Buat aduan sekiranya harga barang naik
OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: October 31, 2013
GEORGETOWN - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pulau Pinang tidak menerima sebarang sebarang aduan sehingga kini berhubung kenaikan harga barang ekoran kenaikan harga gula seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Ketua Pegawai Penguatkuasa PPDNKK Pulau Pinang, Abdul Rosik Yakub berkata, setakat ini tiada sebarang aduan diterima pihaknya berhubung kenaikan harga barang walaupun bilik operasi telah dibuka setiap hari.
Abdul Rosik berkata, orang ramai harus memainkan peranan dengan membuat laporan sekiranya wujud peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang.
“Dari pemantauan yang dilakukan mendapati tiada kenaikan harga barang yang berlaku dan kita amat berharap sekiranya wujud senario menaikkan harga barang, pihak terlibat segera menghubungi bilik operasi di talian 04-2616168 dengan segera.
“Kita tidak mahu ada peniaga yang menaikkan harga barangan dengan sesuka hati selepas kenaikan harga gula ini,” katanya selepas melakukan tinjuan di beberapa kedai di Lebuh Pantai dan Little India, di sini semalam
## aci xkalu buat aduan mcm ni???
"" hello..ni pejabat PPNKK ker?? Nak buat aduan boleh?? Sy nak buat aduan tentang kenaikan harga brg ni...Najib Tun Razak lah yg menaikan hrga brg...haha...harap pihak PPNKK ambil tindakan yer.."" haha...
Ape ker bengap nyer dia ni?? Dah pm menaikkan harga brg...klu gula naik 2.84 sen...xkanlah peruncit nk jual harga tu jgk...mesti ade yg jual 3.00 skg...xkan ambil dgn pemborong dpt 2.8 nk jual 2.8 jgk..upah minyak kereta utk beli gula pun xlepas....naik plk la harga minuman nanti....hari tu masa minyak naik,minuman,makanan pun naik harga jgk...kata nya peniaga,terpaksa wat naik harga psl nak kira duit isi minyak utk beli brg tuh...skg gula naik...lg la naik mknan nih..xlama lg minyak msk plk dah nak naik....
MINYAK NAIK - sbb ekonomi negara yg xstabil dan sb harga minyak di pasaran naikkk??
GULA NAIK - sbb takut rakyat diabetes??
Coming soon>>>
MINYAK MASAK NAIK - Sbb tkt rakyat terlebih kolestrol???
Alasan power tuh...hihi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan