatimah kehairanan melihat suaminya tidak membawa apa-apa.

Ali menceritakan peristiwa dialaminya dipasar. Fatimah masih dalam senyum, berkata: Keputusan kekanda adalah yang juga akan saya lakukan seandainya saya yang mengalaminya

"Lebih baik kita menghutangkan harta kerana Allah S.W.T. daripada bersifat bakhil yang dimurkaiNya dan yang menutup pintu syurga untuk kita

========================================== ========================================== ========================================== ================

Ya Rabb, anugerahkan lah daku sifat seperti mereka...

Tiada ulasan: