Jumaat, 4 Oktober 2013

AWEK ISLAm HINA AZAN DAN ALLAH..

Jangan terlalu bangga jadi orang melayu, ia tidak menjanjikan apa-apa, kerana terlalu bangga jadi melayulah, kita kadang-kadang merasakan kita telah cukup bagus.

Baguskah kita bila beranggapan melayu itu sudah pasti Islamnya, fikirkan balik, kita dilahirkan sebagai seorang Islam, tapi sejauh mana kita mendekatkan diri kepada Islam itu sendiri, beruntungkah kita, jika kita bandingkan diri kita dengan kawan-kawan bangsa lain yang mendapat hidayah ALLAH.

Ingat, dilahirkan sebagai seorang Islam, tidak memadai bila Akidah kita lemah. ini contohnya:

seorang perempuan yang memakai nama "melayu" menghina ALLAH, bolehlah dianggap perempuan tersebut seorang "Free Thinker" kerana tidak mempercayai kekuasaan ALLAH.

Dan dibawah ini pula satu contoh dimana seorang lagi perempuan yang juga memakai nama "melayu" terang-terangan menghina lauangan Azan, apakah yang anda rasakan? dan apa pula yang anda fikir?

Menjadi melayu itu tidak semestinya menjadi Islam, kadang-kala pergaulan dengan rakan - rakan, kesibukan ibu bapa mengejar keselesaan hidup sehingga kurang perhatian kepada anak-anak juga menjadi punca.

dimanakah salah ini semua, apakah negara ini sudah terlalu banyak disajikan dengan hiburan yang melalaikan?

Apa perasaan anda jika ada ahli keluarga anda yang jadi begini?. apakah mereka masih mampu memberi manafaat bila ibu bapa mereka tiada kelak?..

fikirkan lah, dan kembali kepada agama ALLAH , kerana kita mungkin sudah jauh tersesat, mungkin kita pernah terdetik lauangan Azan mengganggu kita..

Melayu itu tidak semestinya Islam,.........Masyallah...

Tiada ulasan: