Mohamad Asri bin Ibrahim (3 Ogos 1969 di Klang, Selangor - 13 Ogos 2009 di Bangsar, Kuala Lumpur) merupakan penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani.
Beliau bersama-sama ahli-ahli kumpulan Rabbani yang lain menghasilkan album pertama berjudul 'Rabbani' pada tahun 1997.
Setelah mendapat penerimaan yang baik dari orang ramai dan meraih kejayaan demi kejayaan, Rabbani berjaya mengeluarkan lapan lagi buah album.
Lagu-lagu nasyid Rabbani menggabungkan unsur-unsur moden kotemporari untuk menarik minat pendengar tanpa mengira usia.
Antara anugerah yang diterima termasuklah
Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti
Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar -1421),
Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421),
Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421),
Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada),
Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta
Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan
Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).
Isterinya Halizah Shahzan, 39, dan mereka mempunyai enam anak.
Ustaz Asri Ibrahim disahkan meninggal dunia kira-kira pada jam 11 pagi akibat serangan jantung di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur.
Beliau berusia 40 tahun. Beliau ada menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Menurut saksi, beliau meninggal dunia selepas pengsan semasa memberi ucapan ketika sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia kira-kira pada pukul 10.30 pagi.
Program ini merupakan tahun ke-5 Mohd Asri terlibat sama. Beliau terpilih sebagai penyeri majlis dan sebagai penyanyi untuk menyanyikan lagu tema program Syahaddah.
Selepas pengsan, beliau dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC) di Bangsar untuk pemeriksaan.
Jenazah disembahyangkan di Masjid Kampung Bukit Lancung, Shah Alam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Majlis Bandaran Shah Alam di Seksyen 21, Shah Alam selepas Asar. [1]
rujukan :: 1. Vokalis Rabbani Meninggal Dunia , Bernama
** aku minat sgt kat arwah ustaz asri ni...lagu dgn suara dia Ya Allah..sunguh penuh makna...
sama2 lah kita doakan dan sedekahkan al-fatihah utknya...semoga dia berada dikalangan org2 yg soleh..amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan