Rabu, 19 Februari 2014

TIDAK MASUK NERAKA ORANG YG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk
neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga
ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa
akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan
sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah
diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut(bulu) matanya berkata,

"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah
bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah
S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan
sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut (bulu mata) yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamatlah ia sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan
bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka
jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api
yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut
kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman

yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat
berlutut (yakni merangkak pada lututnya).

Tiap-tiap umat
diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada
hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau
kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28).

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka
mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan
diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api
neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali
hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku,
umatku." Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad
S.A.W.

Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti
gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha
menghalanginya dengan berkata,

"Wahai api! Demi hak orang-
orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah,
demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang
yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu
kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api
neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W".

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah
meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air
ini dan siramkanlah kepadanya."

Lalu Baginda mengambil dan
menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S.

"Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air
mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis
kerana takut kepada Allah S.W.T.

Sekarang aku diperintahkan
untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan
pada api itu."

Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, "Ya Allah anugerahilah
kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut
kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Tiada ulasan: