Ahad, 13 Oktober 2013

(18SG) WANITA HAMIL DIPUKUL DAN DIBELAH PERUTNYA

MADISON:
Seorang wanita Wisconsin yang mempunyai tiga anak tetapi gagal memberikan zuriat kepada teman lelaki barunya,semalam didakwa kerana membunuh seorang wanita hamil,membelah perut mangsadanmengambil bayi itu untuk dijadikan anaknya.

Menurut aduan dikemukakan pihak berkuasa,mangsa,MaritzaRamirez-Cruz,23,hamilvanak keempatnya dan bercadang menamakan bayi itu Omar.

Wanita keturunan PuertoRico itu tidak pernah menyangkavbakal menemui ajal ditangan  AnnetteMorales-Rodriguez yang mengaku berkeliaran dikawasan Milwaukee selamavdua minggu untuk mencari wanita hamil.

Pada 6Oktober,Annette terjumpa Maritza-dijadual bersalin beberapa minggu lagi dan menawarkan mangsa menaiki keretanya. Bagaimanapun,Annete mendakwa dia perlu pulang dulu kerumah untuk menukar kasut, manakala Maritza meminta kebenaran menggunakan tandas suspek.

Dokumen mahkamah menyatakan,sebaik saja Maritza keluar dari tandas, Annette,33, memukul kepalanya dengan kayubesbolApabila Maritza terbaring,Annette mencekiknya hingga pengsan sebelum membelah perut mangsa dengan meniru prosedur pembedahan Cesaerean seperti pernah ditontonnya dalam siaran televisyen.

Annette kemudian menyorok mayat Maritza ditingkat bawah rumahnya. Petang hari itu,pasukan paramedik tiba dirumah Annette selepas dia mendakwa kononnya dia baru bersalin dan bayi berkenaan mengalami kesukaran bernafas.

Bagaimanapun,paramedik gagal menyelamatkan bayi berkenaan,manakala Annette dibawa kehospital. Disitu,doktor kehairanan kerana mendapati tiada sebarang tanda Annette hamil atau baru bersalin.

Siasatan lanjut polis mendapati Annette bukan ibu kepada bayi yang mati dirumahnya. Pegawai polis Wisconsin,EdwardFlynn,berkata pemeriksaan dirumah Annette membolehkan polis menemui mayat Maritza yang disembunyikan sebelumitu.Doktor berkata,Maritza mati akibat kehilangan darah yang banyak.-




#klu kat malaysia ade org syco gini agak2 nape jadi ea..?? Mesti semua ibu yg pregnant takut nk keluar rmh kan...??

Tiada ulasan: