1. Sentiasa mencintai & menghormati keluarga suaminya seperti mana dia menghormati & menyayangi keluarganya sendiri.
2. Sentiasa menjaga daripada pandangan yang bukan muhrimnya & pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.
3. Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumahtangga mereka.
4. Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan & kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan dengan perintah agama.
5. Isteri sedia memberikan layanan & yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan & kebahagian dari sebarang masalah kerja.
6. Isteri yang sentiasa menjaga rahsia & suaminya. Begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami.
7. Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana & tidak membazir.
8. Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan & kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suaminya tidak mampu menunaikan.
9. Isteri yang sentiasa & tenang, samaada menerima nikmat atau pun dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas & tanggungjawab sebagai isteri & serta perintah Allah dengan tabah & .
10. Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.
11. Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batin suami sewaktu diperlukan.
12. Sentiasa menghias diri apabila di hadapan suami dan sebaliknya pula apabila ketiadaan suami.
13. Sentiasa mendahulukan keperluan suami drpd keperluannya sendiri.
14. Sentiasa bersikap kepada suaminya, bersopan santun dlm perkataan dan juga perbuatannya.
15. Menemani suaminya ke muka pintu sewaktu hendak keluar dan menyambutnya dgn senyuman sewaktu suaminya pulang.
* (Petikan dari “Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa”)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan