Jumaat, 4 Oktober 2013

PENGORBANAN SEORG WANITa BeRNAMA ISTERI DAN IBU


Pengorbanan ibu itu amat mulia apabila dia mempertaruhkan nyawanya sendiri bagi meneruskan zuriat.

Bersyukur apabila kita mendapatkan kesempatan hidup di dunia ini melalui orang tua kita. Kelahiran adalah sebuah keajaiban, kerana Tuhan langsung membentuk kita dengan tangan-Nya di rahim Ibu kita.

Disini dikongsikan pada korang semua akan 10 Fakta menarik tentang kelahiran di dunia ini:

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindromBaby Bluessemasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9.Ibu bersalin diberi 70 pahala solat dan puasa

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Subhanallah....besarnya pengorbanan seorg isteri melahirkan dan besarnya pengorbanan ibu thdp anaknya...sungguh Allah maha kaya..Allahuakbar...maka para suami kasihilah isteri anda dan jgn lupa semua..kasihilah ibu anda......

posted by perindu syahid

admin amirazuwa.blogspot.com

Tiada ulasan: