Khamis, 10 Oktober 2013

IMAM MAHDI PART2

Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah "nama gelaran" sebagaimana halnya dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sebagainya.

-Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna "Pemimpin yang telah diberi petunjuk" Dalam bahasa Arab kataImam = pemimpin, ataupun Mahdi = orang yang mendapat petunjuk Nama Imam Mahdi sebenarnya seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, ia bernamaMuhammad (seperti nama Nabi Muhammad S.A.W, nama bapanya pun sama seperti nama bapa RASULULLAH S.A.W, iaitu Abdullah.

-Nama Imam Mahdi sama dengan RASULULLAH S.A.W. iaitu Muhammad bin Abdullah.


Ciri-ciri Imam Mahdi

-Tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan ciri-cirinya,kecuali Rasulullah s.a.w. kerana Rasulullah dibimbing oleh wahyu.

-Oleh sebab itu bagi kitasebaik-baiknya tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah apayang baginda Rasulullah katakan dalam hadis-hadisnyasbb:
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Iaakan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)

-Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim) Jika diteliti secara tersirat pada maksud Imam Mahdi itu sendiri, ia tersimpan seribu satu rahsiayang disembunyikan oleh Allah dan Rasul-Nya kerana seperti mana kitab Al-quran yang tersimpan seribu satu macam rahsia dan ilmu.

-Maka, begitu juga pada Imam Mahdi sendiri. Ini adalah keranaAllah hendak memelihara agama-Nya dan hamba-Nya yang taat. Sesungguhnya Allah memelihara Agama-Nyadan Hamba-hambaNya yangtaat kepadanya.

-Imam Mahdi adalah golongan atau kelompok manusia yang mendapat petunjuk dari Allah melalui Kitab-Nya(Al-quran) dan mereka menyebarkan kebaikan atas muka bumi ini mengikut tiap kehendak ayat-ayat dari Al-quran.

-Mereka juga mengajak dan memimpinmanusia ke arah melaksanakan Titah Perintah Allah seperti yang dilaksanakan oleh Rasullullah. Seperti mana yang terkandung di dalam Surah Ibrahim ayat 1: Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepadacahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka,(yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji Golongan ini akan meneruskan usaha yang diwariskan oleh Rasulullah dan sehingga manusiatelah ramai yang mengikut mereka.

-Padasuatu masa akan berlaku suatu perubahandi mana sistem pemerintahan Islam yang pernah tegak kukuh berdiri kukuh akan didirikan semula iaitu Khilafah.

-Pemerintahan yang telah dijatuhkan oleh kelompok yahudi yang akhirnya mereka berjaya memecahbelahkan umat Islam semula dan kembali kepada keadaan di masa sebelum Nabi Muhammad di angkat menjadi Rasulullah.

-Pada masaitu kaum arab berpuak-puak dan merekasangat bangga dengan puak mereka sendiri. Mereka tidak pernah boleh bersatu untuk menyelesaikan apajua masalah. Keadaan sekarang juga tidak kurangnya seperti itu, manusia dipuak-puakkan(berbangsa-bangsa/bernegara-negara) kembali dan merekasangat bangga, angkuh dan ekstrim dengan puak(bangsa/negara) mereka sendiri.

-Maka, dengan terhasilnya kembali keadaan berpuak ini. Amat mudah musuh-musuh Allah memusnahkan pengikut-pengikut ajarannya. Malah Manusia jugatelah jauh dari memahami isi kandungan Al-quran.

-Maka apabila golongan manusia yang mendapat petunjuk dari Allah ini berusaha mengajak seluruh manusiabersama-sama melaksanakantiap ayat dalam Al-quran dan kelompok mereka makin ramai.

-Sudah tentu merekaperlu melantik pemimpin utama. Dengan itu, seorang pemimpin dilantik yang namanya telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T adalah sama seperti nama Rasulullah dan nama ayahnya samaseperti nama ayah Rasulullah.

-Maka ketika itulah sistem pemerintahan Islam(Khilafah) akan tegak semula. Maka, semua manusia yang mengikutnya menyedari siapa sebenarnya Imam Mahdi.

Tiada ulasan: