PETALING JAYA -
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek perlu disiasat berhubung bil kementerian itu berjumlah RM67.6 juta bagi sambutan Hari Belia 2012 termasuk bayaran artis jemputan dari Korea berjumlah RM1.6 juta.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu amat memeranjatkan selain meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan kerana melibatkan kos yang besar.
“Saya menggesa SPRM untuk mengambil tindakan serta merta untuk menghukum ‘jerung’ dan tidak hanya menghukum ‘ikan bilis'. “SPRM mesti minta penjelasan daripada beliau (Shabery Cheek) kerana ia jelas penyalahgunaan dan pembaziran melibatkan duit rakyat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, semalam.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara, kementerian itu membelanjakan lebih empat kali ganda berbanding peruntukkan bagi acara itu, termasuk RM1.6 juta untuk menjemput kumpulan daripada K-Pop dari Korea. Kementerian itu juga, ditegur atas perbelanjaan tinggi dan tidak selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat bagi belanja lain untuk sambutan tersebut berjumlah hampir RM3 juta.
Tiga kumpulan K-Pop yang dijemput bagi memeriahkan sempena Sambutan Hari Belia 2012 iaitu U-Kiss, Teen-Top dan Dal Shabet dibawa oleh syarikat Stadium First Sdn Bhd.
Selain bayaran kepada kumpulan K-Pop itu, Laporan Audit turut menyenaraikan beberapa perbelanjaan sempena Hari Belia Negara 2012 sejumlah RM1.11 juta telah dibelanjakan bagi promosi dan publisiti dan digambarkan sebagai terlalu tinggi. Lain-lain perbelanjaan juga dimuatkan dalam laporan itu termasuk dua bayaran berasingan berjumlah RM50,000 bagi 50 penulis blog untuk promosi dan publisiti.
Bagaimanapun Laporan Audit tidak pasti sama ada kumpulan-kumpulan itu terdiri daripada penulis-penulis blog yang sama. Di samping itu, tiga penulis blog dilaporkan dibayar sebanyak RM7,500 sebagai elaun harian sepanjang lima hari karnival itu berlangsung.
Turut disenaraikan perbelanjaan barangan dikategorikan ‘tidak berhemah’ termasuk RM33,500 untuk makan malam promosi di Petaling Jaya dan RM42,466 untuk hi-tea dan penginapan wartawan di Hotel Marriot, Putrajaya. Perbelanjaan lain yang disenaraikan iaitu sebanyak RM48,300 bagi ‘lawatan kerja’ Institut Kemahiran Belia Negara di Jitra, Kedah, dan kemudian ke Songkhla, Phuket dan Krabi, Thailand, melibatkan 21 anggota sekretariat serta pegawai-pegawai kanan kementerian bagi Hari Belia Negara.
Selain itu, Ketua Audit Negara turut mempersoalkan tindakan kementerian membelanjakan RM42,500 membeli papan tanda robot. Mengulas lanjut, katanya selaku menteri, beliau perlu bertanggungjawab dan jangan menyalahkan orang lain.
***kita rakyat jugak yg kene bodo.....menteri kuar duit juta juta utk hiburan....klu utk wt semayang hjt xnk wt pulak..
Minyak naik...kita yg susah..brg naik..kita yg susah...xpelah..BR1M kan adoo...bialah...minyak naik pun kita jugak yg best dpt wat maksiat dpt la join menteri oh duk puja k-pop tu...sokongla lg kerajaan penyumbang maksiat tu....bodoh....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan