Ustaz Azhar Idrus (UAI) ialah penceramah bebas di Malaysia dari Terengganu. Ribuan penonton hadir kerana meminati gaya penyampaiannya. Ceramahnya amat bersahaja, diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, padat dan mengena. Orang ramai boleh bertanya soalan secara terus dan dijawab secara spontan.
×× LATAR BELAKANG ××
* Ustaz Azhar Idrus lahir di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Berusia 49tahun..2/Feb/1964
* Ustaz Azhar Idrus mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif, Alor Star, Kedah. Selepas tamat pengajian di peringkat rendah, beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star, Kedah sampai ke tingkatan 2.
* Apabilabeliau memasuki ke tingkatan 3,beliau berpindah ke negeri kelahirannya di sekolah Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganusampai tamat pengajian tingkatan 6.
* Jadi beliau tidak pernah belajar ke Sekolah Arab,Sekolah Pondok, Madrasah atau Sekolah Agama. [perlu rujukan]
* Beliau mulai belajar agama sekitar tahun 1990 setelah rakan muziknya menghilang dan belajar agamadi Patani. Sejak itu beliau mula berguru dengan Tuan Guru Hj Syed Mokhtar ; ( 40 buah kitab-kitab jawi secara talaqi) ; Tuan Guru Mohd Tahir (Khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah ) ; Tuan Guru Mohd Hakim (Nahwu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh ) ; Tuan Guru Hj Hasyim ( Nahwu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh) ;TuanGuru Hj Ibrahim Mesir (Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah) ; Tuan Guru Hj Muhammad Zubir (ilmu fiqh & nahwu) dan Tuan Guru Hj MohdZain ( Pondok Lubuk Pandan,Wakaf Tapai -ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir dan Balahgoh).
×× Pengalaman bidang muzik dan seni ××
* Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. [perlu rujukan] Dan sempat membuat beberapa persembahandi stadium-stadium.
* Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuannya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamour.
* Beliau pernah menjadi guru muzik pada tahun 1985. Beliau juga seorang jurugambar yang baik. Oleh itu beliau mesra dan serasi dengan orang muda. Ceramah beliau yang disertai pelawak Zizan RajaLawak cukup menarik perhatian ramai.
* Beliau turut aktif di internet seperti di http://ustazazhar.net/ dan fotografi di http://www.digitalmukmin.com/ Ustaz juga aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an.
* Dan menjadi rutin kelapangan masawaktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganubersama-sama kawan-kawan. Ada jugayang memintaUstaz untuk merasmikan program berbasikal.
* Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau mempelajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.
* Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerjadan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.
* Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan. Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua“Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahanyang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya.
* Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar agama di Patani. Apabila melihat kehebatan kawan nya itu, timbul rasa ingin menjadi seperti kwnnya.
##SUMBER
-Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa. Malaysia: . ISBN 978-967-366-102-2.
-Azhar Idrus. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan