Seorang ibu mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru di sebuah sekolah rendah di sini, dipercayai menampar, menumbuk dan menyepak kaki anak lelakinya kerana terlupa membawa buku.
Azura Ishak, berkata, akibat kejadian yang berlaku pada 25 September lalu, anaknya, seorang murid tahun dua di sekolah berkenaan, kini trauma dan tidak mahu ke sekolah.
“Shazrin dipercayai dikasari guru lelaki itu semasa berada dalam kelas kira-kira jam 4 petang, kejadian itu turut disaksikan 40 rakan sekelasnya,” katanya. Menurutnya, anak kedua daripada tiga adik-beradik itu mengadu sakit perut selepas pulang dari sekolah ketika hari kejadian.
“Shazrin tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga saya mengetahui perkara itu selepas seminggu dia merahsiakan kejadian tersebut kerana takut dimarahi oleh saya dan bapanya,” katanya.
Sementara itu bapa mangsa, Shahril Md Rasib berkata, laporan dibuat di Balai Polis Hulu Kelang dan aduan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan bagi meminta siasatan dilakukan terhadap insiden itu. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan tersebut pada Jumaat lalu.
**salah sape tak tahu....?? Salah si pelajar ke salah guru ke salah si ibu bapa...??
Aku rase xmungkin ckgu tu wat gitu....klu dia buat pun mesti salah bdk tu kot..xkan psl buku je nk belasah...dalam kelas..xkan dia sorg je xbwk buku?? Dlm kelas biasa ade 20-30 pelajar...xkan pelajar lain ada yg xbwk buku...?? Fikir ikut logik...jika ada 3org yg xbw buku,msti ketiga tiga bdk ni kene belasah..ni bakpe ye sorg je yg report......
Mak dgn bapak pulak dgr sgt ckp ank...ntah btl ke tidak...nanti mula lah nk saman la ape lah..nk dpt untung atas anak..klu zaman dulu kne belasah ngn cikgu ok je. Ble blik mgadu kat mak ayah ,mak ayah pulak tlg tambah..xdak ah nk report2 ea...
Klu semua ibu bapa nk report ckgu pkul anak korg,htr pi sekolah sendiri ah...buat sekolah sendiri..xpayah cikgu ah senang...
Polis pun mls lah nk lyn kes remeh ni..diorg byk lg kes yg besar dan penting..
Sumber
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan