Rabu, 26 Februari 2014

MELAYU PERTAMA YG KAHWIN DGN KAUM SEJENIS !!!

Menjijikkan! Bangsa Melayu aku sendiri berkahwin dengan kaumnya sendiri! Memalukan!

Tidak pernahkah mereka membaca kisah-kisah di dalam Al-Quran mengenai manusia yang telah ditimpakan malapetaka besar apabila melakukan hubungan yang songsang?

Kita semua telah diingatkan supaya TIDAK mengulangi lagi perbuatan terkutuk seperti itu. Sekiranya kisah-kisah tersebut masih tidak diambil peringatan dan ikhtibar, tidak mustahil, bukan sahaja satu negara, malah satu DUNIA akan diterbalikkan apabila satu dunia mengamalkan perbuatan terkutuk ini.

Inilah dia kerja-kerja orang-orang yang sememangnya mempunyai niat untuk membawa manusia supaya TIDAK kembali ke jalan Allah s.w.t dan sememangnya menanam perasaan benci yang amat kepada umat Islam sedunia khususnya.

Segala apa yang mereka lakukan adalah untuk menjauhkan kita semua dari jalan yang benar. Tahukan anda semua akan maksud surah Al-Fatihah di dalam ayat enam dan tujuh yang bermaksud:

   "" Tunjukilah kami jalan yang benar (lurus).Iaitu orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka dan bukan pula orang-orang yang telah Engkau murkai dan orang yang telah sesat. (Al-Fatihah; 6-7) ""

Orang-orang yang sesat itulah kita semua berdoa di dalam solat agar kita semua dijauhkan. Orang-orang yang sesat itulah yang sememangnya sedang menguasai dunia kita seluruhnya sekarang ini.

Adakah anda semua sedar? Sekiranya anda benar-benar telah terjerumus ke dalam perkara-perkara keduniaan sahaja, tidak mustahil, perkara yang sebegini kecil pun anda tidak sedar.

Persoalannya, adakah anda semua faham akan seluruh maksud surah Al-Fatihah itu sendiri apabila anda membacanya ketika berbicara dengan Allah s.w.t?

Ambillah tahu kepada yang mungkin hanya tahu membacanya tetapi tidak pernah mengetahui akan maksud kata-kata yang telah dilafazkan ketika berhadapan dengan Maha Pencipta makhluk sekalian alam.

Kita lihat sahaja senario di dalam dunia yang kita duduk sekarang. Boleh kiranya aku katakan dunia sekarang ini, segala apa yang telah diharamkan Allah s.w.t kepada seluruh umat, semuanya telah DIHALALKAN.

Manusia yang lemah. Manusia yang hina. Manusia yang kecil. Menghalalkan apa yang telah diharamkan Allah s.w.t. Lihat sahaja statistik pengeluar arak terbesar di dunia.

Negara siapa lagi kalau bukan negara kita Malaysia?? Negara Malaysia negara Islam?? Mana Islamnya?? Fikir-fikirkanlah kalau sekiranya ada lagi yang mengatakan negara Malaysia sebagai negara Islam.

Itu semua dusta! Pada aku sendiri, negara Malaysia adalah negara sekular yang mementingkan keuntungan dunia. Itu baru sahaja arak. Belum lagi perjudian. Belum lagi riba.

Mana sahaja yang kita pergi di atas muka bumi Allah s.w.t ini, tidak ada satu pun perkara haram yang tidak dihalalkan. Astaghfirullahhalazim. Betapa zalimnya kita dengan hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah s.w.t kepada seluruh umat manusia.

Ingin sahaja aku kupaskan bagaimana mereka – orang-orang yang sesat – menjalankan kerja licik mereka yang akhirnya boleh menjejakkan kaki mereka ke atas bumi Malaysia kita ini sekiranya aku peroleh cukup fakta akan pengetahuan mengenainya.

Aku tidak mahu menyentuh akan soal-soal politik yang bangang di dalam blog aku ini. Pandailah kalian berfikir untuk di anda sendiri. Siapakah yang hendak melancarkan kebebasan hubungan seksual di negara ini?

Sudah tentu dia itu kafir yang berada di bawah telunjuk syaitan laknatullah yang hendak membawa kita semua bersama-samanya ke dalam api neraka jahannam.

Sudah pasti kafir itu tersenyum riang melihat akan perkara ini kerana tugas yang dibawanya untuk menyesatkan seluruh bangsa di atas muka bumi Malaysia ini akan membawa hasil dengan sedikit usaha lagi.

Marilah kita semua kembali ke jalan yang lurus. Doa-doakanlah juga saudara-saudara Islam kita yang lain di dalam doa kita seharian. Janganlah hanya minta untuk diri sendiri dan keluarga. Selitkanlah sekali dengan iringan doa ‘..aku doakan seluruh umat Islam di atas muka bumi Mu ini..’. Bukankah doa itu senjata kita umat Islam?

Wallahu’alam...

kredit to mohd zopfan

Tiada ulasan: