Jumaat, 21 Februari 2014

*SEDIH* ISTERI MEMANDIKAN JENAZAH SUAMI

Seorang isteri menangis ketika memandikan jenazah suaminya .. sambil menangis isteri berkata,

" Inilah janji kami sebagai suami isteri .. Jika abang pergi lebih dulu mak...a engkaulah yang memandikan jenazah abang, Andai engkau yang pergi dulu dari abang, abang yang akan memandikan jenazahmu ..."

Dari luar bilik mayat hospital, seorang ustaz masuk dan bertanya apakah isterinya mahu memandikan jenazah suaminya .. ustaz tadi bersama beberapa orang menemani si isteri memandikan jenazah suaminya ..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa,
" Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayang padamu ... Wahai suamiku .. Semoga Allah ampunkan dosamu dan satukan kita di akhirat nanti .."

Saat membasuh tangan jenazah suaminya sambil berkata .. "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami ... semoga Allah beri pahala untukmu wahai suami ku .."

Saat membasuh tubuh jenazah suaminya, iapun berkata...
" Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang padaku dan anak-anakku .., semoga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku ..."

Kemudian saat membasuh kaki jenazah suaminya, kembali ia berkata..
" Dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih suamiku ... semoga Allah memberimu kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali ganda .."

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengecup sayu suaminya dan berkata ..

"Terima kasih suamiku .. kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia .. dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu .. dan aku sebagai seorang isteri redha akan kepergianmu kerana kasih sayang Allah kepadamu ..."

Subhanallah .. Indahnya saling mencintai kerana Allah ..

Semoga Allah merahmati pasangan suami-isteri , dan seluruh keluarga yang saling menyayangi dan mencintai kerana Allah Ta'ala .. Aamiin

Tiada ulasan: