Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan umatnya.
Nabi Musa A.S melihat seseorang sedang beribadah.Umur orang itu lebih dari 500 tahun.
Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah.Nabi Musa A.S kemudian menyapa dan mendekatinya.
Setelah berbicara sejenak ahli
ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS,
"Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada
Allah SWT selama 350 tahun tanpa
melakukan perbuatan dosa.
Di manakah Allah
SWT akan meletakkanku di Syurga-Nya?.
Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada
Allah.
Nabi Musa AS mengabulkan
permintaan orang itu.
Nabi Musa AS kemudian bermunajat
memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT
memberitahukan kepadanya di mana
umatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak.
Allah SWT berfirman,
"Wahai Musa
(AS) sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang
paling dalam".
Nabi Musa AS kemudian
mengkhabarkan kepada orang tersebut apa
yang telah difirmankan Allah SWT
kepadanya.
Ahli ibadah itu terkejut.Dengan perasaan sedih ia beranjak dari
hadapan Nabi Musa AS.
Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan
dirinya. Ia juga mulai terfikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya,
temannya, dan orang lain yang mereka baru
beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan
mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di
akhirat.
Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali.
Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS,
"Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT
memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan
tetapi aku meminta satu permohonan.
Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan
ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu
Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan
ada seorang pun akan masuk ke dalamnya".
Nabi Musa AS menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT.
Setelah mendengar apa yang disampaikan
oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT
berfirman,
"Wahai Musa (AS) sampaikanlah
kepada umatmu itu bahawa sekarang Aku akan menempatkannya di Syurgaku yang
paling tinggi".
** mendapat ganjaran yg besar kerana mendoakan muslimin yg lain..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan