Pada 23 Jun lalu seorang pengutip sampah telah menemui seorang bayi perempuan yang dilahirkan pramatang ketika mengutip sampah di dalam tong sampah berhadapan bangunan kediaman di Jalan Yingshan, bandar Anshan, wilayah Liaoning.
Leher bayi perempuan ini telah dikelar dan telah ditinggalkan dengan keadaan masih bertali pusat di dalam sebuah beg plastik. Ketika dia ditemui,kulitnya telah bertukar menjadi kebiruan keranakekurangan oksigen.
Bagaimanapun selepas rawatan kecemasan diberikan dengan bantuan penduduk lain di situ, bayi ini terselamat. Doktor Li Haiyan dan Doktor Wu Ping dari Hospital Pusat Anshan telah melakukan pembedahan ke atas bayi ini.
Leher bayi malang ini dikelar sehingga 5 cm dalam dan amat hampir mengenai saluran pernafasannya.
Doktor Wuping berkata, "Jika leher bayi ini dikelar lagi setengah sentimeter lebih dalam,dia tidak akan dapat diselamatkan. Kelaran itu rata dan kemas, mungkin menggunakan pisau dan sememangnya sengaja dilakukan oleh seseorang.
Parut itu akan kekal pada kanak-kanak ini sepanjang hidupnya." Menurut Doktor Li Haiyan, bayi perempuan ini dilahirkan pramatang, dianggarkan pada minggu yang ke 32-34 dan beratnya 1.4 kilogram.
"Dia tidak menangis sehingga kita memberikannya suntikan anestetik. Selain kecederaan leher, bayi ini tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan,jantung dan paru-paru juga baik.
" Li Haiyan juga berkata bahawa bayi ini amat bertuah setelah terselamat daripadatiga keadaan yang boleh membawa maut iaitu kelahiran pra-matang, kekurangan oksigen, dan kecederaan akibat kelaran di lehernya.
Walau bagaimanapun, selepas menjalani pembedahan bayi ini masih di bawah tempoh pemerhatian untuk memastikannya tiadasebarang masalah dengan otak dan organ-organ lain.
Walaupun bayi ini dalam keadaan stabil, tetapi ia tidak mampu untuk minum susu dan menerima glukosa makanan. Petugas dari jawatankuasa masyarakat tempatan berkata mereka akan menghantar bayi kepada institusi kebajikan kanak-kanak / rumah anak yatim selepas keluar daripada hospital.
##cina memang suka wat publisiti..suka cari hal..ntah lah...nk komen byk jd malas lah pulak..cian kat baby tu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan