Ketika orang-orang kafir menyalib Khubaib bin Adyadi atas pohon kurma sebelum membunuhnya, dia sama sekali tidak takut dan gentar.
Bahkan dengan mata tajam, ditatap orang-orang kafir sambil berkata:
"Sekelompok pasukan bersekutu berkumpul di sekelilingku
dan membentuk satu kumpulan besar. Mereka merasa senang
dengan kabilah-kabilah mereka."
"Hanya kepada Allah aku berkeluh kesah tetapi bukan kerana
serang yang dilancarkan musuhku pada saat bertempur."
"Aku tidak peduli dengan cara apa aku mati, selama aku mati
dalam keadaan Muslim kerana semuanya tetap kembali
kepada Allah. Semoga dia memberkati pada setiap tulang dan
daging yang tercincang."
Demikian juga Saad bin Abi Waqqash RA ketika menemui raja
Parsi. Dengan gagah dia berkata:
"Aku akan datang dengan suatu pasukan yang sangat
mencintai kematian, sebagaimana kamu semua cinta pada
kehidupan."
Dalam peperangan Uhud, ramai kaum Muslimin terbunuh
sementara anak panah pasukan kafir begitu deras menyerang
Rasulullah SAW.
Saat itu Abu Thalhah RA membuka dadanya menjadi benteng Rasulullah SAW.
Dia berkata,
"Wahai Rasulullah, anak panah itu tidak akan mengenaimu. Kami akan
mengorbankan diri kami, agar engkau tidak terkorban."
Ya, selama kematian membawa keredhaan Allah, ucapkanlah
selamat datang kepadanya.
Berbeza dari orang soleh, ahli maksiat dan mereka yang
tenggelam dalam syahwat dan kenikmatan dunia amat takut
menghadapi kematian.
Mereka tidak pernah mengingatinya
kerana ketakutan yang luar biasa.
Padahal sepatutnya, Allah
SWT lebih mereka takuti dari yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan